Photobucket

Sunday, January 13, 2013

Corat Coret Guru Ganti [Kelas Aliran Pendidikan Khas]

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 10:51 PM 9 comments


Assalamualaikum & salam sejahtera.

Apa khabar semua?


Mudah²an masih berada dlm nikmat IMAN & ISLAM sehingga saat ni. Alhamdulillah cik Wana sihat & cantik. Cantik tu saja nak letak sebab setiap hari murid²ku kata "Cikgu Cantiklah". (perasan sekejap)


Cerita pasal murid², sebenarnya cik Wana dapat jadi guru ganti kat Sekolah Kebangsaan Pantai, Labuan sementara menunggu interview SPP & penempatan guru.


Setahun dah kot cik Wana habis belajar tapi belum bekerja tetap. Dari mengajar di SK Rancha-Rancha ke SMK Labuan ke SK Pantai. Asyik berpindah-randah. Belum sempat rapat dgn semua guru dah pindah pula.


Apa²pun, Alhamdulillah sebab rezeki tak putus² berbanding rakan yg langsung tak dapat jadi guru ganti mahupun dapat apa² kerja.


Dah seminggu berkhidmat di SK Pantai, tempat adik²ku bersekolah sejak ia di buka pada 7 Januari 2002. Kebetulan tarikh lapor diri di sana merupakan tahun ke-11 penubuhan SK Pantai.


Uniknya menjadi guru ganti kali nie adalah cik Wana dikehendaki utk mengajar Sains di kelas Pendidikan Khas bukan di kelas Aliran Perdana.



Pendidikan khas & aliran perdana wujud perbezaan dari segi P&P, tetapi dari segi lain tidak mempunyai perbezaan. Kecemerlangan insan istimewa adalah tanggungjawab bersama.


SK Pantai merupakan salah satu sekolah di Labuan yg menjalankan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) bagi murid² yg mempunyai masalah pembelajaran.

Masalah pembelajaran sebagai merujuk kpd satu kumpulan masalah pelbagai yg mengakibatkan kesukaran yg nyata mendengar, bertutur, membaca, menulis, membuat keputusan atau menyelesai masalah matematik.

Masalah ini berpunca drpd ketidakfungsian sistem saraf pusat & boleh berlaku pada bila² tahap umur. Masalah mengawal tingkah laku, persepsi & interaksi sosial mungkin wujud bersama masalah pembelajaran tetapi ia sendiri tidak akan menyebabkan kpd berlakunya masalah pembelajaran. Masalah pembelajaran mungkin wujud seiring dgn ketidakupayaan lain seperti masalah sensori, kerencatan mental atau gangguan emosi.

Ini tidak termasuk masalah pembelajaran disebabkan oleh kerencatan mental, kurang upaya penglihatan, pendengaran, gangguan emosi & tingkah laku.


Pada mulanya berat hati nak terima tawaran yg berat nie memandangkan cik Wana langsung tiada basic mengajar murid berkeperluan khas. 


Tapi hati cenderung nak terima apalagi adikku yg bongsu pun belajar di sana.




Keadaan kelas PPKI

Bermula hari Isnin, cik Wana dah mula mengajar & menulis Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Rasa sangat best kot menulis RPH sebab nie kali pertama tulis RPH dlm Bahasa Malaysia. (tu pun rujuk dari RPH cikgu sebelumnya)


Kat UPSI: 100% in English
Kat SAMSHSB: 100% in English
Kat SKRR: 100% in Jawi
Kat SMKL: 100% in English


Kelas PPKI tu menempatkan seorang Penolong Kanan Pendidikan Khas, 12 orang Guru yg mengajar berlainan subjek, 4 orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) & lebih kurang 40 orang murid  yg mempunyai masalah pembelajaran berbeza & disusun dlm kelas berbeza (Musytari, Marikh, Neptune, Uranus, Zuhrah & Zuhal).


Sekarang masih dlm tempoh pemerhatian seorang demi seorang murid²ku memandangkan mereka mempunyai masalah pembelajaran yg berbeza walaupun berada dlm kelas yg sama. 



Murid bermasalah pembelajaran boleh dibahagikan kpd 
masalah kognitif, akademik, sosial, emosi & tingkah laku. 


Seperkara yg cik Wana perasan sepanjang mengajar di sana guru² yg mengajar PPKI sentiasa SENYUM & secara tidak langsung sepanjang di sekolah SENYUMAN tak lekang di bibir. 


Satu benda yg melucukan adalah murid² keliru nak panggil cik Wana dgn panggilan apa walaupun dah bagitau panggil cikgu. Ada yg panggil CIKGU, ada yg panggil USTAZAH & ada yg panggil KAKAK. Alahai adik sendiri pun panggil cikgu.


Apa²pun tak kisahlah sebab ia sekadar panggilan je pun =)


Moga cik Wana mampu memberi & menjadi inspirasi buat mereka utk belajar mengenali kehidupan walaupun mereka lambat dari segi pembelajaran. 


Semoga Allah permudahkan hari² yg mendatang.




Doakan diri ini istiQamah dlm perjuangan Islam, menjadi murabbi membentuk anak bangsa. ^^


Wallahualam...

p/s: Macam bercelaru pula tulisan entri hari nie, mungkin sebab dah lama tak menulis. Hihi...

9 123 Bingkisan Sahabat:

semoga berjaya.
Selamat mengutip pengalaman yg pelbagai. ;)
nanti mesti jadi guru yang 'kaya'..

insyaAllah..mohon doanya jga..

guru yg bnyak lagi perlu belajar =)

pastikan kenal huruf dulu..
pastu suku kata..
suku kata terbuka.
suku kata tertutup..
diftong dll..
automatik boleh pndai baca =)

huruf pon dia tak kenal. nombor pon tulis tebalik.

umur brp? mmg kena belikan buku yg kenal huruf & sambin titik-titik supaya reti tulis hruf & kenal huruf

salin retilah. tp tak kenal. dh aja a-z tanya balik dh lupa. adik sy darjah satu

oh mgkn kena ajar guna mula huruf dgn objek yg dia kenali..

cnth A-Ayam & lain-lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...