Photobucket

Tuesday, March 18, 2014

Aku Rindu Kamu Dik T_T

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 8:49 PM

Masih terbayang-bayang wajahnya,
Masih terbayang-bayang senyumnya,
Masih terngiang-ngiang rengekan manjanya,
Masih terngiang-ngiang suara kartunnya...

Aku rindu kamu dik,
Sudah 79 hari dikau meninggalkan kami,
Moga dirimu bahagia di alam kubur,
Dirimu tetap dalam doa dan ingatan kami,

TETAP, TETAP & TETAP...
InsyaAllah...


اللّهم اغفرلها وارحمها وعافها واعف عنها



Semoga adikku mendapat keredhaan Allah dan ditempatkan disyurgaNya. Untung kamu dik diambil Allah semasa usia yg masih muda.


Wednesday, January 15, 2014

Kehilangan Adik Manis

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 7:18 AM


Assalamualaikum & salam sejahtera.


Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan rahmat & kasih sayangnya Allah masih beri kesempatan untuk hidup bagi memperbaiki diri.


Tanpa disedari kini sudah 15 hari berada di tahun baru 2014. Tapi kehadiran tahun 2014 langsung tidak menghiburkan hati ini memandangkan sudah 16 hari kehilangan adik tersayang. Adik manis itulah panggilan untuknya sebab dia yang mulakan panggil ahli keluarga lain dengan gelaran manis.


Allah... 


Kadangkala terasa dia masih ada, macam tiada apa-apa yang berlaku pada 31 Disember 2013 yang lalu. Tapi hakikatnya dia sudah kembali kepada Penciptanya.


Terima kasih Ya Allah kerana meminjamkan aku 18 tahun 11 bulan 20 hari seorang adik yang 
♥ sangat baik pada diriku & keluarga

♥ paling ceria & menghiburkan hatiku & keluarga

♥ membantuku dalam banyak perkara.


Tidak mampu untuk menulis lebih panjang. InsyaAllah ada kesempatan cik Wana akan menulis lagi.


Wallahualam.

Wednesday, December 11, 2013

Best Quotes [11 Disember 2013]

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 11:59 AM


Assalamualaikum & salam sejahtera..


Selamat bercuti semua.. 


Opsss... 


Bukan semua tapi untuk pelajar-pelajar sekolah saja ^^


Alhamdulillah, sehingga saat & ketika ini masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk bernafas di muka bumiNya ini. 


Alhamdulillah, Allah juga masih memilih kita untuk merasai nikmat ♥IMAN♥ & ♥ISLAM♥. Moga ia berterusan hingga menuju ke SyurgaNya. InsyaAllah.


Ayuh teman-teman, andaikata hari ini belum zikir ucaplah sekurang-kurangnya ♥SUBHANALLAH♥, ♥ALHAMDULILLAH♥, ♥LAILAHAILLALLAH♥, ♥ALLAHUAKHBAR♥. Macam kat bawah tu:


Allahuakhbar!!! 


Dalam merasai nikmat cuti sekolah, Allah menguji aku dengan perkara yg remeh buat sesetengah orang tapi susah bagi aku. Huhu..



Mohon doa sahabat-sahabat agar Allah permudahkan ujian yg diberikan kepadaku.


"SABAR HERWANA HERMAN. ALLAH BERSAMAMU ♥"
SENYUM =)


Wallahualam.

Wednesday, November 27, 2013

AIR LIUR BASI: Najis

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 10:45 AM


Assalamualaikum & salam sejahtera.


Moga semua pembaca blog Teratak Pendidik di bawah lindungan Allah. Ceh, perasan ada pembaca. Hihi...


Berdasarkan tajuk entri pada hari ini, sebenarnya cik Wana pun baru tahu AIR LIUR BASI itu NAJIS pada hari ini. Alhamdulillah.


Jom baca hasil dapatan ilmu yang saya perolehi hari ini. Moga ia bermanfaat buat diriku & kalian yang membaca.


Mengikut Imam As-Syafie, air liur basi hukumnya najis. Air liur basi adalah air yang keluar dari perut, bukan yang ada di dalam mulut. Cara nak kenal air liur basi atau tidak, ada dua petanda iaitu ia berbau dan meninggalkan 'peta' bila kering.


Sebab itu, untuk orang yang selalu solat Subuh tanpa mandi, pastikan rambut dan tubuh kita tidak terkena air liur basi. Bimbang tak sah pulak solat nanti.


Semak juga bantal masing-masing. Kalau ada air liur basi, cara membasuhnya sama macam basuh pakaian yang terkena najis. Mesti dibasuh dahulu sebelum dimasukkan dalam mesin basuh. Jangan main campur je semua. Nanti pakaian lain pun bernajis jadinya.


Perkara kecil sahaja tapi ada kesannya pada ibadah kita. Kalau nak penerangan lebih jelas jom tengok video Ustaz Azhar Idrus ^_^. 


------------------------------------------------------------
SEBARKAN KEBAIKAN. SALING BERPESAN-PESAN.



