Photobucket

Sunday, June 5, 2011

Membaca Gudang Ilmu

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 2:11 AM

Assalamualaikum. Semoga hari ini anda menjadi manusia yang luar biasa daripada biasa². Hari ni nak kongsi pasal buku. Alhamdulillah dah banyak buku yang dikhatam dibaca tapi tak khatam hafal. Baca sekadar mengetahui jalan cerita. Kalau suruh tulis jalan cerita buku² yang dah dibaca konfirm tak ingat. Tapi insyaAllah wana nak kongsi juga manalah tahu tiba² terdetik hati nak baca juga buku² nie kan.

1. BANDUAN AKHIR
 

Buku nie dapat sebab jadi fasi "time" Kem Hijrah Mahasiswa  (HIJRI) anjuran Rakan Surau & LPS KHAR. 

Siapa BANDUAN AKHIR

Buku merungkaikan kisah tentang banduan akhir iaitu banduan yang akhir hidupnya di tali gantung termasuklah kisah yang paling panjang dalam buku ini iaitu Saddam Hussien. Saddam Hussien ditakdirkan menemui ajalnya di tali gantung. Hanya sejarah yang akan menilai beliau; sebagai bapa pemodenan Iraq atau diktator zalim yang dibenci rakyatnya.

"Sekarang beliau hanyalah sampah dalam sejarah." 

Demikian kata Jawad Abdul-Aziz yang kehilangan bapa, tiga orang saudaranya serta 22 orang sepupunya dalam peristiwa pembunuhan di bandar Dujail pada 1982.


Berbeza pula dengan Sheik Yahya al-Attawi, seorang ulama di Masjid Besar Saddam. Kata beliau:

"Saddam seorang syahid dan Tuhan akan menempatkan beliau kelak di sisi para syuhada. Usahlah bersedih atau merungut kerana kematian beliau ialah kematian seorang pejuang yang mulia." 

Kematian Saddam disambut baik oleh Barat. Tony Blair, Perdana Menteri Britain, sebuah negara yang mengharamkan hukuman mati juga turut menyatakan kegembiraannya atas kematian Saddam.



Pemimpin Libya, Muammar Gadaffi pula mengumumkan perkabungan selama tiga hari sempena menghormati kematian Saddam.


-- Video ni cara menunjukkan Saddam Hussien digantung


Di sebalik baca kisah BANDUAN AKHIR pula berlaku satu peristiwa yang menyedihkan dalam hidup keluarga kami terutamanya ibuku. Di saat habis baca buku ini 2 April 2011, aku terima panggilan telefon tentang pemergian datukku. Sedih sebab dah 7 tahun tak jumpa datuk sebelum dia berangkat ke daerah baru. Kenapa 7 tahun? Panjang ceritanya sampai tak boleh dipendekkan.


Nak "flashback" hari kejadian, patutlah "time" baca salah satu "part" dalam buku BANDUAN AKHIR iaitu tanda² kematian rasa penghayatan sedikit berbeza. Kalau rajin baca ye tanda² kematian nie..

100 hari sebelum hari mati
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya & hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan² mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan² bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar & berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti & hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan & urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut². Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut & mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu & jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan² bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba² ianya berselera untuk makan.

3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan & kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis & ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi & bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan² jatuh & ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur² masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan² jatuh ke depan & sukar ditegakkan.

1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun² di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat & ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah & berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita & sekarang akan mematikan pula.

Firman Allah Yang bermaksud:
"Perkara yang benar ialah yang datang dari Tuhanmu. Maka jangan sekali² engkau menjadi dari orang² yang ragu²." (Ali-Imraan: 60)


Al-Fatihah buat datukku.


2. TRAVELOG SEORANG DA'I

Buku seterusnya adalah TRAVELOG SEORANG DA'I. Dah tajuknya TRAVELOG maka jalan cerita dalam buku ni berkisarkan perjalanan hidup Ustaz Abdul Rahman Mohamed. Betapa payahnya menjadi seorang da'i terlalu banyak ujian yang dihambarkan tapi itu bukan halangan buat penulis untuk terus menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini. Kalau kita berada di tempatnya mungkin kita tidak setabahnya untuk menghadapinya. Mungkin kita biasa dengar dengan bait kata² ini 
"Jalan dakwah ini bukan mudah, ia dihamparkan dengan duri² yang menyakitkan. Kalaulah ia dihamparkan dengan karpet merah sudah pasti ramainya yang berada di jalan dakwah"

Tapi jangan risau dan berputus asa bak kata dalam buku ini "SESUNGGUHNYA BESERTA KESUSAHAN ITU ADA KESENANGAN." Kata² diambil dari maksud surah al-Insyirah ayat 5. Bilamana wana berada dalam kesusahan ayat ini menjadi penguat hati bahawa Allah tidak akan memberikan kesusahan semata² buat hambaNya.

