Photobucket

Thursday, April 7, 2011

MenDAMBAkan Kasih Seorang Lelaki

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 2:34 PM



Entry ini utk memotivasikan diri.

Buat teman² yg diingati..
Jangan dicinta krn dia lelaki
Kelak kita akan membenci
Jika dia bukan lelaki yg dicari
Hanya pandai menabur janji...

Jangan dirindu pd paras rupa
Kelak kita akan terseksa
Jika dia tidak sebaik rupanya
Senyumnya manis tipu belaka...

Jangan disayang krn berharta
Kelak kita hidup menderita
Jika hartanya habis dibelanja
Sukar hidup, miskin & papa...

Jangan dikasih krn dipuji
Kelak kita menagih janji
Jika rupa berkedut dimamah hari
Hilang sudah puji memuji....

Jangan dicari seorang kekasih
Kelak kita akan disisih
Jika kasih luntur bersih
Menangislah diri hidup bersedih...

Jangan disambut salam rindu
Kelak kita menahan sendu
Jika rindu tak dapat disatu
Di manakah kita akan mengadu...

Jangan dilayan seorang teman
Kelak hidup menjadi ancaman
Jika teman tidak beriman
Dibakar api hari kemudian...

Wahai sahabat wahai teman
Carilah dia krn Tuhan
Utk menambah ceteknya iman
Bekalan diri hidup berteman...

Wahai sahabat wahai teman
Cintalah dia krn beriman
Dijadikan tuhan sebagai pasangan
Baik buruk ketentuan Tuhan

Wahai sahabat wahai teman
Terimalah dia penuh keikhlasan
Andai buruk angaplah dugaan
Andai baik pujilah Tuhan...

Wahai sahabat wahai teman
Ingatlah akan janji tuhan
Isteri yg baik besar balasan
Suami penyabar itulah kemenangan...

jaDIlAh HaMbA yG sENtIaSa MeNdAmBAkAn kAsIh DaRi yG MaHa EsA



Di saat dunia yg semakin parah dgn budaya ikhtilat yg menyusup melalui virus² hedonism, Siapa yg masih peduli utk ‘mempertahankan’ Cinta pada Allah & Rasul (solallah alaihi wasallam)?



Alhamdulillah cik Wana telah lama selesai membaca buku "PEMILIK CINTA SETELAH ALLAH & RASUL" & buku "BIDADARI DARI TIMUR". Allahuakhabar meningkatkan kefahaman.


Cinta sesama manusia, mudahan² hanyalah menjadi alat & bukannya matlamat. Alat utk sama² memperteguh taqwa, alat utk sama² mengecap nikmat syurga, alat utk sama² menggapai RedhaNya krn destinasi cinta kita pastinya bukan sekadar bersenang² di dunia.


Sesungguhnya hanya Cinta Allah & Rasul Nya saja yg dapat memberi kesejukan - saat cinta dunia & cinta pada manusia meronta kehangatan! Allahumma inna nas’ aluka hubbak.



Tapi andai saya seorang saja yg faham tp sahabat di sekeliling saya berada dlm situasi ingin dicintai ia amat menyedihkan saya. Saya cuba utk memahamkan sahabat saya maka tidak hairanlah dlm FB saya terlalu banyak dikongsi tentang CINTA. Lihat SiNi, SaNa, SiTu.

Mana tahu sahabat yg membaca sedar dari lena yg panjang. Secara jujurnya saya tak mampu utk menegur sahabat secara bersemuka terhadap kesalahan yg dilakukan selama ini. Kalau mana² sahabat yg baca entry ni, saya harap dpt fahami apa yg ingin kusampaikan. Saya terlalu sedih bila mana teringat hadith ni:


"Siapa sahaja di antara kalian yg melihat kemungkaran, maka tegurlah dgn tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dgn lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dgn hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah."

Kenapa sedih?



Sebab tahap keimanan saya lemah. Menegur sahabat berbuat kemaksiatan pun tidak mampu.



Aku sayang semua sahabatku.



Janganlah meletakkan dirimu dlm kancah perCINTAan hanya krn ramai sudah sahabat seusia kita ingin berkahwin. Risau dia bukan jodohmu tapi segala rahsia hidup telah dikongsi. Dosa semasa bercinta memberatkan timbangan amalan di bahu kirimu. Tidak pun ia akan diikuti generasi yg bakal kau lahirkan kelak.



