Photobucket

Thursday, June 7, 2012

Baju BODO: Baju Bugis

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 5:40 PM

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Alahai, kenapalah lucu sangat tajuk entri kali nie? Kenapa baju BODO bukan baju PANDAI?

Nak tahu kisah baju bodo, jom terjah blog cik Wana!!!

Seusai saja solat Zohor, kami adik-beradik menontonlah rancangan kegemaran iaitu  KETIKA CINTA BERTASBIH Spesial Ramadhan yg merupakan kesinambungan movie KETIKA CINTA BERTASBIH II yg disajikan dlm bentuk sinetron Islami.

Sebenarnya sambil menonton tue, kami adik-beradik teka menekalah samada artis tue orang BUGIS atau orang JAWA. Tiada kerja. Saja² sambi berhibur. 

Di akhir episod utk kali nie, kami dapat detectlah beberapa artis yg berketurunan BUGIS berdasarkan nama sebenar mereka. Salah satu contoh depan namanya "DAENG" (keturunan Raja Bugis). Satu perkara lagi buat kami excited bila tengok FURQAN & AYATUL HUSNA kahwin mengikut adat BUGIS dgn memakai "BAJU BODO". ANNA ANTAFUNISA pun kahwin pakai "BAJU BODO". Tak percaya jom tengok.


Lucukan namanya. "Baju BODO". Tapi itulah namanya. 

 Baju bodo ialah pakaian tradisional perempuan Bugis, Sulawesi, Indonesia. Baju bodo berbentuk segi empat, biasanya berlengan pendek, iaitu setengah atas bahagian siku lengan. Baju bodo juga dikenali sebagai salah satu busana tertua di dunia. Menurut adat Bugis, setiap warna baju bodo yg dipakai oleh perempuan Bugis menunjukkan usia ataupun martabat pemakainya.  (sumber wikipedia)

WarnaErti
Jinggadipakai oleh anak perempuan berumur 10 tahun.
Jingga dan merahdipakai oleh gadis berumur 10-14 tahun.
Merahdipakai oleh perempuan berumur 17-25 tahun.
Putihdipakai oleh para pembantu & dukun.
Hijaudipakai oleh perempuan bangsawan.
Ungudipakai oleh para janda.


Actually, dulu kami pernah adakan Walimah Maksu ikut adat Bugis & saya pernah merasa pakai baju bodo versi pengapit. Waktu tu umurku 7 tahun. 

 Orang kata sapa yg pernah jadi pengapit, jodohnya lambat sampai. Betul ke? 

Jangan percaya deh omongan orang. Jodoh itu perancangan Allah. Jodoh datanglah!!! Jodoh datanglah!!! Jodoh datanglah!!! :)


Mengarutlah cik Wana nie. Lalala...


Kembali kpd fokus utama!!!

Habis saja sinetron KETIKA CINTA BERTASBIH Spesial Ramadhan, aku mulakan misi bertemu Mr Google. Hasil dapatan aku lihat ramai juga bangga bercerita tentang BUGIS terutamanya adat perkahwinan yg memakai baju bodo.

Wah, tiba² aku bangga mempunyai keturunan BUGIS walaupun dulu masa kecil malu mengaku orang BUGIS apabila ditanya oleh kawan² & guru².



Kenapa perlu bangga mempunyai darah keturunan BUGIS?

Sedangkan krn aku orang BUGIS,
☑ Aku disisihkan oleh kawan².
☑ Aku menjadi seorang pendiam.
☑ Aku menjadi seorang pemalu.
☑ Aku tidak melihat potensi yg ada dalam diriku.

Semasa sekolah rendah aku teringat satu permainan rakan²ku iaitu permainan: 
 Siapa _______, dia anak BUGIS!!! 


Waktu tu hanya Allah saja tahu perasaanku sehingga aku malu mengaku orang BUGIS. Perkara nie berlarutan sampailah aku masuk Matrikulasi Labuan & aku boleh terima kenyataan aku anak Bugis apabila menjejakkan kaki ke menara gading.

