Photobucket

Wednesday, December 19, 2018

Duniaku! Impianku!

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 4:44 PM

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Lama tak bersiaran dalam blog Teratak Pendidik. Kesibukan melanda menyebabkan masa untuk menulis agak limited.

Memandangkan tahun ini adalah tahun terakhir umur angka 2 di hadapan, sekadar ingin melihat kembali impian yang pernah dibuat 10 tahun yang lalu.

Ketawa...
Senyum...
Sedih...
Kecewa...
Masih banyak impian yang 'belum' tercapai.


💚 Telefon Bimbit Oppo F1s
💚Laptop HP
💚Kereta Toyota Vios
💚Guru Cemerlang (tengoklah kalau rajin)
💚Simpanan di Bank (bolehlah mencukupi di saat memerlukan)
💚Sahabat (insyaAllah sentiasa dalam doaku)
💚Gadis Solehah (dalam perjalanan)
💚 Bab suami, anak & keluarga hanya angan-angan yang tak berkesempatan. Hahahaha.


Hidup ini singkat! 

Jangan menjual jiwa, kehidupan dan waktumu hanya untuk wang dalam waktu yang terlalu lama. Jangan biarkan hal-hal kecil menghalangimu melakukan apa yang benar-benar kamu inginkan dengan hidupmu. 

Berhenti membuat alasan mengapa kamu tidak dapat melakukan sesuatu. Jika kamu benar-benar menginginkan sesuatu, kamu harus pergi dan mendapatkannya. Lepaskan "milikmu" dan gapailah “mimpimu”. Sampai kamu melakukan itu, impianmu akan tetap seperti itu, tetap menjadi mimpi dan tidak akan menjadi kenyataan.

Hidup adalah mencari pengalaman dan kenikmatan. Hidup tidak dimaksudkan untuk dihabiskan melakukan sesuatu yang tidak ingin kamu lakukan sepanjang hidupmu. Rencanakan hidupmu sehingga kamu dapat segera melakukan apa yang kamu inginkan.

Semua orang mencari satu hal dalam hidup: Kebahagiaan. Jadi mengapa kebanyakan orang ingin berpegang pada hal-hal yang membuat mereka tidak bahagia? Jawapannya adalah TAKUT. Takut kehilangan rasa aman, yang bagi kebanyakan dari kita, adalah rasa aman yang salah.

Kerana hidup ini singkat, kamu perlu berhenti melakukan apa yang rata-rata dilakukan orang atau kamu akan berakhir dengan menjalani kehidupan yang rata-rata orang jalani. 

Jadilah anak kecil lagi dan bermimpi besar. Jangan biarkan keterbatasan penghasilanmu membuat impianmu jatuh. Rencanakan hidupmu dengan cara yang akan membiarkanmu mengalami mimpi itu. Dengan demikian kamu akan menginspirasi orang-orang di sekitarmu.

Jangan terjebak dalam mencari wang, bukannya merancang hidupmu. Jangan menjadi salah satu dari orang-orang yang bangun pada suatu hari ketika mereka sudah tua dan berkata kepada diri mereka sendiri "apa yang terjadi dengan hidup saya?"

Kamu mungkin memikirkan satu dari tiga hal pada saat ini (jika kamu sudah membaca sejauh ini).

💕Yang pertama adalah "hidup itu singkat, bla bla bla, mudah untuk orang ini katakan, dia tidak mengenal saya, dia tidak tahu betapa rumit dan sulitnya hidup saya". 

💕Kedua: "Eh, saya baik-baik sekarang, mungkin saya tidak menjalani mimpi saya, tapi saya merasa nyaman". 

💕Ketiga: "Saya mengerti maksudnya, tapi kalaupun saya ingin menjalani mimpi, saya tidak tahu harus mulai dari mana."

1. Apa pun yang kamu hadapi atau alami, ada jutaan orang yang memilikinya lebih buruk darimu
Berhentilah mengeluh tentang keadaan. Keadaan terjadi pada semua orang, itulah yang kamu lakukan tentang hal itu. Jika kamu terus mengeluh, kamu hanya akan bertahan hidup pada hal yang patut dikeluhkan.

