Monday, June 29, 2015

Pelik! Amalan Kita yang Terbalik

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 10:42 AM No comments



Assalamualaikum, Salam Ramadhan & salam sejahtera...


Alhamdulillah, hari ini sudah 12 Ramadhan 1436H. Menghampiri separuh bulan Ramadhan. Mungkin ramai sudah berkira² membuat persiapan raya. MENGHIAS RUMAH, MEMBUAT KUIH RAYA, MEMBELI @ MENJAHIT PAKAIAN RAYA.


Tahniah kerana mula mengorak langkah ke arah BULAN SYAWAL BULAN KEMENANGAN tapi jangan ditinggalkan BULAN RAMADHAN BULAN BARAKAH. Pahala berganda².


Sedikit perkongsian untuk sama² kita bermuhasabah, menilai & menghitung kembali tentang amalan harian kita. Bukan setakat amalan di bulan Ramadhan tetapi amalan di sebelas bulan yg lain.


Kadang² kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yg patut dilakukan & dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut² dgn budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yg dipaparkan di bawah sebagai contoh amalan yg terbalik:


1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yg dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh & seterusnya) adalah terbalik dari apa yg dianjurkan oleh Rasulullah ﷺ di mana Rasulullah  telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan utk keluarga si mati utk meringankan kesusahan & kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyediakan makanan & belanja utk mereka yg datang membaca tahlil. 


Tidakkah mereka yg hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau² mereka termakan harta anak yatim yg ditinggalkan oleh si mati atau harta peninggalan si mati yg belum dibahagikan kpd yg berhak menurut Islam?


2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yg diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dlm tangan, maka segan dia nak pergi makan kenduri. 


Tetapi kalau dia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa krn tuan rumah panggil utk diberi makan bukan utk dia menambah pendapatan.


3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara, kita berpakaian cantik kemas & segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah mahupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yg tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yg terbalik.


4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang & diberi jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yg dihidangkan krn rasa segan & malu, sedangkan yg dituntut dibanyakkan makan & dihabiskan apa yg dihidang supaya tuan rumah rasa gembira & tidak membazir.


5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik²nya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yg dianjurkan oleh Rasulullah ﷺ utk mengelakkan rasa riak.


6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yg berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dlm carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yg tertinggi dlm setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yg terendah. Bukankah terbalik amalan kita?


7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah & apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dlm Islam antaranya ialah krn selamat dari bermusafir maka dibuat kenduri, bukan krn nak bermusafir maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain?


8. Semua ibu bapa amat bimbang kalau² anak mereka gagal dlm periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walaupun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. 


Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan berpuluh ringgit satu pelajaran 8 kali hadir tapi kpd Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.


9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi krn hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid sedangkan itu ialah peraturan Allah. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan & malas.


10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah sama ada dgn suami atau tidak bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yg dituntut seorang isteri itu berhias utk suaminya, bukan berhias utk orang lain. Perbuatan amalan yg terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.


Cukup dgn contoh² di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kpd kebenaran agar hidup kita menurut landasan & ajaran Islam yg sebenar bukan yg digubah mengikut selera kita. 


Allah yg mencipta kita maka biarlah Allah yg menentukan peraturan hidup kita. 


Sabda Rasullullah 
“Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.” (Riwayat Bukhari)



0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...