Photobucket

Friday, April 1, 2011

"April Fools" Bukan Budaya Kita

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:10 AM 2 comments

Sebelum meneruskan, SYUKRAN JAZILAN kpd EXCO DAKWAH PERSATUAN PENDIDIKAN ISLAM & EXCO LATIHAN & PEMBANGUNAN SAHSIAH, MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 2011 atas kecaknaan buat banner APRIL FOOLS BUKAN BUDAYA KITA.



TAHUKAH ANDA APAKAH "APRIL FOOL" YG SEBENARNYA????


1 April sebagai hari "April Fool""April Fool" adalah hari di mana orang² diperbolehkan utk menipu atau berbohong orang lain. Tapi tahukah anda apakah itu "April Fool" yg sebenarnya?


Sejarah April Fool

Sebenarnya April Mop adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yg dilakukan melalui cara² penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan "April Fool" dgn cara membolehkan penipuan & pembohongan walaupun ia dikaburi dgn alasan kononnya ia hanya sekadar suatu hiburan atau gurauan belaka. 

Kebiasaannya orang akan mengatakan bahawa "April Fool" (yg hanya berlaku pada tanggal 1 April) adalah hari di mana kita boleh menipu kawan, orang² tua, saudara-mara atau sesiapa sahaja, & mangsa gurauan itu pula tidak boleh marah atau beremosi apabila sedar bahawa dirinya telah menjadi sasaran "April Fool". Biasanya si mangsa, jika sudah sedar terkena "April Fool", maka dirinya juga akan ketawa bersama² atau hanya sekadar pada bengang, bukan betul² marah.

Walaupun ia tidak sehebat perayaan Tahun Baru atau Valentine's Day, budaya "April Fool" dlm dua dekad ini telah menggambarkan kecenderungan yg semakin menyatu dlm masyarakat ketika ini terutamanya dlm kalangan anak² muda. Tidak mustahil jika pada masa akan datang ia akan merebak ke masyarakat perkampungan. 

Ironinya, masyarakat dgn sangat mudah terikut² budaya Barat ini tanpa kajian & kritikan terlebih dahulu, sama ada adakah budaya itu baik ataupun tidak, atau adakah ia bermanfaat atau sebaliknya.

KISAH BERMULA...

Perayaan "April Fool" bermula drpd suatu tragedi besar yg sangat menyedihkan & memilukan. Perayaan "April Fool" atau dikenali sebagai "The April's Fool Day", bermula drpd satu episod sejarah tragedi besar yg sangat menyedihkan & memilukan yg menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487 M, atau bertepatan dgn 892 H. 

Sejak Sepanyol dibebaskan oleh Islam pada abad ke-8 M oleh Amirul Jihad (Thariq bin Ziyad), Sepanyol beransur² tumbuh menjadi negeri yg makmur. Tentera² Islam bukan hanya berhenti di Sepanyol, malah terus-menerus melakukan pembebasan di kawasan² dlm Perancis. Perancis Selatan dgn sangat mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours & kawasan² yg lain telah dibebaskan oleh Islam. 

Walaupun tentera Islam kuat, pasukan Islam masih memberi peluang kpd suku Goth & Navaro di daerah yg berada di sebelah barat di kawasan pergunungan. Islam telah memberikan kemakmuran di Sepanyol. 

Oleh krn sikap para penguasa Islam yg begitu baik & rendah hati, ramai orang² Sepanyol yg kemudiannya dgn tulus & ikhlas memeluk Islam. Umat Islam Sepanyol bukan sahaja beragama Islam, namun bersungguh² mempraktikkan kehidupan secara Islami. Bukan sekadar membaca Al-Qur'an, namun bertingkah-laku berdasarkan Al-Qur'an. Mereka sentiasa mengatakan ‘tidak’ utk arak, pergaulan bebas & semua perkara yg dilarang oleh Islam. Keadaan yg harmoni ini berlangsung selama hampir 6 abad.

Selama itu juga, pihak kafir yg masih berada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal penat lelah terus berusaha utk menghancurkan Islam dlm Sepanyol. Namun, mereka sentiasa menemui kegagalan. Maka dihantarlah sejumlah mata² utk memerhati kelemahan umat Islam di Sepanyol. 

Akhirnya mereka menemui cara utk menakluk Islam, iaitu dgn melemahkan iman mereka melalui serangan pemikiran & budaya. Maka dlm diam mereka mula menyeludup masuk minuman keras & rokok secara percuma ke dlm wilayah Sepanyol. Muzik² dipersembahkan bagi melalaikan para pemuda Islam Sepanyol agar lebih suka menyanyi & menari drpd membaca Al Qur'an. Mereka juga mengirim beberapa ulama’ palsu utk meniupkan idea perpecahan ke dlm tubuh umat Islam di Sepanyol. Lama-kelamaan usaha ini membuahkan hasil. 