Antara yang boleh diambil sebagai panduan:
1.Usaha seorang ibu yang tidak kenal penat & lelah dalam mencari sesuap rezeki dalam mendidik anak².


2.Walaupun sudah berada dan berkawan dengan ‘kawan yang tidak elok’ masih ada ruang untuk berubah.


3. Semangat untuk belajar walaupun dah berumur.


4. Kreatif dalam menyebarkan Islam di Singapura walaupun dalam tekanan pihak atasan.


5. Sanggup buat sesuatu yang belum pernah dibuat oleh orang lain. Contoh membuka kedai bahan agama & kaset ceramah agama Islam di kawasan 'hitam' atau kawasan pelacuran. Akhirnya selepas 2 tahun tempat itu 'bersih'.


6. Usaha yang gigih.


7. Dapat mengajak dan membawa isteri & anak² BERSAMA beliau dalam usaha harian.


8. Bersemangat gigih dalam menegakkan kebenaran. Lawan kes di mahkamah.


Semoga daku diberi kekuatan untuk menjadi seorang da'i juga.

3. VT


Sebut saja Hilal Asyraf, mesti peminat setia novel islamik sudah tahu betapa "best"nya karya Hilal Asyraf ni. "Time" baca buku nie barulah saya tahu Hilal Asyraf nie seumur dengan saya sebab lahir tahun 1989. Kalau tak belek² kulit buku VT mesti saya tak tahu walaupun dah banyak baca buku beliau.


Seperkara yang menjadi tanda tanya sepanjang baca buku ini "Kenapa VT?" Dan persoalan itu terungkai bilamana nak "part" akhir baru bagitau VT = Volleyball Team. MasyaAllah sangat lambat otak saya berfikir. 



Dalam buku ni mengisahkan sekumpulan pemain bola tampar MATRI yang tidak lagi berjaya mendapat johan selepas 10 tahun yang lalu. Kemudian, datang seorang pelatih yang melatih pelajar² ini. Pada mulanya, pelajar² ini sangat degil, kasar & sama waktu dengannya.

Saiful(nama salah satu watak) bukan sahaja berjaya melatih mereka dari segi fizikal malah melatih dari segi emosi, sosial & rohani. Sangat teruja membaca buku nie ibarat kata Fiezah  kalau baca buku nie terasa kita pun tengah main bola tampar. 

Alhamdulillah atas usaha & kebergantungan tinggi pada Allah nama MATRI lebih menyerlah selepas mereka bersungguh² dalam latihan. Akhirnya, mereka berjaya mendapat pingat emas & menewaskan SSNP.



Watak dalam novel ini, diadaptasi daripada watak pemain yang sebenar. Buku ni agak unik  & menarik kerana tiada watak perempuan dalam novel tersebut kecuali pemain VT. Jauh sekali "part" cinta antara manusia melainkan cinta kepada Allah. Novel ini juga menerapkan motivasi kepada remaja. Tidak lari juga, dakwah dalam bersukan. Dakwah yang ditonjolkan dalam bentuk santai, sangat menarik!

"Matahari hanya akan malap apabila kiamat
Begitulah kata² ini digunakan supaya mereka tidak putus asa dalam bermain bola tampar.

4. HERO

Buku terakhir hasil karya terbaru Hilal Asyraf "HERO". Berulang kali Illya "promote" dekat saya untuk baca buku nie. Akhirnya termakan dengan pujuk rayunya.

Baca dari satu "part" ke "part" yang seterusnya tak jumpa pun "best"nya seperti yang dikatakan Illya. Tapi saya tak katakan pun buku nie tak "best". Mungkin bukan pilihan jiwa saya kot baca kisah tentang lawan² atau musuh². Kehadiran Husna dalam buku ini sebenarnya menarik hati saya untuk terus membaca. Nak tahu kenapa? Jawapannya "baca dulu baru tahu".

