Assalamualaikum & salam sejahtera.
Hari nie nak share tentang SUJUD. Harap kpd para blogger yg singgah dapat meluangkan masa 10 minit membaca artikel nie (bukan memaksa, tak nak baca pun tak apa) agar selepas nie tidak sesekali mensia²kan waktu SUJUD PADA ALLAH lagi.
Otak manusia seperti orang sedang sujud
MasyaAllah, bentuk otak manusia pun jika diperhatikan dgn teliti akan kelihatan seperti orang yg sedang sujud. Bersesuaian sekali krn otak berada di dlm tempurung kepala yg digunakan utk sujud.
Otak berada di bahagian paling atas manusia, tetapi apabila kita sujud, ia berada di tempat paling rendah, menandakan pengabdian kita pd Yang Menciptakan kita.
Maka mengapa masih ada manusia yg sombong & angkuh tidak mahu SUJUD kpd Tuhan yg mencipta kita?
"Kami akan memperlihatkan kpd mereka tanda² (kekuasaan) Kami di segenap ufuk & pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Qur'an itu benar, & apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?" (Surah Fusshilat:53)
Kelebihan sujud
“Wahai orang² yg beriman! Rukuklah & sujudlah kamu kpd Tuhan kamu (Allah) & perbuatlah kebaikan mudah²an kamu mendapat kejayaan”. (Surah Al-Hajj:77)
--> Sujud melegakan sistem pernafasan.
Mungkin ramai dlm kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yg tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada satu pun ciptaan & suruhan Allah s.w.t. yg sia², malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yg selalunya tidak terjangkau akal manusia.
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Saat yg paling dekat bagi seorang hamba utk berada di samping Tuhannya, ialah ketika dia sujud. Dari itu hendaklah kamu memperbanyak doa ketika sujud itu!”
Dan sabdanya pula:
“Ketahuilah bahawa saya dilarang membaca Al-Quran di waktu rukuk mahupun sujud. Maka sewaktu rukuk, hendaklah kamu membesarkan Tuhan, sedang di waktu sujud, usahakanlah padanya berdoa dgn sungguh², krn besar kemungkinan akan dikabulkan Tuhan!” (Hadith Riwayat Ahmad & Muslim).
Manusia melakukan sujud dlm 2 bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat & sujud spiritual berbentuk ketaatan kpd perintah Allah s.w.t. & menjauhi larangannya.
Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dgn Allah s.w.t. & mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.
--> Antara hikmah lain sujud selain melegakan sistem pernafasan adalah mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
Bernafas ketika sujud pula boleh:
1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yg terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
2. Membetulkan pundi peranakan yg jatuh.
3. Melegakan sakit hernia. (Klik Sini)
4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5. Melegakan paru² drpd ketegangan.
6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
7. Kedudukan sujud adalah paling baik utk berehat & mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
8. Meringankan bahagian pelvis.
9. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
10. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud & bangun drpd sujud.
11. Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat & elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yg baik.
12. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi utk menyusukan bayi & terhindar drpd sakit buah dada.
13. Mengurangkan kegemukan.
14. Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar drpd sakit gelombang perut (convulsions).
15. Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah & oksigen.
16. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba² menerima pengepaman darah ke otak secara kuat & mengejut serta terhindar penyakit salur darah & sebagainya.
--> Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yan
fg Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur & sebagainya.
fg Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur & sebagainya.
--> Dari segi perubatan, kesan sujud yg lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yg boleh mengelakkan pening kepala & migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekaligus menguatkan mentaliti seseorang.
Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yg tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yg cukup utk berfungsi secara normal & sempurna.
SEORANG DOKTOR NEUROLOGI US MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH S.W.T
Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam krn beberapa keajaiban yg ditemuinya dlm penyelidikannya. Dia amat kagum dgn penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.
Dia adalah seorang Doktor Neurologi. Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam & dengan itu telah membuka sebuah klinik yg bertemakan 'Perubatan Melalui Al-Quran' .
Kajian perubatan melalui Al-Quran membuatkan ubat²annya berteraskan apa yg terdapat di dalam Al-Quran. Di antara kaedah² yg digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji jintan hitam/Habbatussauda (black seed) & sebagainya.
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik utk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dlm otak manusia yg tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yg cukup utk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yg memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dlm otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!!
Urat tersebut memerlukan darah hanya utk beberapa sukatan yg tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yg diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!
Tidak menunaikan sembahyang, akan otaknya tidak akan dapat menerima darah yg secukupnya utk berfungsi secara normal!!!
Oleh yg demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah utk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dgn agamaNya yg indah ini.'
Allahurabbi betapa besarnya hikmah SUJUD.
Ayuh sahabat, selalulah berSUJUD pada ALLAH. Jangan ditimpa MUSIBAH/KESEDIHAN/KEDUKAAN baru dekatkan DIRI pada ALLAH.
Selangkah kita dekat pada ALLAH, beribu langkah ALLAH menghampiri kita.
Wallahualam
0 123 Bingkisan Sahabat:
Post a Comment