Photobucket

Tuesday, August 4, 2009

Bayi Hancur Dimakan Biawak

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 11:14 PM

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Nak share tentang pembuangan bayi.
Dua anggota polis berpakaian preman memeriksa mayat seorang bayi yg ditemui di Kampung Peramu, Kuantan semalam.

INILAH sahaja bahagian mayat bayi malang yang dibuang & dimakan biawak di Kampung Peramu, Kuantan semalam.

KUANTAN - Beberapa orang pekerja sebuah kilang pemprosesan makanan, Ocean Fresh Sdn. Bhd. pada mulanya ternampak sebungkus beg plastik sampah di tepi Sungai Kuantan dekat Kampung Peramu, di sini petang kelmarin tetapi mereka tidak mengendahkannya.

Sangkaan mereka ialah bungkusan yang sudah mula mengeluarkan bau busuk itu mungkin ada bangkai ayam atau itik.

Namun, ia memerlukan 'kerja' seekor biawak utk membuktikan mereka salah.

Pada kira² pukul 11 pagi semalam, beberapa pekerja termasuk Pengurus Pemasaran Produk kilang itu, Teresa Tng tidak akan dapat melupakan peristiwa melihat sendiri biawak itu membaham isi bungkusan tersebut yang rupa²nya mayat bayi.

"Kami pada mulanya menyangka dalam bungkusan itu ada bangkai itik atau ayam."

"Pagi tadi (semalam), kami lihat seekor biawak sebesar betis sedang selongkar beg plastik itu dan terperanjat apabila lihat benda yang dimakannya adalah mayat bayi,'' jelas Teresa ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Perbuatan keji pihak yang membuang bayi tidak berdosa itu menyebabkan mayat tersebut cuma tinggal kepala dan tangan kanan manakala bahagian tubuh yang lain sudah diratah biawak tersebut.

Sumber:Kosmo

Astagfirullah al-azim.

Begitulah keadaan manusia sekarang walaupun negara sudah bertamadun tapi sikap masih seperti zaman jahiliah.

Di manakah sifat perikemanusiaan mereka?

Kasihan bayi yg tidak berdosa itu, sudahlah dibuang malah dimakan oleh biawak yg rakus?

Siapa harus di persalahkan?

"Sekadar utk muhasabah diri supaya Allah kita dijauhi dgn sifat & sikap orang jahiliah."

Wallahualam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...