Photobucket

Wednesday, March 10, 2010

Riwayat Bidadari Syurga

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 9:08 AM



بسم الله الرحمن الرحيم


Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Dialah yang Wujud, Kekal, Maha Besar, Maha Berkehendak, Maha Mengetahui, Maha Pengampun dan Penyayang, Maha Pemurah dan Maha Berkuasa ke atas setiap hambaNya. Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad saw. Nabi yang telah membawa seluruh umatnya ke jalan keredhaan dan keselamatan. Dia juga merupakan sebaik² manusia yang diutuskan Allah di muka bumi ini sebagai ikutan seluruh umat, yang membawa rahmat dan cahaya keberkatan kepada seluruh manusia. (Ayat alu² an penulis dalam buku nie)



Sinopsis buku Bidadari Syurga

Buku ini adalah himpunan kisah hidup para serikandi Islam di awal penyebaran agama Islam. Sangat sesuai untuk dihayati dan dicontohi ketaqwaan dan perjuangan mereka sebagai panduan hidup. Pelbagai tauladan dan iktibar yang dapat kita ambil dari kisah² di dalam buku ini. Kisah² yang bukan sekadar dongeng tetapi benar semuanya dan menjadi catatan sejarah untuk kita renungi. Kisah seorang anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang beriman, ibu yang penyayang juga serikandi yang berbakti kepada agama dan tanah airnya.


Semoga aku dipermudahkan untuk membacanya walaupun dengan tugasan yang banyak....

Monday, March 8, 2010

Penawar Sakit Kepala & Lelah, Boleh Cuba

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 10:16 PM

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Ya Allah.

Sejak jadi ahli Majlis Perwakilan Pelajar nie hidup tak menentu.
Asyik mengeluh. Allah.

Ya Allah, sejak akhir² ini sakit kepala & keletihan menjadi perkara biasa dlm diriku. Hanya padaMu Allah tempatku mengadu. Kadangkala aku tewas dgn diriku utk melawannya. Kadangkala air mata mengalir tanpa kusedari. Terlalu banyak aku fikir. Tentang tarbiyah diriku, kondisi keluargaku, tanggungjawab di bahuku, pandangan sahabatku, tugasan²ku & banyak lagi. Secara jujurnya aku memang hipokrit krn mampu lagi tersenyum walaupun di hati merana hanya Allah yg tahu.



Buat ibu & ayahku,

Maafkan anakmu krn mungkin kita tidak dapat bersama cuti semester ini. Wana tak tahu macam mana nak cakap dgn ibu & ayah. Aku tahu semua merinduiku krn aku juga mempunyai perasaan yg sama. Inginku dakap kalian semua. Inginku luahkan perasaan sayang & rindu buat semua. Sudah 265 hari (8 bulan) lebih tidak bersua muka. Ya Allah aku tidak mampu menahan rindu. Berikanlah aku kekuatan.

Berbalik kpd perkara sebenar yg inginku kongsikan & mungkin boleh diamalkan kalau berkesan utk diri kalian.

Kita memiliki hidung berlubang di sebelah kiri & di sebelah kanan. Apakah fungsinya sama utk menarik & membuang nafas?

Sebenarnya fungsinya tidak sama & dapat kita rasakan bezanya,
 sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) 
 sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin)


Jika sakit kepala, cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan & bernafaslah melalui hidung sebelah kiri & lakukan kira² 5 minit, insyaAllah sakit kepala akan sembuh .






Jika kalian merasa lelah, tutuplah lubang hidung sebelah kiri & bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Lakukan ulang alik. Tak lama kemudian, kalian akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas sehingga banyak sekali panas & lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin .

Perempuan bernafas lebih dgn hidung sebelah kiri sehingga hatinya cepat menjadi dingin. Lelaki bernafas lebih dgn hidung sebelah kanan sehingga cepat sekali marah .

