Photobucket

Thursday, May 27, 2010

Rindu Bau Pohon Tin

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 8:39 PM

Alhamdulillah sebaik sahaja membaca buku Syabab Musafir Kasih, wana berpeluang untuk membaca buku Rindu Bau Pohon Tin nukilan Ustaz Hasrizal atau lebih terkenal dengan website Saifulislam.com. Wana yakin ramai sahabat suka membaca blog Ustaz Hasrizal.



Berbalik dengan buku Rindu Bau Pohon Tin, kisah dalam buku ini banyak mengisarkan tentang kehidupan ustaz semasa belajar di Jordan. Menarik, sedih, terharu dan banyak lagi luahan perasaan yang wana dapat gambarkan semasa membaca buku ini. Buku ini wana baca bermula 9 Mei -14 Mei 2010 ketika KPO MPP UPSI di Jerantut, Pahang sehingga KPO MPP IPTA di UPNM.


Walaupun kesibukan berprogram tetapi ia tidak menghalang untuk wana membaca kerana membaca gedung ilmu. Pelbagai ilmu pengetahuan yang wana dapat sepanjang membaca.


Sekarang wana sedang berusaha membaca buku Biografi Muhammad bin Abdullah iaitu Perjalanan Hidup Seorang Nabi hasil nukilan Zulkifli Mohd Yusoff dan Noor Naemah Abd Rahman keluaran PTS Publication.



Buku ini mengandungi 14 bab, insyaAllah wana akan kongsikan input yang diperolehi daripada hasil pembacaan.


Muhammad….


Nama seorang lelaki Agung…


Kami beriman kepadanya dengan sepenuh jiwa dan raga…


Meskipun kami tidak pernah bertemu dengannya…


Tunggukan entry akan datang…


Wallahualam…

Monday, May 24, 2010

Sumbangan kepada masyarakat KEMBOJA...

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 3:54 PM

Buat makluman semua, InsyaAllah pada 7 - 12 Jun 2010, Majlis Perwakilan Pelajar UPSI di bawah Exco Perhubungan Awam dan Antarabangsa akan melaksanakan khidmat masyarakat antarabangsa di KEMBOJA. Memandangkan perbelanjaan yang agak besar diperlukan untuk membeli peralatan dan keperluan yang akan disumbangkan kepada masyarakat disana, maka pihak kami amat berbesar hati sekiranya pelbagai pihak dapat memberi sedikit sumbangan berbentuk wang tunai, barangan terpakai seperti peralatan solat (telekung dan kain pelekat), pakaian harian dan barangan lain yang dirasakan sesuai.

~ Semoga sumbangan yang disumbangkan menjadi bekalan di akhirat kelak~
insyaAllah..Amiin..

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila mati anak Adam, terputuslah (tulisan pahala) amalan Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)

019-4322033 (nora)
013-7462870 (afiq)



Friday, May 21, 2010

Selamat Hari Guru ♥

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 3:33 PM

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi dengan kasih sayang dapat lagi hidup dalam nikmat Iman dan Islam. Rasa rindu mencoretkan sesuatu ke dalam blog ini. Memandang aktiviti dan program yang kuhadiri sejak 9 Mei 2010 yang lalu membataskan wana untuk meng'update' blog ini.

9-11 Mei 2010: Kursus Pengurusan Organisasi MPP UPSI 2010
11-14 Mei 2010: Kursus Pengukuhan Organisasi MPP IPTA 2010
15 Mei 2010: Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan 2010
15-17 Mei 2010: Ke rumah kak Nor di Gombak

Tidak lewat kiranya untuk wana mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar pendidik terutamanya guru²ku yang telah menabur ilmu di dada sejak wana mula mengenal erti persekolahan:

Guru² Tadika Perpaduan Gersik 2 W.P Labuan
Guru² Sekolah Kebangsaaan Pekan 2 W.P Labuan
Guru² Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan
Guru² Sekolah Menengah Sains Labuan
Pensyarah ²  Kolej Matrikulasi Labuan
Pensyarah ²  Universiti Pendidikan Sultan Idris


Moga kalian semua dirahmati Allah dan terima kasih atas segala didikan yang diberikan hingga kini wana turut ingin mengikuti jejak langkah kalian.

