Photobucket

Saturday, November 15, 2014

Warkah Buatmu Bakal Suamiku

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 10:39 PM No comments


Assalamualaikum & salam sejahtera...


Apa khabar semua menulis tegar blog? Hihi.. Begitu lama rasanya tidak mencoret kata² di blog ini. Kesibukan tahun kedua bergelar guru amat mencemburui masa lapangku.


Macam faham² saja kerja yg begitu banyak datang padaku di saat masih lagi bujang hingga kadangkala memang tak memikirkan siapa bakal iman@kekasih@suami.


Biarlah tulisan hari ini menjadi rujukan kepada sesiapa yg Allah bakal hantar utk menjagaku di dunia & akhirat. Sekiranya tak datang² juga biarlah jadi rujukan bakal² suami sahabat² di luar sana.



*********************************

Buatmu bakal suamiku,



Entah angin apa yg membuai hari ini, membuatkanku begitu berani utk mencoretkan sesuatu utk dirimu yg tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat utk memperkenalkan diriku kpd sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yg khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yg menuntut sesuatu yg aku jaga rapi selama ini semata² buatmu. Itulah hatiku & cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yg panjang.



Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah & mahkota diriku krn Allah telah menetapkannya utk suamiku, iaitulah dirimu suatu hari nanti. 


Kata ibu, tanggungjawab ibu bapa terhadap anak perempuan ialah menjaga & mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dlm diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini.



Aku menutup pintu hatiku drpd mana² lelaki krn aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana² lelaki krn aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Krn itulah aku sedaya kudrat yg lemah ini membatasi pergaulanku dgn bukan mahramku. 


Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tapi lebih baik aku berjaga² krn contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dgn mereka, akan aku buat ‘expressionles face’ & ‘cool’. Akan aku palingkan wajahku drpd lelaki yg asyik merenungku ataupun cuba menegurku. 


Aku seboleh²nya melarikan pandanganku drpd ajnabi krn pesan Sayyidatina ‘Aisyah R.A;

“Sebaik² wanita ialah yg tidak memandang & dipandang”


Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah² aku ini barang yg boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yg dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yg tidak dapat kuberikan.


:)Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?


:)Adakah itu sumbanganku kpd manusia selama hidup di muka bumi?



Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yg perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan & menghias peribadiku krn itulah yg dituntut Allah. 


Kalau aku inginkan lelaki yg baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yg baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yg baik itu utk lelaki yg baik?



Tidak dapat aku nafikan, sebagai seorang yg dewasa aku memiliki perasaan utk menyayangi & disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu krn ia semata² utkmu. 


Allah telah memuliakan seorang lelaki yg bakal menjadi suamiku utk menerima hati & perasaanku yg suci. Bukan hati yg menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yg tulen, bukan yg telah dibahagi²kan.



Diriku yg sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan dgnku. Aku secara keras menolak, pelbagai dalil aku dikemukakan tapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi & menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah² seluruh hidupku yg ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya² adakah aku berada di tebing kebinasaan. 


Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku drpd sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah² wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan dgnmu. Aku tahu lelaki yg melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, ‘woman intuition’ku yg mengatakan lelaki itu bukan kau.



Aku bukanlah seorang gadis yg cerewet dlm memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini utk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yg wujud di mana². Tapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yg bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yg satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yg mampu mendebarkan jutaan gadis utk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yg tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dlm hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. 


Akan tapi, selagi kita tidak diikat dgn ikatan yg sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kpdku krn kau masih tidak mempunyai hak utk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yg telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yg tidak baik dlm kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yg diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.



Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yg ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku utk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yg dijanjikan Allah dgn kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dgn tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam air mata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yg aku impikan. 


Cukuplah kau mencintai Allah dgn sepenuh hatimu. Krn dgn mencintai Allah kau akan mencintaiku krnNya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yg akan mempertemukan kita kembali di syurga.



Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dgn kesenangan yg telah diberikan ibu bapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta utk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali² bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.



Dariku bakal isterimu...



*** Naluri ingin menyayangi & disayangi itu adalah normal utk manusia yg normal. Tapi biarlah menyayangi & disayangi yg membawa barakah kpd diri sendiri & orang yg disayangi. Apalah gunanya diri disayangi andai jauh dari rahmatNya. 


Wallahualam

0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...