Photobucket

Monday, January 16, 2012

Doaku Buat Sahabat ^__^

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 5:42 AM 2 comments

Ya Allah,
Ya Rahman, 
Ya Rahim, 
Kau ampunilah dosaku yg telah kubuat,
Kau limpahkanlah aku dgn kesabaran yg tiada terbatas,
Kau berikanlah aku kekuatan mental & fizikal, 
Kau kurniakanlah aku dgn sifat keredhaan, 
Kau peliharalah lidahku drpd kata² nista, 
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu, 
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan...

Ya Allah, 
Sekiranya sahabat²ku ini adalah sahabat² yg akan membimbing tanganku dititianMu, 
Kurniakanlah aku sifat kasih & redha atas segala perbuatannya,
Limpahkanlah aku dgn sifat terbuka & tawaduk akan segala ilmu yg dicurahkan,
Sekiranya sahabat²ku ini adalah yg terbaik utkku di duniaMu, Peliharalah tingkah laku serta kata²ku drpd menyakiti perasaannya,
Sekiranya sahabat²ku ini sahabat yg dirahmati olehMu,
Maka, 
Berilah aku kesabaran utk menghadapi segala kerenah & ragamnya, 
Tetapi, 
Sekiranya sahabat²ku ini ditakdirkan bukan utk diriku seorang, 
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik utk aku harungi segala dugaanMu...

Ya Allah,
Sekiranya sahabat²ku tergoda dgn keindahan duniaMu,
Limpahkanlah aku kesabaran utk terus membimbingnya,
Sekiranya sahabat²ku tunduk terhadap nafsu yg melalaikan,
Kurniakanlah aku kekuatan Mu utk aku memperbetulkan keadaannya..
Sekiranya sahabat²ku menyintai kesesatan, 
Kau pandulah aku utk menarik dirinya keluar dari terus terlena... 

Ya Allah...
Kau Yg Maha Megetahui apa yg terbaik utkku, 
Kau juga Yg Maha Mengampuni segala kesilapan & ketelanjuranku, 
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan,
Bimbinglah aku ke jalan yg Engkau redhai, 
Sekiranya aku lalai dlm tanggungjawabku sebagai hamba
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu,
Sekiranya aku lalai dlm tanggungjawabku sebagai daie
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu.
Sekiranya aku lalai dlm tanggungjawabku sebagai khalifah
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu.
Sekiranya aku engkar & derhaka, 
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMu... 

Ya Allah, 
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu,
Aku buta tanpa bimbinganMu,
Aku cacat tanpa hidayahMu,
Aku hina tanpa RahmatMu...

Ya Allah, 
Kuatkan hati & semangatku, 
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu,
Jadikanlah aku yg disenangi sahabat²
Bukakanlah hatiku utk menghayati agamaMu,
Bimbinglah aku menjadi hamba yg solehah,
Hanya padaMu Ya Allah kupohon segala harapan, 
Kerana aku pasrah dgn dugaanMu, 
Kerana aku sedar hinanya aku, 
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru,
Kerana aku leka dgn keindahan duniamu, 
Kerana kurang kesabaranku menghadapi cabaranMu, 
Kerana pendek akalku mengharungi ujianMu... 


Ya Allah, 
Ya Tuhanku,
Aku hanya ingin menjadi SAHABAT yg dirahmati, 
SAHABAT yg dikasihi, 
SAHABAT yg solehah, 
SAHABAT yg sentiasa di hati... 

Amin...
Amin Ya Rabbal Allamin...

2 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...