Photobucket

Thursday, June 7, 2012

Baju BODO: Baju Bugis

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 5:40 PM 10 comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Alahai, kenapalah lucu sangat tajuk entri kali nie? Kenapa baju BODO bukan baju PANDAI?

Nak tahu kisah baju bodo, jom terjah blog cik Wana!!!

Seusai saja solat Zohor, kami adik-beradik menontonlah rancangan kegemaran iaitu  KETIKA CINTA BERTASBIH Spesial Ramadhan yg merupakan kesinambungan movie KETIKA CINTA BERTASBIH II yg disajikan dlm bentuk sinetron Islami.

Sebenarnya sambil menonton tue, kami adik-beradik teka menekalah samada artis tue orang BUGIS atau orang JAWA. Tiada kerja. Saja² sambi berhibur. 

Di akhir episod utk kali nie, kami dapat detectlah beberapa artis yg berketurunan BUGIS berdasarkan nama sebenar mereka. Salah satu contoh depan namanya "DAENG" (keturunan Raja Bugis). Satu perkara lagi buat kami excited bila tengok FURQAN & AYATUL HUSNA kahwin mengikut adat BUGIS dgn memakai "BAJU BODO". ANNA ANTAFUNISA pun kahwin pakai "BAJU BODO". Tak percaya jom tengok.


Lucukan namanya. "Baju BODO". Tapi itulah namanya. 

 Baju bodo ialah pakaian tradisional perempuan Bugis, Sulawesi, Indonesia. Baju bodo berbentuk segi empat, biasanya berlengan pendek, iaitu setengah atas bahagian siku lengan. Baju bodo juga dikenali sebagai salah satu busana tertua di dunia. Menurut adat Bugis, setiap warna baju bodo yg dipakai oleh perempuan Bugis menunjukkan usia ataupun martabat pemakainya.  (sumber wikipedia)

WarnaErti
Jinggadipakai oleh anak perempuan berumur 10 tahun.
Jingga dan merahdipakai oleh gadis berumur 10-14 tahun.
Merahdipakai oleh perempuan berumur 17-25 tahun.
Putihdipakai oleh para pembantu & dukun.
Hijaudipakai oleh perempuan bangsawan.
Ungudipakai oleh para janda.


Actually, dulu kami pernah adakan Walimah Maksu ikut adat Bugis & saya pernah merasa pakai baju bodo versi pengapit. Waktu tu umurku 7 tahun. 

 Orang kata sapa yg pernah jadi pengapit, jodohnya lambat sampai. Betul ke? 

Jangan percaya deh omongan orang. Jodoh itu perancangan Allah. Jodoh datanglah!!! Jodoh datanglah!!! Jodoh datanglah!!! :)


Mengarutlah cik Wana nie. Lalala...


Kembali kpd fokus utama!!!

Habis saja sinetron KETIKA CINTA BERTASBIH Spesial Ramadhan, aku mulakan misi bertemu Mr Google. Hasil dapatan aku lihat ramai juga bangga bercerita tentang BUGIS terutamanya adat perkahwinan yg memakai baju bodo.

Wah, tiba² aku bangga mempunyai keturunan BUGIS walaupun dulu masa kecil malu mengaku orang BUGIS apabila ditanya oleh kawan² & guru².



Kenapa perlu bangga mempunyai darah keturunan BUGIS?

Sedangkan krn aku orang BUGIS,
☑ Aku disisihkan oleh kawan².
☑ Aku menjadi seorang pendiam.
☑ Aku menjadi seorang pemalu.
☑ Aku tidak melihat potensi yg ada dalam diriku.

Semasa sekolah rendah aku teringat satu permainan rakan²ku iaitu permainan: 
 Siapa _______, dia anak BUGIS!!! 


Waktu tu hanya Allah saja tahu perasaanku sehingga aku malu mengaku orang BUGIS. Perkara nie berlarutan sampailah aku masuk Matrikulasi Labuan & aku boleh terima kenyataan aku anak Bugis apabila menjejakkan kaki ke menara gading.

