Photobucket

Sunday, November 23, 2014

Gambaran Hari Kiamat (Jelas)

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 1:30 AM 2 comments


Assalamualaikum & salam sejahtera.


*Luangkan beberapa minit kalian utk membaca kisah yg akan tiba suatu hari nanti ini*


Alhamdulillah diberi lagi kesempatan bertaubat hati ini dgn dosa² yg menggunung tinggi. Huhu..


Sejak akhir² ini semakin banyak peristiwa² yg berlaku yg menunjukkan bakal berlaku HARI KIAMAT pada bila² masa.





Allahurabbi terlalu takut rasanya diri ini & kalau boleh biarlah jasad bercerai dari roh sebelum berlakunya HARI KIAMAT krn dashyatnya keadaan dunia ini apabila berlaku HARI KIAMAT.


InsyaAllah hari ini cik Wana ingin berkongsi sedikit ilmu Gambaran Hari Kiamat iaitu yg bermula Malaikat Israfil meniup sangkala sehinggalah meniti laluan Sirat.

= = = = = = = = = = = = = = = = =

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yg memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.


2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya?Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini? Tiada siapa yg menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dgn keagunganNya? Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa? Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.


3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala utk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yg rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.


4. Sekalian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yg berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.


5. Semua manusia & jin dibangkitkan dlm keadaan telanjang & hina. Mereka tidak rasa malu krn pada ketika itu hati mereka sangat takut & bimbang tentang nasib & masa depan yg akan mereka hadapi kelak.


6. Lalu datanglah api yg berterbangan dgn bunyi seperti guruh yg menghalau manusia, jin & binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yg banyak amal), berjalan kaki (bagi yg kurang amalan) & berjalan dengan muka (bagi yg banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.


7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari & bulan dihapuskan cahayanya lalu mereka tinggal dlm kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yg amat dahsyat.


8. Tiba² langit yg tebal pecah dgn bunyi yg dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kpd Allah Taala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yg besar & suaranya yg menakutkan.


9. Kemudian matahari muncul semula dgn kepanasan yg berganda. Hingga dirasakan seakan² matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik di hari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit bukau hancur & sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan & bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing². Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.


10. Terdapat satu kolam kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yg mengandungi air yg hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yg menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama²nya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu & rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.


11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yg terik kecuali 7 golongan yg mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

 Pemimpin yg adil.

 Orang muda yg taat kpd perintah Allah.

 Lelaki yg terikat hatinya dgn masjid.

 Dua orang yg bertemu krn Allah & berpisah krn Allah.

 Lelaki yg diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dgn berkata "Aku takut pada Allah".

 Lelaki yg bersedekah dgn bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

 Lelaki yg suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya krn takutkan Allah.


12. Oleh krn tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yg beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dgn para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dgn Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal krn Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dgn Allah Taala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) & akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dgn yg lain adalah 1000 tahun perjalanan.


13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah
Taala. Lalu diperkenankan doa baginda.


14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yg kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yg dipikul oleh 8 malaikat yg sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dgn suara yg amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba di bumi.


15. 'Arasy ialah jisim nurani yg amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yg mempunyai 4 batang tiang yg sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yg besar & gagah. Dlm bahasa mudah ia seumpama istana yg mempunyai seribu bilik yg menempatkan jutaan malaikat di dlmnya. Ia dilingkungi embun yg menghijab cahayanya yg sangat kuat.


16. Kursi iaitu jisim nurani yg terletak di hadapan Arasy yg dipikul oleh 4 malaikat yg sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin di tengah padang. Dlm bahasa mudah ia umpama singgahsana yg terletak di hadapan istana.


17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala krn takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing² turun dari bawah 'Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap & tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil utk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah/Raqib & 'Atid/Kiraman Katibin.


18. Manusia beratur dlm saf mengikut Nabi & pemimpin masing². Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yg zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri utk dibezakan.


19. Umat yg pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad saw, & amalan yg pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yg pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.


20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan lalu pemiliknya mengambil dgn tangan kanan bagi orang mukmin & dgn tangan kiri jika orang bukan mukmin.


21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yg mempunyai lidah & 2 daun. Daun yg bercahaya utk menimbang pahala & yg gelap utk menimbang dosa.


22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad saw & para imam 4 mazhab utk menyaksikan pengikut masing² dihisab.


23. Perkara pertama yg diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.


24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata², kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak dalih & hujah tipuan. Semua akan diadili oleh Allah Taala dgn Maha Bijaksana.


25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kpd orang ramai utk menuntut hak masing² dari makhluk yg sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati & dibenarkannya menyeberangi titian sirat.


26. Syafaat Nabi Muhammad saw di akhirat:

 Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dgn mempercepatkan hisab.

 Memasukkan manusia ke dlm syurga tanpa hisab.

 Mengeluarkan manusia yg mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

Semua syafaat ini tertakluk kpd keizinan Allah Taala.


27. Para nabi & rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Allah utk memberi syafaat kpd para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yg lain.


28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yg terbentang di bawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yg di belah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan & dimudahkan menyeberanginya.


29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar & 5000 tahun menurun. Ada makhluk yg melintasinya seperti kilat seperti angin, menunggang binatang korban & berjalan kaki. Ada yg tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka lalu mereka jatuh ke dlmnya.


30. Para malaikat berdiri di kanan & kiri sirat mengawasi setiap makhluk yg lalu. Setiap 1000 orang yg meniti sirat hanya seorang sahaja yg berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dlm neraka.


Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004


= = = = = = = = = = = = = = = = =


Bersediakah kita?


Moga Allah buka hati kita untuk terus bertaubat. Wallahualam.

2 123 Bingkisan Sahabat:

aiwah. terima kasih sahre. noted kitab aqidatun najin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...