Photobucket

Saturday, April 16, 2011

Istiharkan HaRi iNi eXaM

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 4:52 AM

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah..

Masih ada masa untuk menulis di blog walaupun sepatutnya perlu berhenti memandangkan MUSIM EXaM

Tapi bila difikir kembali adakah ada istilah berhenti @ rehat?

Berhenti @ rehat di sini saya fokus dalam DAKWAH..

Berbalik pada tujuan update blog, saya sebenarnya nak coretkan tentang eXam

Alhamdulillah ini kali ke-6 saya akan ambil eXaM kat U P S I (wah semakin berusia dah saya).

Walau bagaimanapun PROPOSAL TESIS tak siap lagi. "Jeles" dengan kawan-kawan yg PROPOSAL TESISnya dah kena hantar & terima oleh KPM.

Sekarang nie mood PROPOSAL TESIS lagi, nak study pun takda selera. (macam nak makan pula)



Ya Allah banyak sungguh dugaan yang datang padaku pada sem nie. (Biarlah rahsia)

Andaikan ditakdirkan kecemerlangan itu dari ALLAH, 
andaikan ditakdirkan kegagalan itu juga dari ALLAH 
tapi ingatlah walau kita cemerlang atau tidak, 
hakikatnya kedua-dua itu ada hikmahnya. 
Moga kita tak kecundang dengan ujian yang diberikan ALLAH. 
Yang penting, kita SUDAH BERUSAHA yang terbaik dengan kudrat dan iradat yang diberikan ALLAH.

............................................................................................................


Semester ni saya mengambil 21 jam kredit untuk 5 mata pelajaran..

Penatnya hanya Allah saja yang tahu walaupun sedikit...

Tapi aku redha dengan ketentuan Allah...

Semua telah dirancang dengan baik oleh Allah...




Tapi secara jujurnya sem nie saya tidaklah sesibuk semasa terlibat dalam organisasi tapi itu tidak bermakna 24 jam saya berkurung dalam bilik. 

Waktu senggang beginilah bnyk program @ aktiviti saya pi sampai pasar malam TM pun boleh kira sekali dua saja dilawati utk sem ni. 

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."(Surah Al Baqarah : Ayat 286)

............................................................................................................

Alhamdulillah hanya 3 mata pelajaran sahaja diuji untuk peperiksaan semester ini kerana 2 mata pelajaran lain telah diberikan tugasan yang mencabar sepanjang 14 minggu kuliah...

TKT - 21 APRIL 11
TMU - 27 APRIL 11
TKF - 29 APRIL 11

Wah, dekat kalkulator pun boleh taip sesuatulah.
.............................................................................................................

Ya Allah, berikan kami kejayaan di Dunia dan kebahagian di Akhirat..
Selamat Menempuh Final Yang Masih Belum Final Melainkan Di 'Hari Final' Kelak..

Open Image in New Tab utk perbesarkan



"Salam imtihan untuk sahabat-sahabatku yang akan menghadapi imtihan semester ni..".

Doakan kejayaan untuk semua agar berjaya dunia dan akhirat

InsyaAllah..


Firman ALLAH:
 "DAN ORANG2 YG BERUSAHA DENGAN BERSUNGGUH2 KERANA MEMENUHI AGAMA KAMI, NESCAYA KAMI TUNJUKI MEREKA KE JALAN KAMI.."


Semoga kita semua tergolong dlm org-org yg sentiasa cemerlang di dlm ibadah dan imtihan di dunia dan akhirat..

Amin..

Mudah-mudahan dgn segala ilmu yg di kurniakan oleh NYA dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya demi Islam tercinta..

Mana mungkin manusia mencapai kejayaan tanpa pengorbanan..

Kiranya exam ini adalah medan perjuangan kita, maka bertarunglah sedaya upaya kerana Allah.

Beberapa waktu berlalu, kita telah diturunkan segala ilmu dari guru kita, maka manfaatkanlah ia semampu akal kita untuk mempertingkatkan kedudukan ummah, bukan semata-mata untuk kepuasan diri.


TUHAN TAK MENILAI AKAN NATIJAHNYA, TAPI KESUNGGUHAN KITA.


Berjuanglah wahai sahabat, dengan kalimah Tuhan, dengan segala ilmu yang telah dipinjamkan sementara kepada kita.

