Photobucket

Wednesday, April 7, 2010

Pemergian Sahabatku (2)

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 3:06 AM


ALLAHYARHAM MOHD FADHIRI BIN RAKIAH (MOHAMAD ARIFFIN)
Arwah Ust Fadhiri

[P9130078.JPG]
Arwah Ust Faizol

Lebih kurang 2 jam bas yang kunaiki berada di belakang kenderaan jenazah UPSI yang membawa jenazah arwah Ust Fadhiri & 2 jam itu jugalah mataku tertumpu pada kenderaan jenazah UPSI. Terdetik dihatiku membayangkan bagaimana gerannya jika aku yang berada di situ. 


Bagaimana pula kesudahan hidupku nanti?


Adakah amalan yang kulakukan selama hidupku diterima Allah?


Astaghfirullahalazim....

Tangan ini segera menaip sms pada ibu & ayah untuk memberitahu keberangkatanku ke Kelantan walaupun ketika itu bateri telefon tinggal 1 bar apabila tukar dengan sahabat bateri telefon kerana aku tahu dia lebih memerlukan telefon ketika itu. 


Dalam masa yang sama, adikku miss call & barulah aku teringat 11 Januari genaplah Selpi berumur 15 tahun. Aku hanya sms mohon maaf lupa akan hari lahirnya & diakhir sms kuberikan kata² pujangga sempena hari lahirnya. 


Pertama kali dalam hidupku lupa akan hari lahir adik memandangkan dalam keluarga akulah orang pertama ingat hari lahir saudara kandungku.

Setelah 2 jam lebih mengekori, akhirnya kenderaan jenazah UPSI hilang dari pandangan mata kerana memecut laju menuju Tanah Merah. Pada ketika itu juga mataku terlelap buat sementara. Entah berapa lama aku tidur, akhirnya terbangun apabila bas berhenti di sebuah surau untuk kami melakukan solat jamak takhir. 


Tanpa disedari aku telah menjejakkan kaki ke Kelantan di mana negeri yang kuidam²kan untuk dijelajahi. Sebenarnya cuti sem baru² ini aku & K.Yani telah merancang untuk ke Kelantan bagi menziarahi Ustaznya dari Sabah tapi tidak kesampaian apabila bertembung program yang kusertai di KHAR.

Ingat dah nak sampai rumah arwah tapi jauh lagi deh. Mataku mula meliar ke bangunan sepanjang jalan menuju ke Pasir Mas. Masih ada rupanya kedai yang guna tulisan jawi pada nama kedai walaupun kedai itu pemilik cina. Kagum saya. Sampai di bulatan berpisah bas satu menuju ke Tanah Merah & satu ke Pasir Mas. Perjalanan ke rumah arwah masih jauh. Mataku terlelap kerana jalan²nya gelap. Rumah² tepi jalan jauh².

30 minit kemudian kami hampir sampai ke destinasi yang ingin dituju tetapi perlu melalui jalan yang sempit hingga menuju masjid selepas landasan kereta api. Wow sekali lagi aku terpegun melihat rumah orang² Kelate besar² walaupun jalannya sempit.

Akhirnya sampai juga kami ke kawasan masjid, tapi kami lewat kerana mereka baru sahaja pulang dari pengebumian arwah Ust Faizol.

Satu masalah yang kami hadapi untuk sampai ke rumah arwah adalah bas UPSI terlalu besar untuk melalui jalan menuju ke rumah arwah. Ayah kak fifah menjadi leader untuk cuba menangani masalah yang kami lalui. Aku mula tidak memahami butir² bicara yang dikatakan oleh mereka...

Selepas bincang & terus bincang akhirnya kami dibawa terus ke rumah arwah Ust Faizol. Sampai di rumah arwah, keadaan suram menandakan kehilangan arwah dirasai oleh ahli keluarga lain. Cuma kelihatan budak² kecil riang gembira bermain sesama mereka yang menunjukkan mereka belum faham apa yang sedang berlaku. Kami bersalaman ahli keluarga arwah yang terdiri daripada moyang, nenek, ibu, kakak² arwah & adik² arwah.

Kulihat pada raut wajah abang & adik arwah memang seiras dengan arwah. Kelihatan ibu arwah tenang dan aku membuat konklusi seibu redha dengan kepergian arwah menyambut panggilan Illahi. Cuma wajah kak long arwah nampak terlalu sedih apalagi mungkin terharu kami dari jauh datang untuk menziarahi keluarga arwah. 