2. Berada di tengah-tengah mungkin adalah tempat yang buruk
Kamu tidak menjalani hidup yang kamu inginkan tapi hidupmu tidak cukup buruk bagimu untuk melakukan sesuatu tentang hal itu. Di sinilah sebagian besar mimpi hancur dan kehidupan hancur. Kita merasa nyaman. Kami mulai merasionalisasi "tidak seburuk itu, saya memilikinya lebih baik daripada banyak orang yang saya kenal".

Jika kamu ingin menjadi rata-rata, teruslah berpikir rasional. Jika kamu ingin mewujudkan impianmu, jujurlah dengan dirimu sendiri.

3. Semuanya dimulai dari dirimu sendiri
Agar segala sesuatunya berubah, kamu harus berubah. Kamu pasti memiliki alasan yang cukup kuat mengapa kamu HARUS menjalani kehidupan yang kamu impikan. Keteguhan dan kepercayaan yang tak terbantahkan bahwa kamu AKAN mewujudkan impianmu akan segera menarik orang ke dalam hidupmu yang bisa membantumu mencapai tujuan. Mulailah mengelilingi dirimu dengan orang-orang yang akan mendorongmu dan siapa yang dapat melihatmu menjadi lebih baik.

Orang-orang yang negatif adalah penyerap energi, pencuri mimpi, penghancur kehidupan dan kamu harus hindari sejauh mungkin.

Sebagai penutup, jangan pernah lupa bahwa hidup itu singkat. Hari esok belum tentu ada. Tidak ada yang pernah mengatakan bahwa kamu akan hidup 5 tahun dari sekarang, atau bahkan 3 bulan dari sekarang. Semakin banyak waktu yang kamu habiskan untuk melakukan hal-hal yang tidak kamu sukai, semakin sedikit waktumu untuk melakukan hal-hal yang kamu sukai. 

Apa yang pernah kamu ingin lakukan dalam hidup, mulai hari ini janganlah ditunda, buatlah rencana dan mulailah sekarang juga!

**************

InsyaAllah saya akan merancang kehidupan 10 tahun akan datang. Usah khuatirkan diri ini. Doakan yang terbaik sahaja. InsyaAllah cik Wana kuat😃

Wednesday, July 25, 2018

Berbeza itu Fitrah, Manusia Unik!

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 7:25 PM


Awak nak makan ape?
Mu nok make gapo?
Mung nok makang mende?
Hang nak makan apa?
Mau makan apa, bah?



Dlm Malaysia, dlm rumpun masyarakat Melayu yg sama tapi masih punya loghat bahasa berbeza².


Dlm ketidaksamaan itu, kita masih berbahasa yg sama.

Apabila Al-Quran dijadikan peneman,
Kita berbahasa yg sama.

Apabila kita berzikir,
Kita berbahasa yang sama,

Ketika dlm solat,
Kita berbahasa yg sama.

Dan pastinya, syurga menjadi kemuncak penyatuan bahasa bagi penghuninya!


Berbeza itu fitrah, manusia unik. 


Beribu macam perbezaan, cita rasa & bahasa, Islam menyatukan segalanya.


Yg menjadikan manusia itu berbeza bangsa & berbeza bahasa adalah Allah. Harusnya kita semua tidak lupa, mengapa perbezaan itu diciptakan Allah.


Berbeza bukan utk berbalah & tenggelam dlm khilaf & masalah tapi atas satu tujuan yg besar:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki & perempuan, & Kami telah menjadikan kamu berbagai² bangsa & bersuku puak, supaya kamu berkenal²an (& beramah mesra antara satu dgn yg lain).


Segala perbezaan itu tujuannya adalah supaya manusia mengecam & mengenal. Belajar antara satu sama lain krn manusia sering menjadi musuh kpd apa yg dia tidak tahu. :)



Apabila cuba nak cakap bahasa Kelantan, dituduh Siam. 

Apabila cuba cakap Sabah, dituduh Indon. haish. 

I'm Malaysian, ok :)

Wednesday, May 30, 2018

Kisah "Saya & Awak"

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 10:39 AM


Assalamualaikum & salam sejahtera.

Salam 14 Ramadhan 1439H.

Bagaimana ibadah Ramadhan tahun ini? 
⭕Semakin baik
⭕Sama saja
⭕Semakin teruk

Masing² boleh tanya pada DIRI sendiri. 

***********

Terlalu lama sudah tidak menulis. Kekangan masa & banyak sangat media sosial sampai terlepas pandang blog Teratak Pendidik.

