Hadiah buat kamu semua. Terima kasih atas kenangan mewarnai hidupku sepanjang praktikal di SAMSHSB.
Buat masa nie biar gambar sahaja berbicara.
InsyaAllah ada masa terluang baru nak update tentang mereka. Nantikan!!!
Pesanan:
1. Budak² 2 Ibnu Nafis jangan buat² terharu pula.
2. Budak² 2 Ibnu Qayyim & 1 Ibnu Nafis jangan jeles dulu, insyaAllah nantikan entry tentang kamu.
Alhamdulillah masih mengingati nama mereka beserta muka. Inilah wajah² 39 orang pelajar (20 muslimin & 19 muslimat) 2 IBNU NAFIS 2011 Sekolah Agama Menengah Sultan Hisamuddin Sungai Bertih Klang, Selangor.
Moga kalian menjadi INSAN yang berguna pada AGAMA ISLAM kelak. InsyaAllah
Entry kali nie mengisahkan kisah seorang adik yg selalu tulis surat pada abang dia. Dan dia tak tahu pun abang dia balas surat tu. Nak tahu kisah seterusnya? Teruskan membaca.
Aku ada abang. Dah lama berpisah. Walau bagaimanapun, aku selalu utus surat kat dia yg berada di kampung tapi satu pun tak berbalas..
2 Tahun lepas, aku menikah tanpa izin abang sebab puas aku cari tapi tak jumpa dia. Sepanjang perkahwinan aku, aku tak tenang.
Cuti sekolah yg lepas, aku ajak suami aku balik kampung. Aku nak bersihkan rumah pusaka mak & ayah. Semasa membersih rumah using tu, aku tersapu surat yang aku kirimkan pada abangku 2 tahun yg lalu iaitu sebelum aku menikah.
Suratnya macam ni...
Aku mula terasa yg teringin nak selongkar rumah pusaka ni. Yelah. Nak balik jarang sangat.
Masa aku buka balik almari aku yg buruk & dah kena makan anai², tiba² ada satu kotak besar jatuh & banyak kotak² kecil serta sampul² surat.
Tiba² aku terpandang satu surat yg cantik sangat & aku buka…
Di rumah pusaka itu, aku termenung bersama jernihan airmata yg mengalir. Lantas, aku buka satu persatu hadiah yg dikatakan.
Semuanya berwarna pink & semuanya di tulis nama aku dgn tulisan yg sangat indah.Ya Allah, aku meraung sambil menatap hadiah itu..
Ya Allah, di manakah dapatku cari insan semulia abangku...
Hari nie nak share tentang SUJUD. Harap kpd para blogger yg singgah dapat meluangkan masa 10 minit membaca artikel nie (bukan memaksa, tak nak baca pun tak apa) agar selepas nie tidak sesekali mensia²kan waktu SUJUD PADA ALLAH lagi.
Otak manusia seperti orang sedang sujud
MasyaAllah, bentuk otak manusia pun jika diperhatikan dgn teliti akan kelihatan seperti orang yg sedang sujud. Bersesuaian sekali krn otak berada di dlm tempurung kepala yg digunakan utk sujud.
Otak berada di bahagian paling atas manusia, tetapi apabila kita sujud, ia berada di tempat paling rendah, menandakan pengabdian kita pd Yang Menciptakan kita.
Maka mengapa masih ada manusia yg sombong & angkuh tidak mahu SUJUD kpd Tuhan yg mencipta kita?
"Kami akan memperlihatkan kpd mereka tanda² (kekuasaan) Kami di segenap ufuk & pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Qur'an itu benar, & apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?" (Surah Fusshilat:53)
Kelebihan sujud
“Wahai orang² yg beriman! Rukuklah & sujudlah kamu kpd Tuhan kamu (Allah) & perbuatlah kebaikan mudah²an kamu mendapat kejayaan”. (Surah Al-Hajj:77)
--> Sujud melegakan sistem pernafasan.
Mungkin ramai dlm kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yg tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada satu pun ciptaan & suruhan Allah s.w.t. yg sia², malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yg selalunya tidak terjangkau akal manusia.
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Saat yg paling dekat bagi seorang hamba utk berada di samping Tuhannya, ialah ketika dia sujud. Dari itu hendaklah kamu memperbanyak doa ketika sujud itu!”
Dan sabdanya pula:
“Ketahuilah bahawa saya dilarang membaca Al-Quran di waktu rukuk mahupun sujud. Maka sewaktu rukuk, hendaklah kamu membesarkan Tuhan, sedang di waktu sujud, usahakanlah padanya berdoa dgn sungguh², krn besar kemungkinan akan dikabulkan Tuhan!” (Hadith Riwayat Ahmad & Muslim).
Manusia melakukan sujud dlm 2 bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat & sujud spiritual berbentuk ketaatan kpd perintah Allah s.w.t. & menjauhi larangannya.
Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dgn Allah s.w.t. & mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.
--> Antara hikmah lain sujud selain melegakan sistem pernafasan adalah mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
Bernafas ketika sujud pula boleh:
1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yg terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
7. Kedudukan sujud adalah paling baik utk berehat & mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
8. Meringankan bahagian pelvis.
9. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
10. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud & bangun drpd sujud.
11. Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat & elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yg baik.
12. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi utk menyusukan bayi & terhindar drpd sakit buah dada.