Buat sahabat²  UPSI yang juga tidak dilupakan, moga semangat yang membara dalam diri kalian juga semakin berkobar²  untuk terjun ke arena pendidikan.

Betapa hati ini terharu bila mana belum lagi bergelar pendidik tetapi ucapan Selamat hari Guru bertalu ²  kuterima dalam inbox telefon bimbitku.

"Ya Allah, permudahkan aku menempuhi hidup ini agar diriku tegar dalam segala cabaran dan dugaan yang mendatang"

Hari ini kali kedua wana mendengar khutbah Jumaat iaitu secara live semasa di Masjid Al-Jazaari, UPNM pada 14 Mei 2010 dan melalui tv menerusi siaran TV1 pada 21 Mei 2010 yang menjadikan isi khutbah jumaat tentang pengorbanan seorang guru.

Terharu itu yang keluar dari mulutku tatkala mendengar khutbah Jumaat di Masjid Al-Jazaari UPNM pada Jumaat yang lalu. Alhamdulillah masih ada golongan yang menghargai jasa dan pengorbanan seorang guru.

Sekarang ini wana dah dekat Labuan sejak 17 Mei 2010 yang lalu bercuti kira²  17 hari sebelum pulang kembali ke UPSI pada 3 Jun 2010 yang akan datang untuk meneruskan agenda dan tugas sebagai MPP.

InsyaAllah pada entry yang akan datang wana akan berkongsi tentang pengalaman ketika menyertai Kursus Pengukuhan Majlis Perwakilan Pelajar IPTA pada 11 hingga 14 Mei yang lalu di UPNM.

Sampai sini saja coretan wana buat kali ini.

Wallahualam....

Tuesday, May 11, 2010

Syabab Musafir Kasih 2

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:06 AM



Akhirnya, novel Syabab Musafir Kasih karya Fatimah Syarha Mohd Noordin selesai aku baca. Sebuah cerita yg sarat dgn kata² semangat dlm perjuangan dakwah. Bermula dgn usia kanak² Syabab membesar dgn mehnah dunia, diejek, dipukul & diukul, pernah berlapar krn abg²nya & kakaknya berebut makanan yg dicari dari hasil titik peluhnya sendiri.

Remaja pun menginjak, kakak yg di tumpang kasihnya pergi menuntut ilmu jauh di Timur Tengah, & pulang bersama dgn suami & anak tercinta. Kecewalah Syabab krn kasihnya hilang di depan mata, yg ada cuba cinta ibu kepadanya.

Kecewa dihati bertambah, lembu yg dijaga diracuni oleh kawan sendiri. Amarah di hati membara dijiwa, dendam kesumat membawa kepada keputusan yg tidak rasional. Syabab melarikan diri ke ibu kota. Allah itu Maha Hebat & sangat sayangkan Syabab, maka di pertemukanlah Syabab dgn Micheal dgn satu insiden.

Micheal yg terharu dgn kejujuran Syabab, mengajak Syabab tinggal bersamanya lalu bermulalah kerjaya Syabab sebagai seorang anak seni yg kehausan sinar cahaya. Pulanglah Syabab ke kampung tercinta dgn semangat yg baru. Hilangnya ibu tersayang menambahkan lagi rasa cinta pada tempat di mana Syabab membesar.

Berkat semangat Kak Zah & suaminya menambahkan semangatnya utk terbang belajar di Damsyik. Kata hinaan yg keluar dari mulut Norjiha sebagai satu semangat utk Syabab semakin berjaya dlm kehidupan.

Syabab semakin lama semakin matang & rasional dlm setiap keputusannya, Jiha kecewa melihat kakaknya bertemu jodoh dgn Syabab. Dan Allah menghadiahkan ‘Syabab’ baru utk Jiha, teman baik Syabab sendiri, Mursyid Lim.

Rumah tangga Syabab diberikan ujian, teman dari Damsyik mengkhabarkan berita, tok guru yg mengajar mengaji ingin menjodohkan Syabab dgn cucunya, Mumtazah rela hati dimadukan namum perasaan hati tidak terdaya utk menipu diri sendiri, menangis lesu di hadapan suami tercinta mengungkap kata² cinta namun Syabab membuahkan bahagia bila rasa hatinya hanya utk Mumtazah sahaja, Hunaidah, cucu tok gurunya dijodohkan kpd Imtiyaz, adik Mumtazah.