Terlalu lama hingga rindu kenangan menulis dulu² walaupun Tak HEBAT mana. 

Hari nak tulis pendek saja. Malas nak membebel. Membebel panjang pun tiada guna. Hahaha. 

Memandangkan usia semakin meningkat tapi belum berkahwin, nasihat cik Wana "jangan bercinta sebelum berkahwin".


Entahlah, cik Wana rasa sangat buang masa. Menyesal kenal lelaki yang memulakan perkenalan & dia juga yang mengakhiri perhubungan.  

Maaf awak saya tulis di sini utk kenangan perkenalan yg mengecewakan saya. Haha. Saya janji tak bagitau nama awak. 

2012
Tahun pertama awak mesej saya tapi saya tak layan. Memandangkan belum bekerja tetap & prinsip saya tidak berkenalan dgn mana² lelaki hanya mampu membaca mesej itu. Dan saya tidak approve pun friend request fb kamu. 

2013
Tahun kedua awak masih lagi berusaha mesej saya. GIGIH. Tapi maaf saya masih membiarkan mesej tanpa balasan. Memandangkan saya baru posting & komitmen sebagai anak sulung, fikiran belum ke arah perkahwinan.

2014-2015
Tahun ketiga masih GIGIH. Tahniah. Sebelum membalas & approve request friend di fb, seorang sahabat mesej 
"bgini c **** bgtaw aq yg dia berkenan dgn ko"
Setelah ditimbang² maka dgn hati yg terbuka bermulalah perkenalan saya & awak. Antara sebab saya terima:
1. Awak seorang yg berterus terang.
2. Kita pernah jumpa di UPSI pd tahun 2009.

Berhubung dgn bermesej SAJA dgn prinsip:
1. Mesej tak boleh lebih 12 malam & bukan perkara yg melalaikan.


Sepanjang perkenalan, banyak mesej yg sama saja.

"Apa khabar?"
"Buat apa"

Kita janji nak kawen hujung tahun 2015. Di saat waktu itu, banyak pula lelaki lain nak berkenalan tp terpaksa ditolak kerana janji kita. 

Sepanjang perkenalan langsung tidak berjumpa sebab saja di Labuan, awak jauh di nun sana. 

Tak jadi nak kawen hujung tahun 2015 sebab awak kata kewangan tidak mencukupi. Tangguh tahun 2016. Perkara yg saya ingat awak nak pinjam duit kononnya nak beli tanah utk buat rumah "kita".

Saya tak pinjamkan pun atas sebab belum ada ikatan yg sah. Minta maaf.

2016
Hampir sebulan tak mesej, tiba² Januari 2016 dapat mesej

"Wana, awak terlalu baik untuk saya"

"Wana, saya minta maaf sebab nak kawen dgn orang lain tahun baru Cina ni"

Terkejut
Kecewa

Maka berakhirlah kisah kita. Dan bermulalah kisah saya membesar dgn jayanya. Kerana kecewa makan tak henti² sepanjang tahun 2016. 
Buat awak, 
Moga bahagia bersama isteri hingga ke syurga. 

Buat lelaki, 
Jangan mainkan perasaan perempuan.

Buat perempuan, 
Jangan mudah percaya janji lelaki.

Buat cik Wana, 
Kita merancang, Allah juga merancang. Perancangan Allah adalah terbaik. Rezeki, Jodoh & Ajal di tangan Allah. Usah khuatir, hiduplah dgn gembira walaupun hakikatnya menyakitkan dgn gelaran yg ada. 

Buat Mr. Right, 
Dari sujud ke sujud berdoa bertemu dgnmu. Maaf terjumpa salah orang sebelum mengenalimu. Andai tidak berjumpa di dunia, kita berjumpa di akhirat nanti. 


"Ya Allah, maafkan dosaku"

Waallahuam. 

Tuesday, January 9, 2018

Rancangan Pengajaran Tahunan Matematik Tingkatan 1-5

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 10:49 AM


Assalamualaikum & salam sejahtera.


Selamat Tahun Baru 2018 Cik Wana ucapkan untuk semua. Maaf tak dapat nak tulis panjang-panjang. Agak sibuk dengan tugasan di sekolah.


Semoga perkongsian ini bermanfaat buat guru-guru Matematik sekolah menengah. 





Thursday, December 28, 2017

Perigi Cari Timba

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:01 PM

Assalamualaikum & salam sejahtera... 