Apakah kalian pernah memperhatikan diri sendiri pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yg bernafas lebih cepat? Sebelah kiri atau kanan? 
Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat, kalian akan merasa sangat lelah. Tutuplah lubang hidung sebelah kiri & gunakan lubang hidung sebelah kanan utk bernafas, kalian akan merasa segar kembali dgn cepat.

Cara tersebut boleh diajarkan kpd anak² tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kpd orang dewasa.

Dgn mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik & mengeluarkan nafas), keadaan tubuh kalian akan sangat tenang.

Semoga bermanfaat :)

Corat Coret MPP: SuaRa MPP

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 3:30 AM




01 MAC 2010(SELASA) - SELEPAS berkempen & pengumuman pemenang, kini barisan kepemimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi sesi 2009/2010 menjalankan tugas selepas menerima surat pelantikan daripada Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Aminah Ayob, baru²  ini.

Seramai 25 barisan perwakilan pelajar ini berazam berkhidmat sebaik mungkin demi kebajikan lebih 14,000 pelajar.

Yang Dipertuanya, Mohd Razik Khalid berkata berbekalkan kepercayaan & penghormatan itu mereka berazam melaksanakan amanah yg diberikan bagi memastikan hasrat menjadikan UPSI universiti bitara, tercapai.

Beliau berkata, mereka juga memberi kerjasama padu bagi membuang anasir luar yg mampu mengganggu gugat perpaduan, kesejahteraan & kegemilangan universiti.

MPP adalah pemegang amanat yg mana meletakkan kebajikan pelajar sebagai agenda utama dlm perjuangan kami.

Ini termasuklah menyelesaikan masalah berkaitan perkhidmatan bas, keselesaan di kolej kediaman & bilik kuliah, biasiswa & pinjaman pendidikan, kemudahan pendidikan merangkumi (perpustakaan & fakulti) & infrastruktur di universiti," katanya.

Selain itu, Mohd Razik berkata barisannya akan membawa nama baik universiti ke peringkat nasional & antarabangsa melalui program kerohanian, ilmiah, keusahawanan & kemasyarakatan.


Semua perkara itu akan menjurus kpd pembentukan modal insan yg unggul dlm kalangan mahasiswa UPSI.

Kami yakin dgn lahirnya guru-guru berkualiti dari universiti ini, ia akan membawa impak positif ke arah pendidikan berkualiti di negara ini. 


Guru adalah arkitek minda anak bangsa dalam mencorakkan hala tuju negara pada masa depan, katanya.

Bagi perancangan barisan MPP sesi ini, kata Mohd Razik, mereka akan menganjurkan pelbagai program kecemerlangan akademik khususnya bagi mahasiswa yg memperoleh keputusan lemah.

Mereka juga berusaha meningkatkan kesedaran dlm kalangan mahasiswa pentingnya kemahiran insaniah sebagai persediaan sebelum menjadi pendidik.

"Kami berusaha menerapkan elemen pembentukan personaliti mahasiswa bitara merangkumi aspek JERIS iaitu Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek & Sosial melalui pelaksanaan perkhidmatan yang cekap dan profesional," katanya.

Di samping itu, mereka berazam memberi latihan dan pendedahan berkaitan dunia perniagaan atau keusahawanan bagi menjadikan graduan UPSI serba boleh.

Sementara itu, Prof Datuk Dr Aminah berharap barisan MPP baru itu sentiasa bersemangat kuat memperjuangkan kebajikan mahasiswa UPSI.

Dr Aminah, turut menyarankan tiga aspek penting yg perlu diberi penekanan supaya mereka menjadi pemimpin yg berkualiti.

MPP bukan saja perlu bekerjasama dgn Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni tetapi fakulti supaya peranan mereka lebih berkesan.


Perlu ada hubungan baik & perpaduan antara kaum.


Saya berharap MPP berbakti kepada masyarakat tempatan dan antarabangsa, katanya. 


Hadir sama pada majlis pelantikan itu ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Prof Dr Shaharudin Abdul Aziz & Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi, Prof Dr Mohd Mustamam Abd Karim.

