Photobucket

Sunday, November 16, 2014

Cinta Muka Buku atau Muka Kitab

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 3:10 PM 4 comments


Assalamualaikum & salam sejahtera.


Bila dengar sahaja tajuk mesti bermacam tafsiran apa itu Cinta Muka Kitab. Mungkin orang tahu apa itu lagu Cinta Muka Buku tapi sekali lagi cik Wana nak tegaskan entri tentang adalah Cinta Muka Kitab


Tapi bukanlah kitab yg muka kulitnya dicintai. Bukan juga berniat utk menjadi komposer kedua Najwa Latiff apatah lagi dijadikan tajuk lagu single yg bakal diduetkan bersama Najwa Latiff.



Buka Hati, Buka Fikiran, Buka Plastik Kuaci...okaja*


Mari Muhasabah seikhlasnya.


Cinta Muka Buku:

Cinta yg berkenalan dari laman buku, lelaki tue ugut hantar pesan suruh perempuan tu terima dia. Oohh... Hati perempuan tue terasa sesuatu. Pastu dia nervous macam mana nak bersua, dia gementar tapi bahagia. Pastu banyak persoalan yg berada di minda dia (seperti Kata Tanya, Kata kerja). Otak kata jangan, hati kata ya. Itu yg membuatkan dia tak menentu. Then, dia tanya kat diri dia sendiri  Adakah ini CINTA?


Cinta Muka Kitab:

Cinta yg seiring di jalan dakwah. 2x5 je macam Cinta Muka Buku tapi & perkongsian ilmu agama.


Jangan dahulu menghukum melalui emosi.
Teruskan mengopek kuaci...okaja*


Zaman sekarang pergi mana² pun ada Fb, Fb & Fb, pendakwah² di alam siber pun makin bijak memainkan peranan. Maka dgn itu semakin pesatlah penyebaran dakwah di Fb, maka pendakwah² dlm kalangan siswa/i, student mahupun belia yg ampuh mujahadahnya berjuang habis²an di medan Muka Buku utk menyebar ilmu & bercucuk tanam ilmu di laman sesawang ini.


Tapi harus diakui bahawa golongan siswa/i yg berdakwah bukanlah maksum. Mereka juga ada gelora perasaan yg ingin menyayangi adalah sesuatu yg normal dlm usia remaja. 


Fitrah sebagai manusia mempunyai perasaan sebegitu walaupun berkecimpung di medan tarbiyah sekalipun. Zaman remaja berdarah muda. Maka jangan jadi pesimis terlalu cepat menghukum. Samada Muka Buku atau Muka Kitab, peranannya sama sahaja. Terpulang kpd otak kita & husnuzon kita utk mentafsir.


Salam Ukhwah Fillah

Adalah suatu fenomena yg normal jika sudah diadd atau diapprove maka ikhwah atau akhowat akan terus mengucapkan "salam ukhwah fillah" & disusuli dgn "syukran approve/add ana" ucapan ini mungkin normal & mungkin sekadar ucapan biasa tanpa bermaksud apa² yg blues & sewaktu dgnnya. 


Maka pegang dgn erat prinsip kita bahawa "salam ukhwah fillah" itu tidak berniat apa² & tidak akan bertukar menjadi "salam sayang & rindu". Krn dari suatu perkataan ukhwah, terpulang kpd niat kita utk menentukan ukhwah itu bagaimana, samada melalui ukhwah tautan hati atau ukhwah sesama saudara Muslim.


Luruskan Niatmu
Minat ilmunya, kemudian terlajak pula minat kpd orangnya.

Jika sudah banyak mendalami perkongsian ilmu maka akan lagi luaslah rangkaian jemaah² kenalan di medan dakwah Fb. Dari satu artikel dishare ke artikel yg lain maka dgn automatik namanya juga akan terpampang di wall kita & sekaligus posting terbaru darinya akan ‘tersembul’ di Home Page kita. 


Mungkin jika pada permulaan bermula dgn minat kita di atas artikel² yg telah dishare. Itu tidak mengapa krn adalah suatu kebaikan jika memang berminat dgn ilmu yg dishare


Tapi yg menjadi masalah apabila minat dari ilmunya itu akan membuatkan juga terminat pada orangnya lalu dimulakan langkah utk merisik jika benar sudah berpunya atau belum, apatah lagi jika salam dihulur bersambut. 


