Photobucket

Friday, January 27, 2012

Sahabat, aku HADIR & PERGI...♥ ♥ ♥

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 11:40 PM 5 comments


Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi krn masih memberi nikmat IMAN & ISLAM sehingga saat ini. :)


Allahurabbi, begitu lama (11 hari) tidak mengupdate blog sejak meninggalkan bumi Murabbi (UPSI).


Sekali lagi syukur kehadrat Illahi krn akhirnya saya dapat menghabiskan pengajian selama 3 tahun setengah di UPSI. Bukan setakat menghabiskan pengajian malah turut ditarbiyah oleh Allah dgn pelbagai perkara.
´.✿ "Ya Allah, aku rindu saat bersama sahabat²ku di UPSI" .´

Saat meninggalkan UPSI terlalu berat kaki ini melangkah sehingga berhari² nangis apatah lagi waktu membuat video khas utk sahabat² KHAR di UPSI. Menangis macam sebelum tinggalkan SAMSHSB dulu. Janji tak mahu nangis tapi ternangis juga. Huhuhu... 


Sebelum pulang ke Labuan, saya & sahabat² sempat hadir ke Walimah Kak Yani & Cikgu Nizam. Yg paling "best" kami ke Walimah mereka menaiki bas sekolah yg telah ditempah khas utk ke sana. Memang GEMPAKlah. Geng BAS SEKOLAH!!! :)


Saya dapat tahu kak Yani nak kahwin lebih awal daripada sahabat² lain. Sangat terkejut waktu kak Yani bagitahu saya. -O.o-
´.✿ "Wana, akak nak tunaikan satu hasrat wana sebelum meninggalkan Semenanjung Malaysia. Pastikan beli tiket selepas 15 Januari tau." .´


Hasrat tue (nak ke walimah kak Yani) pernah saya suarakan semasa dalam usrah dulu. :)


Sangat gembira akhirnya kakak usrahku yg dikatakan "bekeng" akhirnya bertemu jodoh. Dia bukan "bekeng" tapi tegas terutamanya pada kaum muslimin. Pada adik² yg comel macam saya, kak Yani sangat baik. Hihihi...

Selepas saja dari Walimah aku terus bergerak ke LCCT dgn dihantar oleh sahabat² (Fiezah, Fasihah, Aini & Kak Nani). Ya Allah, saat berpisah di LCCT lagi membuat hatiku meruntun pilu apatah lagi bersalaman dgn Fiezah. Kaku lidah hanya tangisan menyelubungi. Entah bila lagi kami akan bersua muka.


Seorang sahabat mengirimkan aku email tentang hadir & pergi kita dalam sebuah persahabatan.


Sepanjang hidup kita, tidak terkira insan² yg  hadir & pergi.


 
:PAda yg hadirnya hanya seketika seperti bayu. Dia  hadir & pergi begitu sahaja tanpa terkesan apa² & mungkin kita tidak perasan pun akan kehadirannya, begitu juga dgn dia.


:PAda pula yg hadir & begitu setia dgn kita tapi kita tidak rasa pun kepentingan dirinya utk terus bersama kita. Malah kadangkala mungkin kita rasa "lebih baik dia tidak wujud" drpd dia tidak memberi apa² manfaat utk kita sehinggalah dia pergi buat selama²nya.

Ketika itulah, 
 baru kita rasa betapa dia sangat penting utk kita. 


 baru kita perasan kebaikan yg dia pernah buat utk kita atau utk insan lain di sekeliling kita.

Pada masa itu juga, sudah tidak guna kita menangis kekesalan krn tidak menghargai kewujudannya. Hanya doa dapat kita hadiahkan agar dirinya dirahmati di alam sana.


:PAda pula yg sentiasa di sisi kita. Di saat kita susah & juga senang. Dia sanggup buat apa sahaja utk kita. Namun bagi kita, dia tidak lebih drpd "tempat utk meluahkan perasaan, tempat yg kita cari apabila menghadapi masalah" tapi di saat kita bahagia atau berjaya, kita seakan² terlupa akan kewujudannya.

Namun dia masih setia. Bila² masa sahaja kita cari dia, dia pasti ada utk kita tapi kita perlu tahu, dia juga manusia. Mungkin dia pernah makan hati dgn sikap kita. Cuma di hadapan kita, dia mungkin cuba sembunyikan perasaan itu sebaik mungkin.

Seandainya kita masih dungu, tidak mustahil suatu hari nanti dia akan membawa diri meninggalkan kita. Oleh itu, hargailah kewujudannya selagi mana dia masih di sisi kita.


:PAda pula yg hadirnya berbeza dgn apa yg kita duga
 Mungkin kita rasa dekat sangat dgnnya membuatkan kita rasa mahu sahaja selalu bersama dgnnya tapi kita tidak tahu dalam hati dia mungkin dia rimas dgn kita. Kadangkala kita dapat capai & genggam tangannya, tapi belum tentu hati dia, kita dapat selami.