Berakhirlah sebuah cerita seorang Syabab agama. Dakwahnya sentiasa menyinar menyubur di jiwa syabab² sendiri.

Syabab, kaulah syabab agama, syabab yg kurindui di jiwa & yg kudambakan dlm setiap lafaz doaku. Kaulah Syababku.

Sunday, May 9, 2010

Corat Coret MPP: Bersama HEP

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 5:29 AM

Post ini belum siap sepenuhnya.





Alhamdulillah pada 7 Mei yg lalu, MPP UPSI sesi 09/10 telah mengadakan perjumpaan dgn pihak HEP. Walau bagaimanapun, PROF. DR. SHAHARUDIN B. ABDUL AZIZ, Timbalan Naib Canselor HEP & Alumni (HEPA) tidak dapat hadir dlm perjumpaan ini atas tugas yg lebih mustahak. 

InsyaAllah pd semester hadapan kekerapan berjumpa bersama TNC HEPA akan lebih dipergiatkan kpd 2 minggu sekali agar isu² mahasiswa yg berlaku dapat disampaikan terus utk diselesaikan segera. InsyaAllah.

Tepat pada jam 9.30 malam bertempat di bilik mesyuarat utama HEP, mesyuarat dimulai dgn bacaan Al-Fatihah dgn dipengerusikan En. MOHD FAIZI B. OTHMAN iaitu Timbalan Pendaftar Kanan HEP & Alumni. Turut hadir dlm mesyuarat malam itu adalah Pn. Noor Hamidah Mohd Halimi, En. Anizan Md Noor, En. Mohd Feizal Md Shariff & Pn. Shahaniza Shamsudin.

Terdapat beberapa perkara telah dibincangkan bersama HEP & dijawab terus oleh pihak HEP satu persatu. Tidak seperti pd ramah mesra bersama Prof. Dato' Dr. Aminah bt. Ayob, Naib Canselor yg lalu di mana kami semua mengemukan semua soalan dahulu kemudian baru dijawab oleh NC. 

Perkara yg dibincangkan pd malam itu, kebanyakan sama seperti soalan yg diajukan kepada NC krn semasa perjumpaan dgn NC, Prof. Dato' Dr. Aminah bt. Ayob menyuruh kami bertanya kembali pd HEP agar kami puas hati dgn jawapan diberikan oleh HEP yg memang mempunyai tanggungjawab terhadap permasalahan mahasiswa.

Berikut perkara yg kami bincangkan selama 3 jam.

1. Penempatan Kolej: Nilai aktiviti kolej & universiti
Pada bulan Feb, pengurusan kolej dimaklumkan bahawa seramai 2500 pelajar baru akan mendaftar pd bulan Julai akan datang. Walau bagaimanapun, unjuran pelajar meningkat pd bulan Mac kpd 3000 pelajar di mana ketika itu proses rayuan kolej sedang berlaku. Hal ini demikian menyebabkan kebanyakan rayuan kolej ditolak bagi menempatkan pelajar baru tapi kolej masih tidak cukup tempat utk penempatan pelajar baru akan datang.

Pada masa akan datang pihak HEP akan memurnikan lagi penempatan kolej hanya kpd pelajar yg betul² layak agar tidak timbul masalah seperti yg berlaku baru² ini. Kriteria cadangan yg akan dinilai adalah 20% aktiviti universiti & 80% aktiviti kolej.

2. Kuliah di Proton City
Pihak HEP memberi jaminan bahawa perjalanan bas akan berjalan lancar terutama dari KHAR ke Proton City. Pihak HEP telah menyusun perjalanan bas dgn menambahkan kekerapan bas dari KHAR ke Proton City bermula jam 6.45 pagi.

Pihak HEP meminta semua MPP meninjau perjalanan bas 2 minggu pertama kuliah agar perkara yg tidak diingini terus dimaklumkan kpd pihak HEP.