Friday, March 5, 2010

Pergimu Tak Kembali Lagi

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 1:57 AM


“Kepalaku!” kata Aisyah. Baginda Rasulullah s.a.w & Aisyah r.a baru sahaja pulang daripada menziarahi perkuburan al-Baqi’ lewat malam tadi. Kepala Aisyah sakit berdenyut². Baginda menyedarinya. “Bahkan kepalaku juga wahai Aisyah. Oh kepalaku!” kata Baginda s.a.w.

Jika suami pening, tangan isteri yang memicit banyak mendatangkan rasa lega.

Jika isteri yang sakit, belaian seorang suami adalah penyembuh paling berharga.

Tetapi di malam itu kedua²nya sakit. Kepala mereka berat.

“Janganlah engkau bersusah hati wahai Aisyah. Seandainya engkau mati sebelumku, nescaya aku akan menyempurnakan urusanmu. Aku akan mandikan dikau, kukafankan dirimu & akan kudirikan solat buatmu serta engkau akan kukebumikan!!”, usik sang suami.

“Demi Allah, aku rasa kalau begitulah kisahnya pasti selepas itu engkau akan pulang ke rumahku & berpesta gembira dengan isteri²mu yang masih hidup!” si isteri tersentak dengan gurauan sang suami. Merajuk. Nabi  s.a.w ketawa. Dalam sakit yang luar biasa itu, baginda masih suami yang hangat dengan mawaddah. Sakitnya tidak menjadikan beliau keluh kesah. Sempat pula mengusik isteri yang tidak tentu rasa.

SAKIT YANG BERTAMBAH

Malam itu berlalu dengan sakit yang tidak beransur kurang. Kesakitan itu memuncak semasa Nabi s.a.w memenuhi giliran Baginda di rumah isterinya, Maimunah r.a. Bukan sakit yang sembarangan. Ia sakit yang menjadi kemabukan sebuah kematian. Sakaraat al-Maut!

“Esok aku di mana? Esok aku di mana?” Baginda s.a.w bertanya. Dalam sakit yang bersangatan, Baginda masih ’sedar’ akan tanggungjawab dirinya berlaku adil kepada para isteri. Itulah ukuran adil seorang mukmin terhadap isteri²nya. Mengusahakan segala tenaga yang berbaki untuk tidak memalit zalim dalam melunaskan amanah sebagai seorang suami. Tidak mengambil mudah hanya dengan alasan yang remeh temeh untuk melebihkan seorang isteri berbanding yang lain.

Itulah juga ukiran makna bagi sebuah Mawaddah. Cinta yang bertambah hasil kesungguhan mengatasi ujian dan musibah. Namun di situlah terselitnya Rahmah. Sifat belas ihsan yang terbit daripada hati yang mengasihi.

“Izinkan aku berhenti bergilir dengan menetap di rumah Aisyah” Rasulullah s.a.w meminta izin daripada para isterinya. Siapakah yang pernah membantah permintaan seorang Rasul. Namun Baginda tetap meminta izin kerana keizinan itu hakikatnya kekal bahagian seorang isteri. Tiada isteri yang dipinggirkan. Hak masing² dihormati. Andaikata seorang Rasul boleh meminta izin menahan giliran daripada isteri Baginda, bagaimana mungkin seorang suami menjadi angkuh mempertahankan haknya di hadapan isteri atau isteri²nya?

HARI² TERAKHIR

Masruq meriwayatkan daripada Aisyah r.a:

Tatkala Baginda s.a.w gering, kesemua isteri Baginda berada di sisi. Tiada seorang pun yang tercicir antara mereka. Ketika mereka berhimpun, anakanda kesayangan Baginda s.a.w, Fatimah r.a datang berjalan. Demi sesungguhnya cara berjalan Fatimah tidak ubah seperti ayahandanya, Rasulullah s.a.w.