Waktu di UPSI, aku bertemu dgn ramai kawan² yg sebangsa denganku terutamanya yg asal drpd Tawau, Sabah. Dan baru aku tahu di Johor rupanya ramai juga orang keturunan Bugis.

Sebelum aku berkongsi pengalaman menjadi anak berketurunan Bugis selama 23 tahun mari kita menyelusuri Sejarah Kedatangan Bugis ke Malaysia. (bab sejarah nie paling aku tak suka ^___^)


SEJARAH BUGIS DI MALAYSIA

 Sebaik sahaja Raja Bugis menerima utusan dari Raja Sulaiman, angkatan tentera Bugis terus datang dgn 7 buah kapal perang menuju ke Riau. Raja Kechil telah ditumpaskan di Riau & melarikan diri ke Lingga dlm tahun 1134 H. 

✐ Sebagai balasan, Raja Sulaiman telah bersetuju permintaan Raja Bugis di mana  mereka mahukan supaya Raja² Bugis dilantik sebagai Yamtuan Besar atau Yang Di-Pertuan Muda, bagi memerintah  Johor, Riau & Lingga secara bersama jika semuanya dapat ditawan.

✐ Setelah Bugis berjaya menawan Riau, Raja Sulaiman kemudiannya pulang ke Pahang manakala Raja Bugis pula pergi ke Selangor utk mengumpulkan bala tentera & senjata utk terus menyerang Raja Kechil. Semasa peninggalan tersebut, Raja Kechil telah menawan semula Riau semasa Raja Bugis masih berada di Selangor.

✐ Setelah mendapat tahu Riau telah ditawan oleh Raja Kechil, Bugis terus kembali dgn 30 buah kapal perang utk menebus semula Riau. Semasa dlm perjalanan menuju ke Riau, mereka telah menawan Linggi (sebuah daerah di Negeri Sembilan) yg dikuasai oleh Raja Kechil. Setelah Raja Kechil mendapat tahu akan penawanan itu, baginda telah datang ke Linggi utk menyerang balas.

✐ Pihak Bugis telah berpecah di mana 20 buah dari kapal perangnya meneruskan perjalanan menuju ke Riau & diketuai oleh 3 orang dari mereka. Raja Sulaiman telah datang dari Pahang & turut serta memberi bantuan utk menawan semula Riau. Dlm peperangan ini mereka telah berjaya menawan kembali Riau di mana kemudiannya Raja Sulaiman & Bugis telah mendirikan kerajaan bersama.

✐ Setelah mengetahui penawanan Riau tersebut, Raja Kechil kembali ke Siak krn baginda juga telah gagal menawan semula Linggi dari tangan Bugis. Hingga kini Linggi telah didiami turun-temurun oleh keturunan Bugis & bukan daerah Minangkabau.

✐ Pada tahun 1729, Bugis sekali lagi menyerang Raja Kechil di Siak di masa Raja Kechil ingin memindahkan alat kebesaran Diraja Johor (sebuah meriam) ke Siak. Setelah mengambil semula kebesaran Diraja tersebut, Raja Sulaiman kemudiannya ditabalkan sebagai Sultan Johor dgn membawa gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah yg memerintah Johor, Pahang, Riau & Linggi.

✐ Sultan Sulaiman telah melantik Daeng Marewah sebagai Yamtuan Muda Riau. Kemudian adik perempuannya Tengku Tengah pula dikahwinkan dgn Daeng Parani yg mana telah mangkat di Kedah semasa menyerang Raja Kechil di sana.  

✐ Seorang lagi adik Sultan Sulaiman, Tengku Mandak dikahwinkan dgn Daeng Chelak (1722-1760) yg dilantik sebagai Yamtuan Muda II Riau 1730an. 

✐ Kemudian anak Daeng Parani, Daeng Kemboja dilantik menjadi Yamtuan Muda III Riau (yg juga memerintah Linggi di Negeri Sembilan).