Berbunga hati bukan kepalang apalagi jika pujaan hati itu seorang yg berkarisma & hebat perjuangannya. Maka akan muncullah kata tanya & kata hujah seperti yg dinyanyikan oleh Najwa Latiff.


Kita berdakwah, dia juga berdakwah. Serasikah jika dipadankan dlm Cinta Muka Kitab? Di mana sudah posting² ilmunya yg kita cintai? Kini tanpa sedar kita lebih mencintai tuannya dari mencintai ilmu yg dipost. Tangan kita ligat view wall bukan lagi mencari ilmu, tapi cari berita pujaan hati.



Luruskan Hatimu
Bertukar² ilmu agama, disusuli dgn bertukar² hati.

Perkongsian ilmu yg dilakukan dahulu kini telah menjadi perkongsian hati. Saya suulzhon? Renungkan, tidak mustahil. Jika sudah semakin intim sesuatu komunikasi apalagi jika kita selalu berkomunikasi menggunakan private mesej & akhirnya bertukar² nombor phone


Melainkan kita post di mesej atau wall kemudian tag nama kawan² seramai mungkin. Komunikasi yg terus menusuk jiwa & sanubari ini jelas antara kita berdua sahaja & tidak mungkin akan diperhatikan pihak ketiga. Maka ruang privasi ini akan digunakan sebaiknya utk perdebatan & saling menghujah dua hala.


Berkat komunikasi dua hala yg semakin lincah diiringi dgn gurauan² & kata² usikan maka lama kelamaan sudah tiada segan silu lagi jika perbualan dua hala ini diselit dgn HINT² yg akan membuatkan hati berbunga² dgn pengharapan krn kita secara tidak sedar telah pun memasuki fasa perkongsian hati. 


Akan hilanglah hujah² agama yg bersungguh² ucapkan itu, akan hilanglah perdebatan & perkongsian ilmu. Sekiranya ada sekalipun, darah muda kita dapat mengukur yg mana satu lebih memikat hati.


Luruskan Niatmu & Hatimu
Awasi CHAT kita!


Mungkin Chat adalah sesuatu yg seringkali dipandang remeh & normal. Biasalah. Apa makna Fb kalau tiada Chat? Chat adalah aplikasi yg paling mudah utk kita berCinta Muka Kitab.


Mengapa? 


Chat adalah perbualan secara LIVE. Chat boleh direply & disend dlm masa yg sama. Chat adalah maklum balas yg terpantas. Chat boleh diibaratkan seperti kita berbual secara Real walau tidak bersua muka! 


Bermula dari SALAM. Kemudian bertanya khabar, buat apa, kemudian bertanya tempat belajar, tinggal di mana & secara perlahan² kita telah banyak berkongsi latar belakang yg sepatutnya menjadi privasi. Dari chat hubungan yg biasa akan menjadi intim.


Jika secara Islamiknya mungkin bermula dari bertukar² link web² Islam, disusuli dgn pertanyaan² agama, kemudian lama-kelamaan bertukar latar belakang hobi, binatang kegemaran & sebagainya. Sama seperti point yg sudah type kat atas. 


Di mana sudah ikhwah & akhowat yg lincah posting tentang agama & teguh dlm mujahadahnya?


Di wall kita nampak gah bermujahadah tapi bila dlm chat tidak padan wall kita jika dibandingkan dgn chat kita. Jika tiada keperluan, offline sahaja Chat kita terutamanya akhowat. Tipu jika kita kata mampu menahan diri berterusan chatting ikhwah & akhowat krn kita juga berdarah muda & tidak mampu menduga bila kita akan diuji soal hati.


Luruskan Niatmu &  Hatimu
Perkongsian Agama  lebih mendahulukan Lawan jantina.

Memang perlu kita bertanya jika tidak faham akan sesuatu hukum & persoalan drpd kita terus tertanya² & terus memilih utk terus berada di dlm keadaan jahil. 


Tapi sebaiknya carilah dahulu yg sejantina jika ingin mengutarakan persoalan agama. Melainkan jika tiada rakan sejantina kita berkemahiran di dlm bidang tersebut & lawan jantina itu mampu menjawab persoalan² dari kita. 


Begitu juga dgn persoalan yg mungkin memerlukan kita memilih variasi jawapan sebelum kita membandingkan hujah mana yg terbaik. Jangan pula krn terpikat dgn orangnya maka persoalan² itu tetap diajukan kpd orang yg sama berkali² maksudnya dgn niat yg saja² & bermotif. Tepuk dada, tanya niat. 


