Monday, February 1, 2010

Tidak Rasai Indahnya CINTA: Andai Tiada CINTA buat ALLAH

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:55 AM 3 comments

Oh Tuhan,
Ibarat hujan & pelangi.
Bersilih ganti datang & pergi.
Begitulah rentak nurani ini.
Ada kala bahagia, ada kala sepi.


Oh Tuhan,
Aku ingin menggapai bahagia.
Namun sering tewas diulit resah.
Aku takut terpaut di dahan nan rapuh.
Aku tidak ingin jatuh tersungkur.
Aku takut terpilih lorong yg salah.
Sungguh aku tidak ingin sesat.


Oh Tuhan,
Aku tak ingin terluka lagi.
Aku tak ingin berdarah lagi.
Aku tak ingin menangis lagi.


Ya Tuhan,
Seandainya Kau mentakdirkan aku jatuh cinta lagi.
Labuhkanlah cintaku ini kpd dia yg mencintaiku krnMu.
Aku juga ingin dicintai & mencintai.
Krn aku hambaMu yg lemah.
Ingin dilengkapi & melengkapi.


Ya Tuhan,
Seandainya dia baik buatku,
Duniaku & akhiratku.
Maka kau bimbinglah hati kami.
Kurniakanlah kami petunjuk.
Sesungguhnya kami tidak tahu apa².
Dan hanya Engkau Yg Maha Mengetahui.


Ya Tuhan,
Jika benar dia terbaik untukku.
Dan aku terbaik untuknya.
Bukakanlah pintu hati kami.
Eratkanlah jalinan antara kami.
Permudahkanlah jalan buat kami.
Satukanlah kami dgn ikatan yg sah.


Ya Tuhan,
Jika aku bukan tercipta utknya.
Dan dia pula bukan tercipta untukku.
Maka Kau tabahkanlah hati² kami.
Agar redha menerima ketentuanMu
Pasrah dgn segala suratanMu.




Ya Allah,
Sesungguhnya Tuhan,
Hati² ini mencintaiMu melebihi segalanya.
Kau peliharailah Cinta Agung ini.
Cinta abadi hanya buatMU Yg Maha Berhak.



Sungguh aku cinta padaMU Tuhan.

Aku rindu padaMU Tuhan.

Aku ingin kembali padaMU Tuhan.


Amin ya rabbal alamin.

3 123 Bingkisan Sahabat:

maaf kalau tersalah topik tapi nak minta tolong vote entry saya bernombor 19 di blog www.denaihati.com

senang2 leh tgok dkt entry nih

thanks dan suruh lah member2 kamu vote juga entry no 19 tau...hehehe

Tiba2 tergelak baca komen hans..

Alahai.. ingat nak meng"AMIN"kan doaku..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...