Photobucket

Sunday, February 14, 2010

Khasiat Buah Pisang

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 11:52 PM



Assalamualaikum & salam sejahtera.


"Pisang, pelbagai pisang. Ada pisang emas, pisang tanduk, pisang kembar, pisang kecil, pisang besar"


PISANG oh PISANG...


Wana yakin & percaya kebanyakan antara kita tidak suka makan pisang yg segar (belum diubahsuai jadi makanan lain).


Hari nie Wana share khasiat buah PISANG.


Perhatian:
Jangan sekali² menyimpan PISANG dlm peti sejuk. Lepas baca entri nie, Wana harap semua pasti akan pandang tinggi pada buah PISANG.


Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi sukrosa, fruktosa & glukosa yg digabungkan dgn gentian. Pisang memberikan tenaga kpd manusia dgn kadar segera & berterusan. 


Kajian yg telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga utk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kpd atlet terkenal dunia. 


Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai utk mencegah & merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dlm pemakanan kita seharian.


Tekanan:

Merujuk kpd survey terbaru yg dijalankan oleh MIND terhadap pesakit² tekanan jiwa, kebanyakan drpd mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini krn pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yg bertukar kpd serotonin dlm tubuh manusia, yg menyebabkan kita tenang, mengembalikan mood & secara amnya membuatkan kita berasa gembira.


PMS:

Lupakan pil² hospital, makan sahaja pisangVitamin B6 yg terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dlm darah, yg boleh mengembalikan mood kita.


Anemia:

Dgn kandungan zat besi yg tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dlm darah, yg secara tak langsung membantu dlm kes² anemia.


Tekanan Darah Tinggi:

Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yg tinggi garam rendah, menjadikannya sempurna utk menstabilkan tekanan darah.


Kuasa Minda:

Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang utk sarapan, rehat & makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yg mengandungi kadar potassium yg tinggi dapat membantu pembelajaran dgn menjadikan pelajar² itu lebih cekap (alert).



Penghadaman:


Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian kita pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil & besar.


Keletihan:

Salah satu cara terbaik utk mengurangkan keletihan ialah dgn membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut & dgn bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dlm darah yg berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula.


Panas Jantung:

Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dlm badan. Oleh itu, jika kita menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang utk pemulihan yg baik.


Demam Pagi:

Jadikan pisang sebagai snek setiap hari utk membantu memelihara kadar gula dlm darah utk mengelakkan demam pagi.


Gigitan Nyamuk:

Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dgn lapisan dlm kulit pisang. Ramai yg telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dgn cara ini.


Saraf:

Pisang mengandungi kadar vitamin B yg tinggi & dapat membantu menenangkan sistem saraf.


Obesiti & Tekanan Kerja:

Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kpd pengambilan makanan seperti coklat & kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja² tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan utk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dlm darah dgn mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam utk mengekalkan kadar yg stabil. Makanlah pisang.


Ulser:

Pisang amat baik dlm pencegahan ulser krn ia bersifat lembut & tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dgn bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.


Kawalan Suhu:

Ramai yg percaya bahawa dgn memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua² fizikal & emosi kpd ibu² mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang utk memastikan bayi yg dilahirkan itu menjadi seorang yg penyabar (cool).


Seasonal Affective Disorder (SAD):

Penyakit ini merupakan simptom yg terjadi akibat drpd kurangnya pendedahan kpd cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini krn ia mengandungi tryptophan semulajadi yg membaikpulih mood kita.


Ketagihan Rokok & Tembakau:

Pisang dapat membantu perokok yg ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium & magnesium yg terdapat dlm pisang, ia dapat membantu tubuh kita dlm membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.


Stress:

Potassium merupakan bahan mineral vital, yg membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kpd otak & mengimbangi kandungan air dlm tubuh. Bila kita stress, kadar metabolisma kita naik menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dgn bantuan snek pisang yg tinggi potassium.


Strok:

Mengikut kajian dlm buku The New England Journal of Medicine, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!


Lain² Penyakit Kulit:

Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, utk menghilangkan pelbagai masalah kulit termasuk jerawat, kudis, parut, kurap & sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dlm kulit pisang itu pada tempat yg ingin dirawat dgn menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.


Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kpd banyak penyakit. Jika dibandingkan dgn epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protein, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A & zat besi serta 2 kali vitamin & mineral lain. Ia juga kaya dgn potassium & merupakan salah satu makanan terbaik yg mudah didapati.


Jadi mungkin inilah masa utk berubah kpd kata yg biasa disebut²"sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor"!


Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet² di hutan selalu sihat & bahagia setiap masa & ketika! :)


Satu lagi, ingin kilatkan kasut? Ambil bahagian dlm kulit pisang, sapukan secara terus kpd kasut kemudian kilatkan dgn kain kering.


Menakjubkan!


"Apa² pun kita insan yg lemah ini hanya merancang, tapi Allah yg menentukan segalanya."


Wallahualam.

Corat Coret PRK: TAKUT

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 2:35 AM

Bismillahirahmanirrahim...

Alhamdulillah, kita masih mengecapi nikmat IMAN & ISLAM dlm hidup kita. 


Cuma bagaimana utk mengaplikasikan dlm kehidupan itu bergantung kpd kita yg mencorakkannya. 

Aku bukanlah insan yg bisa bermadah pujangga apatah lagi petah berbicara. Ilmu di dada ibarat setitis air di lautan.


Ya Allah, itu saja kata² yg bisa aku ucapkan. Ingin kukongsi sedikit perjalanan hidupku sepanjang masuk semester 4.

Memasuki semester 4 langsung tidak kurasai krn aku berbeza dari sahabat yg lain. Mereka sudah pulang ke kampung berjumpa keluarga 7 pulang semula ke UPSI bersama keberkatan keluarga.


Aku cuma meminta kata² semangat, pendorong, kasih sayang & doa melalui corong telefon. 

Ya Allah, betapa aku rindu pada mereka. 


Tak tertahan rasanya di dada menahan rindu. Biar seminit aku menatap wajah mereka, aku tetap bersyukur. Entah sempatkah aku utk bertemu dgn mereka.

Bulan Januari yg lalu, merupakan satu sejarah tercipta dlm hidupku. Mengambil keputusan utk bertanding dlm pilihanraya kampus (PRK). Semasa berada sem 1, aku hanya menjadi pemerhati & penilai. 


Teringat kenangan lalu ketika sem 1, aku & Fiezah turun rapat umum yg berlangsung kat KHAR ketika itu. Tiba² Fiezah kata sesuatu padaku sambil menunjukkan poster salah seorang calon:

Wana nanti akan datang muka kita dlm poster nie

Ya Allah, kata² menjadi kenyataan. Tapi cuma wajahku dlm poster. Ke mana pula Fiezah? 


Fiza cuma menjadi  pencadang nama dlm penamaan merangkap pengurus calon (orang yg banyak membantu dlm PRK ini). Sebelum PRK, aku sering berdoa yg diajar oleh seorang sahabat iaitu

Ya Allah, sekiranya KAU redha aku menjadi MPP dekatkanlah. Ya Allah, jika tidak KAU tidak redha maka jauhilah dariku.

Doa ini baik utk diamalkan bagi setiap pekara yg kita lalukan. Semakin dekat dgn penamaan calon aku ulang² doa ini. Sebenarnya aku takut sekiranya menjadi MPP aku lupa tujuan sebenar, bangga dgn jawatan & banyak lagi. 


Dua hari sebelum PRK, aku dah diserang demam akibat terlalu penat ke hulu ke hilir menyelesaikan proses perletakan jawatan yg aku sertai di kampus & kolej. Tapi mungkin orang lain tidak dapat syak sebab aku jenis tidak boleh ikut sangat kalau demam. Kalau tidak menjadi² manjanya.

Semasa berjumpa dgn penasihat PMS, ayat mula² yg diucapkan oleh En. Faudzi selepas membaca surat perletakan jawatan saya adalah TAHNIAH. 


Aku hanya senyum. Sempat aku berbincang tentang manifesto sesuai ingin aku bawa dalam PRK. Sebelum keluar dari pejabat, En Faudzi sempat berkata:


Kalau ada masalah maklumkan pada saya & jangan lupa telefon saya kalau awak bagi manifesto

Aku hanya tersenyum. Kata maaf & terima kasih menjadi penutup perbualan kami.

