Photobucket

Friday, September 30, 2011

"Rabi'atul Adawiyah & Kendi Buruk"

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 1:01 AM


Assalamualaikum & salam sejatera..

Rasanya telah lama tidak menulis mahupun berkongsi sesuatu dalam blog. Masuk sem 8 nie selalu saja sakit pelik². Nak cerita pun panjang kisahnya. Hanya orang tertentu saja faham dan tahu. Mohon doa para pembaca blog Teratak Pendidik mendoakan kesihatan saya.


Hari nak share tentang "Rabi'atul Adawiyah". Bagi peminat nasyid mungkin dah selalu dengar lagu "Rabi'atul Adawiyah". Seorang muslimah yang mempunyai kecintaan sangat tinggi pada Allah.


Allahuakhbar...


Belum mampu kita menjadi seperti Rabi'atul Adawiyah. Tapi itu tidak mustahil kalau benar² nak..(^_^)




Rabi'atul Adawiyah merupakan salah seorang serikandi agung dalam Islam. Beliau terkenal dengan sifat wara' & sentiasa menjadi rujukan golongan cerdik pandai kerana beliau tidak pernah kehabisan hujah. Ikutilah antara kisah² teladan tentang beliau...

Suatu malam yang sunyi sepi, semasa masyarakat sedang khusyuk tidur, seorang pencuri telah menceroboh masuk ke dalam pondok Rabi'atul Adawiyah. Namun setelah menyelongkar sekeliling berkali², dia tidak menemui sebarang barang berharga kecuali sebuah kendi untuk kegunaan berwuduk, itupun telah buruk. Lantas si pencuri tergesa² untuk keluar dari pondok tersebut.

Tiba² Rabi'atul Adawiyah menegur si pencuri tersebut, "Hei, jangan keluar sebelum kamu mengambil sesuatu dari rumahku ini."

Si pencuri tersebut terperanjat kerana dia menyangka tiada penghuni di pondok tersebut. Dia juga berasa hairan kerana baru kini dia menemui tuan rumah yang begitu baik hati seperti Rabi'tul Adawiyah. Kebiasaannya tuan rumah pasti akan menjerit meminta tolong apabila ada pencuri memasuki rumahnya, namun lain pula yang berlaku.

"Sila ambil sesuatu." Kata Rabiatul Adawiyah lagi kepada pencuri tersebut.

"Tiada apa² yang boleh aku ambil daripada rumah kamu ini." Kata si pencuri berterus-terang.

"Ambillah itu!" Kata Rabi'atul Adawiyah sambil menunjuk pada kendi yang buruk tadi.


"Ini hanyalah sebuah kendi buruk yang tidak berharga." Jawab si pencuri.

"Ambil kendi itu & bawa ke bilik air. Kemudian kamu ambil wudhu' menggunakan kendi itu. Selepas itu solatlah 2 rakaat. Dengan demikian, engkau telah mengambil sesuatu yang sangat berharga daripada pondok burukku ini." Balas Rabi'tul Adawiyah.

Mendengar kata² itu, si pencuri tadi berasa gementar. Hatinya yang selama ini keras, menjadi lembut seperti terpukau dengan kata² Rabi'tul Adawiyah itu. 


Lantas si pencuri mencapai kendi buruk itu & dibawa ke bilik air, lalu berwudhu' menggunakannya. Kemudian dia menunaikan solat 2 rakaat. Ternyata dia merasakan suatu kemanisan & kelazatan dalam jiwanya yang tidak pernah dirasakan sebelum ini.

Rabi'atul Adawiyah lantas berdoa:
"Ya Allah, pencuri ini telah menceroboh masuk ke rumahku. Akan tetapi dia tidak menemui sebarang benda berharga untuk dicuri. Kemudian aku suruh dia berdiri dihadapan-Mu. Oleh itu janganlah Engkau halang dia daripada memperolehi nikmat dan rahmat-Mu."


Moga kita ambil ikhtibar dengan kisah tersebut.


Wallahualam

Wednesday, September 28, 2011

Lesson Plan For Mathematics Form 4

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 6:48 PM

Tuesday, September 27, 2011

Lesson Plan For Mathematics Form 2

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 5:46 PM

Monday, September 26, 2011

Lesson Plan For Mathematics Form 1

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 9:03 PM

Saturday, September 24, 2011

Akhwat SELEKEH, kamukah??

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 6:27 PM


Assalamualaikum & salam sejahtera..
Moga kita baca & ambil pengajaran..

►►►►►►►►►►►►►►►►►►►►►►►►►►

Dari jauh, nampak seorang bertudung labuh memegang mushaf Al-qurannya bersama beg disandang ke belakang. Nampak seperti langkahnya cepat utk ke kuliah. Tudungnya mengerbang ke sana ke mari. Nampak kedutan di kain tudungnya yg langsung tidak sepadan dgn baju yg dipakai. 

