Friday, June 2, 2017

Kusangka Orang Gila

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 10:58 PM No comments


Assalamualaikum & salam sejahtera.


Salam Ramadhan Al-Mubarak.


Apa khabar semua pembaca setia blog Teratak Pendidik?

(Ada ke? Perasan lebih je ni. Hahaha)

Terlalu lama tak update blog. Sibuk bha. Huhu..

Hari ini bercadang nak kongsi cerita yang dah 6 tahun saya simpan dalam blog. Semoga bermanfaat & sama-sama kita ambil iktibar.

......26 May 2011.....

Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30, aku singgah sarapan di bazar Batu Buruk sementara menunggu interview di stesen minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yg menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pak cik yg "lusuh " karakternya. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.

Gambar hanya hiasan

Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pak cik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pak cik tadi. Tuan kedai terkejut & mengangkat tangan melambai seolah-olah memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.

Pak cik tadi tenung aku sambil berkata:
"Pak cik dah makan nak. Terima kasih nak.."

Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yg kusangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pak cik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yg memanggil ku tadi.

"Ada apa pakcik?"

Pakcik kedai balas:
"Jangan bagi & suruh dia makan kat sini, nanti customer pak cik lari."

Aku tersentap. Dan spontan aku membalas.
"Jika orang ini ayah kandung pak cik, pak cik halau tak dia?"

Pak cik tu diam.

"Takpa pak cik, saya akan bayar ansuran kalau pak cik rugi hari ni."

Saya nak tanya,
"Betul ke pak cik tadi tu sudah makan?

Pak cik kedai jawab,
"Tidak. Dari mula pak cik buka kedai pukul 6.30 pagi tadi pak cik kopiah tu duduk kat tiang tu."

Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pak cik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta.

Aku pergi semula pada pak cik kopiah tu.
"Pak cik, saya sunyi makan sorang-sorang, pak cik teman saya makan jom."

Pak cik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yg beralih meja kerana bau pak cik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yg aku tak kenal, aku tahan bau itu.

Lega tengok pak cik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pak cik tu.
"Pak cik dari mana, tinggal di mana?"

Pak cik tu jawab.
"Pak cik merantau cari redha Allah."

Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan². Kot² wali ke ni?
"Mana keluarga pak cik?"

"Pak cik dibuang oleh keluarga pak cik kerana sekeping geran tanah."

"Kenapa pakcik? Apa masalahnya?"

"Pak cik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok-pondok mengaji. Keluarga pak cik terus buang pak cik."

Allah...

"Pak cik tinggal di mana?"

Pak cik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pak cik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, & aku lupa yg aku hanya bawa RM 5.00.

Aduh.... Pak cik tu nampak raut wajah muka aku seolah² melihat masalah dalam dompetku.

Pak cik tu mencelah.
"Nak, ambil duit ni, pak cik bayarkan."

Nak tau apa?

Pak cik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci & satu kad BSN dan i.c lama (pak cik tu bekas tentera laut). Satu kedai dia bayarkan.

Allah.

Satu kedai hairan apabila pak cik kedai tu announce yg makanan semua sudah dibayarkan oleh pak cik kopiah tadi. Masing-masing semua pandang aku & pak cik kopiah.

Dengan tiba-tiba pak cik kopiah angkat tangan & berdoa dengan suara yg agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yg ramai.

Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pak cik kopiah tu. Ada yg bangun mendekati kami berdoa dekat-dekat.

Terasa sangat gemuruh & terharu dengan keperibadian orang yg kusangka gila ini rupanya seorang guru agama! Ada yg menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.

Kecoh seketika.

Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi & ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yg berkerumun pada pak cik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pak cik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.

Nak tau apa?

Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yg bertulis:
"Ambil duit ni buat beli susu anak & buah delima untuk orang rumah anak yg mengidam.."

Aku terkaku, & terus pandang ke arah tempat pak cik tadi. Beliau sudah tiada di situ.

Aku terus pakai helmet & tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu & sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan.

"Ya Allah.. Kau peliharakanlah pak cik itu..."

(Copy paste - Warta Dari Hati)


✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Seburuk mana pun luaran seseorang jangan sesekali menghina kerana siapa tahu dia lebih mulia dari kita di sisi Allah.

0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...