Photobucket

Sunday, June 4, 2017

Tabah & Terus Berjuang

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 11:56 PM 2 comments


Tatkala matahari terbit membuka lembaran hari yg baru.
Hati seakan terpaut untuk memandang ke arah langit yg membiru.
Mengimbau sejenak akan perjalanan hidup yg ditempuh.



Dan saat itu.
Diri terkulai lemah. 
Hati terasa pedih.
Persoalan kelmarin datang menyinggah kotak hati.
Mampukah aku untuk menggapai mahkota kejayaan?





Duri-duri cabaran yg masih tersisa di hati menjadi sakit kembali.
Hati sering menjerit agar menghentikan langkah perjuangan.
Tak sanggup lagi tercalar. 
Tak mampu lagi untuk dilukai.
Fikiran seakan hilang kawalan.
Cahaya penyelesaian masih malap.
Air mata yg tumpah jua telah kering.
Hanya keluhan sebagai peneman diri.
Memberitahu alam bahawa diri telah tewas.



Tiba-tiba pada detik itu.
Cahaya matahari yg terang telah dilindungi awan.
Sang hujan muncul mencurahkan segala isinya.
Suasana hati yg suram menjadi kelam.
Nyawa seakan tercabut dari jasad.
Meninggalkan diri tanpa semangat untuk hidup.



Azan beralun merdu kedengaran sayup-sayup dari luar tingkap.
Dan hujan yg menjadi tetamu mengundurkan diri.
Cahaya mentari yg ceria mengambil tempat.
Membawa si pelangi sebagai hiasan permandangan.


Hati terasa disentuh ketenangan.
Dan satu peristiwa selepas itu telah mengubah segalanya.
Di satu pohon hijau yg cantik & meredupkan permandangan.
Seekor rama-rama cantik berusaha untuk keluar dari kepompong kecilnya.
Berusaha sekuat mungkin & segala daya usaha.
Untuk membebaskan diri ke dunia baru.
Yg penuh dengan cabaran & ujian.



Rama-rama itu.
Dulunya sejenis serangga yg hodoh & dipandang jijik.
Dan kini sebelum bertukar menjadi rama-rama yg cantik.
Si kecil itu harus menempuh kesusahan yg sementara.
Sebelum menjadi rama-rama cantik yg terbang bebas.



Aku terfikir.
Sedangkan rama-rama yg tidak berakal itu.
Tidak mengenali erti putus asa & berjuang untuk hidup.



Kenapa aku boleh berputus asa dalam hidup yang sementara?


Perjuangan itu memang pahit.
Sebab di akhir perjuangan itu ada kemanisan kejayaan.
Ujian itu memang pedih.
Sebab di akhir ujian ada nikmat yg menenangkan.



Allah uji kita dengan apa yg hambaNya mampu.
Percayalah dengan janji Allah.
Tiada sesuatu perkara yg terjadi itu sia-sia.
Jangan putus asa dalam perjuangan.
Teruskan kudrat sedaya mungkin.
Mahkota kejayaan pasti di genggaman.




2 123 Bingkisan Sahabat:

Come on cgu wana!! Truskan prjuangan cgu.. Jgn prnh putus asa.. Jdilah rama2 yg cntik dan comel.. 😉😉😊

Doakan cg selalu ya..😭😭😭

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...