✐ Anak Daeng Chelak, Raja Haji dilantik sebagai Yamtuan Muda IV Riau di mana baginda telah hampir dapat menawan Melaka dari tangan Belanda dlm tahun 1784 tapi akhirnya baginda mangkat setelah ditembak dgn "peluru Lela" oleh Belanda di Telok Ketapang, Melaka. Baginda telah dikenali sebagai Al-Marhum Telok Ketapang.

✐ Dlm tahun 1730an, seorang Bugis bernama Daeng Mateko yg berbaik dgn Raja Siak mengacau ketenteraman Selangor.

✐ Ini menjadikan Daeng Chelak datang ke Kuala Selangor dgn angkatan perang dari Riau. Daeng Mateko dapat dikalahkan kemudiannya beliau lari ke Siak. Semenjak itulah Daeng Chelak sentiasa berulang-alik dari Riau ke Kuala Selangor. Lalu berkahwin dgn Daeng Masik Arang Pala kemudian dibawa ke Riau.

✐ Ketika Daeng Chelak berada di Kuala Selangor, penduduk Kuala Selangor memohon kpd beliau supaya terus menetap di situ sahaja. Walau bagaimanapun, Daeng Chelak telah menamakan salah seorang drpd puteranya iaitu Raja Lumu datang ke Kuala Selangor. Waktu inilah datang rombongan anak buahnya dari Riau memanggil Daeng Chelak pulang ke Riau & mangkat dlm tahun 1745. (sumber Catatan Bugis)


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Fuhhhh.... Berpeluh membaca sejarah nie & nampaknya pembaca blog pun dah menekan button X tanpa sempat membaca ayat terakhir dariku.

Esok²lah cik Wana kongsi lagi....

❝ Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki & perempuan, & Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa & bersuku puak, supaya kamu berkenal²an (& beramah mesra antara satu dgn yg lain). Sesungguhnya semulia² kamu di sisi Allah ialah orang yg lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yg lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan & amalan kamu).   >Surah Al-Hujurat ayat 13<


Wallahualam

Wednesday, June 6, 2012

Kisah CINTA Ali r.a ♥ Fatimah r.a

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 1:45 AM


Assalamualaikum & salam sejahtera.

Hari nie tue cik Wana jalan² tengok blog member. Kami kenal kat blog je pun. Satu kebiasaan saya ialah kalau jumpa entri yg best² akan disimpan sebagai draf dlm blog. Waktu rajin baru nak share kat blog TERATAK PENDIDIK yg kusayangi. 

Saya amat suka entri yg dicopycat dari blog MUSLIMAH OPTIMIS. Rasanya ramai dah blogger letak kat blog mereka. Cuma kali nie special sebab versi dari blog cik Wana.

So sweet. Kisah percintaan hebat Saidina Ali  Saidatina Fatimah

Cinta yg disimpan dlm hati, namun kuasa Allah mereka saling memendam cinta sehingga satu masa yg ditetapkan mereka dinikahkan hanya dgn mahar sepasang baju besi milik Ali r.a. Begitu mulianya Fatimah r.a. 

Semulia² wanita adalah wanita yg paling rendah maharnya.

Apa tunggu lagi, jom baca...

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Dipendamkan dlm hatinya, tidak diceritakan kpd sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis yg punya peribadi tinggi, paras yg cantik, kecekalan yg kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yg dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia.

Dia sedar, dirinya tidak punya apa² utk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dgn bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali Abi Talib, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq melamar Fatimah.

"Allah mengujiku rupanya", begitu batin Ali. 

Ia merasa diuji krn merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakar lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti Ali, namun keimanan & pembelaannya pada Allah & RasulNya tak tertandingi. 

Lihatlah bagaimana Abu Bakar menjadi kawan perjalanan Nabi dlm hijrah sementara Ali bertugas menggantikan beliau utk menanti maut di ranjangnya. 

Lihatlah juga bagaimana Abu Bakar berdakwah. Terlalu banyak tokoh bangsawan & saudagar Makkah yg masuk Islam krn sentuhan Abu Bakar; Uthman, Abdurrahman ibn 'Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab

Perkara ini tak mungkin dilakukan kanak² kurang pergaulan seperti Ali. 

