Photobucket

Monday, March 26, 2012

Hadiah Istimewa Dari ALLAH buat Fatimah r.a

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 2:53 PM No comments

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Hari nie Wana nak kongsi satu sirah Nabi Muhammad s.a.w yg mungkin jarang kita dengar. Bukan tentang Perjuangan Nabi tapi tentang Keluarga Nabi.


Moga kita mendapat sedikit ILMU drpd entri yg Wana kongsikan ini bagi melamar REDHA ILLAHI.


Kisahnya bermula di sini....


Suatu hari, Rasulullah SAW masuk ke rumah anaknya.

Didapati puterinya yg berpakaian kasar itu sedang mengisar biji² gandum dlm linangan air mata.

Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu.

Lalu ditanya oleh baginda, 
"Wahai buah hatiku, apakah yg engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu."

Dlm nada sayu Fatimah berkata, 
"Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat krn terpaksa mengisar gandum & menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?"

Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu.

Dgn lafaz bismillah, Rasulullah SAW meletakkan segenggam gandum ke dlm kisaran itu.

Dgn izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dgn sendirinya.

Hati Fatimah sangat terhibur & merasa sangat gembira dgn hadiah istimewa drpd ayahandanya itu.

Habis semua gandumnya dikisar & batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan utk berhenti, sehinggalah Rasulullah SAW menghentikannya.

Berkata Rasulullah SAW dgn kata² yg masyhur, 
"Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku utk menjadi emas, namun ayahanda memilih kesenangan di akhirat utk keluarga kita."

Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang utk menjadi solehah.

Ayahanda yg penyayang itu terus merenung puterinya dgn pandangan kasih sayang lalu berkata, 
"Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yg lebih baik drpd apa yg kau pinta itu?"

"Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan.


Rasulullah SAW bersabda:
"Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali (10), 'Alhamdulillah' sepuluh kali (10) & 'Allahu Akbar' sepuluh kali (10). Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' & 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali (33)."

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kpd Siti Fatimah RA. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dgn mudah & sempurna meskipun tanpa pembantu rumah.

Itulah hadiah istimewa dari Allah SWT buat hamba² yg hatinya sentiasa mengingatiNya.


0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...