Sedikit perbualan antara kami dengan kak long arwah dimana kak long menceritakan butir² perbualannya dalam telefon dengan arwah beberapa hari sebelum kemalangan. 


Antara butir perbualan ialah kak long menyuruh arwah pulang ke Kelate memandangkan arwah balik awal ke UPSI selepas cuti sem yang lalu dan arwah memegang RoadTax motor adiknya. Jawapan yang diberikan pada kak long ialah insyaAllah dalam bulan 2 tu ada dah kat Kelate (cuba translate dalam bhs kelate). Selepas bercerita kak long arwah menangis sambil berkata belum bulan 2 arwah dah datang Kelate untuk selama²nya. 


Kami hanya dapat menenangkan kak long sambil mengurut belakang sambil memberi kata² yang dapat menenangkan hati kak long. Kami turut berkongsi beberapa perkara yang berlaku beberapa hari sebelum arwah meninggalkan kita semua.

Di sebalik wajah kak long tergambar betapa kasihnya seorang kakak kepada adiknya yang tercinta. 


Ya Allah mampukah aku mengasihi 8 orang adik²ku juga


Di satu sudut ada sahabat sedang berbual dengan ibu arwah. Dari hasil perbualan dengan kak Long juga barulah aku tahu beberapa perkara yang memang langsung aku tidak pernah ambil tahu atau tidak akan tahu. 


Contohnya arwah dahulu kos sains sukan tetapi selepas pembedahan arwah tukar kos pendidikan khas. Selama ini aku hanya tahu arwah tangguh kerana pembedahan. Sebelum pulang kami bersalam²an dengan keluarga arwah.

Dalam bas baru aku mengerti sesuatu perkara kerana terperasan sesuatu perkara. Dalam hatiku moga sahabatku redha dengan pemergian arwah. Ajal, maut & jodoh telah ditentukan oleh Allah. Moga Allah mengurniakan orang yang lebih baik kepada sahabatku ini.

Bas mula bergerak ke Tanah Merah. Dalam perjalanan mataku terlelap & bangun selepas bas berhenti di suatu kawasan dimana banyak kereta sepanjang jalan yang mengakibatkan bas tidak dapat melalui jalan itu. Pada mulanya aku ingat dah sampai rumah arwah Ust. Fadhiri tetapi memandangkan kawasan di situ sunyi & hanya dibanjiri oleh kereta ini bermakna kami belum sampai tempat yang ingin dituju. 


Abu turun dari bas & berlegar² di kawasan itu seterusnya berjalan ke satu lorong. Beberapa minit mataku terpandang orang ramai keluar dari lorong yang dimasuki Abu dengan membawa keranda kosong. 


Oh.. Baru otakku kembali cerdas berfikir setelah jam untuk beberapa saat. Arwah Ust Fadhiri baru saja ditanam dan kelihatan wajah sahabat arwah sayu dengan pemergian sahabat yang dikasihi kerana Allah.

Kami meneruskan perjalanan ke rumah arwah Ust Fadhiri walaupun kami tidak sempat walaupun aku difahamkan arwah Ust Fadhiri lambat dikebumikan kerana menunggu abangnya pulang dari Sarawak. 


Sampai di kawasan perumahan arwah kami yang berada dalam bas yang datang dari Pasir Mas dinasihatkan tidak turun kerana dikhuatiri akan mengganggu keluarga arwah memandangkan dari tengah hari mereka sibuk hingga jam 3 pagi (12 Jan). Kami akur keputusan. Setelah semua selesai kami (2 bas) bertolak pulang ke Tanjung Malim.

Sampai sini sahaja perkongsian yang dapat dicoretkan. Hari ini hari ke-87 arwah Ust Fadhiri & arwah Ust Faizol meninggalkan kita. Al-Fatihah.


Moga keluarga sentiasa redha dengan pemergian mereka. Beruntunglah pada ibu arwah Ust Fadhiri & ibu arwah Ust Faizol kerana mempunyai anak yang sangat baik & soleh.

Kita yang hidup ini perlu meneruskan perjuangan. Di mana bumi dipijak di situ Islam dijunjung. InsyaAllah.

Gambar² ini dapat dari blog² yang ana kunjungi semasa semua blog sibuk bercerita tentang arwah. Tak ingat dah kat blog siapa ana ambil.
Lesen Memandu Arwah Ust Fadhiri



Menziarah jenazah selepas disahkan bahawa arwah Ust Fadhiri telah meninggal dunia, lebih kurang pada jam 10.30 pagi



Cuba untuk menutupkan mata & mulut arwah Ust Fadhiri yang terbuka menggunakan pengalaman... Alhamdulillah selesai.