Lihatlah berapa banyak budak muslim yg dibebaskan & para faqir yg dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, Abdullah ibn Mas’ud

Dan siapa budak yg dibebaskan Ali?

Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar insyaallah lebih bisa membahagiakan Fatimah. Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.

"Inilah persaudaraan & cinta", gumam Ali. 

Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku. Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolak baik oleh Nabi. 

Ini menaikkan semangat beliau utk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat di situ. Kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh Islam & dia pula cuba meminang Fatimah. 

Seorang lelaki yg terang²an mengisytiharkan keislamannya yg nyata membuatkan muslimin & muslimat ketika itu yg dilanda ketakutan oleh tentangan kafir Quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yg membuatkan syaitan berlari ketakutan.

Ya. "Al Faruq", sang pemisah kebenaran & kebatilan itu juga datang melamar Fatimah. 

Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, 
"Aku datang bersama Abu Bakar & Umar, aku keluar bersama Abu Bakar & Umar, aku masuk bersama Abu Bakar & Umar."

Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fatimah. Ali redha krn dia tahu Umar lagi layak darinya. 

Tapi sekali lagi peluang terbuka tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. 

Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?

Pada suatu hari Abu Bakar As-Siddiq r.a, Umar Ibnul Khatab r.a. & Sa’ad bin Mu’adz bersama² Rasulullah s.a.w duduk dlm masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasulullah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kpd Abu Bakar As-Siddiq r.a: 
“Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kpd Ali bin Abi Thalib?”

Abu Bakar As-Siddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak utk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a melihat datangnya Abu Bakar As-Siddiq r.a. dgn tergopoh² & terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: 
“Anda datang membawa berita apa?”

Setelah duduk beristirehat sejenak Abu Bakar As-Siddiq r.a segera menjelaskan persoalannya: 
“Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kpd Allah & Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dgn orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasulullah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kpd baginda utk mempersunting puteri beliau. Semua lamaran itu telah beliau tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kpd Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut² puteri beliau & mengapa engkau tidak melamar utk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah & RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”

Mendengar perkataan Abu Bakar r.a, mata Saidina Ali r.a berlinang air mata. Menanggapi kata² itu, Ali r.a berkata: 
“Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yg semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yg sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tapi yg menjadi penghalang satu²nya bagiku ialah aku tidak mempunyai apa².”

Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Utk membesarkan & menguatkan hati Iman Ali r.a, Abu Bakar r.a berkata: 
“Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah & RasulNya dunia & seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka.”

Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a berhasil mendorong keberanian Iman Ali r.a. utk melamar puteri Rasulullah s.a.w.

Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a datang menghadap Rasulullah s.a.w yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. 

Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kpd Rasulullah s.a.w: 
“Siapakah yg mengetuk pintu?” 

Rasulullah s.a.w menjawab: 
“Bangunlah & bukakan pintu baginya. Dia orang yg dicintai Allah & RasulNya, ia pun mencintai Allah & RasulNya.”

Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: 
“Ya tapi siapakah dia itu?”

Jawab Rasulullah:
“Dia saudaraku, orang kesayanganku!”

Tercantum dlm banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a kpd Nabi Muhammad s.a.w itu.

“Aku berdiri cepat² menuju ke pintu sampai kakiku terhantuk². Setelah pintu kubuka ternyata orang yg datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam & dijawab oleh Rasulullah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah² mempunyai maksud tapi malu hendak mengutarakannya.

Rasulullah mendahului berkata: 
“Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yg ada dlm fikiranmu. Apa saja yg engkau perlukan akan kau peroleh dariku.” 

Mendengar kata² Rasulullah s.a.w yg demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib utk berkata: 
“Maafkanlah ya Rasulullah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pak cikmu Abu Thalib & mak cikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak² & belum mengerti apa².

Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kpdku melalui anda juga. Dan anda ya Rasulullah adalah tempat aku bernaung & anda jugalah yg menjadi wasilahku di dunia & akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku & sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap utk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasulullah apakah anda berkenan menyetujui & menikahkan diriku dgn Fatimah?”