Katakan TAKNAK pada maksiat.
Setiap ZINA (MATA, LIDAH, TELINGA, TANGAN, KAKI) membawa padah.



SiaPa peMiLik cinTa seteLaH ALLaH & RasuL..?


# PasTilaH seseoraNg YG meLabuHkan cinTanya kPd ALLaH..
# MenebarKan Kasihnya krN KasiH RaBBnya dGn berLandasKan syariaT..
# BuKan bercaMpur anTara haLaL & HaraM serTa was²..

Hebatnya penghargaan Allah kpd kaum Adam, ‘para²’ suami yg mana Allah menjadikan ketaatan mutlak sang isteri adalah pada mereka, selepas Dia & RasulNya!


AdaKah kiTa teLah berTemu ‘pemilik cinTa seteLah ALLaH & RasuL'..?


jiKa Ya.. terusKan menyemaI cinta keraNa-Nya..


jiKa beLum.. bersabaRLah keraNa mungKin diri kiTa beLum cuKup mencinTai ALLaH & RasuL.. manTapKan cinTa kiTa kpD ALLaH & RasuL terLebiH dahuLu, kemudian barULah LaYak utK kiTa menerima ciNta seteLaH ALLaH & RasuL..



Andaikata di dunia ni tiada kau temui jodohmu "Hapuslah Air Mata di Pipi & Hilangkan Lara di Hati" Serahkan semuanya pada ketentuan Allah Yg Maha Mengatur, insyaAllah tidak ada apa yg perlu dirisaukan. Yakinlah dgn TuhanMu. Allah Maha Tahu.


Jangan mudah melafaz cinta Cinta itu pd siapa?
Jangan mudah melafaz sayang Sayang itu utk siapa?
Jangan mudah melafaz cinta Cinta itu pd yg Esa
Cintakan bunga, bungakan layu Cintakan manusia akan pergi.

Walaupun entry kali ini banyak membincangkan buku Pemilik Cinta Setelah Allah & Rasul tapi secara tidak langsung ada kaitan dgn buku Bidadari Dari Timur


Buku Bidadari Dari Timur sebenarnya memberi gambaran sedikit demi sedikit kehidupan Tuan Guru Nik Aziz. Betapa kasihnya seorang isteri kpd suami yg bergelar pejuang Islam. Allahuakhbar.


Moga entry ini bermanfaat pada kita. Maaf andai ada silap & salah.


 Jangan lupa baca kedua² buku nie. SELAMAT MEMBACA!

Wallahualam.

Saturday, April 2, 2011

SITC::MPSI::IPSI::UPSI::???

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 7:02 AM

Sultan Idris Training College
Penubuhan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) adalah warisan drpd Sultan Idris Training College (SITC) for Malay Teachers. Penubuhan SITC diilhamkan oleh R. O. Winstedt yg pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Pelajaran Negeri²  Selat & Negeri² Melayu Bersekutu menerusi laporannya yg disiarkan dlm tahun 1917. Antara lain beliau mencadangkan agar sebuah maktab perguruan didirikan di Perak bagi memperluaskan skop pendidikan di negara ini.


SITC dirasmikan pd 29 November 1922 oleh Sir W. George Maxwell, Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri² Melayu Bersekutu. Nama Sultan Idris adalah diambil sempena nama Almarhum DYMM Paduka Seri Sultan Idris Mursidul Adzam Shah, iaitu Sultan Perak yg ke-28 yg memerintah negeri Perak antara 1889-1916. Cadangan nama ini diperkenankan oleh Sultan Abdul Jalil Shah pd 26 Mei 1917. 

Berikutan itu, satu tapak seluas 63 ekar telah dibeli di Tanjong Malim dgn harga RM49,000.00. Kerja² pembinaannya bermula pd Ogos 1919. Penekanan infrastruktur maktab tersebut telah diberikan oleh pihak berkuasa dgn membabitkan orang perseorangan & syarikat² swasta Eropah. Pendawaian sistem elektrik & bekalan air telah dilakukan dgn teliti & dikemaskini bagi memastikan bekalan elektrik & air tidak terputus.
Turut menyaksikan upacara penuh gilang-gemilang tersebut ialah orang kenamaan Melayu & beberapa orang Pegawai Residen Eropah dari semua Negeri² Selat & Negeri² Melayu Bersekutu. SITC didirikan di satu kawasan lembah yg subur di atas tanah seluas 64 hektar di kaki Banjaran Titiwangsa. 