Selesai disolatkan & jenazah dibawa mengunakan van jenazah upsi.





Suasana di rumah Arwah Fadhiri



Suasana di rumah arwah Faizol

Nak tahu banyak cerita lagi tentang arwah Ust Fadhiri <KLIK SINI>

Wallahualam 

Saturday, March 27, 2010

Kem Remaja Islam KeMBaLi LaGi

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 5:00 PM

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Nak promote program terdekat.


Mari Sahabat kita isi jiwa kita dengan pengisian Rohani, Fizikal, Mental & lain².

Ikhlaskan dirimu agar kita peroleh sesuatu yg bermanfaat, InsyaAllah..

Di sini disertakan gambar² Kem Remaja Islam 2009 (KERIS'09) semester lalu.

Antara peserta (Muslimin & Muslimat) yg hadir:
Jumlah peserta hampir 100 orang




Slot Team Building




Aku bagaikan si buta hilang arah


Riadah Petang

Malam Muhasabah Diri:
Sesuatu Keajaiban yg tidak dapat dilupakan terutamanya para fasilitator.














Jungle treking



Ya Allah betapa indahnya kenangan & pengalaman lalu.

Jom Sahabat...

Jangan lepaskan peluang..

Rebutlah peluang keemasan...

Friday, March 19, 2010

MaaFKaN WaNa...

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 7:28 PM


Sungguh aku bersyukur ALLAH Mempertemukanku denganmu, sahabat...
Kerana ALLAH banyak Memberiku pelajaran melalui sikapmu

Maafkan sahabatmu yang khilaf ini
Telah banyak perkataan dan sikapku yang mungkin telah membuatmu kecewa dan kesal terhadapku
Kerana inilah sahabatmu
Hanya sesosok manusia lemah yang penuh khilaf

Jangan pernah mengharapkanku sebagai seorang sahabat yang sempurna
Jangan pernah mengharapkanku sebagai seorang sahabat tanpa salah
Jangan pernah mengharapkanku sebagai seorang sahabat yang selalu ada di sampingmu
Kerana sekali lagi inilah sahabatmu
Yang penuh dengan kelalaian

Aku mohon kepadamu, ketika aku jatuh, jangan biarkan dirimu jatuh bersamaku
Aku ingin dirimu tetap berada di atas sana
Hingga suatu saat dirimu dapat mengangkatku dari atas

Sungguh tidak ada niat untuk membuatmu kecewa atas diriku
Aku hanya ingin mengatakan yang sejujurnya
Aku tak ingin dirimu tertipu
Aku tak ingin dirimu terlena
Aku tak bisa membiarkan dirimu berharap kepadaku
Aku tak bisa membiarkan dirimu bergantung kepadaku

Sahabat, inilah aku, seorang manusia yang jauh dari sempurna
Tolong, jangan berharap atau bahkan bergantung pada diriku
Aku tak bisa memberi apa yang kau inginkan
Aku tak bisa menjamin kebahagiaanmu
Aku tak bisa terus berada di sampingmu

Berharaplah pada RABB yang Maha Sempurna
Bergantunglah pada RABB yang Maha Agung
Kelak kau akan bertambah kuat
Kerana kau telah berpegang teguh pada tali ALLAH yang tak akan pernah putus



ALLAH yang akan Menguatkanmu
ALLAH yang akan Menyokongmu
ALLAH yang akan Membantumu
ALLAH yang akan Berada di sampingmu
ALLAH yang akan Menjamin hidupmu
Bukan manusia seperti diriku...

Ya RABB, hamba memohon ampunan-Mu
Hamba telah banyak menzalimi orang yang Engkau cintai
Hamba telah banyak mengecewakan orang yang Engkau muliakan

Sahabat...
Dengan segala kerendahan hati ini, aku memohon semoga engkau berkenan membukakan pintu maaf atas segala kekhilafanku
Aku tak tahu berapa tahun, berapa hari, atau bahkan berapa minit lagi ALLAH akan Mencabut nyawaku
Aku hanya ingin bertemu dengan ALLAH dengan tenang
Tolong maafkan segala kekhilafanku

Aku mohon....
Maafkan aku, sahabat....

Corat Coret MPP: Kehidupan Seorang MPP

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 4:34 PM

Alhamdulillah wa syukurlillah, Allah masih memberi nikmat paling besar iaitu IMAN & ISLAM.


