“Kepalaku!” kata Aisyah. Baginda Rasulullah s.a.w & Aisyah r.a baru sahaja pulang daripada menziarahi perkuburan al-Baqi’ lewat malam tadi. Kepala Aisyah sakit berdenyut². Baginda menyedarinya. “Bahkan kepalaku juga wahai Aisyah. Oh kepalaku!” kata Baginda s.a.w.
Jika suami pening, tangan isteri yang memicit banyak mendatangkan rasa lega.
Jika isteri yang sakit, belaian seorang suami adalah penyembuh paling berharga.
Tetapi di malam itu kedua²nya sakit. Kepala mereka berat.
“Janganlah engkau bersusah hati wahai Aisyah. Seandainya engkau mati sebelumku, nescaya aku akan menyempurnakan urusanmu. Aku akan mandikan dikau, kukafankan dirimu & akan kudirikan solat buatmu serta engkau akan kukebumikan!!”, usik sang suami.
“Demi Allah, aku rasa kalau begitulah kisahnya pasti selepas itu engkau akan pulang ke rumahku & berpesta gembira dengan isteri²mu yang masih hidup!” si isteri tersentak dengan gurauan sang suami. Merajuk. Nabi s.a.w ketawa. Dalam sakit yang luar biasa itu, baginda masih suami yang hangat dengan mawaddah. Sakitnya tidak menjadikan beliau keluh kesah. Sempat pula mengusik isteri yang tidak tentu rasa.
SAKIT YANG BERTAMBAH
Malam itu berlalu dengan sakit yang tidak beransur kurang. Kesakitan itu memuncak semasa Nabi s.a.w memenuhi giliran Baginda di rumah isterinya, Maimunah r.a. Bukan sakit yang sembarangan. Ia sakit yang menjadi kemabukan sebuah kematian. Sakaraat al-Maut!
“Esok aku di mana? Esok aku di mana?” Baginda s.a.w bertanya. Dalam sakit yang bersangatan, Baginda masih ’sedar’ akan tanggungjawab dirinya berlaku adil kepada para isteri. Itulah ukuran adil seorang mukmin terhadap isteri²nya. Mengusahakan segala tenaga yang berbaki untuk tidak memalit zalim dalam melunaskan amanah sebagai seorang suami. Tidak mengambil mudah hanya dengan alasan yang remeh temeh untuk melebihkan seorang isteri berbanding yang lain.
Itulah juga ukiran makna bagi sebuah Mawaddah. Cinta yang bertambah hasil kesungguhan mengatasi ujian dan musibah. Namun di situlah terselitnya Rahmah. Sifat belas ihsan yang terbit daripada hati yang mengasihi.
“Izinkan aku berhenti bergilir dengan menetap di rumah Aisyah” Rasulullah s.a.w meminta izin daripada para isterinya. Siapakah yang pernah membantah permintaan seorang Rasul. Namun Baginda tetap meminta izin kerana keizinan itu hakikatnya kekal bahagian seorang isteri. Tiada isteri yang dipinggirkan. Hak masing² dihormati. Andaikata seorang Rasul boleh meminta izin menahan giliran daripada isteri Baginda, bagaimana mungkin seorang suami menjadi angkuh mempertahankan haknya di hadapan isteri atau isteri²nya?
HARI² TERAKHIR
Masruq meriwayatkan daripada Aisyah r.a:
Tatkala Baginda s.a.w gering, kesemua isteri Baginda berada di sisi. Tiada seorang pun yang tercicir antara mereka. Ketika mereka berhimpun, anakanda kesayangan Baginda s.a.w, Fatimah r.a datang berjalan. Demi sesungguhnya cara berjalan Fatimah tidak ubah seperti ayahandanya, Rasulullah s.a.w.
“Selamat datang wahai anakandaku,” Baginda s.a.w dengan suara yang lemah menjemput Fatimah duduk di sisinya. Baginda membisikkan sesuatu ke telinga Fatimah. Anakanda itu menangis. Kemudian Baginda s.a.w membisikkan sesuatu lagi ke telinga anak kesayangannya.
Fatimah ketawa. Apabila Fatimah bangun dari sisi ayahandanya, Aisyah r.a bertanya, “apakah yang diperkatakan oleh Rasulullah s.a.w hingga menyebabkan engkau menangis & engkau ketawa?”
