Sunday, September 2, 2012

Cahaya ISLAM 'Irna Maria Stevens'

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 8:04 AM 2 comments


Assalamualaikum & salam sejahtera.

Salam Aidilfitri. Maaf Zahir Batin semua ^^



Coretan yg ingin saya kongsikan ini bukanlah berkisar drpd orang yg saya kenali. Mari kita ikuti cerita ini.

Setiap hari sebelum subuh, Irna selalu mendengar suara orang seperti menyanyi² dgn bahasa yg langsung tidak difahaminya. Selalunya dia akan menutup telinganya apabila mendengar bunyi itu tapi pada hari itu dia sungguh berbeza. Hatinya tertanya² apakah yg selalu dibaca oleh rakan sebiliknya, Siti Fatimah itu. Dia segera bangun secara senyap supaya tidak didengari oleh rakannya yg sungguh khusyuk membaca sebuah buku sambil menyanyi itu.

Semasa dia mendengar suara itu, kadang² dia juga mendengari rakannya itu menangis sambil menyanyi. Apabila sampai sahaja waktu subuh, rakannya itu seperti membuat satu senaman yg memang asing baginya. Hatinya sarat dgn pertanyaan yg terbuku dihatinya. Selesai mengerjakan senaman itu, Fatimah menadah tangan & kedengaran tangisan seperti meminta ampun kpd seseorang

Irna bingung. Selama dia tinggal di London, tidak pernah sekalipun seseorang manusia seperti rakannya itu mengerjakan senaman & menyanyi setiap pagi. Tidak lupa juga dia melihat rakannya itu mengerjakan senaman yg sama sebanyak 5 kali sehari. Dia bertekad utk bertanya kpd rakannya itu tentang apa yg dilihatnya pada pagi itu.

Fatimah,are you never feel bored doing something that same 5 times every day? Are you feel good doing the exercise & sing the weird song every day? dia bertanya apabila mereka berdua bersarapan di café campus.

Irna, The thing that I am doing is something which has relationship with my religion. The exercise is called solat & the song that I sing is the tense that had been wrote in Al-Quran, jawab Fatimah

Adakah awak selalu melihat saya membuat semua itu Irna?❞ tanya Fatimah.

Saya minta maaf krn saya curi² lihat awak buat semua benda² itu,❞ ucap Irna dgn nada perlahan krn takut dimarahi. 

Irna fasih berbahasa Melayu krn dia dilahirkan di Malaysia & apabila umurnya 7 tahun, dia berpindah ke London krn mengikut ayahnya bertugas sebagai Pensyarah di sebuah Universiti. 

Fatimah hanya tersenyum sambil menyuapkan mi goreng ke mulutnya dgn penuh adab sopan gadis Melayu. Irna hanya memerhatikannya.

Irna, saya tak pernah rasa nak marah awak sebab awak lihat saya membuat semua benda² itu & itu adalah perkara yg setiap umat Islam akan membuatnya. Kamu agama Kristian juga ada Tuhan kamu & saya juga ada Tuhan saya. Setiap hari saya akan beribadat dgn Tuhan saya, kata Fatimah dgn panjang lebar. 

Irna hanya mendengarnya dgn penuh khusyuk apa                                                                                                                           yg dikatakan oleh Fatimah. Timbul satu pertanyaan yg dia ingin katakan tapi waktu kuliah sudah hampir bermula. Mereka berdua berjalan beriringan ke dewan kuliah yg sama. Irna bercadang utk menangguhkan pertanyaan yg ingin ditanyanya sehingga habis kuliah yg berlangsung selama 2 jam itu.

Irna, I want to go to library. Do you want to follow me? kata Fatimah setelah kuliah tamat. 

Yes, I want to follow you, jawab Irna

Mereka berjalan ke perpustakaan dgn senyap krn tidak apa yg mahu dibualkan. Apabila sampai di perpustakaan, Fatimah segera ke sebuah rak yg menempatkan buku² Islam. Fatimah gemar membaca buku² tentang Islam. 

Semasa Fatimah khusyuk mencari buku² yg mahu dipinjamnya, Irna bertanya dgn suara yg berbisik sedikit What are you finding for?

Fatimah tidak menjawab tapi dia memberikan sebuah buku yg bertajuk ISLAM AGAMA SUCI ALLAHIrna tidak faham apa itu Allah lalu bertanya kpd Fatimah

Fatimah, who Allah?

Fatimah tidak mahu menjelaskannya tapi menyuruh dia membaca sendiri takut fakta yg diberikannya tidak benar. Irna hanya mengangguk lalu segera mengikut Fatimah yg sudah mula melangkah menuju ke kaunter utk meminjam buku. 

What’s your names? tanya pekerja kaunter itu kpd Irna krn utk pekerja itu mahu menulisnya di dlm buku rekod peminjaman buku. 

Irna Maria Stevens, jawab Irna.

Sejak Irna mula membaca buku tentang ISLAM AGAMA SUCI ALLAH, dia semakin berminat dgn agama Islam. Setiap hari dia akan meminjam buku Islam drpd Fatimah atau mencarinya sendiri di perpustakaan & rakannya itulah juga yg selalu memberitahunya tentang keistimewaan menjadi umat Islam.

