Assalamualaikum. Semoga hari ini anda menjadi manusia yang luar biasa daripada biasa². Hari ni nak kongsi pasal buku. Alhamdulillah dah banyak buku yang dikhatam dibaca tapi tak khatam hafal. Baca sekadar mengetahui jalan cerita. Kalau suruh tulis jalan cerita buku² yang dah dibaca konfirm tak ingat. Tapi insyaAllah wana nak kongsi juga manalah tahu tiba² terdetik hati nak baca juga buku² nie kan.
1. BANDUAN AKHIR
Buku nie dapat sebab jadi fasi "time" Kem Hijrah Mahasiswa (HIJRI) anjuran Rakan Surau & LPS KHAR.
Siapa BANDUAN AKHIR?
Buku merungkaikan kisah tentang banduan akhir iaitu banduan yang akhir hidupnya di tali gantung termasuklah kisah yang paling panjang dalam buku ini iaitu Saddam Hussien. Saddam Hussien ditakdirkan menemui ajalnya di tali gantung. Hanya sejarah yang akan menilai beliau; sebagai bapa pemodenan Iraq atau diktator zalim yang dibenci rakyatnya.
"Sekarang beliau hanyalah sampah dalam sejarah."
Demikian kata Jawad Abdul-Aziz yang kehilangan bapa, tiga orang saudaranya serta 22 orang sepupunya dalam peristiwa pembunuhan di bandar Dujail pada 1982.
Berbeza pula dengan Sheik Yahya al-Attawi, seorang ulama di Masjid Besar Saddam. Kata beliau:
"Saddam seorang syahid dan Tuhan akan menempatkan beliau kelak di sisi para syuhada. Usahlah bersedih atau merungut kerana kematian beliau ialah kematian seorang pejuang yang mulia."
Kematian Saddam disambut baik oleh Barat. Tony Blair, Perdana Menteri Britain, sebuah negara yang mengharamkan hukuman mati juga turut menyatakan kegembiraannya atas kematian Saddam.
Pemimpin Libya, Muammar Gadaffi pula mengumumkan perkabungan selama tiga hari sempena menghormati kematian Saddam.
Di sebalik baca kisah BANDUAN AKHIR pula berlaku satu peristiwa yang menyedihkan dalam hidup keluarga kami terutamanya ibuku. Di saat habis baca buku ini 2 April 2011, aku terima panggilan telefon tentang pemergian datukku. Sedih sebab dah 7 tahun tak jumpa datuk sebelum dia berangkat ke daerah baru. Kenapa 7 tahun? Panjang ceritanya sampai tak boleh dipendekkan.
Nak "flashback" hari kejadian, patutlah "time" baca salah satu "part" dalam buku BANDUAN AKHIR iaitu tanda² kematian rasa penghayatan sedikit berbeza. Kalau rajin baca ye tanda² kematian nie..
100 hari sebelum hari mati
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya & hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan² mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan² bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar & berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti & hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan & urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut². Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut & mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu & jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan² bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba² ianya berselera untuk makan.
3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan & kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis & ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi & bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan² jatuh & ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur² masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan² jatuh ke depan & sukar ditegakkan.
1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun² di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat & ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah & berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita & sekarang akan mematikan pula.
Firman Allah Yang bermaksud:
"Perkara yang benar ialah yang datang dari Tuhanmu. Maka jangan sekali² engkau menjadi dari orang² yang ragu²." (Ali-Imraan: 60)
Al-Fatihah buat datukku.
2. TRAVELOG SEORANG DA'I
Buku seterusnya adalah TRAVELOG SEORANG DA'I. Dah tajuknya TRAVELOG maka jalan cerita dalam buku ni berkisarkan perjalanan hidup Ustaz Abdul Rahman Mohamed. Betapa payahnya menjadi seorang da'i terlalu banyak ujian yang dihambarkan tapi itu bukan halangan buat penulis untuk terus menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini. Kalau kita berada di tempatnya mungkin kita tidak setabahnya untuk menghadapinya. Mungkin kita biasa dengar dengan bait kata² ini
"Jalan dakwah ini bukan mudah, ia dihamparkan dengan duri² yang menyakitkan. Kalaulah ia dihamparkan dengan karpet merah sudah pasti ramainya yang berada di jalan dakwah"
Tapi jangan risau dan berputus asa bak kata dalam buku ini "SESUNGGUHNYA BESERTA KESUSAHAN ITU ADA KESENANGAN." Kata² diambil dari maksud surah al-Insyirah ayat 5. Bilamana wana berada dalam kesusahan ayat ini menjadi penguat hati bahawa Allah tidak akan memberikan kesusahan semata² buat hambaNya.