Apa² tahniah pada Hilal Asyraf atas penulisan buku HERO ini. Gabungan watak² dalam buku² yang pernah ditulisnya merangkap buku² yang pernah saya baca (Sinergi, Terasing, VT).

.................................................................

Semoga setiap pengajaran dalam semua buku yang dibaca menjadi titik tolak untuk terus memanjat tangga ke syurga. 
Menanam benih untuk makan di akhirat esok. 
Mencari saham untuk simpanan hari selepas mati. 

Friday, May 20, 2011

Novel DALAM MIHRAB CINTA

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 7:32 AM

Assalamualaikum & salam sejahtera..


Alhamdulillah usai sudah aku membaca buku “Dalam Mihrab Cinta” karya novelis No. 1 Indonesia iaitu Habiburrahman El Shirazy. Boleh tahanlah juga jalan ceritanya. Kesungguhan mencari ilmu “Syamsul Hadi” watak utama dlm novel ini harus kita contohi. 

Banyak ibrah yg boleh di ambil dlm cerita ini. Tidak sabar rasanya mahu tonton ceritannya pula dlm filem Dalam Mihrab Cinta. Lagu “Bunga-Bunga Cinta” dlm blog saya ni merupakan salah satu lagu dlm filem ini. 

Bait² kata dlm novel ini kutulis semula utk ingatan bersama. Bagi yg belum baca jangan ketinggalan deh.
 “Hidup adalah perjuangan tidak kenal penat lelah & berterusan, terus menerus. Kesabaran & ketabahan adalah senjata yg paling utama di dalam pertarungan yg tiada noktahnya ini. Kemenangan di medan pertempuran ini hanya milik org yg gagah berani & tidak kenal takut, tidak mudah menyerah kalah kpd rintangan yg mereka hadapi dlm apa keadaan sekalipun. Tidak peduli, berapa kali mereka sering tersungkur & jatuh, mereka segera bangkit kembali & meneruskan usaha mereka dgn semangat baru yg lebih berkobar & akal baru yg penuh kebijaksanan & pertimbangan yg matang.”

Melangkah Kerana Allah
“Melahirkan org pintar matematik itu mudah. Setiap sekolah mampu melahirkannya. Tetapi melahirkan seorg seniman besar yg karyanya menjadi ubat hati & fikiran umat manusia, tidak boleh dicetak begitu saja melalui sekolah. Org yg belajar di sekolah seni belum tentu mampu menjadi seniman besar”.

Perkenalan
“Sluman-sluman watone slamet Ngarep-arep rizki Ojo nganti seret”                                        
(Sapa faham tolong “translate”kan ye)

Surat Wasiat
“Org yg mencintai tidak akan pernah lupa saat pertemuaan dgn kekasihnya. Mereka akan gembira jika diingatkan dgn kematian & akhirat. Kerana mereka sentiasa berusaha untuk mendirikan villa di akhirat & menanam pohon² syurganya. Bahkan mereka terbang ke syurga dgn rohnya. Maka bau harum semerbak tersebar di sepanjang perjalanan.”

Pertemuan Kedua
“Bayang² itu mengikut tongkatnya. Jika tongkatnya lurus maka bayang²nya akan lurus. Dan sebaliknya jika tongkat itu benkok maka bayang²nya akan ikut bengkok.”

Siang Jadi Malam, Malam Jadi Siang
“Dia yakin bahawa ilmu hanya boleh dicapai & ditundukkan dgn ketenunan, kerajinan, istiqamah & pasrah sepenuhnya kpd Allah s.w.t.”

Kecurian Yang Mengemparkan
“Sejarah mencatat, merka kebanyakannya lahir & dibesarkan dalam keadaan yg sukar. Mereka melangkah & menapak tangga² kejayaan di tengah² kesusahan hidup.”

Babak Belur
“…penjahat akan melakukan menutup kejahatannya…”

Keraguan
“Tiba² dunia terasa begitu sempit & langit seakan hendak runtuh menimpanya.”

Di Semarang
“Kalau sudah Berjaya nanti abang pasti akan pulang…”

Bertahan Hidup Di Jakarta
“…dia akan membuktikan kpd dunia yg dia boleh Berjaya seperti yg diharapkannya meskipun terpaksa melalui perjuangan yg panjang & terpaksa melepasi penderitaan yg bukan ringan.”

Menata Hidup
“Berprasangka baiklah kpd Allah & teruslah mendekatkan diri kpd Allah. Seseungguhnya itulah kunci kejayaan yg paling asas.”