Reka bentuk bangunannya berunsur seni bina Belanda ala Gothic zaman pertengahan. Kumpulan penuntut yg pertama berjumlah 120 orang (semuanya lelaki) berasal dari Negeri² Selat & Negeri² Melayu Bersekutu dgn tenaga pengajar seramai 14 orang. Pada tahun 19212, Pengetua pertama telah memulakan tugas di SITC iaitu O. T. Dussek yg berasal dari England.

Penubuhan SITC dianggap sebagai suatu cetusan era yg menyemarakkan alam pemikiran & pendidikan bangsa Melayu. Pengarah Pelajaran Negeri² Selat, Sir Wolffe dlm ucapannya sewaktu perasmian SITC menyatakan bahawa hari tersebut menandakan hari bersejarah bagi orang² Melayu krn ia merupakan titik tolak dlm perkembangan pendidikan vernakular Melayu. 

Menurutnya lagi, orang² Melayu merasakan suatu pengiktirafan besar, serta penghargaan yg tidak ada tolak bandingnya bagi peningkatan taraf pelajaran anak² Melayu. Katanya lagi, biarpun pelajaran Inggeris penting bagi mencapai hasrat utk memperolehi kedudukan yg tinggi dlm masyarakat, namun pendidikan dlm bahasa Melayu merupakan tapak pertama dlm mengenali erti hidup yg sebenar.

Maktab Perguruan Sultan Idris
Sir Wolffe juga menyarankan agar pelajar² patut mempunyai pengetahuan yg mendalam dlm bidang pertanian, anyaman, latihan jasmani, perkebunan & Bahasa Melayu sendiri. Saranan beliau merupakan garis kasar pembentukan kurikulum SITC di peringkat awal penubuhannya. Dlm tahun² berikutnya hingga tahun 1957, SITC telah menerima penuntut ² dari seluruh pelusuk Tanah Melayu, Brunei, British Borneo & Singapura. 

Kurikulumnya tertumpu kpd pengetahuan asas keguruan di samping kraftangan & pertanian. Sejak ditubuhkan, SITC terus unggul berbakti kpd bangsa & negara. Ia disifatkan ‘universiti’ yg unggul bagi melatih guru² Melayu. Pada tahun 1959, bagi memenuhi tuntutan Laporan Razak, SITC ditukarkan namanya kpd Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) yg khusus utk melatih guru² sekolah rendah.

Institut Perguruan Sultan Idris
Pada 13 Januari 1975, MPSI memecah tradisinya apabila mula menerima 140 orang penuntut perempuan. Kecemerlangan MPSI terus unggul apabila pd 21 Februari 1987, ia dinaikkan taraf menjadi institut & dikenali dgn nama Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI). Mulai tahun 1987, Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) diperkenalkan. Setahun kemudian iaitu dlm tahun 1988, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) pula dimulakan di IPSI.

Dlm tahun 1993, Kursus Kembar dgn Universiti Pertanian Malaysia (UPM) telah diadakan dlm bidang Bahasa Melayu & Pendidikan Jasmani. Status quo ini berterusan hingga tahun 1993 apabila sistem latihan perguruan mengamalkan sistem bersepadu iaitu sesebuah maktab perguruan melatih guru² utk sekolah rendah & menengah.

Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kini institusi ini dinaikkan taraf menjadi sebuah universiti bagi memenuhi hasrat kerajaan memberi peluang pendidikan yg lebih tinggi kpd rakyat khususnya utk melahirkan golongan pendidik yg berwibawa serta mampu menghadapi cabaran di alaf baru. 