Ummu Salmah melanjutkan kisahnya. Saat itu kulihat wajah Rasulullah nampak berseri²

Sambil tersenyum beliau berkata kpd Ali bin Abi Thalib: 
“Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?”

Ali bin Abi Thalib menjawab dgn terus terang; 
“Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa² selain sebuah baju besi, sebilah pedang & seekor unta.” 

Rasulullah s.a.w. menjawab: 
Pedangmu, engkau tetap memerlukannya utk perjuangan di jalan Allah. Untamu, engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu & memerlukannya dlm perjalanan jauh. Oleh itu, aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja.

Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa­jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” 

Demikian riwayat yg diceritakan Ummu Salmah r.a. Setelah segala²nya siap dgn perasaan puas & hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasulullah s.a.w mengucapkan kata² ijab kabul pernikahan puterinya: 
“Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah²an engkau dapat menerima hal itu.”

Jawab Ali bin Abi Thalib r.a dlm pernikahan itu; 
“Ya Rasulullah, itu kuterima dgn baik” 

Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yg mempertemukan cinta & semua perasaan dgn tanggungjawab. Cinta tak pernah meminta utk menanti. Seperti Ali. Ia mempersilakan atau mengambil kesempatan?

Pertama adalah pengorbanan
Kedua adalah keberanian

Dan ternyata tak kurang juga yg dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dlm suatu riwayat dikisahkan bahwa suatu hari, Fatimah berkata kpd Ali: 
“Maafkan aku krn sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” 

Ali terkejut & berkata, 
“Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah dgnku? Dan siapakah pemuda itu” 

Sambil tersenyum Fatimah berkata, 
“Ya krn pemuda itu adalah Dirimu”

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Allahuakhbar!!!

Begitulah cinta yg bersenikan diam. Mereka saling mencintai tapi memendam perasaan itu krn tidak ingin cinta mereka melebihi cinta kepadaNya.

Memang sukar menjadi mereka tapi utk meneladani mereka tidaklah sukar.

:)Wahai lelaki, jadilah seperti Ali melamar gadis pilihannya dgn jalan yg diredhaiNya yakni pernikahan bukannya couple krn bercouple itu banyak keburukan berbanding kebaikan. 

:)Wahai wanita, teladanilah Fatimah menjaga peribadinya biarpun hatinya meruntun cintakan pemuda sehebat Ali r.a.

Titipkan cintamu kpd jodoh yg belum diketahui siapa & utk mendapat yg terbaik jadilah yg terbaik. Jika dirimu jatuh cinta, diamkanlah krn syaitan cuba menyelinap masuk utk jadikannya cinta bernafsu.

Jika dirinya bukan untukmu, redhailah krn Allah ada perancangan yg lebih baik lagi buat kita. 


Buat diriku juga saat kujatuh cinta denganmu, akan kudiam & dirimu pasti tak ketahui, melainkan setelah diriku datang kpd keluargamu utk menzahirkan yg terbuku, wahai jodoh yg tak diketahui. Ayat sesuai utk lelaki =)

Cinta tak pernah meminta utk menanti. Ia mengambil kesempatan atau mempersilakan.

Ia adalah keberanian atau pengorbanan.

Contohilah kisah cinta 2 manusia agung ini iaitu CINTA SAIDINA ALI    SAIDATINA FATIMAH.



Wallahualam

Wednesday, May 30, 2012

Resepi ❝KEK PERKAHWINAN❞

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 6:42 AM

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Jeng... Jeng... Jeng... Bertuah orang yg bangun awal. Dah boleh siapkan bahan² memasak. Mengada² nak ajar MEMASAK!!!


Sempena Majlis Perkahwinan sahabat²ku yg TELAH, SEDANG & BAKAL dinikahi, rasanya masih sempat lagi saya ingin berkongsi resepi KEK PERKAHWIHAN yg didatangkan khas drpd resepi KEK PERKAHWIHAN sahabat yg dah lama berumahtangga. 