Wajah² Penuh Penyesalan
“Kesilapan yg lalu jgn terus diungkit. Lebih baik kita berhati² supaya di masa depan, tidak terjadi kesalahan yg sama. Kita jadikan ini semua sebagai pelajaran berharga.”

Hadiah Dan Kejutan
“Biarlah mereka mencariku. Dan akan aku maafkan jika mereka mahu mencium telapak kakiku.”

Ujian Dari Silvie
“…seorang pencopet untuk berbuat jahat pun berani bernekad tetapi untuk berbuat baik tidak berani bernekad.”

Menolak Lamaran
“Angin yg bertiup sepoi² bahasa seolah² mengalunkan firman Allah, ‘faman ya’mal mitsqala dzaratin khairan yarah wa man ya’mal mitsqala dzaratin syarran yarah’.”

Sang Mubaligh Muda
“Cinta adalah sesuatu yg menakjubkan. Kamu tidak perlu mengambilnya dari seseorang utk memberikannya kpd org lain. Kamu selalu memilikinya lebih dari cukup untuk diberikan kpd org lain.”

Bertemunya Dua Cinta
“Ya Allah sebaik² rencana, tetap rencanaMulah yg terbaik & sebaik² pilihan tetap pilihan-Mulah yg terbaik, maka anugerahkanlah hamba rencana & pilihan terbaik-Mu utk hamba ini. Rabbana taqabbal minna innaka antas samii’ul ‘aliim wa tub ‘alaina innaka antat tawwaabur rahiim. Amin.”
…………
“Ya Allah, aku tidak mengharapkan apa² kecuali reda-Mu. Ya Allah, sucikanlah diriku lahir & batin & temukanlah diriku dgn hamba-Mu yg soleh utk menjadi pendamping & imamku meraih redha-Mu. Amin.”
…………
“Ya Allah, jika hamba salah mengharapkan dia. Maka pupuslah harapan ini. Jika hamba benar mengharap dia & aku Kau meredhainya maka aku serahkan semuanya kepada rencana-Mu. Engkaulah Zat Yang Maha Kuasa & Maha Tahu. Amin.”

Nyanyian Bahagia dan Nyanyian Duka
“…saya merasa tidak memiliki alasan untuk menolak.. Jadi dgn ucapan bismillah saya bersedia.”

Ujian Yang Maha Berat
“Dia merasa lebih kosong & lebih sakit. Drpd saat dia dibotakkan di pesantren & diusir dgn penuh kehinaan. Saat itu masih terasa ada harapan hidup sebab dia masih merasa memiliki cabaran. Tetapi kini ketika cahaya hidup hilang, harapan lenyap & cabaran tidak ada, dia merasa jiwanya kosong.”

Kembali Ke Jalan Lurus
“Segala rintangan dlm perjalanan hanyalah tembok, bukan jalan buntu. Kemenangan sejati bukan beerti Berjaya tanpa menemui kegagalan. Kemenagan sejati diperoleh apabila kita kembali bangkit setiap kali gagal. Setiap kegagalan sejatinya mengandungi benih kejayaan.”

Waduh syok membaca dikala duduk di bilik guru, mentang²lah belum masuk kelas. Terima kasih buat Fiezah Halim yg meminjamkan buku. Kepada yg lain SELAMAT MEMBACA.

Wallahualam.

Wednesday, May 18, 2011

Corat Coret Praktikal

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 2:37 PM



Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi nikmat Iman dan Islam. Hari ini sudah 5 hari bergelar Guru Praktikal. 


Kehidupan yang amat berbeza daripada alam kampus


Betullah kata seorang sahabat hari pertama berada di sekolah pasti merindui alam kampus. Setakat hari kelima berada di sekolah memang banyak perkara telah dilalui ibarat makanan yang cukup rasa masam-manis-pahit-tawar dan paling penting adalah sedar akan kelemahan dalam diri. Terasa diri amat kerdil.

Entry hari ini saya nak kongsi pengalaman berada di SAMSHSB atau Sekolah Agama Menengah Sultan Hisamudin, Sungai Bertih, Klang Selangor Darul Ehsan.

Beberapa hari sebelum praktikal

Seminggu sebelum praktikal lagi kami1 (saya & Fiezah) telah berulang-alik dari Tanjung Malim ke Klang untuk menguruskan rumah sewa, telefon sekolah dll. Tapi hari Khamis (5/5/11) kami1 akhirnya menjejak kaki ke SAMSHSB di mana kami1 akan berpraktikal selama 4 bulan di situ. 