Waktu di UPSI, aku bertemu dgn ramai kawan² yg sebangsa denganku terutamanya yg asal drpd Tawau, Sabah. Dan baru aku tahu di Johor rupanya ramai juga orang keturunan Bugis.

Sebelum aku berkongsi pengalaman menjadi anak berketurunan Bugis selama 23 tahun mari kita menyelusuri Sejarah Kedatangan Bugis ke Malaysia. (bab sejarah nie paling aku tak suka ^___^)


SEJARAH BUGIS DI MALAYSIA

 Sebaik sahaja Raja Bugis menerima utusan dari Raja Sulaiman, angkatan tentera Bugis terus datang dgn 7 buah kapal perang menuju ke Riau. Raja Kechil telah ditumpaskan di Riau & melarikan diri ke Lingga dlm tahun 1134 H. 

✐ Sebagai balasan, Raja Sulaiman telah bersetuju permintaan Raja Bugis di mana  mereka mahukan supaya Raja² Bugis dilantik sebagai Yamtuan Besar atau Yang Di-Pertuan Muda, bagi memerintah  Johor, Riau & Lingga secara bersama jika semuanya dapat ditawan.

✐ Setelah Bugis berjaya menawan Riau, Raja Sulaiman kemudiannya pulang ke Pahang manakala Raja Bugis pula pergi ke Selangor utk mengumpulkan bala tentera & senjata utk terus menyerang Raja Kechil. Semasa peninggalan tersebut, Raja Kechil telah menawan semula Riau semasa Raja Bugis masih berada di Selangor.

✐ Setelah mendapat tahu Riau telah ditawan oleh Raja Kechil, Bugis terus kembali dgn 30 buah kapal perang utk menebus semula Riau. Semasa dlm perjalanan menuju ke Riau, mereka telah menawan Linggi (sebuah daerah di Negeri Sembilan) yg dikuasai oleh Raja Kechil. Setelah Raja Kechil mendapat tahu akan penawanan itu, baginda telah datang ke Linggi utk menyerang balas.

✐ Pihak Bugis telah berpecah di mana 20 buah dari kapal perangnya meneruskan perjalanan menuju ke Riau & diketuai oleh 3 orang dari mereka. Raja Sulaiman telah datang dari Pahang & turut serta memberi bantuan utk menawan semula Riau. Dlm peperangan ini mereka telah berjaya menawan kembali Riau di mana kemudiannya Raja Sulaiman & Bugis telah mendirikan kerajaan bersama.

✐ Setelah mengetahui penawanan Riau tersebut, Raja Kechil kembali ke Siak krn baginda juga telah gagal menawan semula Linggi dari tangan Bugis. Hingga kini Linggi telah didiami turun-temurun oleh keturunan Bugis & bukan daerah Minangkabau.

✐ Pada tahun 1729, Bugis sekali lagi menyerang Raja Kechil di Siak di masa Raja Kechil ingin memindahkan alat kebesaran Diraja Johor (sebuah meriam) ke Siak. Setelah mengambil semula kebesaran Diraja tersebut, Raja Sulaiman kemudiannya ditabalkan sebagai Sultan Johor dgn membawa gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah yg memerintah Johor, Pahang, Riau & Linggi.

✐ Sultan Sulaiman telah melantik Daeng Marewah sebagai Yamtuan Muda Riau. Kemudian adik perempuannya Tengku Tengah pula dikahwinkan dgn Daeng Parani yg mana telah mangkat di Kedah semasa menyerang Raja Kechil di sana.  

✐ Seorang lagi adik Sultan Sulaiman, Tengku Mandak dikahwinkan dgn Daeng Chelak (1722-1760) yg dilantik sebagai Yamtuan Muda II Riau 1730an. 

✐ Kemudian anak Daeng Parani, Daeng Kemboja dilantik menjadi Yamtuan Muda III Riau (yg juga memerintah Linggi di Negeri Sembilan).