3. Status Kelab/Persatuan: Kelab Perpaduan & Kelab Pengurusan.
En. Feizal memaklumkan Kelab Perpaduan masih bergerak seperti biasa & tiada pembubaran akan berlaku melainkan kelulusan TNC HEP. Manakala Kelab Pengurusan perlu membuat mesyuarat agung dlm semua utk memperbaharui status kelab tersebut. Tempoh yg diberikan oleh pihak HEP utk semua Kelab/Persatuan utk membuat Mesyuarat Agung utk semester hadapan ialah drpd bulan Julai hingga September.

MPP juga dimaklumkan bahawa beberapa Kelab telah dibubarkan krn telah lama tidak aktif seperti Kelab PEMADAM, Pinball, Tinju & Tampin Boling.

4. Isu keselamatan pelajar UKLK.
Pihak HEP memaklumkan UKLK juga mempunyai pengetua seperti kolej² yg lain. Kawasan kediaman pelajar yg tinggal di luar kolej dibahagikan kpd 7 zon di mana setiap zon mempunyai felo yg tinggal di kawasan tersebut. MPP meminta pihak HEP mengeluarkan lampiran tentang zon ikut taman agar semua pelajar tahu mereka berada di zon mana & mudah utk menghubungi felo sekiranya mempunyai masalah yg serius.

Pihak HEP akan berusaha utk menangani masalah anjing liar yg banyak terutamanya di Taman Nusa & Taman Happy.

Pihak HEP meminta MPP mengeluarkan notis tentang ragut, tutup pagar & lain² kpd pelajar yg duduk di rumah sewa.

5. Khabar Angin
Pihak HEP memaklumkan supaya terus telefon/bertanya kpd mereka sekiranya mendengar apa² berita bagi mendapatkan kepastian sendiri tentang kesahihannya. Sebagai contoh sebelum minggu studyweek, khabar angin mengatakan bahawa 8 orang mahasiswi yg tinggal di Taman Bahagia telah dirogol oleh 12 orang bangla.

6. Bau Busuk di KUO

7. Koperasi & Kafe yg tidak sistematik terutamanya di Proton City.

8. Isu penglibatan pelajar dlm program.

9. Isu bas bagi pelajar yg ingin mengadakan program.

10. Masalah kelewatan Pegawai

11. Isu nama/tajuk program.

12. Sahsiah pelajar.

13. Publistiti

14. Masalah sijil pelajar.

15. Surat² yg masuk ke Pejabat MPP

Hanya beberapa isu sahaja yg diulas..

Wallahualam

Saturday, May 8, 2010

KeMaTIaN aDIK aMINuLRaSYID

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 7:55 AM


KENYATAAN MEDIA GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SEMALAYSIA (GAMIS)
BERKAITAN ISU KEMATIAN ADIK AMINULRASYID


Pendahuluan



Rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan kes kematian Allahyarham adik Aminulrasyid, 15 tahun, pelajar Sekolah Menegah Seksyen 9, Shah Alam yang telah ditembak di kepala oleh pihak polis. Beberapa media melaporkan bahawa juvana terbabit sebagai suspek ahli kumpulan samun namun dinafikan oleh keluarga Allahyarham. Polis mendakwa kereta yang dipandu oleh Allahyarham cuba merempuh anggota polis peronda dan polis bertindak melepaskan tembakan yang membunuh Aminulrashid.

Namun lain pula gambaran yang diberikan oleh rakan Aminulrashid yang ada bersama Allahyarham dalam kereta semasa kejadian. Dalam laporan polis yang telah dibuat, kawan yang sebaya dengan Allahyarham menegaskan Aminulrashid dalam ketakutan apabila terlanggar kenderaan lain dan memintas kereta peronda berkenaan. Setelah dipintas, anggota peronda terus mengejar dan melepas tembakan yang mengena sasaran. Aminulrashid rebah dalam kereta dengan luka tembakan di belakang kepalanya. Saksi ini melaporkan beliau kemudian di pukul oleh anggota polis sebelum sempat melepaskan diri. Beliau kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Shah Alam.