Hai... Hai... Hai...

Nampaknya rajin pula nak update blog. Musim cuti sekolah!!! Musim ramai org yg melangsung PERKAHWINAN. 

Tahniah semua sahabat yg TELAH, SEDANG & BAKAL melangsungkan PERKAHWINAN. 


"بارك الله لكما وبرك عليكما وجمع بينكما في خير"

Yg tengah SEDIH-SEDIH tue JOM baca entry saya. 

Perigi Cari Timba
"Sekarang lepas habis degree, nak buat apa pula? Nak kerja atau sambung lagi buat master?" Ain bertanya.

Pada malam itu, Alhamdulillah diizinkan oleh Allah s.w.t sempat bertukar khabar, bertanya berita kpd seorang kenalan yg berstatus kakak, yg Ain kenal hampir 15 tahun silam. Dia juga antara insan yg Ain amat kagumi & hormati. Akhlaknya baik & dlm bidang akademik mendapat anugerah dekan itu biasa. Mantap pokoknya.

"Akak rasa nak jadi pensyarah. Kebetulan habis degree, pihak universiti tawar sambung master. InsyaAllah kakak rasa nak sambung master," jawabnya. 

Dgn keputusan yg cemerlang, bukan satu hal yg sukar utk mendapat tawaran ini. Walaupun dgn usia yg muda, seawal 25 tahun.

"Ngomong², sekarang sudah masuk umur 25. Sudah ada calon belum kak?" Ain cuba mencuit dgn nada bercanda.


"Ermmm, itu yg akak nak cerita & minta pendapat Ain ni."


"Owh... beres. Ceritalah, kalau boleh Ain bagi pandangan, ya Ain bagi. Jika tak boleh, sekurang²nya menjadi pendengar yg baik," jelas Ain.


"Ada seorang yg suka pd akak tapi akak tak berapa berminat krn akhlaknya tak bagus. Jadi akak tolaklah."


"Bagus, seharusnya macam itulah," komentar Ain. 


Bertambah rancak perbualan.


"Itu tak apa lagi. Akak tak kisah pun. Cuma sekarang, bimbang juga dgn umur sudah masuk 25, tambah pula nak sambung master. Tak ramai lelaki yg berani," jelasnya.

Sudah menjadi polemik dlm kalangan masyarakat apabila kita bercerita tentang dua kutub insan ini faktor akademik & taraf hidup menjadi permasalahan.

Wanita ramai di pusat pengajian awam, lelaki ramai di pusat serenti. Wanita ramai mencari ijazah, lelaki ramai berusaha menjadi jenazah di jalan raya yg "lurus". 

Itu baru dibuka cerita hal kelayakan duniawi, belum bersembang bab kelayakan akhirat. Susut, paras kritikal.

Lantas kebimbangan yg dikongsi itu, sebenarnya wajar & tidak dapat tidak, kita harus mengakuinya. 

Ralit masyarakat kita, umur 25 tahun adalah umur yg paling "cun" utk melangkah ke alam sana. Menghampiri ke umur itu, cukup mendebarkan buat si gadis. 

"Jadi sampai sekarang, tak ada lagilah lelaki yg masuk merisik khabar?" tanya Ain.

"Ermmm, belum ada. Cuma macam ni, akak ada berkenan dgn seorang lelaki ini. Baik perangai & insyaAllah soleh. Cuma itu di peringkat akak, jika dia, akak belum tahulah bagaimana."


"Jadi nak minta pandangan Ain, macam mana nak buat?" tanyanya.

Mainstream Masyarakat

Selalunya setiap hubungan itu dimulai oleh si jejaka. Mendekati si gadis, merisik si gadis, sehingga meminang si gadis. Caranya pelbagai. 

Bagi lelaki yg faham apa itu Islam, apa itu hukum syarak, si jejaka akan menguruskan dgn panduan tersebut. Tapi tidak kurang juga, lelaki mengambil panduan bukan dari Al-Quran & Sunnah.

Apabila lampu hijau diberikan oleh si gadis, biasanya selepas itu akan menyusullah ijab & kabul. Lelaki meminang wanita, itu biasa & lumrah bagi masyarakat.

"Apa kata, akak yg mulakan dulu. Maksud Ain, akak yg merisik lelaki tu?" Cadangan "ganjil" Ain.