Tak perlu mengeluarkan belanja yg banyak, buat sendiri lagi jimat. =)


Jangan pandang sebelah mata tau. Sebut saja nak kek apa (kek keju, kek coklat, kek ais krim & lain²), InsyaAllah saya cuba usahakan. Sangat poyo!!! 


Memandang masa dah suntuk & mungkin ramai yg tak percaya akan kemahiran yg saya ada maka kek SIMPLE tapi BERMAKNA❞ saja akan dikongsikan. Sila jangan meluat membaca entri ini (^_____^)


Moga ada yg sudi meneruskan bacaan utk menyalin bahan², tips² & cara menyiapkannya.  


BAHAN:
 1 lelaki soleh
 1 wanita solehah
 100% komitmen
 2 pasang restu orang tua
 1 botol kasih sayang murni

PERISA:
 1 buku besar humor
 25 gram rekreasi
 1 bungkus doa
 2 sudu teh telefon
 5 kali ibadah/hari

*Semuanya diadun hingga rata & mengembang.

TIPS²:
1. Pilih lelaki & wanita yg benar MATANG & SEIMBANG.

2. Jangan yg satu terlalu TUA & yg lainnya terlalu MUDA krn dapat mempengaruhi kemanisan. (Tapi kalau dah JODOH nak buat macam mana)


3. Sebaiknya dibeli di pusat beli-belah bernama TEMPAT IBADAH, walaupun agak jual mahal tapi mutunya terjamin.

4. Jangan beli di pasar yg bernama DISKO atau PARTI  krn walaupun modelnya bagus & harum baunya tapi kadangkala menipu pelanggan atau kadang menggunakan zat pewarna yg dapat merosak kesihatan.


5. Gunakan kasih sayang cap 'DAKWAH' yg telah mendapatkan penghargaan ISO dari Kementerian Kesihatan & Kerohanian. (Kementerian baru)

CARA MEMASAK:
1. Lelaki & wanita dicuci bersih, buang semua masa lalunya sehingga tersisa niat yg murni.


2. Siapkan loyang yg telah disapu dgn komitmen & restu orang tua dgn rata.

3. Masukkan niat yg murni ke dlm loyang & panggang dgn api yg perlahan sekitar 30 minit di depan penghulu.


4. Biarkan di dlm loyang tadi & sirami dgn perisanya.


5. Kek perkahwinan sedia dinikmati. :)


 

CATATAN:
1. Kek ini dapat dinikmati oleh pembuatnya seumur hidup & paling enak dinikmati dlm keadaan hangat. Tapi kalau sudah agak dingin, tambahkan lagi humor segar secukupnya, rekreasi sesuai selera, serta beberapa potong doa kemudian dihangatkan lagi di ketuhar berjenama 'TEMPAT IBADAH'.

2. Setelah mulai hangat, jangan lupa bertelefon bila berjauhan.

Selamat mencuba, dijamin semuanya halal!!!



TERIMA KASIH buat NANA atas perkongsian ini. InsyaAllah nanti saya nak kahwin boleh cuba resepi kek PERKAHWINAN ini. 


Moga siraman SAKINAH, MAWADDAH wa RAHMAH melimpahi batas bibit-bibit CINTA buat semua sahabat yg bakal melayari BAHTERA RUMAHTANGGA.


Maaf tidak dapat memenuhi jemputan kalian. Hanya doa dapat dikirimkan. Tumpang bahagia & gembira. =)



Ukhti Fasihah Zakariyya & Akhi Ukashah
Kak Wani Paiman & Akhi Adnan
Kak Aqilah Hanis & Akhi Amin
Kak Anis Nadia & Akhi Azrul
Kak Shafidah & Zauj (Abdul Muiz)
Akhi Akmal & Zaujah (Kak Aiman)
Kak Shaufiyyah (Fifi AT14) & Zauj
Kak Dayah Shaari & Zauj
Kak Sitti Hadijah & Zauj
Kak Ratna & Zauj
Ukhti Noor Asiah & Zauj (Akhi Redhuwan Zakaria)
(Pengantin MEI & JUN 2012)

Tuesday, May 29, 2012

Hari nie BUKAN HARI GURU T_T

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 6:33 PM

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Dah lama rasanya tak update blog. Busy deh bulan nie dgn aktiviti sekolah, konvo & lain-lain. Bajet macam org terNAMA pula. =)

Sebenarnya entry nie khas buat semua GURU-GURUku. 