Menurut Monaliza Mokhtar, Biro Hal Ehwal Murid PIBG Sekolah Menengah Seksyen 9 beberapa media yang menganggap juvana terbabit sebagai suspek kumpulan samun sebagai satu fitnah. Pelbagai persoalan timbul di kalangan masyarakat berkaitan kes ini. Kes ini dilihat boleh mencalarkan imej Polis Di Raja Malaysia (PDRM) sebagai badan yang bertanggungjawab menjaga keselamatan awam.


Pendirian GAMIS :


Justeru, dalam kes ini, GAMIS berpendirian :

1. Pihak polis tidak sepatutnya cuai dalam hal ini. Ada prosedur tertentu yang perlu dilalui oleh pihak polis sebelum menembak walau apapun kesalahan seseorang. GAMIS berpandangan, kes tembakan ini adalah tindakan keterlaluan tambahan pula, kalaupun Allahyarham adik Aminulrasyid bersalah sekalipun, dia tetap juvana kerana masih di bawah umur. Pihak polis sangat teliti dalam beberapa kes yang lain seperti penangkapan mahasiswa yang terlibat dalam pilihan raya tetapi seolah-olah terburu-buru dalam kes seperti ini sedangkan ianya melibatkan keselamatan awam. Kemungkinan ianya turut menyebabkan rakyat Malaysia berasa tidak selamat walaupun mereka tidak melakukan kesalahan.

2. GAMIS ingin mengingatkan kepada pengamal media agar berhati-hati dalam kenyataan media sama ada media cetak atau media elektronik. Hal demikian kerana, sikap terburu-buru media dalam menerbitkan isu mungkin boleh menyinggung perasaan keluarga dan orang lain. Dalam isu ini, pelbagai versi berita yang dihidangkan kepada masyarakat sehinggakan mereka keliru tentang kesahihan berita di samping telah menimbulkan syak wasangka yang tidak baik kepada mangsa dan keluarga. Janganlah hanya kerana inginkan publisiti dan berita panas sehinggakan menimbulkan perkara yang tidak baik dalam masyarakat.

3. GAMIS juga ingin berpesan kepada rakyat Malaysia khususnya agar tidak menerima sesuatu berita dengan mudah. GAMIS amat sedih apabila timbulkan syak wasangka yang tidak baik kepada Allahyarham dan keluarga sehinggakan dijadikan perbincangan termasuklah di internet sama ada melalui forum-forum maya, blog, facebook dan sebagainya. Ada yang menambah-nambah cerita, mengutuk dan menghina Allahyarham dan keluarga. GAMIS berharap, prkara tidak baik seperti ini dihentikan. Sedangkan Rasulullah s.a.w. juga berpesa agar kita kita membangkitkan cerita-cerita tidak baik berkaitan seseorang setelah dia meninggal dunia walaupun dia bukan Muslim, apatah lagi kalau ada tokok tambah cerita dan fitnah yang dilemparkan.

4. GAMIS berharap agar Perdana Menteri serta Menteri Keselamatan Dalam Negeri memandang serius kes ini. GAMIS berharap satu jawatankuasa khas ditubuhkan dengan segera serta menyiasat kes ini seadil-adilnya. Kita sedih dengan beberapa kes sebelum ini yang mengambil masa terlalu lama dalam penyiasatan bahkan masih ada yang belum diselesaikan. Dalam kes Allahyarham Adik Aminulrasyid, siasatan adil dan segera sangat diharapkan kerana telah menimbulkan pelbagai tanda tanya di kalangan masyarakat. Keadilan haruslah diberikan kepada mereka yang berhak serta tindakan susulan harus diambil sekiranya ingin membersihkan imej keselamatan negara Malaysia.


Penutup

GAMIS turut bersedih dalam isu ini. serta ingin menugcapkan takziah kepada keluarga Allahyarham atas kehilangan insan tersayang. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan beserta orang yang soleh. GAMIS juga menyeru kepada semua pihak termasuklah pihak kerajaan, Polis Di Raja Malaysia (PDRM), media dan masyarakat agar memandang serius dalam kes-kes seperti ini. Diharapkan kes-kes seperti ini tidak lagi berulang. Semoga keadilan dapat ditegakkan serta keselamatan negara lebih terjamin pada masa akan datang.

Al-Fatihah....




Sumber: MOHD IDRIS & GAMIS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...