Ia selaras dgn usaha memenuhi keperluan peningkatan pembinaan sumber tenaga manusia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan & sahsiah mulia dlm bidang² sains, teknologi, bahasa, kesenian, kesusasteraan & kebudayaan dgn penekanan khusus kpd unsur pendidikan.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditubuhkan pada 1 Mei 1997 melalui Warta Kerajaan P.U.(A) 132 & 133, bertarikh 24 Februari 1997, di bawah dua buah Perintah iaitu Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 & Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997. UPSI mula beroperasi pd 2 Mei 1997 dgn pelajarnya seramai 350 orang yg terdiri drpd berbagai etnik. Dgn berbekalkan tenaga pengajar seramai 29 orang & 6 orang kakitangan pentadbiran, UPSI terus membangun. Kini jumlah pelajarnya terus meningkat dari masa ke semasa & terus berkembang serta mampu bersaing dgn mana² Institusi Pengajian Tinggi Awam yg lain.

Wah sangat indah sejarah penubuhan UPSI dgn keunikan bangunan yg ada di sini.
Tetapi menjadi persoalannya,
:: Adakah akan datang UPSI tetap m'jadi salah satu UNIVERSITI PENDIDIKAN di MALAYASIA?
:: Atau bakal menjadi USI setelah buang perkataan PENDIDIKAN?

Sebenarnya m'jadi kegelisahan kpd kami yg dulunya masuk ke UPSI dgn tawaran IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN memandang isu hangat iaitu perkataan "PENDIDIKAN" tiada lagi dalam PROFILE STUDENT INFO 1 & SLIP EXAM yg bakal kami tempuhi dlm 2 minggu lagi...

Moga pihak atasan dapat menjawab persoalan yg bemain² di fikiran pelajar. Apa²pun kasihan saya tgk MPP 2011. Banyak sangat masalah yg dihadapi. Bertubi² dari segenap pelusuk. Moga Allah permudahkan urusan kalian.

Wallahualam.

Friday, April 1, 2011

"April Fools" Bukan Budaya Kita

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:10 AM

Sebelum meneruskan, SYUKRAN JAZILAN kpd EXCO DAKWAH PERSATUAN PENDIDIKAN ISLAM & EXCO LATIHAN & PEMBANGUNAN SAHSIAH, MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 2011 atas kecaknaan buat banner APRIL FOOLS BUKAN BUDAYA KITA.



TAHUKAH ANDA APAKAH "APRIL FOOL" YG SEBENARNYA????


1 April sebagai hari "April Fool""April Fool" adalah hari di mana orang² diperbolehkan utk menipu atau berbohong orang lain. Tapi tahukah anda apakah itu "April Fool" yg sebenarnya?


Sejarah April Fool

Sebenarnya April Mop adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yg dilakukan melalui cara² penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan "April Fool" dgn cara membolehkan penipuan & pembohongan walaupun ia dikaburi dgn alasan kononnya ia hanya sekadar suatu hiburan atau gurauan belaka. 

Kebiasaannya orang akan mengatakan bahawa "April Fool" (yg hanya berlaku pada tanggal 1 April) adalah hari di mana kita boleh menipu kawan, orang² tua, saudara-mara atau sesiapa sahaja, & mangsa gurauan itu pula tidak boleh marah atau beremosi apabila sedar bahawa dirinya telah menjadi sasaran "April Fool". Biasanya si mangsa, jika sudah sedar terkena "April Fool", maka dirinya juga akan ketawa bersama² atau hanya sekadar pada bengang, bukan betul² marah.

Walaupun ia tidak sehebat perayaan Tahun Baru atau Valentine's Day, budaya "April Fool" dlm dua dekad ini telah menggambarkan kecenderungan yg semakin menyatu dlm masyarakat ketika ini terutamanya dlm kalangan anak² muda. Tidak mustahil jika pada masa akan datang ia akan merebak ke masyarakat perkampungan. 

Ironinya, masyarakat dgn sangat mudah terikut² budaya Barat ini tanpa kajian & kritikan terlebih dahulu, sama ada adakah budaya itu baik ataupun tidak, atau adakah ia bermanfaat atau sebaliknya.

KISAH BERMULA...

Perayaan "April Fool" bermula drpd suatu tragedi besar yg sangat menyedihkan & memilukan. Perayaan "April Fool" atau dikenali sebagai "The April's Fool Day", bermula drpd satu episod sejarah tragedi besar yg sangat menyedihkan & memilukan yg menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487 M, atau bertepatan dgn 892 H. 

