Photobucket

Wednesday, February 1, 2012

Menantu Pilihan: Kaya Harta atau Kaya Agama?

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 4:00 PM 2 comments

Pak Kasim seorang yg tamak harta. Dia menawarkan anak dara suntinya yg cun melecun kpd golongan yg kaya raya sahaja. 


Suatu hari datanglah Seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak Pak Kasim. Beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat


Setelah 3 hari berkahwin. Seman masih duduk di rumah mentuanya. Setelah azan Maghrib berkumandang. Pak Kasim mengajak Seman utk solat Maghrib berjamaah. Seman gelabah. Sebelum ini dia tak pernah solat.


Lalu Seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya,
Sayang, macam mana nie? Abang tak penah solat nie. 


Isterinya berbisik perlahan, 
Takpa bang.. Abang ikut je apa yg ayah buat. 


Seman pun keluar utk solat bersama Pak Kasim. Setelah Pak Kasim takbir. Seman ikut takbir. Lalu Pak Kasim membaca surah Al-Fatihah..
Bismillahirrahmanirrahim…


Seman pun turut membaca bismillah dgn lantang.
Bismillahirrahmanirrahim…


Aisyh! 


Pelik menantu aku ni. Mazhab mana yg dia ikut? Setahu aku imam je yg baca kuat, getus hati Pak Kasim.


Pak Kasim buat selamba. Dia terus membaca surah Al-fatihah. Seman pun turut membaca surah Al-fatihah dgn kuat seolah² seorang budak yg baru nak belajar mengaji. 


Pak Kasim pelik lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat Seman.


Seman turut berpaling ke belakang krn mengikut gerak langkah Pak Kasim.
Ish!!! Gila ke menantu aku ni???  


Pak Kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri drpd Seman. Seman turut berjalan ke depan mengikut langkah Pak Kasim. Pak Kasim terus melarikan diri melalui pintu depan & terus menuju ke sawah di tepi rumahnya.


Seman terus berlari mengejar Pak Kasim sampai ke tepi sawah. 


Tiba² Pak Kasim tergelincir lalu jatuh ke dlm sawah padi. Seman pun turut menjatuhkan badannya ke dlm sawah seolah² tergelincir.


Pak Kasim pun terus bertanya kpd Seman.
Seman, apasal yg kau ikut aku sampai ke sawah ni? 


Lalu Seman menjawab,
Ayah, susah ya nak solat Maghrib ni. Baru saya tahu sampai kena berlari... 


Sekadar renungan utk semua. Pilihan di tangan anda. 


Wallahualam...

2 123 Bingkisan Sahabat:

Salam, boleh saya tahu lagu apa ni ye?

wsalam...dlm blog nie ada 4 lagu.. Ini Langkahku (Shoatul Harakah), Istikharah Cinta (EdCoustic), Persada Perjuangan (Zulfan), MAwla Sallim,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...