Antara yang boleh diambil sebagai panduan:
1.Usaha seorang ibu yang tidak kenal penat & lelah dalam mencari sesuap rezeki dalam mendidik anak².
2.Walaupun sudah berada dan berkawan dengan ‘kawan yang tidak elok’ masih ada ruang untuk berubah.
3. Semangat untuk belajar walaupun dah berumur.
4. Kreatif dalam menyebarkan Islam di Singapura walaupun dalam tekanan pihak atasan.
5. Sanggup buat sesuatu yang belum pernah dibuat oleh orang lain. Contoh membuka kedai bahan agama & kaset ceramah agama Islam di kawasan 'hitam' atau kawasan pelacuran. Akhirnya selepas 2 tahun tempat itu 'bersih'.
6. Usaha yang gigih.
7. Dapat mengajak dan membawa isteri & anak² BERSAMA beliau dalam usaha harian.
8. Bersemangat gigih dalam menegakkan kebenaran. Lawan kes di mahkamah.
Semoga daku diberi kekuatan untuk menjadi seorang da'i juga.
3. VT
Sebut saja Hilal Asyraf, mesti peminat setia novel islamik sudah tahu betapa "best"nya karya Hilal Asyraf ni. "Time" baca buku nie barulah saya tahu Hilal Asyraf nie seumur dengan saya sebab lahir tahun 1989. Kalau tak belek² kulit buku VT mesti saya tak tahu walaupun dah banyak baca buku beliau.
Seperkara yang menjadi tanda tanya sepanjang baca buku ini "Kenapa VT?" Dan persoalan itu terungkai bilamana nak "part" akhir baru bagitau VT = Volleyball Team. MasyaAllah sangat lambat otak saya berfikir.
Seperkara yang menjadi tanda tanya sepanjang baca buku ini "Kenapa VT?" Dan persoalan itu terungkai bilamana nak "part" akhir baru bagitau VT = Volleyball Team. MasyaAllah sangat lambat otak saya berfikir.
Dalam buku ni mengisahkan sekumpulan pemain bola tampar MATRI yang tidak lagi berjaya mendapat johan selepas 10 tahun yang lalu. Kemudian, datang seorang pelatih yang melatih pelajar² ini. Pada mulanya, pelajar² ini sangat degil, kasar & sama waktu dengannya.
Saiful(nama salah satu watak) bukan sahaja berjaya melatih mereka dari segi fizikal malah melatih dari segi emosi, sosial & rohani. Sangat teruja membaca buku nie ibarat kata Fiezah kalau baca buku nie terasa kita pun tengah main bola tampar.
Alhamdulillah atas usaha & kebergantungan tinggi pada Allah nama MATRI lebih menyerlah selepas mereka bersungguh² dalam latihan. Akhirnya, mereka berjaya mendapat pingat emas & menewaskan SSNP.
Watak dalam novel ini, diadaptasi daripada watak pemain yang sebenar. Buku ni agak unik & menarik kerana tiada watak perempuan dalam novel tersebut kecuali pemain VT. Jauh sekali "part" cinta antara manusia melainkan cinta kepada Allah. Novel ini juga menerapkan motivasi kepada remaja. Tidak lari juga, dakwah dalam bersukan. Dakwah yang ditonjolkan dalam bentuk santai, sangat menarik!
"Matahari hanya akan malap apabila kiamat"Begitulah kata² ini digunakan supaya mereka tidak putus asa dalam bermain bola tampar.
4. HERO
Buku terakhir hasil karya terbaru Hilal Asyraf "HERO". Berulang kali Illya "promote" dekat saya untuk baca buku nie. Akhirnya termakan dengan pujuk rayunya.
Baca dari satu "part" ke "part" yang seterusnya tak jumpa pun "best"nya seperti yang dikatakan Illya. Tapi saya tak katakan pun buku nie tak "best". Mungkin bukan pilihan jiwa saya kot baca kisah tentang lawan² atau musuh². Kehadiran Husna dalam buku ini sebenarnya menarik hati saya untuk terus membaca. Nak tahu kenapa? Jawapannya "baca dulu baru tahu".
Apa² tahniah pada Hilal Asyraf atas penulisan buku HERO ini. Gabungan watak² dalam buku² yang pernah ditulisnya merangkap buku² yang pernah saya baca (Sinergi, Terasing, VT).
.................................................................
Semoga setiap pengajaran dalam semua buku yang dibaca menjadi titik tolak untuk terus memanjat tangga ke syurga.
Menanam benih untuk makan di akhirat esok.
Mencari saham untuk simpanan hari selepas mati.
0 123 Bingkisan Sahabat:
Post a Comment