Selamat datang wahai anakandaku,” Baginda s.a.w dengan suara yang lemah menjemput Fatimah duduk di sisinya. Baginda membisikkan sesuatu ke telinga Fatimah. Anakanda itu menangis. Kemudian Baginda  s.a.w membisikkan sesuatu lagi ke telinga anak kesayangannya. 


Fatimah ketawa. Apabila Fatimah bangun dari sisi ayahandanya, Aisyah r.a bertanya, “apakah yang diperkatakan oleh Rasulullah s.a.w hingga menyebabkan engkau menangis & engkau ketawa?” 


Fatimah menjawab, “Aku tidak akan mendedahkan rahsia Rasulullah s.a.w” 


Demi sesungguhnya, selepas wafatnya Baginda s.a.w, Aisyah r.a mengulang kembali soalan yang sama kepada Fatimah, “Aku bertanyakan engkau soalan yang engkau berhak untuk menjawab atau tidak menjawabnya. Aku ingin sekali engkau memberitahuku, apakah rahsia yang dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w dahulu?” 


Kata Fatimah, “ada pun sekarang, maka ya, aku bisa memberitahunya!

“Baginda s.a.w berbisik kepadaku dengan berkata: sesungguhnya Jibril selalunya mendatangiku untuk mengulang semakan al-Quran sekali dalam setahun. Namun di tahun ini beliau mendatangiku dua kali. Tidaklah aku melihat kelainan itu melainkan ia adalah petanda ketibaan ajalku. Justeru… bertaqwalah kepada Allah & bersabarlah kamu dengan ketentuan ini. Atas segala yang telah ditempuh dalam kehidupan ini, sesungguhnya aku adalah untukmu wahai Fatimah!"

Aku menangis…

Kemudian Baginda s.a.w berbisik lagi kepadaku dengan berkata: apakah engkau gembira kalau aku khabarkan kepadamu bahawa engkau adalah penghulu sekalian wanita di Syurga? Dan sesungguhnya engkau adalah insan pertama yang akan menurutiku daripada kalangan ahli keluargaku!

Aku ketawa”

Sesungguhnya…
Fatimah r.a benar² kembali kepada Allah, menuruti pemergian ayahandanya enam bulan selepas kewafatan Baginda s.a.w. Benarlah beliau ahli keluarga pertama Baginda yang pergi. Dan benarlah kalam utusan Allah… !

DETIK SEMAKIN HAMPIR

Dhuha itu tepu dengan kegelisahan. Senyuman yang dilemparkan Baginda s.a.w kepada Abu Bakr & sahabat semasa mereka mengerjakan Solat Subuh tadi, benar² mengubat rindu mereka. Namun para sahabat tidak tahu bahawa kerinduan mereka hanya terubat seketika, dan mereka akan kembali merindui wajah itu, buat selamanya. Senyuman itu bukan senyuman kesembuhan. Ia adalah senyuman perpisahan.

Badan Baginda s.a.w semakin panas. Sesekali ada dengusan yang keras dari nafas kekasih Allah itu mendepani mabuknya kesakitan sebuah kematian.

“Laknat Allah ke atas Yahudi & Nasrani, mereka menjadikan kubur² Nabi mereka sebagai masjid!” bibir Baginda masih tidak berhenti s.a.w menuturkan pesan² yang penting buat umat yang bakal dilambai perpisahan.

Aisyah r.a meneruskan catatannya:

Aku melihat sendiri Rasulullah s.a.w mendepani kematian Baginda.

Kami ketika itu berbicara sesama kami bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w tidak akan meninggal dunia sehinggalah Baginda membuat pilihan antara Dunia & Akhirat. Tatkala Baginda s.a.w semakin gering mendepani kematian, dalam suara yang serak aku mendengar Rasulullah s.a.w berkata: Aku bersama dengan orang yang diberikan nikmat oleh Allah ke atas mereka daripada kalangan para Nabi, Siddiqin, Syuhada’ dan Solihin, & itulah sebaik² peneman yang menemankan aku!

Dan tahulah kami, Baginda s.a.w telah menyempurnakan pilihannya itu.