Sejak Sepanyol dibebaskan oleh Islam pada abad ke-8 M oleh Amirul Jihad (Thariq bin Ziyad), Sepanyol beransur² tumbuh menjadi negeri yg makmur. Tentera² Islam bukan hanya berhenti di Sepanyol, malah terus-menerus melakukan pembebasan di kawasan² dlm Perancis. Perancis Selatan dgn sangat mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours & kawasan² yg lain telah dibebaskan oleh Islam. 

Walaupun tentera Islam kuat, pasukan Islam masih memberi peluang kpd suku Goth & Navaro di daerah yg berada di sebelah barat di kawasan pergunungan. Islam telah memberikan kemakmuran di Sepanyol. 

Oleh krn sikap para penguasa Islam yg begitu baik & rendah hati, ramai orang² Sepanyol yg kemudiannya dgn tulus & ikhlas memeluk Islam. Umat Islam Sepanyol bukan sahaja beragama Islam, namun bersungguh² mempraktikkan kehidupan secara Islami. Bukan sekadar membaca Al-Qur'an, namun bertingkah-laku berdasarkan Al-Qur'an. Mereka sentiasa mengatakan ‘tidak’ utk arak, pergaulan bebas & semua perkara yg dilarang oleh Islam. Keadaan yg harmoni ini berlangsung selama hampir 6 abad.

Selama itu juga, pihak kafir yg masih berada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal penat lelah terus berusaha utk menghancurkan Islam dlm Sepanyol. Namun, mereka sentiasa menemui kegagalan. Maka dihantarlah sejumlah mata² utk memerhati kelemahan umat Islam di Sepanyol. 

Akhirnya mereka menemui cara utk menakluk Islam, iaitu dgn melemahkan iman mereka melalui serangan pemikiran & budaya. Maka dlm diam mereka mula menyeludup masuk minuman keras & rokok secara percuma ke dlm wilayah Sepanyol. Muzik² dipersembahkan bagi melalaikan para pemuda Islam Sepanyol agar lebih suka menyanyi & menari drpd membaca Al Qur'an. Mereka juga mengirim beberapa ulama’ palsu utk meniupkan idea perpecahan ke dlm tubuh umat Islam di Sepanyol. Lama-kelamaan usaha ini membuahkan hasil. 

Akhirnya Sepanyol jatuh & dikuasai tentera salib. Serangan tentera salib dilakukan dgn kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. Bukan hanya tentera² Islam yg dibunuh, malah termasuk masyarakat awam, wanita², anak² kecil & orang² tua. Satu demi satu daerah di Sepanyol ditakluk oleh tentera salib. 

SELEPAS ITU,

Granada adalah daerah terakhir yg ditakluk. Penduduk Islam di Sepanyol (yg juga dikenali sebagai orang Moor) terpaksa berlindung di dlm rumah utk menyelamatkan diri. Tentera² salib terus menerus mengejar mereka. 

Apabila jalan² dlm keadaan sunyi sepi, yg tinggal hanyalah sisa² ribuan mayat yg bergelimpangan yg bermandikan darah. Tentera salib mengetahui bahawa masih ramai umat Islam di Granada yg masih bersembunyi dlm rumah masing². Dgn lantang tentera² salib meneriakkan pengumuman bahawa umat Islam di Granada boleh keluar dari rumah mereka dgn aman & dibenarkan utk berlayar keluar dari Sepanyol dgn membawa barang² keperluan mereka. 

Orang² Islam pada mulanya masih curiga dgn tawaran tersebut. Beberapa orang Muslim diizinkan utk melihat sendiri kapal² layar yg sudah disiapkan di pelabuhan. Setelah benar² melihat terdapat kapal yg sudah disediakan utk mereka, mereka pun segera bersiap utk meninggalkan Granada & berlayar meninggalkan Sepanyol. 

Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah² mereka dgn membawa seluruh barang² keperluan, berjalan beriringan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yg tidak mempercayai pasukan salib memilih utk bertahan & terus bersembunyi di rumah²  mereka. 

Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dgn pantas tentara salib menggeledah rumah² yg telah ditinggalkan para penghuninya. Api dilihat menjulang² ke angkasa setelah mereka membakar rumah² tersebut bersama² dgn orang² Islam yg masih bertahan bersembunyi di dalamnya.