Fatimah menjawab, “Aku tidak akan mendedahkan rahsia Rasulullah s.a.w”
Demi sesungguhnya, selepas wafatnya Baginda s.a.w, Aisyah r.a mengulang kembali soalan yang sama kepada Fatimah, “Aku bertanyakan engkau soalan yang engkau berhak untuk menjawab atau tidak menjawabnya. Aku ingin sekali engkau memberitahuku, apakah rahsia yang dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w dahulu?”
Kata Fatimah, “ada pun sekarang, maka ya, aku bisa memberitahunya!
Fatimah ketawa. Apabila Fatimah bangun dari sisi ayahandanya, Aisyah r.a bertanya, “apakah yang diperkatakan oleh Rasulullah s.a.w hingga menyebabkan engkau menangis & engkau ketawa?”
Fatimah menjawab, “Aku tidak akan mendedahkan rahsia Rasulullah s.a.w”
Demi sesungguhnya, selepas wafatnya Baginda s.a.w, Aisyah r.a mengulang kembali soalan yang sama kepada Fatimah, “Aku bertanyakan engkau soalan yang engkau berhak untuk menjawab atau tidak menjawabnya. Aku ingin sekali engkau memberitahuku, apakah rahsia yang dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w dahulu?”
Kata Fatimah, “ada pun sekarang, maka ya, aku bisa memberitahunya!
“Baginda s.a.w berbisik kepadaku dengan berkata: sesungguhnya Jibril selalunya mendatangiku untuk mengulang semakan al-Quran sekali dalam setahun. Namun di tahun ini beliau mendatangiku dua kali. Tidaklah aku melihat kelainan itu melainkan ia adalah petanda ketibaan ajalku. Justeru… bertaqwalah kepada Allah & bersabarlah kamu dengan ketentuan ini. Atas segala yang telah ditempuh dalam kehidupan ini, sesungguhnya aku adalah untukmu wahai Fatimah!"
Aku menangis…
Kemudian Baginda s.a.w berbisik lagi kepadaku dengan berkata: apakah engkau gembira kalau aku khabarkan kepadamu bahawa engkau adalah penghulu sekalian wanita di Syurga? Dan sesungguhnya engkau adalah insan pertama yang akan menurutiku daripada kalangan ahli keluargaku!
Aku ketawa”
Sesungguhnya…
Fatimah r.a benar² kembali kepada Allah, menuruti pemergian ayahandanya enam bulan selepas kewafatan Baginda s.a.w. Benarlah beliau ahli keluarga pertama Baginda yang pergi. Dan benarlah kalam utusan Allah… !
DETIK SEMAKIN HAMPIR
Dhuha itu tepu dengan kegelisahan. Senyuman yang dilemparkan Baginda s.a.w kepada Abu Bakr & sahabat semasa mereka mengerjakan Solat Subuh tadi, benar² mengubat rindu mereka. Namun para sahabat tidak tahu bahawa kerinduan mereka hanya terubat seketika, dan mereka akan kembali merindui wajah itu, buat selamanya. Senyuman itu bukan senyuman kesembuhan. Ia adalah senyuman perpisahan.
Badan Baginda s.a.w semakin panas. Sesekali ada dengusan yang keras dari nafas kekasih Allah itu mendepani mabuknya kesakitan sebuah kematian.
“Laknat Allah ke atas Yahudi & Nasrani, mereka menjadikan kubur² Nabi mereka sebagai masjid!” bibir Baginda masih tidak berhenti s.a.w menuturkan pesan² yang penting buat umat yang bakal dilambai perpisahan.
Aisyah r.a meneruskan catatannya:
Aku melihat sendiri Rasulullah s.a.w mendepani kematian Baginda.
Kami ketika itu berbicara sesama kami bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w tidak akan meninggal dunia sehinggalah Baginda membuat pilihan antara Dunia & Akhirat. Tatkala Baginda s.a.w semakin gering mendepani kematian, dalam suara yang serak aku mendengar Rasulullah s.a.w berkata: Aku bersama dengan orang yang diberikan nikmat oleh Allah ke atas mereka daripada kalangan para Nabi, Siddiqin, Syuhada’ dan Solihin, & itulah sebaik² peneman yang menemankan aku!
Dan tahulah kami, Baginda s.a.w telah menyempurnakan pilihannya itu.
