Photobucket

Wednesday, March 7, 2012

Kehilangan 2 Permata Islam Part 1

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 10:30 AM 9 comments

Telah tiba Saat waktu kau tinggalkan kami,
Kerana takdir yg Maha Esa telah menetapkan,
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan,
Kau sahabatku kau teman sejati…

~ Kehilangan 2 Permata Islam ~

Allahurabbi…  

Tatkala sibuk menyusun latihan yg akan diberikan utk kelas akan datang, terkedu lidah & tergetar tangan tatkala membaca satu sms daripada adik Asma Jan sekitar jam 10.55 pagi yg berbunyi; 
“Al-Fatihah buat 2 orang sahabat kita (Fatini & Hidayah) yg baru pulang ke rahmatullah & 3 orang lagi (Midah, Shahmar & Abqariah) masih di hospital Kedah. Doakan mereka selamat.”

Terpenjam mata seketika akibat terkejut dengan berita yg diterima sehingga aku membaca sms berulang-ulang kali. Seperti tidak percaya.
“Ya Allah, sekelip mata saja Kau mampu mengambil semula nyawa hambaMu yg dipinjamkan buat sementara.”

Baru rasanya bersms dengan kedua-dua arwah beberapa hari yg lalu. Bertanya khabar, berkongsi cerita tentang perkembangan UPSI. Terbayang senyuman mereka berdua.

Aku muhasabah diri sebentar
“Maut tidak mengenal tua atau muda, sihat ataupun sakit, sudah berkahwin atau bujang & dara, berilmu atau jahil, da'ie (pendakwah) atau mad'u (yg didakwahkan). Kalau sudah datang kehendak Allah untuk kita pergi menghadap-Nya, kita akan mati tanpa kita sangka-sangka.”

Adik-adikku, kamu berdua pergi dahulu menghadap Illahi. Allah amat menyayangi kalian berdua.


Walaupun berlainan kolej kediaman tapi setelah beberapa program yg diikuti bersama Allah membuahkan bibit ukhuwah & lahirnya kasih sayang antara kami. 

Terbayang-bayang akan mereka.

~ Kenangan bersama Adik Hidayah ~

Kali terakhir bertemu dengan adik Hidayah semasa di Walimah Kak Hidayani sebelum aku berangkat pulang ke Labuan. Sempat kami bersalaman. Sempat kami saling bermaafan kerana tidak pasti bila akan bertemu lagi.

Kali terakhir bersms dengan adik Hidayah dua minggu yang lalu. Ada dia minta untuk diemailkan gambar semasa di Walimah Kak Hidayani. Aku tidak pasti sama ada telah menunaikan keinginannya atau belum memandangkan gambar itu ada pada adik Hafsah.


~ Kenangan bersama Adik Fatini ~

Setiap kali bertemu, adik Fatini pasti ayat ini yg diulang;
“Hai Kak Wana, teman sebantalku”

Kisahnya bermula apabila kami berada dalam satu program pada tahun 2010, di mana kami tidur sebantal sepanjang 4 hari 3 malam program berlangsung & pernah satu malam adik Fatini tidur berbantalkan lenganku. Keesokkannya kebas. 


Yg paling lucu pada malam keesokan pula aku terkejut apabila seseorang mendakapku dari belakang. Memandangkan kepenatan, aku biarkan saja hingga keesokan paginya. Rupa-rupanya, pada malam itu, dia ketakutan.

Sejak peristiwa itu, adik Fatini memanggilku “TEMAN SEBANTAL”. Tersenyum aku mengenangkannya. Kali terakhir aku bertemu dengannya semasa menjaga gerai kerepek di KUO & kami berbalas sms terakhir pada 27 Februari yg lalu. 

TAPI…

Akhirnya dalam bulan kelahiranku, 6 Mac 2012 Allah menjemput mereka dahulu. Tiada lagi air mata menitis. Aku masih terkejut akan berita ini. Seakan tidak percaya tapi itu semua takdir Allah buat mereka.

Hanya DOA yg mampu kukirimkan buat kalian berdua. 



REHATLAH DI ALAM BARUMU.
AKAK SAYANG HIDAYAH & FATINI KERANA ALLAH…

Berpisah kita di DUNIA yg FANA ini, Moga ALLAH pertemukan kita di SYURGA sana.


Wallahualam...

Sambungan di sini

9 123 Bingkisan Sahabat:

Assalamualaikum wbt...moge Arwah ditempatkan dikalangan orang beriman dan mendapat RahmatNya sentiasa...insyaAllah hingga syurga, takziah buat keluarga, moge tabah harungi dugaan Allah, kehilangan permata kesayangan..Mati itu Pasti, Allahurabbi ~_~

Waalaikumussalam w.b.t
moga kedua-dua arwah tenang di alam barunya..

http://hjanhar.blogspot.com/2012/03/mati-dan-kita.html

Tiada siapa yang tahu perancangan-Nya..Menziarahi rumah sahabat yang ayahnya baru meninggal dunia di Sik, Kedah, dalam perjalanan pulang dijemput Allah S.W.T..Yang masih ada, semoga disembuhkan dan dipermudahkan.

Al-Fatihah buat keduanya... sangat sedih dengan pemergian mereka.. namun pemergian mereka memberi pengertian bermakna buat kita yang masih bernyawa...insyaAllah..

insyaAllah...cemburu mreka bertemu dgn Allah dgn usi yg muda

Assalamu'alaikum...

Bawakan bersabar dan berdoalah untk mereka dunia akhirat ... takziah dan moga mereka ditempatkan bersama-sama orang solehah... amin...

Walau ke kutub utara aku berlari..
Ia tetap dekat di sisi..

Walau kutub selatan aku pergi..
Ia tetap dekat di sisi..

Walau ke perut bumi aku bersembunyi..
Ia tetap dekat di sisi..

Walau ke ruang angkasa aku menghilangkan diri..
Ia tetap dekat di sisi..

Sesungguhnya...
Mati itu pasti..

Walau dimana kita berada..
Ajal sentiasa mengekori kita..

~Setiap Yang Bernyawa Pasti Akan Mati~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...