Ribuan umat Islam yg lain terkandas di pelabuhan & hanya mampu tergamam apabila melihat tentera salib membakar pula kapal² yg dikatakan akan mengangkut mereka utk keluar dari Sepanyol. Kapal² tersebut dgn cepat tenggelam ke dlm lautan. 

Ribuan umat Islam tidak dapat melakukan apa² kerana tidak mempunyai sebarang senjata. Mereka juga kebanyakannya terdiri drpd perempuan² & anak² mereka yg masih kecil. Tentara salib telah mengepung mereka dgn pedang yg terhunus. 

Dgn satu teriakan arahan dari pemimpin mereka, ribuan tentera salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jeritan, tangisan & takbir memecah suasana. Seluruh kaum Muslimin Sepanyol di pelabuhan tersebut habis dibunuh dgn kejam. Mayat bergelimpangan di merata² tempat. Laut yg biru telah berubah menjadi merah kehitaman. 

MAKA...

Tragedi ini bertepatan pd tanggal 1 April. Inilah yg kemudiannya diperingati oleh dunia Kristian apabila tibanya 1 April sebagai April Fool (The April's Fool Day). Pada tanggal 1 April, orang² dibolehkan utk menipu & berbohong terhadap orang lain. 

Bagi umat Kristian, April Fool merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib melalui cara² penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dgn cara membolehkan penipuan & pembohongan walaupun diselaputi dgn alasan sekadar sebagai hiburan atau gurauan semata²

TETAPI....

Bagi umat Islam, "April Fool" merupakan tragedi yg sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara seiman mereka disembelih & dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol. Oleh sebab itu, adalah tidak patut bagi umat Islam utk turut serta dlm merayakan tradisi ini. 

Sesiapapun orang Islam yg turut merayakan "April Fool", maka ia sesungguhnya sedang meraikan ulang tahun pembunuhan kejam ribuan saudara mereka di Granada, Sepanyol pd 5 abad yg silam.


Jadi, perhatikanlah di sekeliling anda, anak² anda & diri anda sendiri drpd terkena virus jahil "April Fool" tanpa kita sedari.
APRIL FOOLS BUKAN BUDAYA KITA

HARAM hukumnya meraikan sambutan atau perayaan yg mempunyai unsur² utk menghina & mempersendakan Islam.

Wallahua’lam

Wednesday, March 30, 2011

Mangkuk yg Cantik, Madu & Sehelai Rambut

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 11:38 PM



Rasulullah SAW dgn sahabat²nya Abu Bakar r.a, Umar r.a, Uthman r.a, & Ali r.a, bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a, isterinya Saidatina Fatimah r.a iaitu puteri Rasulullah SAW menghidangkan utk mereka madu yg diletakkan di dlm sebuah mangkuk yg cantik & ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dlm mangkuk itu. 

Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya utk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga² benda tersebut (Mangkuk yg cantik, madu & sehelai rambut).  




Abu Bakar r.a. berkata:
 Iman itu lebih cantik dari mangkuk yg cantik ini, orang yg beriman itu lebih manis dari madu & mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut. 

Umar r.a. berkata:
Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yg cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu & memerintah dgn adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut.

Uthman r.a. berkata:
Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yg cantik ini, orang yg menuntut ilmu itu lebih manis dari madu & beramal dgn ilmu yg dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut.



Ali r.a. berkata:
Tamu itu lebih cantik dari mangkuk yg cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu & membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut.

images (124×93)

Fatimah r.a berkata:
Seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yg cantik, wanita yg berpurdah itu lebih manis dari madu & mendapatkan seorang wanita yg tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut. 


Rasulullah SAW berkata:
Seorang yg mendapat taufiq utk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yg cantik ini, beramal dgn amal yg baik itu lebih manis dari madu & berbuat amal dgn ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut. 


Malaikat Jibril AS berkata:
Menegakkan agama Islam itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yg cantik, menyerahkan diri, harta & waktu utk usaha agama lebih manis dari madu & mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut. 


Allah SWT berfirman:
Syurga itu lebih cantik dari mangkuk yg cantik itu, nikmat syurga itu lebih manis dari madu & jalan menuju syurga adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut. 


Moga beroleh pengajaran & iktibar.


Wallahualam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...