Alhamdulillah juga krn PESTA KONVOKESYEN KE-12 SIDANG 1 telah berjaya dilaksanakan oleh semua sekretariat. 


Dgn taklifan sebagai PP(Penolong Pengurus) SEKRETARIAT PAMERAN, Alhamdulillah ana dapat melaksanakan tugas ini walaupun ana tahu banyak lompang² yg perlu ditutupi & diperbaiki utk masa hadapan.

Ramli Sarip berkunjung ke Pameran Aman Palestin





3 khemah disediakan utk buat pameran

Secara jujurnya penat melaksanakan taklifan sepanjang konvo terasa amat tetapi Alhamdulillah ana dapat ahli Sekretariat Pameran yg komited dgn tugas yg diberikan. 


Sekalung ucapan terima kasih ana ucapkan kpd sekretariat ana iaitu Adik Siti, Dodo, Raudhah, Akwa, Shi & Hisham yg banyak meringankan tugas sepanjang konvo. 


Ana minta maaf sekiranya tidak dapat memberikan pengalaman yg banyak, tidak jaga kebajikan atau terlalu mengarah kpd antum/na semua. 


Hanya Allah yg dapat balas jasa antum/na.


Sekretariat Pameran: Dodo,Ct,Wana,Raudhah,Shi,Akwa,Hisham.

Berbekalkan pengalaman 0, ana menerima taklifan yg diberikan sebagai PP Sekretariat Pameran sejak meeting konvo yg pertama iaitu 10 Februari 2010, iaitu sehari selepas menerima watikah perlantikan sebagai MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR sesi 2009/2010 pada 9 Februari 2010. 


Penasihat ana utk sekretariat ini ialah PN Suriati.

Watikah Perlantikan yg diperolehi

Sejak itu bermulalah kesibukan dlm diri ana. Dlm sibuk menguruskan konvo, sibuk juga merancang gerak kerja yg perlu ana lakukan sepanjang menjadi MPP. 


Sejak itulah ana bertemankan air mata krn bila penat ana lebih suka menangis utk melepaskan rasa tekanan. Ana sebenarnya memerlukan sahabat utk sentiasa memberi nasihat, taujihat & teguran apabila ana tersasar dlm melakukan salah.

Waktu cuti sem iatu 13 hingga 21 Februari 2010 merupakan cuti sem paling membosankan dlm hidup ana sehinggakan ana sakit sepanjang cuti sem krn duduk sendirian tanpa sahabat di sekeliling. 


Pada cuti sem yg lalu Dayang pulang ke Sarawak, Jue jalan ke negeri sebelah Utara. Sepanjang cuti sem ana terlantar atas katil tanpa membuat 1 assigment apatah lagi makan. Begitulah diri ana bila duduk sendiri. Dari kecil tidak pernah duduk sendiri krn ana mempunyai ramai adik-beradik.

Tapi Alhamdulillah, hadirnya sahabat-sahabat selepas cuti sem ana diberi kekuatan. Ana sangat sayang kat sahabat² ana..(",).. Bila dah habis cuti sem makin bertambahlah bebanan yg ana pikul. 


Tugasan yg sepatutnya disiapkan cuti sem di bawah ke minggu kuliah. Sejak habis cuti sem ana belajar buat jadual utk manage time belajar, buat assignment, MPP, konvo, hadir kuliah agama & banyak lagi. Kalau tengok jadual memang padat. Kononlah...


Jadual harian ana sejak bergelar MPP

Bergelar MPP banyak perkara yg perlu ana korbankan termasuklah cuti sem yg akan datang ini. Sehingga ana takut nak telefon ayah & ibu ana. Setiap kali telefon mereka akan tanya dah beli tiket kapal terbangkah Wana? 


Ana tidak tahu nak kata apa kat mereka. Ana tahu mereka terlalu rindu kat ana sebab dah hampir 1 tahun ana tidak pulang Labuan. Sehingga adik ana (Nurul) sakit sebab terlalu rindu kat ana. Semua sedang menunggu kepulangan ana. 


Wana minta maaf mak. 
Wana minta maaf ayah.
Wana minta maaf dik.
Wana sayang kat kamu semua.

Dari seorang yg keras hati bertukar menjadi seorang yg manja sehingga sahabat kata ana seorang kuat nangis. Ana merupakan orang yg tidak suka menangis utk apa² perkara kecil melainkan paling menyedihkan ana. 


Perkara pertama yg buat ana menangis teresak² bila mana ana masuk ke sekolah asrama. Walaupun SMSL berada di Labuan tapi ibu bapa ana mengajar ana jauh dari keluarga supaya dapat berdikari. 