Entah berapa minggu tudung itu tidak berbasuh. Hentakannya kasar ketika menaiki tangga kuliah. Stoking hitamnya yg sudah lama tidak ditukar terselak.

Seusai habis kuliah lewat jam 4 petang. Segera dia meluru ke biliknya di aras 3. Dilemparkan beg sandangnya & segera dia merebahkan diri ke katil yg dipenuhi baju² yg tidak berlipat. Penat!!!

Di hujung katil, kelihatan bakul yg dipenuhi baju² yg tidak berbasuh selama 2 minggu menambahkan lagi haruman busuk di biliknya. Buku² pula berselerakan di atas meja. Biliknya betul² bersepah.

Sibuk adalah alasan utamanya apabila ditanya tentang kekemasan bilik. 
✔ Pagi hingga petang ke kuliah. 
✔ Selepas itu pula ziarah & silaturrahim bersama mad’u & akhwat. 
✔ Malamnya pula kalau bukan studygroup atau assignment, ada halaqah atau taklim. 

Hampir setiap hari rutinnya sebegitu. Masa yg diperuntukkan utk menseterika baju/tudung, membasuh baju & menyusun buku serta menjaga kekemasan diri seolah² tiada.

❝Inikah nilai diri bagi seseorang telah ditarbiyah sedangkan tarbiyah mengajar kita utk menunjukkan qudwah yg baik kpd orang sekeliling?❞


►►►►►►►►►►►►►►►►►►►►►►►►►►

Kekemasan diri



❝Adakah tugas dakwah menjadi alasan utama bagi seorang akhwat utk tidak menjaga kekemasan diri & sekitarnya?❞

Seorang akhwat perlu menjaga setiap apa yg dipakainya & menjaga kekemasan luaran & dalaman. 

Jangan kita hanya menjaga kekemasan dalaman sahaja tanpa memikirkan soal luaran. Pandangan pertama objek dakwah pada seorang da’ie adalah luarannya & itulah perkara pertama yg membuat mereka tertarik minat pada kita.

Kekemasan luaran adalah menjaga kekemasan serta kebersihan pakaian & bagaimana cara kita mengelolakan harta benda kita. Ia melibatkan banyak perkara namun distresskan pada sesetengah perkara khususnya seterika/kebersihan/kesepadanan tudung, baju & stoking di samping kekemasan bilik.



Berapa ramaikah akhwat yg tidak basuh tudung, stoking & handsocknya selama berminggu²?

Berapa ramaikah akhwat yg malas seterika tudung & baju kurungnya utk keluar?

Berapa ramaikah akhwat yg memakai tudung tidak sepadan dgn warna baju?

Berapa ramai akhwat yg biliknya sentiasa bersepah apabila akhwat lain datang ziarah?



Kalau tiada, ini satu keputusan yg bagus. Namun kalau masih ada berperilaku sebegini, ayuh ubahlah diri!!! Kita ini akhwat!!! Kita mesti lagi faham & arif soal kebersihan & kekemasan. 

Jangan sampai krn ❝nila setitik, rosak susu sebelanga❞. Orang memandang puak yg bertudung labuh ini sebagai satu puak. Jika, salah seorang kita merosakkan imej mereka yg bertudung labuh, maka seluruhnya akan terkena.

Salah faham ‘kekemasan vs tabarruj’


Mungkin ada juga yg akan beralasan, kami ini tidak mahu bertabarruj. Kami akan berkemas² hanya di depan suami sahaja. Jadi, tidak ada gunanya kami berkemas² apabila keluar!

Tabarruj itu terang²an salah. Namun menjaga kekemasan diri, pakaian & barang peribadi itu tidak salah.

Saya faham, akhwat tidak mahu berkemas² apabila keluar rumah krn ditakuti dipandang oleh bukan mahram. 

Namun, perlukah sampai tidak mengambil kira soal kekemasan utk tidak dipandang?
✔Adakah perlu sampai nampak selekeh di hadapan khalayak ramai? ✔Adakah sampai tidak perlu menseterika tudung, membasuh tudung & menukarnya mengikut kesesuaian warna, tidak mandi, tidak memakai deodorant/bedak & sebagainya?
Janganlah begitu duhai akhwat fillah.

Kita sememangnya menjaga diri kita drpd gangguan & pandangan lelaki, namun tidaklah perlu sebegitu ekstremis. Kita mesti mengambil kira soal pandangan objek dakwah/mad’u pada kita juga. 

Kita perlu menunjukkan qudwah yg baik kpd mereka. Mereka itu sentiasa melihat setiap gerak geri kita & cara kita berpakaian.

Selekeh itu bukan akhwat

Akhwat bukan selekeh. Selekeh itu bukan sikap akhwat. Semoga kita sama² perbaiki diri kita. Bukan dalaman sahaja. Tapi luaran juga.
Ambillah masa utk menseterika baju & tudung ketika punya masa lapang seperti waktu petang atau tengah malam sebelum tidur. 

