Photobucket

Tuesday, February 7, 2012

Harga Sehelai Tudung Labuh

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:25 PM No comments


Dia menangis tersedu dlm dakapanku.


Kalaupun saya salah, tak boleh ke mereka tegur depan²? Kenapa perlu cakap² kat belakang.   


Aku mengusap lembut belakangnya, cuba menenangkan.   


Saya rasa saya ni macam jahat sangat, saya tak tahu pun mereka tak suka dgn sikap² saya.

Saya rasa macam semua orang tak suka saya, cakap buruk tentang saya kat belakang. 


Tangisnya makin menjadi², tak pernah aku lihat dia menangis sebegitu krn dia biasanya hanya suka berdiam & memendam, susah meluahkan perasaan.   


Mereka kata macam², saya ni pakai je tudung labuh, bawa imej Islam tapi perangai tak macam orang tudung labuh. Salah ke saya menegur kalau saya nampak mereka buat perkara tak betul?

Memang saya akui saya agak tegas & berterus terang, tapi saya bukan nak malukan mereka. Saya tahu saya tak sempurna, saya bukan budak sekolah agama, banyak lagi ilmu saya tak tahu. Mereka kata masa saya tak pakai tudung labuh dulu, saya tak macam ni, rintihnya lagi.   


Aku biarkan saja dia terus meluahkan apa yg terbuku di hatinya, biar dia lega. Aku leraikan pelukannya, namun terus mengelus lembut bahunya, mudah²an dia diberi kekuatan.   

Awak menyesal pakai tudung labuh? aku meneka.


Dia hanya membisu. Dikesatnya air jernih yg turun melaju dari tubir matanya. Aku dapat mengagak jawapan disebalik kebisuannya. 
Awak berputus asa nak menegur mereka lagi? saya terus menduga.   


Buat apa nak tegur lagi, kalau tegur pun akhirnya saya yg kena kutuk, perlahan dia menjawab dlm sedu sedannya.   


Awak, Allah nak uji awak hari ini. Inilah harga tudung labuh yg kita pakai, inilah harga yg kita terpaksa bayar. Siapa kata pakai tudung labuh senang?


Tak mudah seperti yg mereka nampak. Bila dah bertekad utk pakai tudung labuh, kita kena siapkan juga 
 fizikal, 
✔ mental 
✔ & hati kita, 
kena kuat, kena tahan dgn cabaran. Dan inilah antara ujiannya. Bilamana kita orang yg bertudung labuh buat silap, terus dikaitkan dgn agama. Bahkan kita ni jadi perhatian di mana².


Pada mereka, kita kena jadi sempurna, kena tahu semua ilmu agama & tak boleh buat silap sikit pun. Sedangkan, kita juga manusia, manusia yg banyak sangat kelemahan, saya bersuara sambil memandang tepat ke wajahnya yg sugul.   


Jangan pernah menyesal dgn diri awak, tudung awak. Jangan krn masalah sekecil ini, awak dah mengalah. Ujian ni banyak sangat hikmahnya utk awak. Allah nak ajarkan tentang sesuatu kpd awak. 


Sebelum ini awak mungkin tak pernah rasai ujian bila bertudung labuh, awal² dulu semua menyokong, memuji & beri galakan. Jadi mungkin awak tak terkesan sangat dgn istimewanya diri awak sekarang. 



Bila Allah datangkan ujian macam ni, baru kita akan rasai, betapa tak mudah sebenarnya, bersama tudung yg kita pakai, ada tanggungjawab besar yg kita bawa bersama.


Tanggungjawab utk memegang amanah membawa imej Islam, tanggungjawab memperbaiki diri supaya biar dalaman kita secantik luaran iaitu akhlak kita indah sebagaimana tudung kita, tanggungjawab mempersiapkan diri dengan ilmu krn wanita seperti kita selalu jadi tumpuan bila sahabat² ada permasalahan agama.


Jangan anggap ia sebagai beban, anggap ia sebagai keistimewaan yg Allah bagi hanya khas kpd insan² yg Dia pilih.


Nah, betul kan, bertudung labuh tak semudah yang disangka?


Hanya yg betul² kental saja dapat terus istiqamah dgnnya & yg istiqamah dlm mengharapkan keredhaan Allah, bukankah mendapat tempat istimewa di sisiNya? Awak tak nak jadi terkenal pada padangan Allah & penduduk langit? Awak dah nak berputus asa? Aku menduga.


Melihat dia terus membisu, aku bersuara lagi.   


Begitu juga, ujian ini mungkin nak menyedarkan sesuatu tentang dakwah yg berhikmah. Dulu kita biasa saja dengarkan, kat mana² ustaz cakap dlm mana² buku yg kita baca, dakwah mesti berhikmah.