Wallahualam 

Tuesday, November 26, 2013

Best Quotes [26 November 2013]

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 3:23 PM


Assalamualaikum & salam sejahtera.


Hari nie nak share quote yang diambil dalam facebookku:

♥ Ada orang kata bahagia itu diiktiraf dengan harta, ada juga yang kata bahagia itu tandanya bila hati dekat pada Pencipta ♥



p/s: Tiada mood nak tulis tentang PRK UPSI 2013 nie. Aku tengah bersedih dengan perpindahan ramai guru-guru lama di SM Sains Labuan. =(

Thursday, November 21, 2013

Let's Follow Ahmad Ammar

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 2:20 PM


Assalamualaikum & salam sejahtera...


Alhamdulillah hingga akhir ini masih diberi nikmat IMAN & ISLAM. Moga ia nikmat ini terus bersama kita sehingga berada di dalam syurga kelak. InsyaAllah. Amin Ya Allah.


Melalui tajuk entri yang tertulis, rasanya telah ramai sekali orang yang telah melihat video mahupun membaca kisah ALMARHUM AHMAD AMMAR. AL-FATIHAH


Sebenarnya 19 November 2013 yang lalu, tanpa disengajakan stalker facebook adik beradik IMAN di UPSI. Sengaja untuk melepaskan kerinduan & mencari kekuatan menjalani kehidupan ini.


Dalam keasyikan stalker, hati tertarik dengan satu video yang dishare oleh adik Siti Hafsah. Pada mulanya, macam malas nak tengok sebab videonya agak panjang iaitu lebih kurang 30 minit. Tetapi, itulah kuasa Allah mahu memberi peluang diri ini sentiasa muhasabah diri akhirnya dapat juga melihat video itu dengan pengakhiran airmata meleleh tanpa disedari.


Bagi yang belum melihat video mahupun membaca kisah anak muda ini, ayuh luangkan masa sebentar. Menitis airmata pun tak mengapa. 


Moga ia menjadi sumber inspirasi meneruskan tugas dakwah walaupun hanya sekecil biji sawi.





❝Kami menghantar anakanda kami ke bumi Al-Fateh bagi mempersiapkannya untuk ummah. Rupa²nya Allah mempersiapkannya untukNYA.❞ - Puan Nur Azlina (bonda Allahyarham Ahmad Ammar)  


❝Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akhbar! Tiada kuduga pemergian Ahmad Ammar telah menghidupkan begitu banyak jiwa. Aku merasa begitu kerdil tika ditanyakan apa formula bagi mempersiapkan Ammar begitu rupa! Jujur aku katakan, sumbangan aku terlalu sedikit. Sekadar meletakkan visi & misi yang aku impikan kepadanya. Rupanya, apabila aku nawaitukan anakku ini untuk Allah dan RasulNYA, perancangan Allah berjalan dengan cara yang tiada mampu untuk aku membayangkannya. Apalagi untuk memahaminya. Pemergian Ammar mengajar aku banyak perkara mengenai KEBESARAN ALLAH! Terima kasih Ya Allah!❞ - Tuan Haji Ahmad Azam (ayahanda Allahyarham Ahmad Ammar) 

APABILA AHMAD AMMAR BERTEMU BIDADARINYA


Pemuda berusia 20 tahun, Ahmad Ammar bin Ahmad Azam yang merupakan penuntut jurusan Sejarah di Universiti Marmara, Turki kembali ke rahmatullah bertemu dengan Rabbul Jalal pada 2 November lalu di sana.


Keistimewaan anak muda bernama Ammar ini, dapat dilihat selepas dia pergi. Antaranya, Allahyarham disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn, Turki.


Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, termasuk sahabat Nabi, Abu Ayub Al-Ansari r.a, para² auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang² kenamaan di sana.


Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini.


Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.


Subhanallah!!!


Whatsap dengan kakaknya NABILA AZAM
Berebut orang ramai untuk menjadi sebahagian orang yang mengusung keranda allahyarham. Lihat video ucapan imam di sana, ramai yang tersentuh dan mengalirkan airmata. Sedangkan Ammar, hanyalah salah seorang penuntut dari Malaysia yang berada di sana.


Bagaimanapun satu yang pasti, Ammar sememangnya pernah meluahkan hasrat keinginan mati syahid. Cuma untuk mati syahid seseorang itu tidak semestinya perlu gugur di medan perang. Dan jika kita berbuat baik kepada orang, balasannya pasti akan diperoleh di dunia lagi.


Untuk mengetahui perjalanan hidup Ammar, saksikan video di bawah. semoga kita sama² belajar dan menerima sesuatu dari video ini.



Pemergian Ahmad Ammar, seorang mujahid yg disayangi ramai telah membuka mata dan jiwa masyarakat bukan hanya di Malaysia tapi juga di Turki. Begitu hebat penangan as-syahid Ahmad Ammar. Semoga perjuangan dan coretan hidupnya akan membakar semangat jihad anak muda yg ada. InsyaAllah.


  

Boleh juga baca kisahnya di blog Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (Saifulislam.com) di <SINI> 


https://www.facebook.com/hashtag/letsfollowammar

Wallahualam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...