:)Halaqah atau taklim bukanlah dilakukan setiap malam. 

:)Ziarah & silaturrahim juga tidak perlu dilakukan setiap petang. 

:)Buatlah jadual yg sesuai dgn loading kerja dakwah & study kita. 

:)Jika tidak sempat utk membasuh baju, carilah hari dlm seminggu utk membasuh baju menggunakan mesin basuh yg disediakan. 

:)Kemaslah katil, meja & rak buku sebelum melangkahkan kaki keluar ke kuliah. Jadikanlah bilik kita sentiasa kemas semasa ketiadaan kita.

Semoga dgn qudwah sedikit yg kita tonjolkan ini, ramai objek dakwah di luar sana tidak ragu² utk menerima dakwah kita.

Islam itu cantik & indah!!!

Janganlah merosakkan kecantikkan Islam hanya krn kita tidak menjaga kekemasan diri.

Kita ini dai’e.

Seorang dai’e jika dalamannya cantik, luaran juga cantik.

p/s: Cantik bukan erti kata rupa.



Wallahualam...

Friday, September 23, 2011

MeMo!R Anak "St!ng Garden"

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 8:40 PM

Melalui kaca mata Nuar, bersama dengan 2 orang teman baiknya, Mamat & Bain, kemiskinan serta penderitaan ditertawakan. Mereka berada di tengah² tarik tali kehidupan antara pemerintah dengan penduduk setinggan, pembangunan materi yang pincang dengan pembangunan jiwa yang menyeluruh. Di satu sudut cita² mereka dibangunkan namun pada masa yang sama dibunuh oleh sistem yang keliru tumpuan & matlamat. Nuar, Mamat & Bain, kanak² yang polos, nakal & serba mungkin. Di taman kehidupan di ‘Sting Garden’, mereka membesar bersama kanak² lain & membina peribadi masing². Menelusuri pengalaman kanak² mereka tidak terhenti setakat melaga ayam & spider tetapi turut mengulit sama perjuangan ibu bapa, budaya masyarakat  & sistem berat sebelah yang hanya menjadikan yang kaya bertambah kaya sementara yang miskin bertambah miskin. ‘Sting Garden’ dicoret dengan perasaan seorang kanak² menjadikannya lucu, mengharukan & ‘basah’ untuk dibaca.

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Alhamdulillah, saya selesai membaca 'Memoir Anak Setinggan' kepunyaan Puteri Aisyah. Kat atas tue sedikit sinopsis dalam buku ini. Terima kasih M.S Anuar Mahmod kerana menulis buku nie. Berkongsi akan pengalaman menjadi anak setinggan.



Aduh, saya sentap sentap sentap dihenjut ayat² dalam buku kecil berharga RM14.00 ini. 

Bukankah penduduk setinggan itu juga menyumbang banyak dalam pembangunan negara? Kuala Lumpur secara spesifiknya. Tenaga kerja diperlukan tapi kediaman tak disediakan.


Buku nie memang menarik. Ada satu part yang buat aku sedih & hampir nangis bila baca... Huhu... Part bilamana hal Nuar tolong jual nasi lemak mak dia kat sekolah & guru besar tahu maka dia diberi amaran jangan berniaga lagi. 

Hebatnya buku nie bilamana ada isu pembangunan di KL, peranan sekolah (''penjara'' bagi Nuar) dalam melahirkn insan yang kreatif & nilai hidup dari kacamata orang susah & pemerintah. 

Saya baca novel ini dengan perasaan tidak mahu terlepas walau satu pun bait² perkataannya. Sangat mengesan di jiwa. Setiap bait kata²nya tidak kosong sebaliknya sarat dengan pengajaran.

Bagi mereka yang ingin mendalami & menjiwai perasaan sebahagian mereka yang menjadi anggota masyarakat kita hari ini, silalah ulit buku ini. Pada saya penulis berjaya menyampaikan mesejnya dalam bentuk yang cukup santai. Ringkas tapi padat & berisi. 

Kalau kalian tidak ketawa sampai berguling² sekalipun, setidak²nya kalian akan tersenyum sambil menampakkan semua barisan gigi tatkala membacanya. Gelagat budak² comel yakni Nuar, Mamat & Bain cukup mencuit hati. 
Seandainya dahulu dia tahu perkara yang dia tahu pada masa itu, mengenai semangat kesaksamaan Islam, sudah tentu dia mengambil seberapa banyak lebihan yang boleh daripada golongan kaya dengan paksaan, sebanyak mana yang diperlukan bagi memenuhi keperluan asas golongan yang tidak berada. (Khalifah Umar)

Jangan lepaskan peluang untuk baca.

Wallahualam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...