Photobucket

Saturday, April 2, 2011

SITC::MPSI::IPSI::UPSI::???

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 7:02 AM No comments

Sultan Idris Training College
Penubuhan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) adalah warisan drpd Sultan Idris Training College (SITC) for Malay Teachers. Penubuhan SITC diilhamkan oleh R. O. Winstedt yg pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Pelajaran Negeri²  Selat & Negeri² Melayu Bersekutu menerusi laporannya yg disiarkan dlm tahun 1917. Antara lain beliau mencadangkan agar sebuah maktab perguruan didirikan di Perak bagi memperluaskan skop pendidikan di negara ini.


SITC dirasmikan pd 29 November 1922 oleh Sir W. George Maxwell, Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri² Melayu Bersekutu. Nama Sultan Idris adalah diambil sempena nama Almarhum DYMM Paduka Seri Sultan Idris Mursidul Adzam Shah, iaitu Sultan Perak yg ke-28 yg memerintah negeri Perak antara 1889-1916. Cadangan nama ini diperkenankan oleh Sultan Abdul Jalil Shah pd 26 Mei 1917. 

Berikutan itu, satu tapak seluas 63 ekar telah dibeli di Tanjong Malim dgn harga RM49,000.00. Kerja² pembinaannya bermula pd Ogos 1919. Penekanan infrastruktur maktab tersebut telah diberikan oleh pihak berkuasa dgn membabitkan orang perseorangan & syarikat² swasta Eropah. Pendawaian sistem elektrik & bekalan air telah dilakukan dgn teliti & dikemaskini bagi memastikan bekalan elektrik & air tidak terputus.
Turut menyaksikan upacara penuh gilang-gemilang tersebut ialah orang kenamaan Melayu & beberapa orang Pegawai Residen Eropah dari semua Negeri² Selat & Negeri² Melayu Bersekutu. SITC didirikan di satu kawasan lembah yg subur di atas tanah seluas 64 hektar di kaki Banjaran Titiwangsa. 

Reka bentuk bangunannya berunsur seni bina Belanda ala Gothic zaman pertengahan. Kumpulan penuntut yg pertama berjumlah 120 orang (semuanya lelaki) berasal dari Negeri² Selat & Negeri² Melayu Bersekutu dgn tenaga pengajar seramai 14 orang. Pada tahun 19212, Pengetua pertama telah memulakan tugas di SITC iaitu O. T. Dussek yg berasal dari England.

Penubuhan SITC dianggap sebagai suatu cetusan era yg menyemarakkan alam pemikiran & pendidikan bangsa Melayu. Pengarah Pelajaran Negeri² Selat, Sir Wolffe dlm ucapannya sewaktu perasmian SITC menyatakan bahawa hari tersebut menandakan hari bersejarah bagi orang² Melayu krn ia merupakan titik tolak dlm perkembangan pendidikan vernakular Melayu. 

Menurutnya lagi, orang² Melayu merasakan suatu pengiktirafan besar, serta penghargaan yg tidak ada tolak bandingnya bagi peningkatan taraf pelajaran anak² Melayu. Katanya lagi, biarpun pelajaran Inggeris penting bagi mencapai hasrat utk memperolehi kedudukan yg tinggi dlm masyarakat, namun pendidikan dlm bahasa Melayu merupakan tapak pertama dlm mengenali erti hidup yg sebenar.

Maktab Perguruan Sultan Idris
Sir Wolffe juga menyarankan agar pelajar² patut mempunyai pengetahuan yg mendalam dlm bidang pertanian, anyaman, latihan jasmani, perkebunan & Bahasa Melayu sendiri. Saranan beliau merupakan garis kasar pembentukan kurikulum SITC di peringkat awal penubuhannya. Dlm tahun² berikutnya hingga tahun 1957, SITC telah menerima penuntut ² dari seluruh pelusuk Tanah Melayu, Brunei, British Borneo & Singapura. 

Kurikulumnya tertumpu kpd pengetahuan asas keguruan di samping kraftangan & pertanian. Sejak ditubuhkan, SITC terus unggul berbakti kpd bangsa & negara. Ia disifatkan ‘universiti’ yg unggul bagi melatih guru² Melayu. Pada tahun 1959, bagi memenuhi tuntutan Laporan Razak, SITC ditukarkan namanya kpd Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) yg khusus utk melatih guru² sekolah rendah.

Institut Perguruan Sultan Idris
Pada 13 Januari 1975, MPSI memecah tradisinya apabila mula menerima 140 orang penuntut perempuan. Kecemerlangan MPSI terus unggul apabila pd 21 Februari 1987, ia dinaikkan taraf menjadi institut & dikenali dgn nama Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI). Mulai tahun 1987, Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) diperkenalkan. Setahun kemudian iaitu dlm tahun 1988, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) pula dimulakan di IPSI.

Dlm tahun 1993, Kursus Kembar dgn Universiti Pertanian Malaysia (UPM) telah diadakan dlm bidang Bahasa Melayu & Pendidikan Jasmani. Status quo ini berterusan hingga tahun 1993 apabila sistem latihan perguruan mengamalkan sistem bersepadu iaitu sesebuah maktab perguruan melatih guru² utk sekolah rendah & menengah.

Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kini institusi ini dinaikkan taraf menjadi sebuah universiti bagi memenuhi hasrat kerajaan memberi peluang pendidikan yg lebih tinggi kpd rakyat khususnya utk melahirkan golongan pendidik yg berwibawa serta mampu menghadapi cabaran di alaf baru. 

Ia selaras dgn usaha memenuhi keperluan peningkatan pembinaan sumber tenaga manusia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan & sahsiah mulia dlm bidang² sains, teknologi, bahasa, kesenian, kesusasteraan & kebudayaan dgn penekanan khusus kpd unsur pendidikan.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditubuhkan pada 1 Mei 1997 melalui Warta Kerajaan P.U.(A) 132 & 133, bertarikh 24 Februari 1997, di bawah dua buah Perintah iaitu Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 & Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997. UPSI mula beroperasi pd 2 Mei 1997 dgn pelajarnya seramai 350 orang yg terdiri drpd berbagai etnik. Dgn berbekalkan tenaga pengajar seramai 29 orang & 6 orang kakitangan pentadbiran, UPSI terus membangun. Kini jumlah pelajarnya terus meningkat dari masa ke semasa & terus berkembang serta mampu bersaing dgn mana² Institusi Pengajian Tinggi Awam yg lain.

Wah sangat indah sejarah penubuhan UPSI dgn keunikan bangunan yg ada di sini.
Tetapi menjadi persoalannya,
:: Adakah akan datang UPSI tetap m'jadi salah satu UNIVERSITI PENDIDIKAN di MALAYASIA?
:: Atau bakal menjadi USI setelah buang perkataan PENDIDIKAN?

Sebenarnya m'jadi kegelisahan kpd kami yg dulunya masuk ke UPSI dgn tawaran IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN memandang isu hangat iaitu perkataan "PENDIDIKAN" tiada lagi dalam PROFILE STUDENT INFO 1 & SLIP EXAM yg bakal kami tempuhi dlm 2 minggu lagi...

Moga pihak atasan dapat menjawab persoalan yg bemain² di fikiran pelajar. Apa²pun kasihan saya tgk MPP 2011. Banyak sangat masalah yg dihadapi. Bertubi² dari segenap pelusuk. Moga Allah permudahkan urusan kalian.

Wallahualam.

0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...