Jadi sekarang Allah ajar awak bukan teori saja apa itu dakwah berhikmah, tapi juga praktikalnya sekali.


Bagaimana dakwah berhikmah?
Mesti kena caranya & tempatnya 
Sesuai perkataanya, tidak melukakan
 Tidak menyebabkan kemarahan orang yg kita nasihatkan. 


Bagaimana kalau dakwahnya tidak berhikmah? Maka jadilah, 
 Dakwah kita tak berkesan, 
 Mad'u kita terasa jauh hati dgn nasihat kita
 & akhirnya keluarlah cakap² belakang macam yg awak alami.


Jadi, awak jelaskan? Kenapa bersungguh benar Allah & Rasul minta kita berdakwah secara berhikmah. Dan mungkin Allah nak tegur, cara awak, Allah nak awak perbetulkan kaedah dakwah yg awak guna, Allah nak kata, salah tu & kena perbaiki.


Salahkah Allah tegur?


Tak salahkan. 
 Allah tegur sebab Allah sayang, 
 Allah tegur sebab nak bagi kekuatan, 
 Allah tegur supaya kerja² ini dapat awak laksanakan dgn lebih berkesan. 


Bila berdakwah, kita berhadapan dgn macam² ragam orang. Ada yg sensitif, ada yg terbuka, jadi kena bijak kita sesuaikan.


Dai'e yg kental, takkan putus asa, sebab dia tahu, 
dakwah adalah kewajipan, bukan pilihan.  


Lagi, apa Allah nak bagitahu awak? Terasa sangat sakit & terluka bila kita jadi bahan umpatan, kejian & kelemahan kita dibicarakan kat belakangkan?


Jadi bila kita tahu sakitnya macam ni, kita jangan sesekali buat perkara sama kpd sahabat kita sebab kita dah tahu betapa pedihnya, betapa peritnya akibat drpd perbuatan ni. Boleh lukakan hati orang, boleh menyebabkan permusuhan juga.


Bila ada apa² yg perlu ditegur, dinasihati, jumpa sahabat kita sendiri, cakap secara jujur & ikhlas, insyaAllah semua orang suka kalau kelembutan digunakan cepat meresap. Kalau pun dia mungkin tak dapat terus berubah, sekurang²nya dia tak terasa hati & tak ada permusuhan antara kita.  


Awak, walaupun awak rasa ujian ni sangat menyakitkan hari ni, tapi saya tak tengok satu pun perkara buruk yg Allah maksudkan terhadap awak. Semuanya ada hikmah yg sangat indah.


Kenapa teguran Allah ini begitu perit, sakit? 
 Sebab Allah nak kita ingat, 
 sebab yg menyakitkan tu lebih lekat dlm ingatan kita, kalau ujian tu senang, mungkin kita tak hargainya. 
 Allah nak kejutkan kita, mungkin Allah terpaksa 'menyergah' kita dgn kuat.   


Sedu-sedannya telah reda, Ya Allah semoga kekalutan jiwa dia juga begitu.   


Habis, apa saya kena buat? tanyanya.   


Sekarang awak perlu sujud taubat kpd Allah, minta keampunanNya, mungkin ada kesilapan yg awak tak sedari, bersyukur padaNya sebab menegur awak dgn ujian begini. Kemudian pergilah jumpa sahabat² yg terasa dgn awak tu, minta maaf.


Sekarang tak timbul isu siapa bersalah pada siapa dulu, tapi yg sebaik²nya adalah leraikan permusuhan, minta & beri kemaafan, jawabku.   


Dia menggenggam tanganku erat, 
Terima kasih sahabat.   

Allah yg sedang memujuk awak, saya pelakon tambahan saja, tapi saya bersyukur, Allah kurniakan anugerah pengajaran yg tak ternilai utk saya hari ni.

Terima kasih ya Allah, terima kasih pada awak juga.


Hatiku tenang, moga Allah memberi dia ketenangan yg sama.   

Sahabat, walau siapa pun kita, bertudung labuh, tudung biasa, atau yg tidak bertudung sekalipun, kita SEMUA adalah manusia biasa, g lemah, ada cacat celanya.   


Sekiranya ada sahabat kita terlalai, terlupa, tolonglah ingatkan dia dgn sebaik cara.   


Dan yg paling utama, setiap apa saja ujian yg mendatangi kita, berbaik sangkalah pd Allah. Bertenang & fikirkan hikmahnya dgn rasional. InsyaAllah, pasti Allah tidak akan pernah menzalimi kita.

0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...