Kehadiran kami ke sekolah itu sebenarnya pada hari di mana seorang guru bersara dan nasib baik sebelum datang dah telefon pejabat SAMSHSB.

Kami1 disambut oleh Penolong Kanan (PK) Pentadbiran iaitu Ustazah Nazian. Memandangkan surat ULM belum sampai ke SAMSHSB ia menjadi kesukaran pada kami. Kami2 (saya, Fiezah & Farid) sebenarnya golongan Perintis daripada UPSI yang praktikal di SAMSHSB memandangkan sebelum ini hanya UM sahaja yang menghantar pelajarnya praktikal di situ. 


Kami1 juga sebenarnya golongan Perintis bukan aliran agama yang mohon praktikal di situ. Memandang terlalu banyak masalah yang dihadapi maka PK tidak dapat memberikan kata putus sama ada kami boleh menerima kami praktikal atau tidak. Jawapan YA atau TIDAK hanya dapat diketahui keesokan hari setelah berbincang dengan dengan pengetua.

Ketika itu hanya Allah saja tahu perasaan di hati. Rasa nak “extend” sem pun terlintas tapi perasaan itu dapat diubati sebentar selepas melihat “generasi baru” yang akan sama2 bergerak kerja dalam Islam.

Alhamdulillah, berkat hari Jumaat kegelisahan dapat diatasi bilamana mendapat SMS daripada PK Pentadbiran yang berbunyi 



Boleh datang hari ISNIN 


Senyuman terukir dgn ucapan Alhamdulillah.

Hari 1

Seawal pagi bersiap ke sekolah sebagai Guru Praktikal. Bercampur aduk perasaan ketika itu. Hari pertama ke sekolah agak kelewatan iaitu jm 7.25am memandangkan baru tahu keadaan kesesakan jalan raya bermula dari rumah sewa kami (Jalan Raja Nong Kiri) sehingga ke SAMSHSB. Bak kata guru lama di SAMSHSB 


Kalau kamu keluar jam 7 pagi konfirm lambat datang sekolah 


Kami berazam keluar sebelum 6.45am dari rumah.

Agak teruja memasuki laman SAMSHSB sebab kami disambut dengan bacaan Al-Mathurat yang dialunkan oleh pelajar melalui corong suara di pejabat sekolah di mana semua pelajar & guru dapat mendengarinya.

Sekali lagi kami disambut oleh PK Pentadbiran mengalu-alukan kehadiran kami di SAMSHSB sebagai guru PELATIH. Banyak juga nasihat yang telah diterima.

:: Ikhlaskan hati menjadi pendidik

:: Datang awal ke sekolah dan kelas

:: Terlibat dengan semua program yang dianjurkan sekolah.

:: Bergaul dengan semua orang.

Seterusnya kami berjumpa pengetua sebelum berjumpa Cg Suria Hani yang akan mengurus jadual kelas kami.

Alhamdulillah penerimaan yang baik daripada warga SAMSHSB walaupun terkejut memandangkan langsung tidak mendapat tahu bakal guru pelatih UPSI berpraktikal di SAMSHSB.

Hari pertama dilalui dengan bertemu dengan PK HEM, Guru Kanan Bidang Sains & Matematik, melawat Pusat Sumber Sekolah & berbincang dengan Pengarah Program Pekampungan Ilmu PMR & SPM iaitu Cg Radhiah. Tugasan pertama diberikan pada kami1 ialah menyiapkan “pamplate” untuk program tersebut.

Hari 2

Hari ini kami mula mendapat kelas ganti @ “relief” memandangkan ramai ramai guru yang ada urusan lain di luar sekolah. Sehari mendapat 3 kelas ganti. Perkara ni menjadi titik sejarah dalam hidupku memandangkan pertama kali memasuki kelas sebagai seorang guru. Waktu masuk ke kelas 1 Ibn Nafis, pada mulanya mereka terkejut memandang seorang yang tidak dikenali masuk ke dalam kelas. Arahan yang kuberikan turut tidak didengari.

Aku memberanikan diri.

Pada mulanya kupandang seorang demi seorang muka pelajar yang berada dalam kelas itu. Pada waktu itulah kelas mula senyap dan mereka melihat ku dengan penuh tumpuan.