✐ Anak Daeng Chelak, Raja Haji dilantik sebagai Yamtuan Muda IV Riau di mana baginda telah hampir dapat menawan Melaka dari tangan Belanda dlm tahun 1784 tapi akhirnya baginda mangkat setelah ditembak dgn "peluru Lela" oleh Belanda di Telok Ketapang, Melaka. Baginda telah dikenali sebagai Al-Marhum Telok Ketapang.

✐ Dlm tahun 1730an, seorang Bugis bernama Daeng Mateko yg berbaik dgn Raja Siak mengacau ketenteraman Selangor.

✐ Ini menjadikan Daeng Chelak datang ke Kuala Selangor dgn angkatan perang dari Riau. Daeng Mateko dapat dikalahkan kemudiannya beliau lari ke Siak. Semenjak itulah Daeng Chelak sentiasa berulang-alik dari Riau ke Kuala Selangor. Lalu berkahwin dgn Daeng Masik Arang Pala kemudian dibawa ke Riau.

✐ Ketika Daeng Chelak berada di Kuala Selangor, penduduk Kuala Selangor memohon kpd beliau supaya terus menetap di situ sahaja. Walau bagaimanapun, Daeng Chelak telah menamakan salah seorang drpd puteranya iaitu Raja Lumu datang ke Kuala Selangor. Waktu inilah datang rombongan anak buahnya dari Riau memanggil Daeng Chelak pulang ke Riau & mangkat dlm tahun 1745. (sumber Catatan Bugis)


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Fuhhhh.... Berpeluh membaca sejarah nie & nampaknya pembaca blog pun dah menekan button X tanpa sempat membaca ayat terakhir dariku.

Esok²lah cik Wana kongsi lagi....

❝ Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki & perempuan, & Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa & bersuku puak, supaya kamu berkenal²an (& beramah mesra antara satu dgn yg lain). Sesungguhnya semulia² kamu di sisi Allah ialah orang yg lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yg lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan & amalan kamu).   >Surah Al-Hujurat ayat 13<


Wallahualam

10 123 Bingkisan Sahabat:

kakkk, sama pla kita. aku pun malu2 kucing jgk mau mgaku. dorg penjaat smua p olok2 kat skola. kobis la apa la. mau tulis kat form pun malu. hahah tp bila dh masuk mtrk bru sedar ni. anak2 bugis rmai pla sana kan.. skg kena tnya bgsa apa, trus trang ja.nda malu2 suda..hihih

kawen nti, pakai la mcm oki pakai tu.heheh yg pntg tutup aurat.. nda prnah lagi rasa pkai bju tu...

hihi...tue la...sbnrnya ejekan mereka tue la bt kita semangat terus belajar..huhu..

kak wana, yang part sejarah tu kak copy n paste je kang ? hihi ^_^

memang pun..xda masa nak tulis sendiri..hihi

Si penghina itu barangkali tidak tahu atau tidak mahu tahu bahawa- sehina-hinanya bangsa Bugis, bangsa Bugis memiliki sedikit tamadun dan peradaban yang telah diperakui oleh ahli-ahli sejarah dan pengkaji sosiologi.

Bangsa Bugis memiliki sistem tulisan. Memiliki karya yang terpanjang di dunia. Mahir dan handal dalam pelayaran dan perdagangan. Handal dalam penghasilan senjata tangan dan sebagainya.

Kepada si penghina bangsa Bugis saya ingin kongsikan pepatah yang berbunyi "Ihre Sünde finden Sie heraus". Di mata orang Inggeris bangsa Jerman adalah bangsa hina. Lihat bangsa Jerman sekarang... Bangsa yang sentiasa muda dan segar. Dan tidak gentar untuk terus maju ke hadapan.

Sam the Bugis

Inilah hasil dasar pecah & perintah. Saya selalu jelaskan kepada pelajar tiada beza antara kita melainkan iman & amal

cik, saya juga orang Bugis, dan saya BANGGA jadi orang BUGIS. Kalaupun Ncik malu berdarah Bugis munkin itu karena Ncik tidak tahu betul bagaimana adat Bugis!

Macam mana sya nak dapatkan baju tradisional bugis ya.? Ada yg boleh membantu.?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...