Sunday, November 6, 2011

Korban adalah Taqarrub Ilallah

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 9:02 PM No comments

Assalamualaikum & salam sejahtera.

SALAM AIDILADHA 1432H saya ucapkan.

Alhamdulillah 4 hari sudah berada di W.P. Labuan & tahun nie dapat berhari raya Qurban bersama keluarga setelah setahun lebih tidak bersama.

Buat masa nie saya tiada cerita hari raya Qurban yg dapat dikongsi kecuali satu kisah dr blog "SELAMAT TINGGAL"

Jom ikuti kisah ini...


Korban ke Qurban? 

Kedua² pun betul. Qurban berasal dari kata Qoruba yg bererti dekat. Manakala korban kita sudah faham maksudnya. Kalau kita rujuk kamus DBP, korban adalah:

Amalan menghampirkan diri kpd Allah dgn menyembelih binatang ternakan (lembu, kambing, kerbau, dll) pd 10 Zulhijjah atau 3 hari selepasnya (hari tasyrik) dgn mengagihkan sebahagian drpd daging itu kpd fakir miskin.

Dgn Qurban, kita dapat taqarrub ilallah (dekatkan diri kepada Allah). Betapa susahnya kita nak dekatkan diri pd Allah, tengok Allah Maha Penyayang ajar jalan pintas ke arah itu adalah dgn menyembelih haiwan utk dikorbankan. Korban ikhlas krn Allah.

Samada korban duit, masa, tenaga utk mengerjakan haji di baitillahilharam, korban dgn sembelih haiwan ternakan seperti lembu, kerbau, unta, kambing, biri², ayam & seumpamanya. 

Korban terbesar adalah korban nyawa berperang di jalan Allah di medan peperangan sebagaimana yg terjadi di Palestin setiap hari. 

Ayat² Allah dlm Surah al-Kauthar 1&2 yg bermaksud:

Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kpdmu (wahai Muhammad) kebaikan yg banyak (di dunia & di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang krn Tuhanmu semata² & sembelihlah korban (sebagai bersyukur).

Jumhur mengatakan berqurban adalah sunnah muakkadah yakni sunnah yg amat ditekankan krn banyak hikmah & manfaat di sebaliknya. Antaranya:

"Tiada suatu amalanpun yg dilakukan oleh manusia pd Hari Raya Korban, lebih dicintai oleh Allah SWT selain dr menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu nanti di hari kiamat akan datang berserta tanduk²ya, bulu²nya, kuku²nya & sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, pahalanya telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semuanya dgn pahala korban itu." [Riwayat Tirmidzi & Ibn Majah]

"Para sahabat bertanya kpd Rasulullah SAW: "Ya Rasulullah, apakah udhiyyah (korban) itu?". Rasulullah menjawab: "Itulah sunnah ayahmu Ibrahim." Para sahabat kembali bertanya: "Apakah yg kita akan peroleh dr udhiyyah itu?" Rasulullah menjawab lagi: "Pada setiap helai bulu (drpd binatang yg dikorbankan itu) kita akan mendapat satu kebajikan." [Riwayat Ahmad & Ibn Majah]

Jika tak mampu berkorban apa² pd hari raya ini atau tak menunaikan haji, cukuplah dgn berpuasa dari 1 hingga 9 Zulhijjah (terutamanya 9 Zulhijjah).

"Tiada hari yg lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dr hari Arafah" (Riwayat Muslim).

--> Jika terlepas puasa, tak dapat berkorban sembelih haiwan, atau tak dapat tunai haji, maka bersabarlah. Banyakkan bersolat. 

--> Sabar & solat juga adalah pengorbanan. Teruskan bersabar. 

--> Agihkan ilmu, menuntut ilmu di jalan Allah. 

--> Tentang mereka yg menentang Islam.

Wallahualam.

0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...