Wednesday, January 13, 2010

Pemergian Sahabatku (1)

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 7:00 AM 5 comments

11 Jan 2010

Pada pagi yang hening hatiku tersentak apabila membaca sms drpd sahabat bahwa 2 org sahabat kemalangan jalan raya. Belum sempat aku menyebarkan sms kepada sahabat yang lain sms kedua kuterima menyatakan Ust Faizol telah kembali kepada Allah dan Ust Fadhiri dalam keadaan tenat. Hati terasa sebak mengenangkan sahabatku. Serta merta lagu Hijjaz "Puteriku Sayang" terlintas di fikiranku & membuatkan aku terkenang pada arwah. Teringat kali terakhir berjumpa arwah ketika mengangkat barang bersama Fiza.

Kelas TMS pada pagi ini berjalan seperti biasa tetapi hatiku tidak tenang kerana sms demi sms kuterima tentang keadaan Ust Fadhiri. Hanya doa dapat kusampaikan buat sahabatku. Dalam perjalanan ke kolej, Abu memberitahu bahawa Ust Fadhiri telah menghembuskan nafas terakhirnya. Ya Allah, hati ini bagaikan tidak percaya. Aku cuba sms sahabat yang memberi info dari awal pagi tentang kesahihan berita yang disampaikan Abu & sms balasan yang kuterima

"Ust Fadhiri dah tinggalkan kita"

Ya Allah rasa sebak di hati tidak dapat kubendung. Air mata mengalir dengan lajunya tanpa dipinta. Ketika sampai di bilik, Natasya (roomate) juga sedang bersedih kerana katanya sahabatnya juga telah meninggal dunia. Rupa²nya sahabat yang telah pergi itu adalah orang yang sama iaitu Ust. Faizol. Makin deras air mata ini mengalir. Lihatlah sahabat, Natasya yang bukan beragama Islam boleh menyatakan kebaikan arwah kerana arwah terlalu baik kepada semua orang.

Kelas TMC kuhadiri seperti biasa walaupun sebenarnya fikiran melayang² terkenang kedua² arwah yang sangat baik. Sepanjang kelas TMC 10 sms kuterima daripada sahabat. Antaranya berbunyi,

"Jenazah Ust. Faizol akan disolatkan di Surau Al-Falah selepas Zohor, jadi kepada sahabat yang tiada musyakah marilah sama² turun untuk solat jenazah. 2 buah bas disediakan oleh HEP ke rumah allahyarham Ust Fadhiri & Ust. Faizol, bagi sahabat sahabat yang hendak ke sana, bersiap sebab kita akan bertolak selepas solat jenazah. Sebarkan."

Seusai tamat kelas TMC, aku & Fiza segera ke Surau Al-Falah, Kolej Aminuddin Baki untuk sama² menunaikan solat Zohor & seterusnya solat jenazah. Pada mulanya, aku & Fiza tidak merancang untuk turut ikut ke Kelantan bagi mengiringi arwah & melawat keluarga mereka kerana petang ini ada kelas makmal TKO & esoknya pula jadual kelas penuh. Tetapi, kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Akhirnya aku membuat keputusan untuk turut mengiringi arwah ke Kelantan & melawat keluarga mereka walaupun banyak lagi urusan lain di UPSI menanti.

"Kelas kalau tak pergi boleh pergi lain kali, tapi sahabat kita yang pergi ini takkan kembali lagi"

Begitulah kata² sahabat padaku yang membuat aku redha dengan keputusan untuk terus pergi walaupun ketiga² kelas confirm tidak dapat aku menghadirkan diri. Sehelai sepinggang bersama beg kuliah kubawa bersama ke Kelantan. Setelah membuat percaturan bas yang aku naiki akan menuju ke Pasir Mas iaitu rumah arwah Ust Faizol manakala 1 bas lagi akan menuju ke Tanah Merah iaitu rumah arwah Ust Fadhiri. Sepanjang perjalanan terlalu sukar untuk aku lelapkan mata kerana terbayang² kepada kedua² sahabatku.

Setelah 3 jam perjalanan, kami berhenti di kawasan rehat sambil menunggu kenderaan jenazah yang membawa arwah Ust Fadhiri dari Hospital Teluk Intan. Manakala kenderaan jenazah yang membawa arwah Ust Faizol terus memecut ke Kelantan tanpa berhenti di mana² tempat.

Apabila kenderaan jenazah sampai ke kawasan rehat, bas kami naiki turut memulakan perjalanan kembali. Memandangkan bas yang aku naiki bergerak begitu pantas maka bas sentiasa bergerak di belakang kenderaan jenazah yang membawa arwah Ust Fadhiri. Sayu hati hanya Allah yang tahu.

Bersambung.....

5 123 Bingkisan Sahabat:

smga almarhum ditmptkn di tmpt org2 yg b'iman... walau tak prnh mengenali, nmun pemergian almarhum dpt dirasakn... al-Fatihah

Innalillah..semoga roh kedua-dua arwah ditempatkan di kalangan orang yang soleh.Al Fatihah.

Takziah untuk junior sy. Jodoh pertemuan ajal maut semua di tangan Allah. Sebagai manusia biasa di muka bumi yg indah ini, kita harus sentiasa bersyukur dan beringat. Terima kasih Ya Allah.

adik ni msti super junior akak kan? jaga diri baik2 ok.

sambungan....

http://mujahidahwana.blogspot.com/2010/04/sahabatku-2.html

alfatihah...

to cinonet

yup..
sy junior math..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...