 Mungkin kadangkala kita dapat melihat dia ketawa, tapi kita tidak tahu apa makna di sebalik senyumannya. 


 Mungkin dia memang tidak suka berkongsi duka dgn sesiapa atau dia sememangya dia tidak percayakan kita.

Apabila dia menangis, kita ingat kehadiran kita dapat memujuknya, walhal kehadiran kita langsung tidak disenangi & mungkin juga secara tidak sedar kitalah sebenarnya yg membuatkan dia menangis. Dlm keadaan seperti ini, kita perlu sedar sebenarnya kehadiran kita banyak menyusahkan hidupnya. 


Kita perlu faham dia mungkin tidak sampai hati utk memberitahu kita supaya meninggalkannya & jangan menyusahkan hidupnya.

:PAda juga yg hadirnya memberikan sinar dlm hidup kita. Apabila berada bersamanya kita rasa begitu tenang & kita rasa tidak mahu berpisah dgnnya. Kita sanggup lakukan apa sahaja agar dapat bersamanya. Kita jaga hati dia agar dia tidak terluka. Kita sanggup jadi tempat dia meluahkan segala masalah dia.

 Kadangkala kita sendiri tidak sedar yg kita telah menjadi seorang yg sangat baik apabila bersama dgnnya tapi akhirnya tanpa sebarang sebab, tiba² kita ditinggalkan. 


 Kadangkala kita langsung tidak faham & tertanya², kenapa kita ditinggalkan?

Kita rasa kita sudah lakukan yg terbaik utknya tapi masih ditinggalkan. Kesannya mungkin sangat mendalam krn kehadirannya benar² bermakna dlm hidup kita. Dlm keadaan ini, kita mungkin akan berubah sepenuhnya. 


Hati kita cukup terluka sehingga tidak sanggup utk membuka hati kita utk kehadiran insan lain. Kita juga tidak akan mendengar apa sahaja nasihat drpd insan² lain di sekeliling kita, hanya masa yg dapat menyembuhkannya.

:PAda pula yg hadirnya menyembuhkan luka kita. Hadirnya banyak memberi sokongan & dorongan kpd kita agar meneruskan kehidupan. 


 Dia umpama pakar kaunseling utk kita. 


 Dia banyak mengingatkan kita, menyedarkan kekurangan kita & mengubah tabiat buruk kita yg mungkin menjadi penyebab kenapa kita ditinggalkan.

Secara tidak sedar, kita sudah pulih drpd luka lama di atas nasihat  & sokongan darinya. Pada pandangannya, mungkin dia ingat kita sudah boleh berdiri sendiri & mungkin dia rasa kita dah betul² pulih. Lalu dia meninggalkan kita.

Begitulah rencah dunia, kita tidak akan tahu siapa kawan & siapa lawan sehinggalah sampai satu masa kita jatuh. Adakah tangan itu akan menghulurkan bantuan atau kita akan ditinggalkannya.

Kita tidak perlu risau memikirkan tangan mana yg akan menghulurkan bantuan & tangan mana yg akan berpeluk tubuh & seterusnya meninggalkan kita di saat kita sangat² memerlukannya krn apabila kita ikhlas menghulurkan tangan tidak kira kpd sesiapa pun, pasti akan ada tangan lain yg akan menghulur di saat kita memerlukan biarpun tangan tersebut bukanlah tangan yg pernah kita bantu dahulu.

Oleh itu, lebih baik kita bersifat ikhlas tanpa mengharapkan apa² balasan drpd manusia. Berharaplah hanya utk mendapat keredhaan Allah S.W.T.

Kita juga perlu sentiasa ingat, hidup kita sentiasa berputar. Jika kita pernah meninggalkan seseorang atau melukakan hati seseorang, tidak mustahil kita juga akan dilukai & ditinggalkan suatu hari nanti & mungkin kita akan dapat yg lebih teruk drpd apa yg pernah kita lakukan pada orang lain.




P/s: Buat sahabat² hargailah sesiapa sahaja sahabat² yg berada di sekeliling antum/na.


Wallahualam.

5 123 Bingkisan Sahabat:

memang macam tu. mase abes belajar dlu pun, sangat2 sedih sebab memasing jejauh.. Mujur ade teknologi yang memungkinkan kite terus berhubung :)
ape pun, kenangan terindah mase ngan kawan2 mmg akan segar selalu.. :)

betul2x...
kadang2x rs rugi xmanfaatkan masa belajar dgn sebaiknya =(

terima kasih komeeeen blog wana..
wah ada 2 blog..
xtau nak komen yg mana

ehehehee... komen la memane yang suke :) tak kisah pun... :)
dlu2 la mase baru2, konpius.. ingt nak buat 2 blog, satu utk outdoor n satu utk update semasa.
n skang sayang pulak nak buang salah satu.. biar je la eheheee

oh...hehehe..dulu sy p0n ada bnyk blog..3 lagi..tp last tnggal satu sebb xdpt nak urus..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...