Photobucket

Friday, March 19, 2010

Corat Coret MPP: Kehidupan Seorang MPP

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 4:34 PM 18 comments

Alhamdulillah wa syukurlillah, Allah masih memberi nikmat paling besar iaitu IMAN & ISLAM.


Alhamdulillah juga krn PESTA KONVOKESYEN KE-12 SIDANG 1 telah berjaya dilaksanakan oleh semua sekretariat. 


Dgn taklifan sebagai PP(Penolong Pengurus) SEKRETARIAT PAMERAN, Alhamdulillah ana dapat melaksanakan tugas ini walaupun ana tahu banyak lompang² yg perlu ditutupi & diperbaiki utk masa hadapan.

Ramli Sarip berkunjung ke Pameran Aman Palestin





3 khemah disediakan utk buat pameran

Secara jujurnya penat melaksanakan taklifan sepanjang konvo terasa amat tetapi Alhamdulillah ana dapat ahli Sekretariat Pameran yg komited dgn tugas yg diberikan. 


Sekalung ucapan terima kasih ana ucapkan kpd sekretariat ana iaitu Adik Siti, Dodo, Raudhah, Akwa, Shi & Hisham yg banyak meringankan tugas sepanjang konvo. 


Ana minta maaf sekiranya tidak dapat memberikan pengalaman yg banyak, tidak jaga kebajikan atau terlalu mengarah kpd antum/na semua. 


Hanya Allah yg dapat balas jasa antum/na.


Sekretariat Pameran: Dodo,Ct,Wana,Raudhah,Shi,Akwa,Hisham.

Berbekalkan pengalaman 0, ana menerima taklifan yg diberikan sebagai PP Sekretariat Pameran sejak meeting konvo yg pertama iaitu 10 Februari 2010, iaitu sehari selepas menerima watikah perlantikan sebagai MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR sesi 2009/2010 pada 9 Februari 2010. 


Penasihat ana utk sekretariat ini ialah PN Suriati.

Watikah Perlantikan yg diperolehi

Sejak itu bermulalah kesibukan dlm diri ana. Dlm sibuk menguruskan konvo, sibuk juga merancang gerak kerja yg perlu ana lakukan sepanjang menjadi MPP. 


Sejak itulah ana bertemankan air mata krn bila penat ana lebih suka menangis utk melepaskan rasa tekanan. Ana sebenarnya memerlukan sahabat utk sentiasa memberi nasihat, taujihat & teguran apabila ana tersasar dlm melakukan salah.

Waktu cuti sem iatu 13 hingga 21 Februari 2010 merupakan cuti sem paling membosankan dlm hidup ana sehinggakan ana sakit sepanjang cuti sem krn duduk sendirian tanpa sahabat di sekeliling. 


Pada cuti sem yg lalu Dayang pulang ke Sarawak, Jue jalan ke negeri sebelah Utara. Sepanjang cuti sem ana terlantar atas katil tanpa membuat 1 assigment apatah lagi makan. Begitulah diri ana bila duduk sendiri. Dari kecil tidak pernah duduk sendiri krn ana mempunyai ramai adik-beradik.

Tapi Alhamdulillah, hadirnya sahabat-sahabat selepas cuti sem ana diberi kekuatan. Ana sangat sayang kat sahabat² ana..(",).. Bila dah habis cuti sem makin bertambahlah bebanan yg ana pikul. 


Tugasan yg sepatutnya disiapkan cuti sem di bawah ke minggu kuliah. Sejak habis cuti sem ana belajar buat jadual utk manage time belajar, buat assignment, MPP, konvo, hadir kuliah agama & banyak lagi. Kalau tengok jadual memang padat. Kononlah...


Jadual harian ana sejak bergelar MPP

Bergelar MPP banyak perkara yg perlu ana korbankan termasuklah cuti sem yg akan datang ini. Sehingga ana takut nak telefon ayah & ibu ana. Setiap kali telefon mereka akan tanya dah beli tiket kapal terbangkah Wana? 


Ana tidak tahu nak kata apa kat mereka. Ana tahu mereka terlalu rindu kat ana sebab dah hampir 1 tahun ana tidak pulang Labuan. Sehingga adik ana (Nurul) sakit sebab terlalu rindu kat ana. Semua sedang menunggu kepulangan ana. 


Wana minta maaf mak. 
Wana minta maaf ayah.
Wana minta maaf dik.
Wana sayang kat kamu semua.

Dari seorang yg keras hati bertukar menjadi seorang yg manja sehingga sahabat kata ana seorang kuat nangis. Ana merupakan orang yg tidak suka menangis utk apa² perkara kecil melainkan paling menyedihkan ana. 


Perkara pertama yg buat ana menangis teresak² bila mana ana masuk ke sekolah asrama. Walaupun SMSL berada di Labuan tapi ibu bapa ana mengajar ana jauh dari keluarga supaya dapat berdikari. 


Kedua bila berpisah dari keluarga utk ke PLKN di Kuching, Sarawak dlm tempoh 3 bulan iaitu kali pertama ana jauh dari keluarga utk tempoh masa yg lama.