Selebihnya, sandarkan pada ketentuanNYA. Selamat Berjuang!

....KEJAYAAN DGN USAHA 1 KEPUASAN,

....KEJAYAAN TANPA USAHA 1 KEBETULAN,

....KEJAYAAN DENGAN KEGALALAN 1 KETENTUAN,

....KEGAGALAN TANPA USAHA 1 PENYESALAN...
.....YAKIN PADA ALLAH BUKANLAH MENGHARAP TERKABULNYA SEGALA HARAPAN,

.....YAKIN PADA ALLAH BUKANLAH KEINDAHAN NIKMAT,

.....YAKIN PADA ALLAH ADALAH MELETAKKAN KEREDHAAN PADA KETENTUANNYA..

Goodluckforexam.jpg Good luck for exam image by saijyougorou

Saya dengan rendah diri memohon maaf kepada semua sahabat-sahabat atas segala kesalahan yang disedari atau tidak disedari...

Terutama untuk Sahabat-Sahabat Perjuangan...

Minta maaf sekiranya "kurang komitmen" dengan kumpulan membuat tugasan:

TKT - Linda, Ijah, Hanis
TMU - Zainab, Zati
TKF - Linda
TMR - Buat Sendiri
EDU - Fiza, Ilya, Fira

LOGO RAKAN SURAU

Buat Adik-adik dan sahabat-sahabat Rakan Surau Ar-Rashidin selamat berjuang di dunia yang fana yang mencapai akhirat yang kekal abadi.

Kepada sahabat-sahabat usrah (Linda, Azlina, Ain Fikri), syukran atas perkongsian ilmu selama ini. Dan buat Kak Yani (mak usrahku) maaf kurang komitmen dalam usrah tapi saya gembira setiap datang usrah. Uhibbukifillah Abadan Abada. (Terasa sedih pula nak berpisah dgn akak-Nangis tau tulis nie)

Buat anak-anak usrah RPA akak(Lai, Lela, Rabiatul, Hanan, Fatin, Yana, Ami, Marhani, Fadhilah, Wani), syukran jazilan meluangkan masa datang ke usrah. Moga ukhuwah yang dibina berpanjangan walaupun kita tidak lagi seusrah utk masa hadapan. Carilah ilmu sebanyak mana sepanjang berada di UPSI. InsyaAllah akan kau temui mutiara berharga di sepanjang perjalanan itu. Maaf sekiranya tidak mampu jadi Naqibah yang baik.

Paling utama buat keluarga yang amat dirindui, syukran atas dorongan dan semangat yang diberikan kepada wana walaupun jauh dimata tapi sentiasa bertakhta dihati...

Buat yang mengenali saya HERWANA HERMAN ampun maaf diminta...


............................................................................................................

Ya Allah...
Cabutkanlah ketakutan dr hatinya...
Gantikanlah ia dgn ktenangan...
Bukakanlah pintu taubatMu utk sahabatku ini agar NUR menembusi sanubarinya...
Bukakanlah pintu rezekiMu agar rezekinya melimpah ruah,
Bukakanlah pintu langitMu agar para malaikat mendoakan kejayaannya.
Bukakanlah pintu rahmatMu agar usahanya slama ini diberkatiMu...
KAU sendiri menyaksikan usahanya maka permudahkan penjuangan ini...
Bittaufiq Wannajah fil imtihan kepada semua sahabatku...

WALLAHUALAM

Tuesday, April 12, 2011

Mencari Muka Surat Al-Quran

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 1:52 PM

Assalamualaikum semua. 


Sebelum membaca entry ini pastikan ambil wudhu' terlebih dahulu kemudian capai al-Quran yg ada dalam simpanan anda. Al-Quran yg berhabuk tu lap takut² mengganggu pengajian kita hari ini. 


Saya bukan nak mengajar Al-Quran tapi nak kongsi artikel drpd Panduan Islam iaitu Cara Untuk Mencari Muka Surat Setiap Awal Juzuk Al-Quran (Mesti Cuba Tau!!)


Untuk pengetahuan kawan²ku, di dalam al-Quran Rasm Uthmani. 



Setiap satu juzu’ mengandungi 20 muka surat. 



Manakala, setiap satu muka surat mengandungi 15 baris ayat.

