Photobucket

Sunday, July 29, 2012

Alhamdulillah, Di Sini Kami Berteduh

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 9:39 PM 2 comments

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Salam Ramadhan Kareem.


Salam Ramadhan Al-Mubarak [9 Ramadhan 1433H].
Sebelum baca entri cik Wana, baca petua Imam Syafie nie dulu tau ^____^

Jom kembali ke pangkal jalan...


Dah lama tak share buku yg dah dibaca dlm blog. Rasanya ada 2 buku iaitu Di Sini Kami Berteduh & Salju Sakinah dah begitu lama khatam tapi masukkan lagi blog.


Khatam???


Tak khatam pun, cuma habis baca saja. okaja*


Cik Wana tengok adik saya yg Form 2 sangat rajin baca buku. Kalau dulu novel kanak-kanak, sekarang meningkat ke novel dewasa. Saya tengok agak banyak juga koleksi buku miliknya yg dibeli dgn duit simpanan sendiri. 


Setiap minggu pasti ke Perpustakaan Awam Labuan utk meminjam & mengembalikan buku. Belum lagi kira buku yg dipinjam di Pusat Sumber Sekolah.


Agak ulat buku!!!


Pernah tanya dia, kenapa suka sangat baca buku?


Senang saja jawapannya.

Menambahkan perbendaharaan kata


Wowww... Cayalah...

Hari ni nak share tentang bacaan Novel Tarbiyah  Di Sini Kami Berteduh


Watak utama dlm novel nie adalah Puan Tasnim yg merupakan guru Matematik mengajar di sekolah rendah. Oleh krn berkisarkan kehidupan seorang guru Matematik menyebabkan cik Wana lagi bersemangat menghayati novel ni. [Biasalah... Aku kan guru Matematik tapi sementara nie aku guru Pendidikan Islam di sekolah rendah]


Di sini nak share beberapa kata² yg diambil drpd novel sebagai sumber inspirasi buat diri & pembaca blog Teratak Pendidik.


Cuma di dlm hati saya ini, saya sentiasa ingin melihat anak² Melayu beragama Islam maju ke hadapan. Tiada niat lain. Biarlah Allah Taala yg menilai semua ini.

Ini masalah sikap anak kita & didikan kita, bukannya masalah sekolah agama itu. Mana abang tahu ustaznya tidak menasihatkan pelajar²nya? Ustaz & ustazah bukannya pendidik utama. Silap kita adalah sering menyerahkan tanggungjawab mendidik kpd mereka, padahal sepatutnya kita sebagai ibu bapa yg mendidik mereka.

Mengapa ibu tidak ambil pembantu rumah baru. Ibu tidak letihkah?

Puan Tasnim yg baru selesai menyusun pinggan mangkuk itu turut menarik kerusi supaya lebih mendekati anaknya. Dia membalas pertanyaan itu dgn sebuah cerita.   Rasulullah pernah menasihatkan anaknya Fatimah supaya berzikir Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar di mana setiap satunya sebelum tidur sebanyak 33 kali. Waktu itu Saidatina Fatimah amat keletihan menyelesaikan tugas dapur & meminta agar Rasulullah memberikan seorang hamba utk membantunya. Berzikir itu menenangkan fikiran, menguatkan tubuh badan & banyak kebaikannya lagi. Alhamdulillah, menjawab pertanyaan Hanan itu, ibu sememangnya tidak berasa letih.


Alhamdulillah banyak input yg menarik  diperolehi drpd novel nie. Allahuakhbar!!! Menaikkan motivasi aku sebagai seorang MURABIAH

Kalau tak membaca mesti tiada ilmu (input). Bila tiada ilmu mesti tak tahu nak sampaikan (output).

Aku terfikir betul juga. Kalau kita ini kurang input macam mana nak menghasilkan outputMeans kalau kurang membacakurang menghadiri majlis² ilmuhari² melayan laghakurang berkursus menambah & memantapkan pengetahuan utk bekalan di dada, dari mana input nak datang. Ia tidak datang bergolek kpd kita. 


Alangkah bestnya kalau dapat lahirkan novel tarbiyah remaja macam ini. Dapat 3 in 1. 


 Dapat pahala menyebarkan ilmu kpd para pembaca novel kita, 
 Dapat menjadi 'pelajar' yg dapat menambah ilmu di dada sendiri  
 Dan yg satu lagi tue sahabat² tolong fikirkan. =)


Wallahualam.


P/S: Jazakillah khairan buat adik Puteri Nor Aisyah sebab pinjamkan novel nie. Sayang kamu kerana Allah. Moga Allah beri kekuatan kpd kami Warga Pendidik utk mendidik anak bangsa.

2 123 Bingkisan Sahabat:

novel salju sakinah 2 ustaz sye yg wat..mmg best..sgt ske novel 2 krne seorg pnulis lelaki mmpu memahami hati n perasaan srta pemikiran seorang prmpuan.. :D

oh...ustaz zaid akhtar tue ustaz kamu?

mmg best novel salju sakinah..insyaAllah nnti wana akan tulis kat blog ^__^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...