Assalamualaikum & salam sejahtera.
Satu kepelikan di UPSI yg bakal melahirkan para pendidik adalah SELALU membuat KONSERT utk menghilang stress bakal pendidik.
Siap main peluk² lagi
Kenyataan di bawah saya copy & paste dari Kelantan@UPSI & UPSIKINI. Secara jujurnya saya pun tak konsert begini kalau tak diurus mengikut syariat Islam.
Jom baca.
Persembahan artis berkenaan akan melanggar garis panduan yg telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) berdasarkan kpd latar belakang & sejarah penyanyi tersebut.
Mengikut kod 15.2 SKMM menyatakan pemakaian artis wanita yg ingin membuat persembahan di Malaysia adalah seperti berikut:
Pakaian hendaklah lengkap, kemas, sopan & tidak terlalu ketat
Pakaian hendaklah tidak mendedahkan sebahagian besar dada & perut
Skirt hendaklah di bawah paras lutut
Kain berbelah sama ada di hadapan, di tepi atau di belakang, hendaklah tidak melebihi 2 inci di atas paras lutut
Garis panduan artis:
Selain itu, kod 15.3 pula menyatakan bahawa artis lelaki & wanita perlu mematuhi garis panduan seperti di bawah:
Muka hendaklah tidak diconteng
Pakaian hendaklah tidak koyak atau bertampal²
Pakaian hendaklah tidak terlalu jarang atau yg memberi kesan jarang
Pakaian hendaklah tidak memaparkan simbol, perkataan sumbang atau gambar lucah
Jenis² pakaian hendaklah tidak membayangkan pemakainya tidak berpakaian
Baju hendaklah berlengan kecuali semasa berpakaian tradisional
Tatu hendaklah tidak dipamerkan pada mana² bahagian tubuh badan kecuali sememangnya menjadi unsur budaya seseorang artis itu
Perwatakan hendaklah tidak berlawanan dgn jantina sebenar kecuali dgn kebenaran
Berdasarkan kod etika di atas, sememangnya artis yg bakal dijemput sudah melanggar kod etika tersebut. Bukan setakat kod tersebut, bahkan dari segi adab & budaya pun sudah bertentangan kita sebagai mahasiswa & bakal seorang guru seharusnya menilai sejauhmana kebaikan yg akan diperolehi dgn mengadakan konsert ini di Pesta Konvo UPSI.
Rasanya lebih banyak tamparan yg hebat bakal diterima oleh UPSI memandang Universiti yg bakal melahirkan guru² bitara menjemput artis nie kononnya utk memeriahkan lagi pesta konvo.
Kenapa nak sangat pd hiburan nie?
Islam tu tak melarang kita untuk berhibur selagi tidak melanggar batasannya. Yakinkah kita bahawa maksiat itu dapat dielakkan?
Saya suka dgn ayat ini yg dipetik dari komen UPSIKINI kononnya
Saya tak nampak apa kaitan konsert dgn maksiat. Jika anda benar² mempunyai akhlak yg mulia, segala nafsu dapat dikawal.
Alhamdulillah. Tapi saya nak timbulkan 1 persoalan adakah bakal² cikgu UPSI dapat mengawal nafsu?
Tak tahu nak kata apa lagi. Rasanya tak tahu malapetaka apa yg bakal kita terima drpd Allah sekiranya ingin meneruskan konsert ini.
Di sebalik negara kita yg dilanda bala pandemik H1N1 nampaknya masih ramai orang Islam buta pintu hati utk menilai mesej yg dihantar oleh Sang Pencipta. Ingatlah sebelum kita dihancurkan. Jangan jadi pekak tuli membodohkan & menyombongkan diri.
Gembirakah kalian disebalik penganjuran konsert maksiat ini? Jangan cuba beralasan soal hukum. Hukum ini bukan datang drpd ayah kita, bukan datang drpd atok kita, bukan datang drpd Perdana Menteri, bukan datang drpd raja tetapi datang drpd Sang Pencipta Yang Maha Berkuasa ke atas sekalian alam.
FIRMAN ALLAH:
"Sesungguhnya org² yg briman hanyalah org² yg briman kpd Allah & Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu² & mereka berjihad dgn harta & jiwa raga mereka pd jalan Allah, mereka itulah org² yg benar. (Surah Al-Hujurat: 15).
"Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi &(sehingga) agama hanya utk Allah belaka. Jika mereka berhenti (dr memusuhi kamu), maka tidak ada permusuhan (lagi), kecuali terhadap org² yg zalim. (Surah Al-Baqarah: 193)
"Dan sesiapa yg berpaling ingkar dari ingatan & petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yg sempit, & Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dlm keadaan buta".
SAHABAT YG DIRAHMATI, INGATLAH SABDA RASULULLAH S.A.W:
"Sesungguhnya perkara yg paling aku takut berlaku kpd umatku ialah menyekutukan Allah. Aku tidak mengatakan yg mereka menyembah matahari, bulan atau berhala, tetapi mereka membuat amalan² bukan utk Allah tetapi utk keinginan nafsu yg tersembunyi (diriwayatkan oleh Ibnu Majah).
Salam perpaduan.
Allah Maha Adil dan Maha Bijaksana
"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"
"KEBAJIKAN UNTUK SEMUA"