Dalam kegeringan itu, aku sandarkan tubuh Rasulullah s.a.w rapat ke dadaku. Telingaku menangkap bicara lemah di ambang kematian, Baginda s.a.w berbicara: Allahumma, ampunkanlah diriku, rahmatilah aku, & temukanlah aku dengan-Mu, Temanku yang Maha Tinggi.

Ketika Baginda s.a.w bersandar di dadaku, datang adikku, Abdul Rahman bin Abi Bakr dengan siwak yang basah di tangannya. Aku menyedari yang Baginda s.a.w merenung siwak itu, sebagai isyarat yang Baginda menggemarinya. Apabila ditanya, Baginda s.a.w mengangguk tanda mahukan siwak itu. Lalu kulembutkan siwak itu untuk Baginda & kuberikan kepadanya. Baginda cuba untuk melakukannya sendiri tetapi ketika siwak yang telah kulembutkan itu kena ke mulut Baginda, ia terlepas daripada tangan & terjatuh… air liurku bersatu dengan air liur Rasulullah s.a.w di detik akhirnya di Dunia ini, & detik pertamanya di Akhirat nanti.

Di sisinya ada sebekas air. Baginda s.a.w mencelupkan tangannya & kemudian menyapu wajahnya dengan air itu lalu berkata: Laa Ilaaha Illallaah! Sesungguhnya kematian ini kesakitannya amat sakit hingga memabukkan! Allahumma, bantulah aku mendepani Sakaraat al-Maut ini!

Baginda s.a.w mengangkat jari kirinya ke Langit lalu berkata: Kembalilah aku kepada Teman yang Maha Tinggi! Kembalilah aku kepada Teman yang Maha Tinggi!”


Tangan itu layu. Jatuh ke dalam bejana.

Leher Baginda s.a.w terkulai di dada Aisyah.
Pencinta Ilahi yang rebah di pelukan isteri tercinta. Melambai pergi ummah yang dirindui. Pencinta yang agung itu telah mati. Tetapi cintanya harum hingga ke detik ini.

Innaa Lillaah wa Innaa Ilayhi Raaji’un.
Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang² yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. [Al-Ahzaab 33: 56]


Dia Kekasih Allah

Malu Rasanya Mengatakan Cinta
Kepada
Dia Kekasih Allah
Kerana
Dia
Insan Mulia
Sedangkan Diriku Insan Biasa

ku Pujuk Jua Hati dan Jiwa
Meluahkan Rasa Cinta Membara
Didalam Pujian Ucapan Selawat
Tanda Penghargaan Seorang Umat

Selagi Upaya ku Turuti Ajarannya
Apa Terdaya ku Amalkan Sunnahnya
Moga Didunia Mendapat Berkat
Di Akhirat Sana Beroleh Syafaat

Kerana Peribadinya aku Terpesona
Kerana Budinya aku Jatuh Cinta
Rindu ku Padanya Tiada Terkata
Nantikanlah Daku Ditaman Syurga

Sesungguhnya Apa Yang ku Dambakan
Adalah Cinta Allah Yang Esa
Kerana Cinta Kepada Rasulullah
Beerti Cinta Kepada Allah

Friday, February 26, 2010

Salam Maulud Nabi

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 1:48 PM



Wednesday, February 24, 2010

Wana, Kuat Nangis!!!

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 4:30 PM



Kalau aku menangis hari ini..

Bermakna dalam kesedihan..

Telah jatuh air mata di lautan diri..

Aku tahu waktu itu...


Aku hanya hamba kepadaNYA..

Terlalu kerdil di dunia fana ini Dan keranaNYA hari ini..

Aku cuba kembali tenang melihat
Segala kekusutan diri..

Dan pengalaman hidup, Memberi aku kekuatan untuk terus berdiri sebagai hambaNYA..

* Gelak bila teringat seorang sahabat kata dekat saya.... 

"Wana kuat....Dia diam...Pastu sambung balik...
Kuat nangis...h[u]h[u]h[u]h[u]...."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...