Photobucket

Thursday, November 21, 2013

Let's Follow Ahmad Ammar

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 2:20 PM 2 comments


Assalamualaikum & salam sejahtera...


Alhamdulillah hingga akhir ini masih diberi nikmat IMAN & ISLAM. Moga ia nikmat ini terus bersama kita sehingga berada di dalam syurga kelak. InsyaAllah. Amin Ya Allah.


Melalui tajuk entri yang tertulis, rasanya telah ramai sekali orang yang telah melihat video mahupun membaca kisah ALMARHUM AHMAD AMMAR. AL-FATIHAH


Sebenarnya 19 November 2013 yang lalu, tanpa disengajakan stalker facebook adik beradik IMAN di UPSI. Sengaja untuk melepaskan kerinduan & mencari kekuatan menjalani kehidupan ini.


Dalam keasyikan stalker, hati tertarik dengan satu video yang dishare oleh adik Siti Hafsah. Pada mulanya, macam malas nak tengok sebab videonya agak panjang iaitu lebih kurang 30 minit. Tetapi, itulah kuasa Allah mahu memberi peluang diri ini sentiasa muhasabah diri akhirnya dapat juga melihat video itu dengan pengakhiran airmata meleleh tanpa disedari.


Bagi yang belum melihat video mahupun membaca kisah anak muda ini, ayuh luangkan masa sebentar. Menitis airmata pun tak mengapa. 


Moga ia menjadi sumber inspirasi meneruskan tugas dakwah walaupun hanya sekecil biji sawi.





Kami menghantar anakanda kami ke bumi Al-Fateh bagi mempersiapkannya untuk ummah. Rupa²nya Allah mempersiapkannya untukNYA. - Puan Nur Azlina (bonda Allahyarham Ahmad Ammar)  


Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akhbar! Tiada kuduga pemergian Ahmad Ammar telah menghidupkan begitu banyak jiwa. Aku merasa begitu kerdil tika ditanyakan apa formula bagi mempersiapkan Ammar begitu rupa! Jujur aku katakan, sumbangan aku terlalu sedikit. Sekadar meletakkan visi & misi yang aku impikan kepadanya. Rupanya, apabila aku nawaitukan anakku ini untuk Allah dan RasulNYA, perancangan Allah berjalan dengan cara yang tiada mampu untuk aku membayangkannya. Apalagi untuk memahaminya. Pemergian Ammar mengajar aku banyak perkara mengenai KEBESARAN ALLAH! Terima kasih Ya Allah! - Tuan Haji Ahmad Azam (ayahanda Allahyarham Ahmad Ammar) 

APABILA AHMAD AMMAR BERTEMU BIDADARINYA


Pemuda berusia 20 tahun, Ahmad Ammar bin Ahmad Azam yang merupakan penuntut jurusan Sejarah di Universiti Marmara, Turki kembali ke rahmatullah bertemu dengan Rabbul Jalal pada 2 November lalu di sana.


Keistimewaan anak muda bernama Ammar ini, dapat dilihat selepas dia pergi. Antaranya, Allahyarham disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn, Turki.


Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, termasuk sahabat Nabi, Abu Ayub Al-Ansari r.a, para² auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang² kenamaan di sana.


Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini.


Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.


Subhanallah!!!


Whatsap dengan kakaknya NABILA AZAM
Berebut orang ramai untuk menjadi sebahagian orang yang mengusung keranda allahyarham. Lihat video ucapan imam di sana, ramai yang tersentuh dan mengalirkan airmata. Sedangkan Ammar, hanyalah salah seorang penuntut dari Malaysia yang berada di sana.


Bagaimanapun satu yang pasti, Ammar sememangnya pernah meluahkan hasrat keinginan mati syahid. Cuma untuk mati syahid seseorang itu tidak semestinya perlu gugur di medan perang. Dan jika kita berbuat baik kepada orang, balasannya pasti akan diperoleh di dunia lagi.


Untuk mengetahui perjalanan hidup Ammar, saksikan video di bawah. semoga kita sama² belajar dan menerima sesuatu dari video ini.



Pemergian Ahmad Ammar, seorang mujahid yg disayangi ramai telah membuka mata dan jiwa masyarakat bukan hanya di Malaysia tapi juga di Turki. Begitu hebat penangan as-syahid Ahmad Ammar. Semoga perjuangan dan coretan hidupnya akan membakar semangat jihad anak muda yg ada. InsyaAllah.


  

Boleh juga baca kisahnya di blog Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (Saifulislam.com) di <SINI


https://www.facebook.com/hashtag/letsfollowammar

Wallahualam

2 123 Bingkisan Sahabat:

antara tanda2 meninggal dunia yang baik.. cemburu pada arwah Ammar.. Allah..

na'am... sifat keperibadiannya yg mungkin sama dgn abu ayub al-ansari menyebabkan dia dikebumikan bersebelahan dgn sahabat nabi, abu ayub al-ansari. Cemburu juga..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...