Dulu,
teringin sekali menjadi seorang arkitek,
sebab suka melukis rumah²,
teringin membina sebuah masjid.
Tapi,tak bijak Fizik.
Dulu,
teringin sekali menjadi seorang doktor,
sebab nak merawat ummah,
menyembuhkan jundi² Allah.
Tapi,tak bijak Biologi.
Dulu,
teringin sekali menjadi usahawan,
nak bantu ekonomi Islam,
nak jadi usahawan Islam yg berjaya.
Tapi,tak bijak Prinsip Akaun.
Dan hari ini,
Allah telah memilih saya,
untuk menjadi seorang guru.
saya sedar,
impian saya untuk menjadi arkitek, doktor & usahawan akan tercapai,
kerana dgn menjadi guru,
saya boleh jadi semuanya,
arkitek yg akan mencetak rijal² yg hebat,
doktor yg akan merawat akhlak pelajar,
usahawan yg akan menjana tenaga jundi² Allah di masa hadapan.
Alhamdulillah.
Siapa KITA?






Variasi profesion yang menjadi alat untuk memudahkan kerja² kita untuk Islam.
Menarikkan...?
Siapa SAYA?
Saya seorang guru Matematik yg akan tetap membicarakan tentang Islam. InsyaAllah :)

2 123 Bingkisan Sahabat:
Dan juga seorang pendidik yg mencorak kpribadian anak2 muridnya mnjdi indah bak pelangi... Tq cgu wana.. 😃😃😃😊
Sma² Izzah..Doakan cg.. 😍
Post a Comment