KAEDAH RINGKAS MENGENAL PASTI MUKA SURAT SETIAP AWAL JUZUK

Formulanya amat mudah: (x – 1) 2 +2

Sekali pandang macam rumus algebra pula jadinya. Saya sengaja berbuat demikian agar mudah untuk anda mengingatinya. 

x yang dimaksudkan itu adalah juzu’ yg hendak anda cari muka suratnya.

Jadi, juzu’ yg hendak dicari ditolak dengan angka 1. Kemudian jumlah yg telah anda dapati tersebut di darab pula dengan 2. Hasil jawapan tersebut hendaklah ditambah dengan angka 2 dihujungnya. (Mesti pening..)

Lihat contoh ini:

Katakan juzu’ yang anda ingin ketahui muka suratnya adalah juzu’ 6. Maka, pengiraannya adalah seperti berikut:

6 – 1 = 5

5 x 2 = 10

10 ditambah angka 2 dihujungnya  = 102

Anda tidak percaya dengan jawapan tersebut? Lihat gambar al-Quran di bawah:


Begitu juga jika anda ingin mendapatkan awal muka surat dalam juzu’ lain. Contohnya juzu’ 30:

30 – 1 = 29

29 x 2 = 58

58 ditambah angka 2 dihujungnya = 582



Walau bagaimanapun, kaedah ini hanya sesuai digunapakai pada al-Quran Rasm Uthmani sahaja, tidak kira sama ada mushaf fizikal atau digital


Manakala al-Quran yang menggunakan Rasm Imla’i atau lebih dikenali dengan istilah “al-Quran Majeed” adalah berlainan.

Selamat mencuba & saksikan keajaiban yang berlaku…!!!


Kalau dah malas letak stiker warna-warni kat setiap juzuk jelah...


Lagi mudah..

Wallahualam.

Monday, April 11, 2011

Rashia HP/Handset/Telefon Bimbit

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 4:09 PM

Assalamualaikum. Entry hari ni nak kongsi tentang TELEFON BIMBIT atau orang kampung sy panggil HANDPHONE:)


Ni adalah koleksi HP/Handset/Telefon Bimbit yg sy pernah miliki. Setiap satunya ada cerita tersendiri. Ada sejarah tersendiri. Ada memori tersendiri.

1. Hp pertama sy. Diberi oleh ayah sy sebelum masuk matrik. 


2. Baru 2 bulan pakai tapi dicuri oleh org yg fogging KHAR tahun 2009

3. Sepatutnya warna hitam. Dibeli selepas hp dicuri. Paling banyak berjasa sbb ramai dah pinjam hp nie kalau hp mereka rosak atau hilang

4. Dibeli masa teman sahabat sy beli hp baru di KL. Terpaksa ditukar sbb susah nak hantar msg banyak (tiada group)
5.Hp terkini.. 


Gambar di atas bukan bermakna nak cerita tentang hp sy nie tp nak cerita tentang rahsia hp. 



Sebelum tu nak tanya, apa guna hp anda selain sms & call? 

Terfikir tak sebenarnya handset boleh membantu dikala kecemasan.

Nak tahu?



:: NOMBOR KECEMASAN  
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan & berada di kawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yg anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.


Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yg tiada liputan & lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci (Keypad lock).


:: KERETA TERKUNCI 


Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta & kereta anda ketika itu terkunci dari luar. Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yg menggunakan sistem penggera (alarm) sahaja.


Caranya, cuba anda hubungi seseorang yg berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira² 30 cm (satu kaki) dari kereta yg terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat 'ON ' pada kunci pendua kereta & pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus² kilometer dari tempat kereta anda berada.


Oleh itu, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yg anda percayai untuk menyimpannya. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

:: KUASA BATERI TERSEMBUNYI 
Mungkin ramai tidak tahu, telefon bimbit yg telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.


Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengatifkannya, tekan kekunci *3370#. Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula & skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50%. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda.


:: TELEFON KENA CURI 
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yg terdapat di telefon bimbit anda, sila dail *#06# & 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.


Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini & simpannya di tempat Selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda & berikannya kod nombor siri tersebut.


Mereka kemudiannya akan mengunci sistem dalam telefon bimbit anda & sesiapa sahaja yg mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia di curi, namun sekurang²nya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya..


Setakat ni sj perkongsian dari saya. Kalau ada lagi rahsia lain yg saya tak tahu lagi, bolehlah komen.


Semoga bermanfaat.

Wallahualam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...