Kedua bila berpisah dari keluarga utk ke PLKN di Kuching, Sarawak dlm tempoh 3 bulan iaitu kali pertama ana jauh dari keluarga utk tempoh masa yg lama.

Ketiga ketika mana ana berpisah dari keluarga krn ingin melanjutkan pelajaran ke UPSI. Waktu itu ana betul menangis teresak² tapi krn ayah ana menghantar sampai ke UPSI kurang sedikit. 


Keempat bila ayah ana ingin pulang ke Labuan selepas proses pendaftaran ana di KOLEJ HARUN AMINURASHID. Pada waktu itu, pertama kali ana melihat ayah ana menangis utk meninggalkan ana sendiri (puteri kesayangan) di negeri orang. Terpancar di wajahnya berharap ana dapat menjaga diri di tempat orang & belajar bersungguh²Pada waktu itulah ana berjumpa orang yg tidak rapat semasa ana di matrik menjadi sahabat baik ana (Jue & Dayang). 


Kali kelima ana nangis teresak² bila mana ana pertama kali beraya di perantauan iaitu pada 2008. Hanya menggunakan telefon ana memohon maaf pada ayah bonda.

Selepas waktu itu, ana tidak pernah menangis bahkan raya 2009 ana tidak menangis lagi seperti raya 2008. Sekian lama tidak nangis tetapi sejak menjadi MPP ana selalu menangis. 


Ya Allah, ringankanlah bebanan yang hambaMu pikul ini.


Ana terlalu memikirkan tentang amanah yg ana pikul ini krn takut dipersoalkan di akhirat kelak sekiranya tidak dilaksanakan dgn baik. 


Ana juga pernah mendengar kata² sahabat ana berikan kpd ana iaitu bila mana kita diberi taklifan, ada dua perkara Allah nak tunjukkan pada kita iaitu sama ada dosa² kita dahulu atau Allah ingin menaikkan darjat kita disisiNya krn dgn taklifan kita lebih hampir dgn Allah. 


Ya Allah di manakah posisi hambaMu ini.

Ana lebih mudah terasa apabila disindir, diherdik, dimaki, diumpat oleh orang sejak menerima taklifan. Sebenarnya ana rindu dgn sahabat² ana, rindu jumpa adik² kat surau, rindu kat coursemate ana, rindu orang beri nasihat kat ana sebab sejak ana bergelar MPP ana terlalu sibuk dgn meeting & konvo sehingga masa² bersama sahabat ana semakin jauh.

Apa²pun ana mengucapkan terima kasih kpd sahabat ana yg sentiasa memberi sokongan moral pada ana. Ana minta maaf sekiranya diri ana ini bukan yg terbaik utk antum/na semua. 


Ana bersyukur yg teramat kpd Allah krn ana dihadiahkan sahabat² yg baik utk membimbing ana kpd jalan Allah. Ana perlu tarbiyah diri ana lagi krn ana bukan lahir seperti sekarang. 


Atas keinginan utk berubah menjadi baik dari zaman dahulu membuatkan ana memerlukan sahabat² yg sanggup menerima & membawa ana menjadi seorang yg lebih baik. Ana tahu perlu berusaha sendiri tapi tanpa sokongan dari sahabat ana kadangkala tersasar.

Selepas mendengar Bicara Wanita bertajuk Wanita & Kepimpinan yg disampaikan oleh Ustazah Rafidah td, Alhamdulillah terdapat mutiara² ilmu yg ana perolehi utk menjadi seorang yg lebih tabah, sabar & lain² utk menjadi MPP. 


Moga ana dapat melaksanakan amanah ini dgn baik. Sekiranya tidak menjalankan amanah ini, ana tidak tahu bagaimana nasib ana di akhirat kelak ditambah dosa² yg lain. 


Ya Allah, ampunilah dosa² hambaMu yg dhaif ini.

Alhamdullillah, hari ini juga merupakan hari lahir ana yg ke-21 tahun dlm tahun masihi. Moga sisa² hidupku ini dapat kuhiasi dgn ibadat kpd Allah. 


Syukran sahabat yg mengucapkan SANAH HELWAH padaku sejak 12 pagi 19 MAC 2010 tidak kira melalui FB, HP, EMAIL, FACE to FACE. Pertama kali ramai orang yg ingat hari lahir ana selain keluarga ana sendiri. 


Moga hidupku dihiasi cahaya Allah.

Wallahualam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...