Photobucket

Thursday, January 12, 2012

Tudung Labuh, Ilmu Banyak?

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 10:41 AM 12 comments

Awak ambil kos Pendidikan Islam...

Tak…

Habis tu??? Aaaa... Mesti ambik kos Bahasa Arab kan???

Tak juga, saya ambil program KOSMETIKlah… Hihi.. Tipu, saya kos Matematik je

Saya ingatkan ustazah tadi…

Hmmm... 


Soalan² sebegini selalu diajukan pada mereka yg bertudung labuh termasuklah tudung bidang 60. So dlm entry nie tudung labuh tue juga adalah tudung bidang 60 tau.


Asal tudung labuh je ingat ustazah... 
Asal pakai tudung labuh je orang ingat pelajar jurusan agama...


Arhhh... Tidak...


Teringat waktu awal praktikal kat SAMSHSB yg lalu, lagi parah pelajar² ingatkan saya & sahabatku (Fiezah Halim) baru habis belajar kat Mesir. 


Allahurabbi...


Siap tanya kami tentang soalan BA, Al-Quran, Hadith & lain² berkenaan subjek agama semasa jaga peperiksaan.

Haishhh… 


Ana bukan ustazah, bukan juga anak ustaz, bukan juga anak ustazah, pernah sekolah agama pun bukan..

Ana bertudung labuh sebab ana seorang muslimah!!!

Iya betul biasanya ustazah yg pakai tudung labuh.


Tapi tak salahkan ana memakai tudung labuh?

Sebagaimana firman Allah:
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada² mereka. " (An-Nur: 31)

Ada juga yg menyangka apabila seseorang itu bertudung labuh bermakna alimnya seorang wanita. Hakikatnya tak semua yg bertudung labuh sarat dgn ilmu² ukhrawi termasuklah saya.

Dah tu kenapa bertudung labuh?

Awak… 


Islam menyarankan muslimah utk bertudung labuh krn penuh dgn hikmah. Ia bukan sekadar menutupi aurat, tapi juga melindungi diri. Tudung itu sendiri bisa mendidik si pemakainya.

Eh, tudung pun boleh jadi cikgu Matematik???

Boleh dikatakan begitu.


Cuba anta wa anti bayangkan, agak² ada ke wanita bertudung labuh pergi berpesta, pergi disco


Ya, kalau ada pun cuma segelintir yg tak tahu malu. Huhuhu...


Apabila bertudung labuh akan lebih menjaga akhlak.


Yalah, takkan yg bertudung labuh nak terlompat², terkinja² tengok konsert, menjerit² macam kena histeria. 


Kan kalau perangai tak jaga, nanti orang mengata harap je pakai tudung labuh tapi perangai….. (ayat biasa orang kata bila melihat pemakai tudung labuh buat perkara yg luar tabii)

Nauzubillah…

Apabila jalan kat mana² jarang lelaki yg berani tegur lebih², paling tidak pun mereka bagi salam.

Assalamualaikum ustazah… Tak jawab dosa tau

Tengok yg nakal pun tiba² jadi budak baik. :)


Sudah menjadi fitrah, lelaki akan tertarik pada wanita dgn susuk tubuhnya yg menggoda, jalan lenggang-lenggok, apatah lagi lelaki yg lemah imannya. 


Tapi kadang² ada juga lelaki tertarik mendekati wanita bertudung labuh krn keindahan akhlaknya. (Mungkin FAKTA, Mungkin AUTA). 


Jadi mereka rasakan mereka perlu berubah tapi dalam masa yg sama mereka ingin mendampingi wanita yg bertudung labuh yg mungkin boleh membantu mereka dgn ilmu yg wanita itu ada.

Awak… saya nak berubah jadi budak baik, boleh tak awak awak bimbing saya?

Kenapa saya

Sebab saya tengok awak alim je

Kenapa??? Sebab saya pakai tudung labuh???

 Awak lelaki kalau benar² mahu berubah, awak seharusnya cari yg sama jantina dgn awak krn itu lebih terjaga & jauh dari fitnah. Ramai lagi lelaki yg jauh lebih alim dari saya.


✐ Buat sahabatku wanita, kalau benar² mahu berubah kita seharusnya cari yg sama jantina dgn kita juga krn itu lebih terjaga & jauh dari fitnah. Ramai juga muslimah² yg alim & terdidik dgn didikan agama dari ibu bapa mereka mahupun sekolah mereka dahulu.

Sahabat saya, dia juga bukan ustazah tapi kos Sains (Matematik) dgn Pendidikan.

Iya, walaupun saya bertudung labuh tapi belum tentu ilmu setinggi langit. Bukan saya kedekut ilmu, sombong nak kongsi ilmu. Setakat ilmu yg ada dapat daripada majlis ilmu, bacaan & usrah bolehlah saya share krn ilmu itu bila saya beri ia makin bertambah & membuatkan saya sentiasa ingat. 


Saya juga masih berusaha mencari sebanyak ilmu yg mungkin krn hanya dgn ilmu mampu mengubah seseorang membawa keluar dari kotak kejahilan. 


Krn ilmu itu cahaya, penunjuk jalan.

Apatah lagi ilmu yg diamalkan, pasti terpancar nur dari dlm hati. 