Akhirnya Sepanyol jatuh & dikuasai tentera salib. Serangan tentera salib dilakukan dgn kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. Bukan hanya tentera² Islam yg dibunuh, malah termasuk masyarakat awam, wanita², anak² kecil & orang² tua. Satu demi satu daerah di Sepanyol ditakluk oleh tentera salib. 

SELEPAS ITU,

Granada adalah daerah terakhir yg ditakluk. Penduduk Islam di Sepanyol (yg juga dikenali sebagai orang Moor) terpaksa berlindung di dlm rumah utk menyelamatkan diri. Tentera² salib terus menerus mengejar mereka. 

Apabila jalan² dlm keadaan sunyi sepi, yg tinggal hanyalah sisa² ribuan mayat yg bergelimpangan yg bermandikan darah. Tentera salib mengetahui bahawa masih ramai umat Islam di Granada yg masih bersembunyi dlm rumah masing². Dgn lantang tentera² salib meneriakkan pengumuman bahawa umat Islam di Granada boleh keluar dari rumah mereka dgn aman & dibenarkan utk berlayar keluar dari Sepanyol dgn membawa barang² keperluan mereka. 

Orang² Islam pada mulanya masih curiga dgn tawaran tersebut. Beberapa orang Muslim diizinkan utk melihat sendiri kapal² layar yg sudah disiapkan di pelabuhan. Setelah benar² melihat terdapat kapal yg sudah disediakan utk mereka, mereka pun segera bersiap utk meninggalkan Granada & berlayar meninggalkan Sepanyol. 

Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah² mereka dgn membawa seluruh barang² keperluan, berjalan beriringan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yg tidak mempercayai pasukan salib memilih utk bertahan & terus bersembunyi di rumah²  mereka. 

Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dgn pantas tentara salib menggeledah rumah² yg telah ditinggalkan para penghuninya. Api dilihat menjulang² ke angkasa setelah mereka membakar rumah² tersebut bersama² dgn orang² Islam yg masih bertahan bersembunyi di dalamnya.

Ribuan umat Islam yg lain terkandas di pelabuhan & hanya mampu tergamam apabila melihat tentera salib membakar pula kapal² yg dikatakan akan mengangkut mereka utk keluar dari Sepanyol. Kapal² tersebut dgn cepat tenggelam ke dlm lautan. 

Ribuan umat Islam tidak dapat melakukan apa² kerana tidak mempunyai sebarang senjata. Mereka juga kebanyakannya terdiri drpd perempuan² & anak² mereka yg masih kecil. Tentara salib telah mengepung mereka dgn pedang yg terhunus. 

Dgn satu teriakan arahan dari pemimpin mereka, ribuan tentera salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jeritan, tangisan & takbir memecah suasana. Seluruh kaum Muslimin Sepanyol di pelabuhan tersebut habis dibunuh dgn kejam. Mayat bergelimpangan di merata² tempat. Laut yg biru telah berubah menjadi merah kehitaman. 

MAKA...

Tragedi ini bertepatan pd tanggal 1 April. Inilah yg kemudiannya diperingati oleh dunia Kristian apabila tibanya 1 April sebagai April Fool (The April's Fool Day). Pada tanggal 1 April, orang² dibolehkan utk menipu & berbohong terhadap orang lain. 

Bagi umat Kristian, April Fool merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib melalui cara² penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dgn cara membolehkan penipuan & pembohongan walaupun diselaputi dgn alasan sekadar sebagai hiburan atau gurauan semata²

TETAPI....

Bagi umat Islam, "April Fool" merupakan tragedi yg sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara seiman mereka disembelih & dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol. Oleh sebab itu, adalah tidak patut bagi umat Islam utk turut serta dlm merayakan tradisi ini. 

Sesiapapun orang Islam yg turut merayakan "April Fool", maka ia sesungguhnya sedang meraikan ulang tahun pembunuhan kejam ribuan saudara mereka di Granada, Sepanyol pd 5 abad yg silam.


Jadi, perhatikanlah di sekeliling anda, anak² anda & diri anda sendiri drpd terkena virus jahil "April Fool" tanpa kita sedari.
APRIL FOOLS BUKAN BUDAYA KITA

HARAM hukumnya meraikan sambutan atau perayaan yg mempunyai unsur² utk menghina & mempersendakan Islam.

Wallahua’lam

2 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...