Photobucket

Sunday, February 14, 2010

Khasiat Buah Pisang

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 11:52 PM 2 comments



Assalamualaikum & salam sejahtera.


"Pisang, pelbagai pisang. Ada pisang emas, pisang tanduk, pisang kembar, pisang kecil, pisang besar"


PISANG oh PISANG...


Wana yakin & percaya kebanyakan antara kita tidak suka makan pisang yg segar (belum diubahsuai jadi makanan lain).


Hari nie Wana share khasiat buah PISANG.


Perhatian:
Jangan sekali² menyimpan PISANG dlm peti sejuk. Lepas baca entri nie, Wana harap semua pasti akan pandang tinggi pada buah PISANG.


Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi sukrosa, fruktosa & glukosa yg digabungkan dgn gentian. Pisang memberikan tenaga kpd manusia dgn kadar segera & berterusan. 


Kajian yg telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga utk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kpd atlet terkenal dunia. 


Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai utk mencegah & merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dlm pemakanan kita seharian.


Tekanan:

Merujuk kpd survey terbaru yg dijalankan oleh MIND terhadap pesakit² tekanan jiwa, kebanyakan drpd mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini krn pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yg bertukar kpd serotonin dlm tubuh manusia, yg menyebabkan kita tenang, mengembalikan mood & secara amnya membuatkan kita berasa gembira.


PMS:

Lupakan pil² hospital, makan sahaja pisangVitamin B6 yg terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dlm darah, yg boleh mengembalikan mood kita.


Anemia:

Dgn kandungan zat besi yg tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dlm darah, yg secara tak langsung membantu dlm kes² anemia.


Tekanan Darah Tinggi:

Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yg tinggi garam rendah, menjadikannya sempurna utk menstabilkan tekanan darah.


Kuasa Minda:

Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang utk sarapan, rehat & makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yg mengandungi kadar potassium yg tinggi dapat membantu pembelajaran dgn menjadikan pelajar² itu lebih cekap (alert).



Penghadaman:


Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian kita pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil & besar.


Keletihan:

Salah satu cara terbaik utk mengurangkan keletihan ialah dgn membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut & dgn bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dlm darah yg berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula.


Panas Jantung:

Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dlm badan. Oleh itu, jika kita menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang utk pemulihan yg baik.


Demam Pagi:

Jadikan pisang sebagai snek setiap hari utk membantu memelihara kadar gula dlm darah utk mengelakkan demam pagi.


Gigitan Nyamuk:

Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dgn lapisan dlm kulit pisang. Ramai yg telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dgn cara ini.


Saraf:

Pisang mengandungi kadar vitamin B yg tinggi & dapat membantu menenangkan sistem saraf.


Obesiti & Tekanan Kerja:

Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kpd pengambilan makanan seperti coklat & kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja² tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan utk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dlm darah dgn mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam utk mengekalkan kadar yg stabil. Makanlah pisang.


Ulser:

Pisang amat baik dlm pencegahan ulser krn ia bersifat lembut & tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dgn bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.


Kawalan Suhu:

Ramai yg percaya bahawa dgn memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua² fizikal & emosi kpd ibu² mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang utk memastikan bayi yg dilahirkan itu menjadi seorang yg penyabar (cool).


Seasonal Affective Disorder (SAD):

Penyakit ini merupakan simptom yg terjadi akibat drpd kurangnya pendedahan kpd cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini krn ia mengandungi tryptophan semulajadi yg membaikpulih mood kita.


Ketagihan Rokok & Tembakau:

Pisang dapat membantu perokok yg ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium & magnesium yg terdapat dlm pisang, ia dapat membantu tubuh kita dlm membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.


Stress:

Potassium merupakan bahan mineral vital, yg membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kpd otak & mengimbangi kandungan air dlm tubuh. Bila kita stress, kadar metabolisma kita naik menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dgn bantuan snek pisang yg tinggi potassium.


Strok:

Mengikut kajian dlm buku The New England Journal of Medicine, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!


Lain² Penyakit Kulit:

Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, utk menghilangkan pelbagai masalah kulit termasuk jerawat, kudis, parut, kurap & sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dlm kulit pisang itu pada tempat yg ingin dirawat dgn menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.


Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kpd banyak penyakit. Jika dibandingkan dgn epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protein, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A & zat besi serta 2 kali vitamin & mineral lain. Ia juga kaya dgn potassium & merupakan salah satu makanan terbaik yg mudah didapati.


Jadi mungkin inilah masa utk berubah kpd kata yg biasa disebut²"sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor"!


Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet² di hutan selalu sihat & bahagia setiap masa & ketika! :)


Satu lagi, ingin kilatkan kasut? Ambil bahagian dlm kulit pisang, sapukan secara terus kpd kasut kemudian kilatkan dgn kain kering.


Menakjubkan!


"Apa² pun kita insan yg lemah ini hanya merancang, tapi Allah yg menentukan segalanya."


Wallahualam.

2 123 Bingkisan Sahabat:

ku makan pisang sebab senang nak mencernakan makanan dan sedap
huhuhu
rupa2nya banyak khasiat yer

bagus....

jgn lupa khabaq kat kawan2...

pisang antara buah termurah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...