"Ishhh Ain... seganlah. Tak buat dek orang," pintasnya.

Ya... perempuan meminang lelaki itu aneh bagi masyarakat kita. Tapi jika kita menyemak kembali helaian sejarah gemilang yg dicontohkan oleh Nabi Muhammad s.a.w & para sahabat, hubungan membina keluarga Muslim lagi mukmin itu bukan dgn cara satu hala.

Ada sirah mentafsirkan hubungan itu dimulai oleh jejaka meminang wanita. Dlm masa yg sama, ada sirah mencatatkan hubungan itu dimulai oleh wanita itu sendiri.

Lupakah kita dgn kisah cinta Murabbi Cinta kita, Rasulullah s.a.w dgn wanita syurga, Siti Khadijah. 

Dlm kisah cinta, cinta terbaik yg harus kita umat akhir zaman contohi sudah semestinya baginda. Ini membuktikan, pinangan itu bukan satu talian kehidupan yg bersifat satu hala, tapi boleh bertukar menjadi dua hala. Tergantung keadaan & masa.

Seganlah!

Ya segan krn tidak dibuat dek orang kita. Sedangkan syariat begitu luar melebar dlm menata hidup umat Islam. Cukup cantik & cukup sempurna berbanding keterikatan adat yg menyempit.

Menyusahkan.

Yg wajib, tidak dibuat. Yg sunat, dilihat wajib. Yg haram, itu dipertahan!!!

Sebenarnya, ada sesetengah adat & syariat yg boleh dicantumkan. Dan jika ada pertembungan, bagi kita yg mengaku beriman dgn Allah & Rasul, syariat itu diletakkan di hadapan sekali hatta pedang di leher sekalipun.

Kebenaran itu di zaman ini dilihat asing & janggal di mata masyarakat. Justeru menjadi "cicak yg pekak" amat dituntut biarpun dicop sebagai tidak tahu malu!

Cara Menghubung

"Habis tu macam mana akak nak buat? Takkan akak nak jumpa dia, tanya nombor telefon keluarga dia. Anehlah & malu lagi," jelasnya.

"Haa.. ada caranya & malu itu tandanya ada iman," pintas Ain.

Sering kita, malu itu malu tidak bertempat. Ramai wanita ke pusat membeli-belah dgn menayang pusat, bertepuk tampar dgn lelaki bukan muhrim, keluar malam tak ingat dunia, berpeleseran di tempat awam tanpa segan & malu. 

Buta hujung, buta pangkal.

Mahu meminang lelaki yg baik utk diri sendiri? Ah... malu. Malu tidak bertempat.

Jika melamar lelaki itu dibenarkan syariat, kenapa tidak?

"Saya cadangkan akak risik dia melalui org tengah. Org tengah ini bukan sebarang org boleh jadi. Dia harus org yg amanah dgn rahsia & baik akhlaknya. 

Jika kita lihat Siti Khadijah itu sendiri dlm meminang lelaki terbaik di dunia, Rasulullah s.a.w juga melalui org tengah. 


"Jadi mengunakan org tengah adalah jalan terbaik & lebih mulia bagi seorang wanita," terang Ain.

"Biasanya org tengah itu siapa?" tanyanya.

"Biasa org tengah itu, pasangan yg sudah bernikah. Dan pasangan ini baik antara akak & lelaki itu. Jadi akak boleh sampaikan hasrat melalui isteri & akan disampaikan ke lelaki itu melalui si suami." jelas Ain.

"Menarik tapi itulah segan juga tu. Macam tak laku pula." 

"Biar memilih, asal jangan salah pilih. Pernikahan, bukan utk sehari dua. Kita cuba utk selamanya. Tempat kita mencari ketenangan. Tak laku, low class atau segala macam title yg diberikan, semuanya sekadar kata manusia. Biar di pandangan manusia low class, tapi Allah lihat kita hamba yg high class."


"Hurmm..."

"Pandangan kita, gadis bertukar pasangan sekerap menukar lampin bayi, itu high class, hot stuff. Dibawa ke hilir jantan ini, dibawa ke hulu jantan ini. Itulah "gadis laku" di zaman kita. Jika begitulah, biar tak laku pun tak apa. Allah lebih mengetahui," Ain memberi semangat.

"Cuma satu lagi akak bimbang, macam mana kalau pinangan ditolak lelaki tu? Malulah."