Cikgu, guru itulah panggilan yg diberikan kpdmu,
Cikgu mendidik anak bangsamu dgn ketulusan hatimu,
Cikgu berdedikasi utk mengajarkan yg terbaik,
Utk melahirkan anak didik yg boleh berjaya suatu hari nanti.


Guru, cikgu seorang insan yg teristimewa,
Baktimu kalahkan bak gunung Everest,
Jasamu tidak ternilai harganya,
Cikgu bak sebatang lilin yg sering menyinari kegelapan muridmu.


Guru, betapa cikgu dihormati oleh segala lapisan masyarakat,
Tugasmu begitu mencabar & jiwamu begitu kental,
Setiap hari cikgu akan berdepan dgn pelbagai cubaan,
Namun rintangan yg mendatang cikgu dapat menangkisnya.


Guru, cikgu seorang yg tegas & berwibawa,
Ketabahanmu membuat cikgu sentiasa redha,
Cikgu berkaliber & berhati mulia,
Cikgu sering dijadikan cermin oleh anak didikmu.


Guru, cikgu seorang yg bersemangat waja,
Kesabaranmu membuat cikgu betah utk meneruskan perjuanganmu,
Demi membela anak bangsamu utk maju ke hadapan,
Cikgu sememangnya seseorang yg patut dihargai.


Semoga Hari Guru ini akan membuat cikgu bahagia & gembira,
Doaku agar cikgu sekalian diberi rahmat & hidayah dari Illahi,
Dgn melaksanakan tugasmu sebagai seorang guru,
Teruskanlah perjuanganmu, wahai insan yg bergelar GURU...


Sebelum bulan Mei menginjak pergi berganti dgn bulan Jun sy, HERWANA HERMAN ingin mengambil kesempatan utk mengucapkan "SELAMAT HARI GURU" buat semua guru yg pernah bersusah payah mendidik sy. Hanya Allah saja dpt membalas jasa kalian semua. جزاكم الله خير الجزاء

SK Pekan Dua W.P. Labuan 

SM Sains Labuan

"SAYANG SEMUA GURU-GURUku"

Sunday, May 13, 2012

Ada Apa Dengan Sekeping IJAZAH?

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 1:03 AM

Assalamualaikum & salam sejahtera teman² semua.

Syukur alhamdulillah, hari ni kita masih diberi izin oleh Allah SWT utk hidup lagi di atas dunia milikNya ini. Allah masih bagi kita peluang utk memperbaiki diri pd mana² kelemahan yg masih kita buat & menambahkan amalan baik agar bekalan kita di hari akhirat lebih banyak. 

Jadi, marilah kita sama² manfaatkan usia yg ada pd hari ini dgn sebaik²nya seolah² kita akan mati bila² masa saja tanpa sebarang amaran.

Alhamdulillah kami konvo seawal usia 23 tahun yg masih 22 tahun pun ada.

Setiap tahun ramai anak² muda sekitar usia awal dua puluhan di seluruh universiti tanah air akan melambung mortarboard (topi graduan) mereka sebagai tanda gembira krn lulus drpd universiti & mendapat ijazah

Topi petak hitam (mortarboard) yg ditiru drpd budaya barat itu berasal drpd pemakaian paderi di gereja Katolik Rom yg memakai biretta.

Namun itu bukanlah isunya yg hendak dibincangkan di sini tapi amalan pengajian umat Islam yg berasaskan sijil itu yg sepatutnya menjadi persoalan.

Ramai ibu bapa akan menangis & tersedu sedan dgn kejayaan anak² mereka merangkul sekeping kertas & mereka pun berkata inilah waktu yg paling gembira dlm hidup mereka iaitu krn mendapat kertas pengiktirafan drpd universiti yg terkemuka yg menyatakan bahawa anak mereka mulai dr saat ini telah bergelar GRADUAN & lulus sebagai pelajar & layak mendapatkan pekerjaan.