Pada hari khamis bersamaan 21 Januari 2010, kugagahi langkahku utk meneruskan niat di hati. Aku datang awal ke kampus kira² jam 9.30 pagi utk membeli borang pencalonan MPP di bilik mesyuarat HEP. Masuk sahaja ke bilik mesyuarat, semua mata² tertumpu pada diri ini. Adakah mereka terkejut atau sahaja ingin melihat keadaan diriku. 


Seperti biasa bibir ini mengukirkan senyuman tanda hormat. Selesai proses pembayaran, aku mengambil borang dari Cik Shariza. Kulihat pada borang 000003 bermakna aku orang ketiga membeli borang MPP. Selesai membeli borang baru aku lihat sahabat lain datang iaitu Zahar & Nik Azrul.

Masuk kelas TKO 1013 (subjek Kimia Organik), baru aku teringat hari ini ada kuiz. Alhamdulillah!!! Allah mempermudahkan saya utk menjawab kuiz. 


Terlalu ramai orang menelefon saya sewaktu kelas. 


Sabar semua... Saya tengah kelas nie. Dlm ramai² pelajar AT14, hanya beberapa orang sahaja yg tahu aku bertanding dlm MPP. Sebenarnya aku tidak ingin war²kan perkara ini sehingga betul² berlaku.

Pada penamaan calon aku rasa takut, ketar. Ya Allah betulkah keputusan yg ingin kulakukan ini. Macam mana kalau menang? 


Ya Allah bantulah hambaMu.


Wallahualam

Friday, February 12, 2010

Ya ALLAH, Buang Anak Lagi!!!

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 4:10 PM

Imbas kembali kes buang bayi baru² ni.


Betapa tidak berperi kemanusiaannya ibu bapa bayi ni.


Buat hubungan di mana saja.


Rupanya mereka buang hasil hubungan pun merata².


Siapakah harus dipersalahkan?


Tolongggg!!!


Pada masyarakat & diri kita juga jangan menggalakkan kes² zina ni.


Sesungguhnya secara tidak sengaja kita juga jadi penyumbang & penggalak pada gejala² ini.


Fikirkan apa sumbangan kita pada kes² seperti ini?


Jika kita ada hati & perasaan, kita akan tahu apa sumbangan kita pada kes² seperti ini.


Tidak kesiankah kita melihat gambar² seperti ini?


Nauzubillah










Monday, February 8, 2010

Senyum Seindah Suria Matahari =)

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 10:31 AM

Senyum seindah suria
Yg membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dlm kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... 
Kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga


Senyum...
Membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...




Rambut macam nie macam mana nak bawa pergi kerja??? Tersangkut kat pintu pejabat. Haha.


Pecaya atau tidak gigi baby ni. Haha. Aku pun tak percaya gak. Aku tengok lama² baru tahu gigi tu adalah puting untuk baby gigit. Haha.. Berjenis gak puting baby ni. Beli kat mana tak tau.

Sunday, February 7, 2010

Fakta: Kelebihan & Keistimewaan Bunga

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 6:18 PM


Assalamualaikum & salam sejahtera.

Bunga... 
Semua orang tahu apa itu bunga. Bila kecil dulu, ibu & ayah kita akan perkenalkan kepada kita bunga. Ditunjuknya mereka bunga itu kpd kita. 

Bunga, bunga, bunga......  Orkidlah

Ni kanak² yg terlebih pandai. Comel. 


Sejambak bunga yg mekar & cantik akan menjadiakan satu hadiah yg istimewa pada sesiapa yg memilikinya. Tidak kiralah kita akan dapat bunga tersebut dari sesiapa, yg penting ia mungkin dari seseorang meminati kita dlm diam atau mungkin dari pasagan anda.

Namun sedarkah kita bahawa tumbuh²han alam seperti pokok², tanaman sayur & bunga²an sejak dahulu lagi sudah mampu memberikan kuasa pelbagai sumber kpd manusia.

Bermula dari tempat perlindungan, makanan pakaian, ubat²an, oksigen & sebagainya. Selain itu, tumbuh²an berupa bunga²an juga berupaya menjadikan manusia mampu mengungkap apa yg sedang dirasakan ketika itu sama ada utk melahirkan rasa cinta, utk berkongsi keseronokan atau utk menyampaikan rasa duka.

Kehebatan & keajaiban tumbuh²an terutama bunga²an ini akan membuatkan ada pihak terus menerus membuat kajian penyelidikan bagi mengaitkan tumbuh²an dgn kesihatan manusia sedunia.