13. Mengurangkan kegemukan.
14. Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar drpd sakit gelombang perut (convulsions).
15. Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah & oksigen.
16. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba² menerima pengepaman darah ke otak secara kuat & mengejut serta terhindar penyakit salur darah & sebagainya.
--> Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yan fg Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur & sebagainya.
--> Dari segi perubatan, kesan sujud yg lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yg boleh mengelakkan pening kepala & migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekaligus menguatkan mentaliti seseorang.
Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yg tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yg cukup utk berfungsi secara normal & sempurna.
SEORANG DOKTOR NEUROLOGI US MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH S.W.T
Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam krn beberapa keajaiban yg ditemuinya dlm penyelidikannya. Dia amat kagum dgn penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.
Dia adalah seorang Doktor Neurologi. Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam & dengan itu telah membuka sebuah klinik yg bertemakan 'Perubatan Melalui Al-Quran' .
Kajian perubatan melalui Al-Quran membuatkan ubat²annya berteraskan apa yg terdapat di dalam Al-Quran. Di antara kaedah² yg digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji jintan hitam/Habbatussauda (black seed) & sebagainya.
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik utk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dlm otak manusia yg tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yg cukup utk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yg memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dlm otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!!
Urat tersebut memerlukan darah hanya utk beberapa sukatan yg tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yg diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!
Tidak menunaikan sembahyang, akan otaknya tidak akan dapat menerima darah yg secukupnya utk berfungsi secara normal!!!
Oleh yg demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah utk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dgn agamaNya yg indah ini.'
Allahurabbi betapa besarnya hikmah SUJUD.
Ayuh sahabat, selalulah berSUJUD pada ALLAH. Jangan ditimpa MUSIBAH/KESEDIHAN/KEDUKAAN baru dekatkan DIRI pada ALLAH.
Selangkah kita dekat pada ALLAH, beribu langkah ALLAH menghampiri kita.
Alhamdulillah 4 hari sudah berada di W.P. Labuan & tahun nie dapat berhari raya Qurban bersama keluarga setelah setahun lebih tidak bersama.
Buat masa nie saya tiada cerita hari raya Qurban yg dapat dikongsi kecuali satu kisah dr blog "SELAMAT TINGGAL"
Jom ikuti kisah ini...
Korban ke Qurban?
Kedua² pun betul. Qurban berasal dari kata Qoruba yg bererti dekat. Manakala korban kita sudah faham maksudnya. Kalau kita rujuk kamus DBP, korban adalah:
Amalan menghampirkan diri kpd Allah dgn menyembelih binatang ternakan (lembu, kambing, kerbau, dll) pd 10 Zulhijjah atau 3 hari selepasnya (hari tasyrik) dgn mengagihkan sebahagian drpd daging itu kpd fakir miskin.
Dgn Qurban, kita dapat taqarrub ilallah (dekatkan diri kepada Allah). Betapa susahnya kita nak dekatkan diri pd Allah, tengok Allah Maha Penyayang ajar jalan pintas ke arah itu adalah dgn menyembelih haiwan utk dikorbankan. Korban ikhlas krn Allah.
Samada korban duit, masa, tenaga utk mengerjakan haji di baitillahilharam, korban dgn sembelih haiwan ternakan seperti lembu, kerbau, unta, kambing, biri², ayam & seumpamanya.
Korban terbesar adalah korban nyawa berperang di jalan Allah di medan peperangan sebagaimana yg terjadi di Palestin setiap hari.
Ayat² Allah dlm Surah al-Kauthar 1&2 yg bermaksud:
Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kpdmu (wahai Muhammad) kebaikan yg banyak (di dunia & di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang krn Tuhanmu semata² & sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
Jumhur mengatakan berqurban adalah sunnah muakkadah yakni sunnah yg amat ditekankan krn banyak hikmah & manfaat di sebaliknya. Antaranya:
"Tiada suatu amalanpun yg dilakukan oleh manusia pd Hari Raya Korban, lebih dicintai oleh Allah SWT selain dr menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu nanti di hari kiamat akan datang berserta tanduk²ya, bulu²nya, kuku²nya & sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, pahalanya telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semuanya dgn pahala korban itu." [Riwayat Tirmidzi & Ibn Majah]
"Para sahabat bertanya kpd Rasulullah SAW: "Ya Rasulullah, apakah udhiyyah (korban) itu?". Rasulullah menjawab: "Itulah sunnah ayahmu Ibrahim." Para sahabat kembali bertanya: "Apakah yg kita akan peroleh dr udhiyyah itu?" Rasulullah menjawab lagi: "Pada setiap helai bulu (drpd binatang yg dikorbankan itu) kita akan mendapat satu kebajikan." [Riwayat Ahmad & Ibn Majah]
Jika tak mampu berkorban apa² pd hari raya ini atau tak menunaikan haji, cukuplah dgn berpuasa dari 1 hingga 9 Zulhijjah (terutamanya 9 Zulhijjah).
"Tiada hari yg lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dr hari Arafah" (Riwayat Muslim).
--> Jika terlepas puasa, tak dapat berkorban sembelih haiwan, atau tak dapat tunai haji, maka bersabarlah. Banyakkan bersolat.
--> Sabar & solat juga adalah pengorbanan. Teruskan bersabar.