Assalamualaikum. Entry hari ni nak kongsi tentang TELEFON BIMBIT atau orang kampung sy panggil HANDPHONE.
Ni adalah koleksi HP/Handset/Telefon Bimbit yg sy pernah miliki. Setiap satunya ada cerita tersendiri. Ada sejarah tersendiri. Ada memori tersendiri.
Ni adalah koleksi HP/Handset/Telefon Bimbit yg sy pernah miliki. Setiap satunya ada cerita tersendiri. Ada sejarah tersendiri. Ada memori tersendiri.
1. Hp pertama sy. Diberi oleh ayah sy sebelum masuk matrik. |
2. Baru 2 bulan pakai tapi dicuri oleh org yg fogging KHAR tahun 2009 |
3. Sepatutnya warna hitam. Dibeli selepas hp dicuri. Paling banyak berjasa sbb ramai dah pinjam hp nie kalau hp mereka rosak atau hilang |
4. Dibeli masa teman sahabat sy beli hp baru di KL. Terpaksa ditukar sbb susah nak hantar msg banyak (tiada group) |
5.Hp terkini.. |
Gambar di atas bukan bermakna nak cerita tentang hp sy nie tp nak cerita tentang rahsia hp.
Sebelum tu nak tanya, apa guna hp anda selain sms & call?
Terfikir tak sebenarnya handset boleh membantu dikala kecemasan.
Nak tahu?
:: NOMBOR KECEMASAN
|
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan & berada di kawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yg anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yg tiada liputan & lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci (Keypad lock). |
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta & kereta anda ketika itu terkunci dari luar. Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yg menggunakan sistem penggera (alarm) sahaja. Caranya, cuba anda hubungi seseorang yg berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira² 30 cm (satu kaki) dari kereta yg terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat 'ON ' pada kunci pendua kereta & pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus² kilometer dari tempat kereta anda berada. Oleh itu, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yg anda percayai untuk menyimpannya. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya. |
Mungkin ramai tidak tahu, telefon bimbit yg telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengatifkannya, tekan kekunci *3370#. Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula & skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50%. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda. |
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yg terdapat di telefon bimbit anda, sila dail *#06# & 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini & simpannya di tempat Selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda & berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci sistem dalam telefon bimbit anda & sesiapa sahaja yg mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia di curi, namun sekurang²nya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya..
Setakat ni sj perkongsian dari saya. Kalau ada lagi rahsia lain yg saya tak tahu lagi, bolehlah komen.
Semoga bermanfaat.
Wallahualam
|
4 123 Bingkisan Sahabat:
ya Allah,, xsangka banyak jugak manfaatnya.. masya Allah. mintak share yer
tafaddal..
boleh saja..
moga bermanfaat
eh, sma la current fon kita!! tp aku warna merah.. hahaha
sama kah..
hihihi...
wah lawa tu warna merah..
aku pun minat merah@ maroon
Post a Comment