Cuba bayangkan, kalaulah kita tunggu ILMU penuh di dada baru nak berubah ke arah yg lebih baik sampai bila²pun tak tercapai rasanya.


Semakin belajar ilmu semakin kita terasa kerdil & banyak lagi perkara yg tak tahu. Itulah yg dialami olehku.


Saya juga perlu dibimbing & tudung labuh ini bukanlah suatu lambang ketinggian ilmu seseorang. Cuma saya cuba jadi yg terbaik, apa yg saya mampu lakukan, saya akan cuba sedaya upaya mengamalkannya krn indahnya hidup bersyariat.

Dan tak bermakna yg tudung singkat/tudung biasa itu sedikit ilmunya, cuma mungkin masih belum tergerak hatinya utk berubah kpd yg lebih baik, sama² kita doakan. InsyaAllah.

*Semoga Allah memberikan kita keimanan yg teguh dlm menjalani hidup yg penuh dgn cabaran di akhir zaman ini. Iman ada naik  & turunnya. Dan berubah kpd yg tidak baik itulah yg kita risaukan di mana ia terjadi pada kita saat iman kita lemah. Nau'zubillah...

* Semoga kita terus ISTIQAMAH dlm perjuangan ISLAM.


*Teruskan berdoa kpd pencipta kita yg satu, ALLAH SWT krn sesungguhnya doa itu senjata Mukmin.


ISLAH NAFSI, WAD'U GHAIRAK


Wallahualam.


Jom Baca:
 SEBAB KAUM HAWA PERLU PAKAI TUDUNG
 TUDUNG LABUH ITU INDAH
 TUDUNG LABUH ITU KOLOT
 KAUM HAWA BERBONGGOL UNTA

12 123 Bingkisan Sahabat:

tapi kan. bila ada kawan yg minta dibimbing oleh kita, kita kena bantu jugak. paling kurang pun tlg kenalkan dia dgn ustaz yg kita kenal. sbb dia mngkin xkenal siapa2. sbb tu dia cri kita. jangan sampai menyesal suatu hari nnti bila tgk kawan yg nak berubah tu jadi lebih teruk berbanding sebelumnya. memang laa itu pilihan dia, tapi kalau dulu kita tlg dia, tentu dia dah dpt bimbingan agama kan. just saying.

betul2x..
pandangan yg baik..
tima kasih ibung..

kita kena bimbing..
tu la salah satu alternatif pusat Islam adalah bt Rakan Penggerak Addin..
Bantu membantu dalam Islam ^__^
Tu wana guna prinsip
"Islah Nafsi, Wad'u Ghairak"
Perbaiki diri, ajaklah orang lain

Sekadar perkongsian. Boleh dapat tudung labuh di sini: www.tudungnur.com

terima kasih..
alhamdulillah pernah sampai kedai tudung nur baru2 nie..
rambang mata nak pilih tudung ^_^

Assalamualaikum...

Bagus entry Wana ni..Berikan kakdilla kekuatan. Kadang-kala perkara-perkara mcam nilah yg buat kita rasa takut untukk berubah...

Bimbang orang cakap, pakai tudung labuh, ilmu tak ada, amalan biasa-biasa jer...

terima kasih wana...

waalaikumussalam...

insyaAllah moga kita diberi kekuatan..

sama2

assalamualaikum...pengalaman yg sme ng sy....
masa g skolah ad yg ingt sy amk pendidikan islam...
terima kasih jgk sbb entry nie bg sokongan utk terus berusaha menjadi lebih baek n tingkatkan ilmu...=)

waalaikumussalam..

Alhamdulillah ^___^

insyaAllah... sama2 kita terus berusaha menjadi lebih baik & tingkatkan ilmu...=)

Blog yang kaya dengan ilmu...sejuk perut ibu mengandungkanmu Dik!..Teruskan usaha dan moga berjaya dunia dan akhirat..amin!

sekadar perkongsian pengalaman hidup wana..moga bermanfaat bagi yg membaca..

Alhamdulillah...moga diri ini menjadi PERMATA AYAH & BONDA yg dpt membantu kelak mereka di alam sana...

Amin...moga akak juga berjaya dunia dan akhirat..amin!

Assalamualaikum kak Wana!..sya 13 taon,dah besaq dh p0n tpi still x blyh baca Al-Quran.tpi tngah dlm proses blajar laa..tinggal srh An-Naba pastu bru bleyh naek Quran...sedih jugak laa..dah besaq ni bru sedaq btapa pntingnya Al-quran..mmg seikhlas aty sya tringin sngt nk pkai tdng labuh nie tpi sometimes rsa cam "layak ke aq nak pakai tdung labuh ni Al-quran p0n x lepas gi".. ingt nak start pakai this raya tpi tetiba ja rsa down bila abh ckp tdng yg saya beli,bidang 55 pnjng sngt.yalah agama family p0n besa2 jaaa..pastu saudara mara p0n x dak lgi la yg bertdng labuh nie...rsa cam layak ke nak pakai ni..al quran p0n x bleyh baca...

jangan putus asa dik...teruskan niat tue.. boleh lakukan seiring..belajar baca al-quran & pakai tudung labuah..

berguru la ketika membaca al-quran..insyaAllah Allah permudahkan niat yg baik..

Akak doakan yang terbaik buat kamu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...