Fahamkan maksudnya? 


Bila persoalan² itu diajukan krn berniat utk MERAPATKAN TALI SILATURRAHIM di antara Laila & Majnun. Eh bukan, Adam & Hawa. Jangan soalan² itu dijadikan bahan pengikat kasih antara dua pihak. Bila bertanya, bertanya dgn serius & benar² ikhlas. Ilmu Allah bukan Ilmu ‘pengasih’.


Luruskan Niatmu &  Hatimu
Niqab itu Penyembunyi, bukan Pemikat

EH? Apa kaitan Niqab dgn Cinta Muka Kitab pula?


Memang tiada kaitan pun. Saja boring² letak kat sini! Huahua. Sebenarnya memang ada. Jika gambar seorang perempuan samada berniqab atau tidak yg bergambar bersama keluarga di hari raya, gambarnya di dlm program (dlm skala yg tidak terlalu expose) atau gambar yg sekadar cukup utk pengenalan diri mungkin boleh diterima.


Tapi jika sudah ada sesi photoshoot, buat koleksi gambar sendiri di dlm album bagi tatapan ramai, siap dihias mata dgn celak yg agak tebal, edit gambar bagi cantik, agak luarbiasa.


Mengapa? 


Agak normalkan jika setiap gambar² itu akan terselitlah komen² dari ikhwah “subhanallah, sejuknya hati..” & komen² yg sekutu dgnnya. Krn galak & indahnya mata kita mampu menyilaukan pandangan lawan jantina yg memandang.


Adakah kita yakin dgn komen² tersebut tidak bergetar hati² para ikhwah utk mengintai² kita? 


Selesakah kita utk terus bermujahadah di laman Fb dlm berkeadaan begitu? 


Kita juga termasuk dlm golongan yg berisiko dlm Cinta Muka Kitab krn peratus hati ikhwah yg telah kita pancing mungkin dgn sengaja atau tidak. 


Maka mungkin ada dlm kalangan mereka yg akan cuba mendekati kita dgn seribu satu kiasan & mungkin perkongsian. Risiko kita diintai si kumbang² terlalu tinggi. Maka akan timbullah bibit cinta & susulan² ukhwah yg telah dibina. 


Pilihlah semalu menjadi contohmu, tidak memikat si kumbang jua berduri malah menguncup saat disentuh. Maka tidak akan ada Iman Adam yg bakal kita ranapkan sekaligus mengangkat lagi martabatmu dgn menjadi yg 'tersembunyi'. 


Tundukkan pandangan indah kita itu krn kasihanlah hati ikhwah² yg merana diragut anda tanpa sengaja.


Luruskan Niatmu &  Hatimu
"Saya memerlukan Insan utk membimbing saya ke arah Islam."

Alhamdulillah jika berniat utk berhijrah kpd tarbiyah tapi sebaiknya dialog di atas ditujukan kpd sejantina. TIADA MAKNA PARODY (tiruan yg mengejek) SYURGA CINTA dlm kehidupan tarbiyah yg sebenar. Acuan Islam adalah di mana kita mencari tarbiyah di dlm kalangan ukhwah yg sejantina dgn kita. 


Kenapa? 


Mereka lebih faham dgn apa yg kita rasa. Mereka lebih tahu memahami keadaan kita & tahu utk menasihati apa yg perlu kita lakukan. Melainkan kita dibimbing oleh suami atau isteri kita selepas BERNIKAH. Itu baru layak dipanggil sebagai syurga cinta yg memang kasihnya akan membawa ke syurga.


Sekiranya syurga cinta itu memang indah disusuli dgn bimbingan², nasihat² & sesi muhasabah hati maka tidak mustahil juga disusuli dgn indahnya tautan hati. Maka akan keluarlah statement bahawa kita memilih dia utk menjadi pemimpin kita, pasangan sehidup semati, terpikat krn agamanya.


Luruskan niat kita!!!


Berbalik semula kpd dialog "saya memerlukan insan utk membimbing saya ke arah Islam."


Adakah keperluan terhadap insan yg MEMBIMBING melebihi perkataan ISLAM itu sendiri?


Maka akan terbayang²lah insan yg membimbing melebihi BIMBINGAN ISLAM itu sendiri. 