Dalam kegeringan itu, aku sandarkan tubuh Rasulullah s.a.w rapat ke dadaku. Telingaku menangkap bicara lemah di ambang kematian, Baginda s.a.w berbicara: Allahumma, ampunkanlah diriku, rahmatilah aku, & temukanlah aku dengan-Mu, Temanku yang Maha Tinggi.
Ketika Baginda s.a.w bersandar di dadaku, datang adikku, Abdul Rahman bin Abi Bakr dengan siwak yang basah di tangannya. Aku menyedari yang Baginda s.a.w merenung siwak itu, sebagai isyarat yang Baginda menggemarinya. Apabila ditanya, Baginda s.a.w mengangguk tanda mahukan siwak itu. Lalu kulembutkan siwak itu untuk Baginda & kuberikan kepadanya. Baginda cuba untuk melakukannya sendiri tetapi ketika siwak yang telah kulembutkan itu kena ke mulut Baginda, ia terlepas daripada tangan & terjatuh… air liurku bersatu dengan air liur Rasulullah s.a.w di detik akhirnya di Dunia ini, & detik pertamanya di Akhirat nanti.
Di sisinya ada sebekas air. Baginda s.a.w mencelupkan tangannya & kemudian menyapu wajahnya dengan air itu lalu berkata: Laa Ilaaha Illallaah! Sesungguhnya kematian ini kesakitannya amat sakit hingga memabukkan! Allahumma, bantulah aku mendepani Sakaraat al-Maut ini!
Baginda s.a.w mengangkat jari kirinya ke Langit lalu berkata: Kembalilah aku kepada Teman yang Maha Tinggi! Kembalilah aku kepada Teman yang Maha Tinggi!”
Tangan itu layu. Jatuh ke dalam bejana.
Leher Baginda s.a.w terkulai di dada Aisyah.
Pencinta Ilahi yang rebah di pelukan isteri tercinta. Melambai pergi ummah yang dirindui. Pencinta yang agung itu telah mati. Tetapi cintanya harum hingga ke detik ini.
Innaa Lillaah wa Innaa Ilayhi Raaji’un.
Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang² yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. [Al-Ahzaab 33: 56]
Dia Kekasih Allah
Malu Rasanya Mengatakan Cinta
Kepada Dia Kekasih Allah
Kerana Dia Insan Mulia
Sedangkan Diriku Insan Biasa
ku Pujuk Jua Hati dan Jiwa
Meluahkan Rasa Cinta Membara
Didalam Pujian Ucapan Selawat
Tanda Penghargaan Seorang Umat
Selagi Upaya ku Turuti Ajarannya
Apa Terdaya ku Amalkan Sunnahnya
Moga Didunia Mendapat Berkat
Di Akhirat Sana Beroleh Syafaat
Kerana Peribadinya aku Terpesona
Kerana Budinya aku Jatuh Cinta
Rindu ku Padanya Tiada Terkata
Nantikanlah Daku Ditaman Syurga
Sesungguhnya Apa Yang ku Dambakan
Adalah Cinta Allah Yang Esa
Kerana Cinta Kepada Rasulullah
Beerti Cinta Kepada Allah
Kepada Dia Kekasih Allah
Kerana Dia Insan Mulia
Sedangkan Diriku Insan Biasa
ku Pujuk Jua Hati dan Jiwa
Meluahkan Rasa Cinta Membara
Didalam Pujian Ucapan Selawat
Tanda Penghargaan Seorang Umat
Selagi Upaya ku Turuti Ajarannya
Apa Terdaya ku Amalkan Sunnahnya
Moga Didunia Mendapat Berkat
Di Akhirat Sana Beroleh Syafaat
Kerana Peribadinya aku Terpesona
Kerana Budinya aku Jatuh Cinta
Rindu ku Padanya Tiada Terkata
Nantikanlah Daku Ditaman Syurga
Sesungguhnya Apa Yang ku Dambakan
Adalah Cinta Allah Yang Esa
Kerana Cinta Kepada Rasulullah
Beerti Cinta Kepada Allah
4 123 Bingkisan Sahabat:
Salam ziarah
semoga kita menjadi ummat Nabi Muhammad SAW yang sejati.amin
insyaAllah...
sebagai nabi akhir zaman, teladan yang beliau berikan tak pernah usang dimakan waktu, semoga shalawat dan salam tetap tercurahkan kepada muhammad saw ...
to prie...
betul2...
Post a Comment