"Di sini peranan org tengah menjadi penghubung yg paling penting. Jika org tengah itu amanah & bijaksana dlm melaksanakan misinya, Insyallah jika ditolak sekalipun kita masih santai krn kerahsiaan amat terjaga. Apa²pun, doa, usaha & tawakal itu kuncinya," jawab Ain.

"Perigi mencari timba" atau "timba mencari perigi" masih dlm lingkungan kaedah. Dan jangan kita terlupa tugasan utama kita di dunia. 

Sudah solehkah kita? 
Sudah solehahkah kita? 

Dgn menyelesaikan persoalan tentang diri kita, urusan si dia, dgn izin Allah dipermudahkan.

Lelaki baik utk wanita baik. Wanita baik utk lelaki baik. Itu sifir Ilahi! Itu firman tertinggi! Mahu kita percaya? Tidak perlu dijawab, tanyalah iman!

"Wanita² yg keji utk lelaki yg keji. Dan lelaki yg keji utk wanita² yg keji (pula) & wanita² yg baik diperuntukkan bagi lelaki yg baik & lelaki yg baik diperuntukkan bagi wanita yg baik (pula)." (Surah An-Nur: 26)

Biar memilih asal jangan salah pilih.

Biar memilih asal jangan salah pilih.


Macam mana? Menarik tak entry nie? Moga memberi inspirasi buat Muslimah sekalian.

Ini bukan kisah saya. Wallahualam.

Wednesday, December 27, 2017

Itulah namanya JODOH

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 11:42 PM

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Wah, sudah lama tidak menulis. Awak² mesti rindu cik Wana kan? Apa²pun terima kasih buat yang tidak jemu singgah di Teratak Pendidik. Moga mendapat manfaat. 


Mohon maaf tak sempat nak sambung cerita pendakian gunung. InsyaAllah akan datang

Memandangkan sekarang musim kahwin nak share sesuatu. Jom baca ☺





Member: "Bab, aku kadang² sedihlah."


Syabab: "Kenapa?"


Member: "Tunang aku gemuk. Aku lagi kurus dari dia. Lepas nikah nanti sure double gemuk. Tambah² lepas dapat baby."


Syabab: "Small matter. Tak payah sedih."


Member: "Ko kata small lah. Aku ni ha yang kena angkat dia."


Syabab: "Ish. Tak elok cakap macam tu. Kan dia sayang ko, ko pun sayang dia. Dah tunang nak nikah minggu depan dah pun. Syukur & redha je."


Member: "Tapi..."


Syabab: "Ko beruntung sebenarnya. Sebab kecantikan dia hanya ko yang nampak."


Member: "Ha? Gemuk camtu cantik?"


Syabab: "Ya. Cuba kau bayangkan apa jadi bila dia kurus slim nanti? Mesti lagi cantik dari kecantikan yang dah cantik sekarang. Cuba kau fikir, Dafi dulu gemuk bila kurus jadi hensem. Ugly Betty gemuk, bila kurus jadi cantik. Yang bestnya, dia tak kurus sebelum kahwin dengan kau. Kau bayangkan kalau dia kurus sebelum kahwin, alamat dia pun tak hingin nak kawin dengan kau. Sure dia nak pilih yang kacak bergaya sepadan dengan dia. Tapi bila dia kurus after kahwin dengan kau, dia adalah isteri kau yang sah & dia wajib setia pada kau je. Berdosa bila dia curang cari yang lain. Faham? So kau anggap je dia adalah permata yang tersembunyi dalam tiram. Cantik dan berharga. Untuk kau je."


Member terdiam. Entah mengiyakan atau tidak statementku itu.


Aku berlalu pergi ke kedai Mak Esah membeli cempedak goreng & terus blah laju² tanpa menoleh ke belakang lagi.


Cempedak gorengku, bukan cempedak gorengmu.


"... Kadang² kita jangan harapkan sangat kesempurnaan dari pasangan, kerana kita MEMANG TAKKAN JUMPA YANG SEMPURNA tetapi ada yang ALLAH ciptakan KHAS untuk kita, sesuai dengan diri kita & kita boleh hidup bersamanya, dengan segala kekurangan & kelebihan dirinya ..."


P/S : Itulah namanya JODOH. ☺ Dan saya terus berfikir di mana sesatnya JODOH saya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...