Photobucket

Monday, March 30, 2009

Zaman Sekolah Memori TERINDAH

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 6:55 AM No comments

Ni semua kisah zaman sekolah dulu.


Teringat kat kawan.
Teringat kat cikgu.
Teringat kat aspuri.
Teringat kat dormate.
Teringat kat macam² lg.


Bnyk benda sy bljr time kat SEKOLAH.


Bljr dipimpin & memimpin.
Tapi tu semua dah tinggal sejarah.


Rindu betul zaman sekolah.
W/pun sy tau ramai org tak suka sy sbb terlalu skema @ lain².
Tapi sy tak kisah.
Mereka ada hak utk menilai.


Tinggal di asrama didik sy jd seorang yg berdisiplin, berdikari, sabar & mcm² lg.


Bkn nak bangga.
Tapi teringat dgn titik peluh menghias aspuri.


Ada kata cantik.
Ada kata aspuri macam tadika.


Kadang² ada warga aspuri sabotaj hiasan sy buat.
Sedih tu ada, apa lagi kalau mereka buat time sy ada kat sana.


Sengaja nak sakitkan hati.
Rasa tak dihargai.


Kalau hias sikit tu takpalah juga.
Ni kira satu aspuri sy yg hias [ayat agak berlagak].


PENAT.


Time tu sy jd pengawas Pen. Ketua Kebersihan & Keceriaan.




Kotor sikit bilik khas (dobi, sterika, tv, pantri, surau, basuh, sakit, belajar) confirm 100% akan marah warden.


Nasib baik sy ni jenis TAK kisah.
Tapi sebenarnya lama² tu sakit hati juga.


Apa taknya dekat 2 tahun sy diamanahkan dgn tanggungjawab itu.


Tapi bila dah pencen jd pengawas rindu pula.



Gambar² tu semuanya gmbr my friends time sekolah.


Skrg ni pun msh kawan.
Cuma jarang contact.


Best tau jd seorg yg aktif ni.
Boleh jalan² & timba ilmu baru.
Apatah lagi SMSL ni SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP).


So apa² program kami akan ke Semenanjung Malaysia bagi mengurangkan bajet. 


Kiranya pelajar SBP Semenanjung Malaysia tiada peluanglah nak ke Sabah Sarawak.


Tidak banyak program yg saya ikut time sekolah.


Itupun baru nak menonjol masa F4. 
Ada kawan sy tu dari F1 hingga F5 wakil sekolah.


Kiranya bnyk negeri dia dah jelajahi.


Alhamdulillah buat pertama kali jejak kaki ke  Semenanjung Malaysia pada 18 Ogos 2005 waktu Nadwah Kepimpinan Islam SBP kat Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (SEPINTAR).


Aduhai.
Takut betul sy time program tu.
Semua peserta yg hadir pakai tudung labuh.


Kami???


Takpa.


Kami datang nak menunutut ilmu.
Waktu tu dgn Rahmah, Najlaa, Syahrul, Razali, Shahmen & Ustaz Afendi Daud.


Kira best jugalah.


Kali kedua ke Semenanjung Malaysia pada 9 September 2006.
Waktu Kuiz Pengguna Kebangsaan kat ESSET BANGI sebelah dgn UKM.


Kami tak menang pun.
Datang sana sekadar suka-suki gitu.
Tapi sebenarnya nak juga jadi JUARA KEBANGSAAN.


Tapi impian tinggal impian.


Setakat ni sahaja celoteh sy. 
Banyak lagi kisah masa sekolah tak dikongsi.



Salah satu gambar semasa Tingkatan 2


Salah satu gambar semasa Tingkatan 4


Salah satu gambar semasa Tingkatan 5


Wallahualam.

0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...