Ketiga ketika mana ana berpisah dari keluarga krn ingin melanjutkan pelajaran ke UPSI. Waktu itu ana betul menangis teresak² tapi krn ayah ana menghantar sampai ke UPSI kurang sedikit. 


Keempat bila ayah ana ingin pulang ke Labuan selepas proses pendaftaran ana di KOLEJ HARUN AMINURASHID. Pada waktu itu, pertama kali ana melihat ayah ana menangis utk meninggalkan ana sendiri (puteri kesayangan) di negeri orang. Terpancar di wajahnya berharap ana dapat menjaga diri di tempat orang & belajar bersungguh²Pada waktu itulah ana berjumpa orang yg tidak rapat semasa ana di matrik menjadi sahabat baik ana (Jue & Dayang). 


Kali kelima ana nangis teresak² bila mana ana pertama kali beraya di perantauan iaitu pada 2008. Hanya menggunakan telefon ana memohon maaf pada ayah bonda.

Selepas waktu itu, ana tidak pernah menangis bahkan raya 2009 ana tidak menangis lagi seperti raya 2008. Sekian lama tidak nangis tetapi sejak menjadi MPP ana selalu menangis. 


Ya Allah, ringankanlah bebanan yang hambaMu pikul ini.


Ana terlalu memikirkan tentang amanah yg ana pikul ini krn takut dipersoalkan di akhirat kelak sekiranya tidak dilaksanakan dgn baik. 


Ana juga pernah mendengar kata² sahabat ana berikan kpd ana iaitu bila mana kita diberi taklifan, ada dua perkara Allah nak tunjukkan pada kita iaitu sama ada dosa² kita dahulu atau Allah ingin menaikkan darjat kita disisiNya krn dgn taklifan kita lebih hampir dgn Allah. 


Ya Allah di manakah posisi hambaMu ini.

Ana lebih mudah terasa apabila disindir, diherdik, dimaki, diumpat oleh orang sejak menerima taklifan. Sebenarnya ana rindu dgn sahabat² ana, rindu jumpa adik² kat surau, rindu kat coursemate ana, rindu orang beri nasihat kat ana sebab sejak ana bergelar MPP ana terlalu sibuk dgn meeting & konvo sehingga masa² bersama sahabat ana semakin jauh.

Apa²pun ana mengucapkan terima kasih kpd sahabat ana yg sentiasa memberi sokongan moral pada ana. Ana minta maaf sekiranya diri ana ini bukan yg terbaik utk antum/na semua. 


Ana bersyukur yg teramat kpd Allah krn ana dihadiahkan sahabat² yg baik utk membimbing ana kpd jalan Allah. Ana perlu tarbiyah diri ana lagi krn ana bukan lahir seperti sekarang. 


Atas keinginan utk berubah menjadi baik dari zaman dahulu membuatkan ana memerlukan sahabat² yg sanggup menerima & membawa ana menjadi seorang yg lebih baik. Ana tahu perlu berusaha sendiri tapi tanpa sokongan dari sahabat ana kadangkala tersasar.

Selepas mendengar Bicara Wanita bertajuk Wanita & Kepimpinan yg disampaikan oleh Ustazah Rafidah td, Alhamdulillah terdapat mutiara² ilmu yg ana perolehi utk menjadi seorang yg lebih tabah, sabar & lain² utk menjadi MPP. 


Moga ana dapat melaksanakan amanah ini dgn baik. Sekiranya tidak menjalankan amanah ini, ana tidak tahu bagaimana nasib ana di akhirat kelak ditambah dosa² yg lain. 


Ya Allah, ampunilah dosa² hambaMu yg dhaif ini.

Alhamdullillah, hari ini juga merupakan hari lahir ana yg ke-21 tahun dlm tahun masihi. Moga sisa² hidupku ini dapat kuhiasi dgn ibadat kpd Allah. 


Syukran sahabat yg mengucapkan SANAH HELWAH padaku sejak 12 pagi 19 MAC 2010 tidak kira melalui FB, HP, EMAIL, FACE to FACE. Pertama kali ramai orang yg ingat hari lahir ana selain keluarga ana sendiri. 


Moga hidupku dihiasi cahaya Allah.

Wallahualam.

18 123 Bingkisan Sahabat:

syukran wana.awk mmg pmimpin yg baek.selese btugas dbwh awk :)

kita berkenalan di situ =)
terima kasih ya Allah

Ketua yg selalu tnye dh mkn??hehe.. :P

sbb tgk anak buah kurus². tue tanya..^___^

tade la kurus sgt wana.tape wana ketue prihatin.hehe

huhu,,,sy bhgian wt repot je...thanks sudi ambil sy bkerja dgn anda..:)

ana terigin nk bekerja dgn ukhti lagi,... ahaha

t0ksey nak mengada aqwa..pi siapkan rph utk esk =)

ahhaha... doakan kami semua berpraktikum dgn baik.. hihi

insyaAllah.. amin ya Allah.. kutip pengalaman praktikal sebnyk2nya =)

aamiin ya rab.. Insha Allah. mengajar kerana nak membantu... eh, akak bus. aha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...