✐ Di mana sudah visi & misi dialog yg sudah diucapkan tadi? 

✐ Di mana sudah halawatul iman yg kita harap²kan hasil dari bimbingan itu?


Mungkin kita kata, kita yakin boleh menepisnya tapi ketahuilah bahawa darah muda itu sebaiknya dijaga² & diawasi. Niat tidak menghalalkan cara. Carilah yg sejantinamu, berkasih sayanglah & berukhwah bersama mereka, InsyaAllah di sana akan bertemu kemanisan tarbiyah yg dicari.


Luruskan Niatmu &  Hatimu
Mabruk! Jika sudah memulai Fasa ingin bernikah. TAPI...

Jangan keluarkan statement bahawa tidak percaya jodoh di Muka Buku. Jodoh itu kuasa Allah & kita selaku hamba tidak layak membuat kesimpulan di atas Qada & Qadar. Ramai juga ikhwah & akhowat yg akhirnya bernikah selepas berjodoh di Muka Buku. Tapi, harus diingati mereka bertemu dlm tanggungjawab & perancangan serius.


Dlm istilah yg Halal & terjaga. Tiada istilah Cinta Muka Kitab bagi mereka yg serius ingin mendirikan masjid. Pernikahan adalah tautan dua hati yg benar² HALAL. Jika benar ingin bernikah, padankanlah janji² manis kita dgn benar² melalui akad. Bukan sekadar omong kosong sehingga mengambil masa beberapa tahun utk terlafaz akadnya. 


Sampai bila kita akan menikmati hubungan yg tidak halal? 

Dlm jangka masa berapa lamakah jangkauan akad itu akan terlafaz?


Sekiranya kita renungkan semula Lirik lagu Cinta Muka Buku & koreksi diri kita semula. Apakah sama situasi kita & lagu tersebut?


Mungkin pada awalnya semuanya baik² sahaja & segalanya terasa indah krn ilmu² agama & tarbiyah yg kita perolehi. Jangan terus dibiarkan diri kita berCinta Muka Kitab tanpa sesuatu yg pasti. Segerakanlah akad!!! 


& sekiranya tidak mampu, janganlah dibiarkan mujahadah kita terus disusuli dgn persoalan hati. Tinggalkanlah dia & kejar cinta Khaliqmu yg utama. Usah bersedih & kecewa, mujahadah & cinta kpd Pencipta itu lebih indah. 


Mungkin belum masanya maka tidak perlu bersedih hati. Serahkan hatimu kpd Allah, pasti Dia akan temukan padamu PEMILIK TERBAIK.


Maafkan jika terkasar bahasa,
Maafkan jika ada yg terguris & terasa,
Maaf, Maaf & maaf 


Ketahuilah bahawa saya juga mempunyai masa silam yg juga melibatkan soal hati. Walaupun bukan dari Cinta Muka Kitab. Krn saya juga remaja seperti kalian (ayat perasan..hihi)


Kalian di jalan tarbiyah, saya juga baru memulakan fasa tarbiyah. Kita bukan kalangan yg maksum, di jalan dakwah atau tidak, Cinta Muka Buku atau Muka Kitab kita sama sahaja di dlm suatu perhitungan.


Kita juga hamba Allah yg masih berjuang sebelum ajal menjemput. Belum tentu bangkit belum tentu rebah.

Jika memang kita ingin berdakwah di Muka Buku.
Berdakwahlah dgn serius!!!

Jika memang kita ingin mentarbiyah di Muka Buku.
Mentarbiyahlah dgn serius!!!


Krn jika seiring jalan tarbiyah, Cinta Muka Buku tidak pernah wujud.


Krn seiring jalan Mencari Ilahi, serentak mencari cinta hamba ciptaannya juga tidak pernah wujud.


Luruskan niat & hati kita dlm mentarbiyah di Muka Buku.


Semoga Allah menguatkan hati² kita.


Wallahualam


P/S: Ya Allah jagalah diriku. 

4 123 Bingkisan Sahabat:

Jaga diri, jaga islam, jaga iman dan jaga hati 😘😘😝

Jaga diri, jaga iman, jaga islam dan jaga hati 😘😘😝

Jaga diri, jaga islam ,jaga iman dan jaga hati.. 😘😝

untuk awak juga..

JAGA DIRI
JAGA ISLAM
JAGA IMAN
JAGA HATI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...