Pelbagai bidang ditawarkan di universiti dgn harga bayaran tertentu lalu orang ramai pun boleh melanjutkan pelajaran & kemudian diberikan sekeping kertas sebagai tanda pengesahan bahawa anda telah selesai belajar.

Tahukah kita apakah nilai sekeping ijazah? 

Jawapannya ialah sekeping kertas


Ya, nilai sebuah ijazah ialah hanya sekeping kertas!!!


Tanpa ilmu, ijazah itu tidak akan membawa kita ke mana² & tanpa ketaqwaan kpd Allah SWT maka ijazah itu pun tidak akan mampu membeli pertunjuk mahupun hidayah.

Nilai seseorang ditentukan oleh apa yg dilakukannya bukan krn kertas atau disebabkan pengiktirafan drpd mana² ulama’ terkenal.

Drpd Abu Hurairah ra telah bersabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud: 
Barangsiapa yg mempelajari ilmu yg sepatutnya adalah utk mendapatkan keredhaan Allah tapi dia sebaliknya mempelajarinya krn utk ganjaran dunia maka tidaklah dia dapat mencium bau syurga di hari kiamat. 
(Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud & Hakim)



Benarkah kita mengaji & belajar krn Allah?
:)Jika benar maka sijil & ijazah seharusnya tidak membawa makna apa² krn apa yg penting ialah ilmu bukannya kertas.

:)Jadi benarkah anda meninggalkan pintu gerbang dgn gembira krn telah selesai mengutip segala jenis ilmu & pengetahuan

:)Atau gembira meninggalkan tempat belajar krn sekeping ijazah di tangan?


Firman Allah SWT: 
Dan janganlah kamu terlalu gembira terhadap apa yg diberikanNya kpdmu. Dan Allah tidak menyukai setiap org yg sombong lagi membanggakan diri.   (Al-Hadid: 23)

Fikir²kan!




Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi akhirnya aku bukan sahaja menggenggam sekeping Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik dengan Kepujian (UPSI baik, tak gulung Ijazah kami... hihi), tapi aku mempelajari pelbagai Ilmu (Duniawi & Ukhrawi) sepanjang berada di UPSI (Universiti Pentarbiyahan Syuhada' Islam).


Terima kasih yg tak terhingga buat IBU & AYAH krn sentiasa mendoakan Wana. Pahit menuntut Ilmu tidak pernahku khabar krn aku ingin melihat mereka sentiasa gembira. 


Terima kasih buat semua warga pendidik bermula dari Tadika Perpaduan Gersik II Labuan, Sekolah Kebangsaan Pekan II Labuan, Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan, Sekolah Menengah Sains Labuan, Kolej Matrikulasi Labuan & Universiti Pendidikan Sultan Idris atas kesungguhan kalian mendidik pelajarmu ini. 


Terima kasih buat semua kawan, teman & sahabat yg pernah berjuang bersama-sama di medan Ilmu.


Terima kasih buat SAHABAT² IMAN yg sentiasa mendokongku. Allahurabbi beruntungnya aku dipilih Allah berada dlm saff perjuangan Islam bersama kalian. Moga hati ini thabat.


✿ Jazakumullahu khairan kathira buat semua 


Hanya Allah yg dapat membalas budi kalian semua.


Daisypath - (TYUz)

Moga ilmu yg kuperolehi dapat membentuk diriku menjadi MURABBI yg mendidik anak² muridku utk dunia & akhirat. 


Kejayaan Kita, Kejayaan Islam
~ KEJAYAAN ITU MILIK ALLAH ~


Akhir kalam, sambutlah SALAM SYABAS & SALAM TAHNIAH dari saya buat sahabat yg lain. Moga² kita sama² menjaga Hubungan dgn Allah SWT & bersyukur di atas kejayaan yg dikurniakanNya. 


Wallahualam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...