Pada suatu hari, Irna sedang bersiar² di sebuah taman bunga yg sangat indah. Namun, yg menghairankan krn hanya dia seorang sahaja yg berada di taman itu. Tiba² cuaca & suasana yg cerah & ceria bertukar menjadi gelap. Dari kejauhan, terlihat satu cahaya yg tenang perlahan² menghampiri Irna yg terpinga² melihat keajaiban itu. Cahaya yg semakin menghampirinya itu seolah² berkata² tapi Irna tidak faham apa yg dikatakannya & hanya perkataan Allah sahaja yg dia faham. Cahaya itu semakin bersinar & Irna tidak dapat menahan cahaya itu drpd terus mendekatinya.

Irna terjaga. 

Aku bermimpi rupanya, kata Irna berbisik kpd dirinya. 

Keesokan harinya dia segera mencari² Fatimah utk menceritakan mimpinya itu. Apabila dia berjumpa dgn Fatimah, dia segera mengajak Fatimah bersarapan bersama² & dia ingin menceritakannya tentang peristiwa semalam. 

hidayah1.jpg (320×400)
Emm… mungkin awak telah mendapat hidayah dari Allah, kata Fatimah apabila Irna selesai menceritakan mimpi semalam IrnaIrna hanya diam apabila Fatimah berkata²

Malam itu Irna tidak dapat tidur. Dia teringatkan mimpinya. Adakah benar apa yg dikatakan Fatimah pagi tadi? Apabila difikir²kan akhirnya dia mengambil keputusan yg muktamad. Esok dia akan meluahkan segala isi hatinya yg telah lama terbuku dihati kpd Fatimah.

Fatimah, saya nak buat satu pengakuan bahawa saya ingin masuk Islam. Sudah lama perkara ini ingin saya ucapkan tapi hati saya terasa berat utk diluahkan, kata Irna dgn penuh bersemangat. 

Fatimah tersenyum mendengarnya. Dia membuka begnya lalu dikeluarkan sebuah bungkusan yg dibalut cantik. Bungkusan itu diberikan kpd Irna. Irna menyambutnya. 

Bukalah bungkusan ini, kata Fatimah. 

Irna segera membuka bungkusan itu. Dia mengeluarkan sehelai tudung berwarna hijau. Irna berasa begitu gembira apabila Fatimah telah memberikannya sehelai tudung berwarna hijau & itu adalah warna kegemarannya.

Irna sungguh bersyukur apabila dia menyatakan tentang hasratnya utk masuk Islam kpd ibu & bapanya, mereka telah memberikan restu kpd Irna utk memasuki Islam. Walaupun pada mulanya mereka tidak mahu mengikut, tapi apabila Irna selalu menceritakan tentang Islam & Nabi Muhammad yg selalu diceritakan oleh Fatimah kpdnya, mereka mulai sedar betapa istimewanya Islam lalu mereka pun masuk Islam. Betapa nikmatnya seorang umat Islam krn banyak keistimewaan yg boleh didapati. Sejak hari itu Irna sudah sedar akan kewajipan menutup aurat & telah menukar namanya dgn nama Maria Marliana.

Irna & keluarganya pula sering kali bersolat jemaah bersama² sejak dari peristiwa tersebut. Perhubungan antara Irna & Fatimah pula semakin rapat setiap hari. Selain itu, Fatimah juga dijadikan sebagai tempat rujukan oleh Irna tentang agama Islam yg benar lagi suci itu.

Alhamdullilah akhirnya Irna mendapat hidayah drpd Allah. 

 Bagaimana pula kita yg sejak azali lahirnya menjadi seorang Muslim? 

 Adakah kita yakin bahawa hidayah Allah telah kita miliki? 

Sama²lah kita muhasabah diri & tidak pernah henti berdoa kpd Allah utk mengurniakan taufiq & hidayah kpd kita. Taufiq & hidayah itu milik Allah.


Cerita orang muallaf sering kali saya dengar & pernah berhadapan sendiri dgn mereka ketika di matrik dahulu. Alhamdulillah dlm cerita saya ini Irna tidak mendapat tentangan hebat dari sanak keluarga tapi bagaimana pula kpd saudara² baru kita yg mendapat tentangan keluarga sehingga dibuang keluarga. Begitu peritnya dirinya utk memilih sama ada Islam atau sebaliknya.

Saya tidak ingin mengulas panjang tapi sahabat² sekalian bolehlah baca cerita kehidupan saudara baru kita Kak BalqiS (2007) & Loo Jo Yee (2012)

Semoga cerita ini menjadi iktibar kpd kita sebagai umat Islam & seharusnya kita berazam lagi utk mendapatkan Taufiq & Hidayah drpd Allah.


"Kadang-kadang tu rasa rugi sangat kenapa dulu tidak pernah kenal indahnya Islam macam hari ini"

Wallahualam.

2 123 Bingkisan Sahabat:

insyaAllah lepas ni nak bace link saudari baru yg anti bagi tu,.,syukron..

silakan ^^..terima kasih singgah ^^
Salam Jumaat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...