Selepas itu, mulanya interaksi antara aku dan mereka. Agak janggal juga sehingga aku beberapa kali tersasul membahasakan diri “kakak” kepada mereka. Aku pula memanggil mereka “murid-murid”. Terasa kekok di situ. Aku cuba membawa mereka dengan suatu situasi iaitu tujuan mereka datang ke sekolah. Alhamdulillah semuanya mengambil bahagian.

Kelas ganti yang kedua ialah 5 Ibn Rusyd. Kelas akhir untuk tingkatan 5. Pelajar lelakinya agak ganas juga. Bayangkan sepatutnya waktu itu kelas mereka masih bertenggek di koridor sehingga sebelum masuk kelas tersebut saya perlu mengarahkan mereka masuk dalam kelas. Nasib baik nak masuk. Dahlah suara & ketinggian saya tenggelam bila berdepan dengan mereka.


Baru sekejap tadi semasa melalui kelas itu aku terdengar seorang cikgu marah mereka sebab bermain daun terup. Tapi mungkin persepsi itu lahir hanya pada pandangan saya yang baru mengenali mereka. “ Don’t judge the book by its cover”

Aku suruh mereka buat kerja sendiri memandangkan esok hari bermulanya Peperiksaan Pertengahan Tahun untuk Tingkatan 4 & 5. Dalam masa 10 minit sahaja kelas riuh macam pasar.

Wah.. Apa harus kubikinin ya sama mereka?

Aku mula berjalan-jalan disekeliling kelas sambil memerhatikan mereka satu persatu. Dengan seberapa usaha aku membesarkan mataku. Mungkin agak kehairanan dengan tingkahlakuku. Mereka senyap & memerhatikan aku pula. Setelah “round” kelas tu 1 pusingan aku mula bersuara.

Antum tahu tak?

Kuulang soalan tu sebanyak 3 kali untuk menarik perhatian mereka.

Antum tahu tak berapa jumlah UMAT ISLAM di seluruh dunia?

Mereka terdiam sambil berfikir. Memandangkan mereka tidak tahu aku pun berkata:

Jumlah UMAT ISLAM adalah sebanyak buih-buih di lautan, banyak tak?

Mereka khusyuk mendengar. Maka dari situ aku cuba memberi sedikit nasihat yang bermula dengan soalan yang kulemparkan.

Alhamdulillah mereka diam selepas itu & ada beberapa orang pelajar yang datang padaku meminta ajar subjek sains.



Hari 3

Kami2 telah diberikan jadual kelas masing-masing. Aku akan mengajar 2 kelas tingkatan 2 untuk subjek Matematik iaitu 2 Ibn Nafis menggantikan En. Khairul (Guru Disiplin) & 2 Ibn Qayyim menggantikan Pn. Murni (Panatia Matematik). 1 kelas lagi aku menggantikan kelas Pn. Sharifah (Pengetua) bagi subjek Sains iaitu 1 Ibn Nafis.



Hari ketigaku diisi dengan “relief” kelas  & membuat temu janji dengan guru-guru yang bakal aku gantikan untuk meminta Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT), dan senarai nama pelajar dalam kelas tersebut untuk diisi dalam buku Persediaan Mengajar.



Ada yang dapat dan ada yang tidak.



Malamnya aku membuat “exercise” tangan menulis nama2 pelajarku di dalam buku itu. Setelah dicongak2 aku akan mentarbiyah 121 orang pelajar secara langsung bagi sepanjang praktikum ini.  



Hari 4 & 5

Hari ke-4 & ke-5, jadual yang agak sama kulalui memandangkan setiap hari aku akan ada “relief” kelas, jaga kelas peperiksaan dan jumpa sesiapa yang kurasa berkepentingan untuk jumpa. 



Setiap “relief“ kelas yang aku masuk pasti akan minta buat kerja sendiri & sebarang pertanyaan tentang soalan yang nak dibincangkan boleh tanya saya. Waktu itulah mereka akan terkejut bila aku mengatakan aku GURU MATEMATIK.  



Rasanya sampai sini saja celotehku.



Mungkin TERATAK PENDIDIK akan bersawang selalu memandangkan buat masa ini aku belum lagi berkesempatan membeli “broadband”. Wifi sekolahlah menjadi harapan.



Akhir kalam, SEMOGA AKU MAMPU MELALUI ALAM RUMAHTANGGA PRAKTIKAL DI SEKOLAH



Wallahualam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...