Photobucket

Friday, May 21, 2010

Selamat Hari Guru ♥

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 3:33 PM No comments

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi dengan kasih sayang dapat lagi hidup dalam nikmat Iman dan Islam. Rasa rindu mencoretkan sesuatu ke dalam blog ini. Memandang aktiviti dan program yang kuhadiri sejak 9 Mei 2010 yang lalu membataskan wana untuk meng'update' blog ini.

9-11 Mei 2010: Kursus Pengurusan Organisasi MPP UPSI 2010
11-14 Mei 2010: Kursus Pengukuhan Organisasi MPP IPTA 2010
15 Mei 2010: Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan 2010
15-17 Mei 2010: Ke rumah kak Nor di Gombak

Tidak lewat kiranya untuk wana mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar pendidik terutamanya guru²ku yang telah menabur ilmu di dada sejak wana mula mengenal erti persekolahan:

Guru² Tadika Perpaduan Gersik 2 W.P Labuan
Guru² Sekolah Kebangsaaan Pekan 2 W.P Labuan
Guru² Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan
Guru² Sekolah Menengah Sains Labuan
Pensyarah ²  Kolej Matrikulasi Labuan
Pensyarah ²  Universiti Pendidikan Sultan Idris


Moga kalian semua dirahmati Allah dan terima kasih atas segala didikan yang diberikan hingga kini wana turut ingin mengikuti jejak langkah kalian.

Buat sahabat²  UPSI yang juga tidak dilupakan, moga semangat yang membara dalam diri kalian juga semakin berkobar²  untuk terjun ke arena pendidikan.

Betapa hati ini terharu bila mana belum lagi bergelar pendidik tetapi ucapan Selamat hari Guru bertalu ²  kuterima dalam inbox telefon bimbitku.

"Ya Allah, permudahkan aku menempuhi hidup ini agar diriku tegar dalam segala cabaran dan dugaan yang mendatang"

Hari ini kali kedua wana mendengar khutbah Jumaat iaitu secara live semasa di Masjid Al-Jazaari, UPNM pada 14 Mei 2010 dan melalui tv menerusi siaran TV1 pada 21 Mei 2010 yang menjadikan isi khutbah jumaat tentang pengorbanan seorang guru.

Terharu itu yang keluar dari mulutku tatkala mendengar khutbah Jumaat di Masjid Al-Jazaari UPNM pada Jumaat yang lalu. Alhamdulillah masih ada golongan yang menghargai jasa dan pengorbanan seorang guru.

Sekarang ini wana dah dekat Labuan sejak 17 Mei 2010 yang lalu bercuti kira²  17 hari sebelum pulang kembali ke UPSI pada 3 Jun 2010 yang akan datang untuk meneruskan agenda dan tugas sebagai MPP.

InsyaAllah pada entry yang akan datang wana akan berkongsi tentang pengalaman ketika menyertai Kursus Pengukuhan Majlis Perwakilan Pelajar IPTA pada 11 hingga 14 Mei yang lalu di UPNM.

Sampai sini saja coretan wana buat kali ini.

Wallahualam....

0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...