Pada tahun 1996 seorang pengkaji selidik telah menunjukkan bahawa jika sebuah rumah atau pejabat yg dihiasi dgn bunga²an atau tanaman berjaya membantu mengurangkan tekanan darah & denyutan nadi kpd penghuninya. Tahukah kita, dlm kajian terhadap penyakit kanser payudara yg menjalani aktiviti rawatan seperti berjalan² di kebun bunga, sebenarnya akan berjaya meningkatkan kemampuan pesakit tersebut utk menumpukan perhatian yg bakal dijalaninya sepanjang pembedahan tersebut & ia berjaya menurunkan stress pesakit itu.

Kajian yg pernah dilakukan oleh Dr. Roger Ulrich juga menunjukkan bahawa pesakit yg menjalani pembedahan, telah berjaya sembuh dgn cepat setelah pesakit itu sering melihat tumbuh²an dari tingkap wadnya. Tahukah kita, pesakit tersebut sebenarnya hanya mengambil masa yg agak singkat utk tinggal di Hospital tersebut ekoran dari keharuman bunga²an & tumbuhan.

Kajian lain yang dilakukan oleh Diane Relf dari Institut Virginia pula menunjukkan bahawa:
Bunga boleh menghindarkan kita dari keletihan mental & meningkatkan self esteem.
Sesetengah orang juga boleh berkomunikasi dgn lebih baik apabila ada bunga atau tumbuh²an segar di sekitar mereka, & mereka juga cenderung utk makan dlm kuantiti yg banyak ketika bunga² tersebut segar & cantik berada di atas meja.
Ketahuilah juga bahawa beberapa jenis tanaman berpasu sebenarnya boleh menghilangkan pencemaran udara dlm rumah atau pejabat.
Menempatkan tanaman atau bunga²an di rumah atau dipejabat juga boleh meningkatkan kelembapan & mengurangkan pengaruh kpd udara yg kering di sekeliling kita.

Jom TANAM BUNGA di RUMAH 

Monday, February 1, 2010

Tidak Rasai Indahnya CINTA: Andai Tiada CINTA buat ALLAH

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:55 AM

Oh Tuhan,
Ibarat hujan & pelangi.
Bersilih ganti datang & pergi.
Begitulah rentak nurani ini.
Ada kala bahagia, ada kala sepi.


Oh Tuhan,
Aku ingin menggapai bahagia.
Namun sering tewas diulit resah.
Aku takut terpaut di dahan nan rapuh.
Aku tidak ingin jatuh tersungkur.
Aku takut terpilih lorong yg salah.
Sungguh aku tidak ingin sesat.


Oh Tuhan,
Aku tak ingin terluka lagi.
Aku tak ingin berdarah lagi.
Aku tak ingin menangis lagi.


Ya Tuhan,
Seandainya Kau mentakdirkan aku jatuh cinta lagi.
Labuhkanlah cintaku ini kpd dia yg mencintaiku krnMu.
Aku juga ingin dicintai & mencintai.
Krn aku hambaMu yg lemah.
Ingin dilengkapi & melengkapi.


Ya Tuhan,
Seandainya dia baik buatku,
Duniaku & akhiratku.
Maka kau bimbinglah hati kami.
Kurniakanlah kami petunjuk.
Sesungguhnya kami tidak tahu apa².
Dan hanya Engkau Yg Maha Mengetahui.


Ya Tuhan,
Jika benar dia terbaik untukku.
Dan aku terbaik untuknya.
Bukakanlah pintu hati kami.
Eratkanlah jalinan antara kami.
Permudahkanlah jalan buat kami.
Satukanlah kami dgn ikatan yg sah.


Ya Tuhan,
Jika aku bukan tercipta utknya.
Dan dia pula bukan tercipta untukku.
Maka Kau tabahkanlah hati² kami.
Agar redha menerima ketentuanMu
Pasrah dgn segala suratanMu.




Ya Allah,
Sesungguhnya Tuhan,
Hati² ini mencintaiMu melebihi segalanya.
Kau peliharailah Cinta Agung ini.
Cinta abadi hanya buatMU Yg Maha Berhak.



Sungguh aku cinta padaMU Tuhan.

Aku rindu padaMU Tuhan.

Aku ingin kembali padaMU Tuhan.


Amin ya rabbal alamin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...