Photobucket

Saturday, September 24, 2011

Akhwat SELEKEH, kamukah??

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 6:27 PM 6 comments


Assalamualaikum & salam sejahtera..
Moga kita baca & ambil pengajaran..


Dari jauh, nampak seorang bertudung labuh memegang mushaf Al-qurannya bersama beg disandang ke belakang. Nampak seperti langkahnya cepat utk ke kuliah. Tudungnya mengerbang ke sana ke mari. Nampak kedutan di kain tudungnya yg langsung tidak sepadan dgn baju yg dipakai. 

Entah berapa minggu tudung itu tidak berbasuh. Hentakannya kasar ketika menaiki tangga kuliah. Stoking hitamnya yg sudah lama tidak ditukar terselak.

Seusai habis kuliah lewat jam 4 petang. Segera dia meluru ke biliknya di aras 3. Dilemparkan beg sandangnya & segera dia merebahkan diri ke katil yg dipenuhi baju² yg tidak berlipat. Penat!!!

Di hujung katil, kelihatan bakul yg dipenuhi baju² yg tidak berbasuh selama 2 minggu menambahkan lagi haruman busuk di biliknya. Buku² pula berselerakan di atas meja. Biliknya betul² bersepah.

Sibuk adalah alasan utamanya apabila ditanya tentang kekemasan bilik
Pagi hingga petang ke kuliah
Selepas itu pula ziarah & silaturrahim bersama mad’u & akhwat
Malamnya pula kalau bukan studygroup atau assignment, ada halaqah atau taklim

Hampir setiap hari rutinnya sebegitu. Masa yg diperuntukkan utk menseterika baju/tudung, membasuh baju & menyusun buku serta menjaga kekemasan diri seolah² tiada.

Inikah nilai diri bagi seseorang telah ditarbiyah sedangkan tarbiyah mengajar kita utk menunjukkan qudwah yg baik kpd orang sekeliling?



Kekemasan diri



Adakah tugas dakwah menjadi alasan utama bagi seorang akhwat utk tidak menjaga kekemasan diri & sekitarnya?

Seorang akhwat perlu menjaga setiap apa yg dipakainya & menjaga kekemasan luaran & dalaman

Jangan kita hanya menjaga kekemasan dalaman sahaja tanpa memikirkan soal luaran. Pandangan pertama objek dakwah pada seorang da’ie adalah luarannya & itulah perkara pertama yg membuat mereka tertarik minat pada kita.

Kekemasan luaran adalah menjaga kekemasan serta kebersihan pakaian & bagaimana cara kita mengelolakan harta benda kita. Ia melibatkan banyak perkara namun distresskan pada sesetengah perkara khususnya seterika/kebersihan/kesepadanan tudung, baju & stoking di samping kekemasan bilik.



Berapa ramaikah akhwat yg tidak basuh tudung, stokinghandsocknya selama berminggu²?

Berapa ramaikah akhwat yg malas seterika tudung & baju kurungnya utk keluar?

Berapa ramaikah akhwat yg memakai tudung tidak sepadan dgn warna baju?

Berapa ramai akhwat yg biliknya sentiasa bersepah apabila akhwat lain datang ziarah?



Kalau tiada, ini satu keputusan yg bagus. Namun kalau masih ada berperilaku sebegini, ayuh ubahlah diri!!! Kita ini akhwat!!! Kita mesti lagi faham & arif soal kebersihan & kekemasan. 

Jangan sampai krn nila setitik, rosak susu sebelanga. Orang memandang puak yg bertudung labuh ini sebagai satu puak. Jika, salah seorang kita merosakkan imej mereka yg bertudung labuh, maka seluruhnya akan terkena.

Salah faham ‘kekemasan vs tabarruj’


Mungkin ada juga yg akan beralasan, kami ini tidak mahu bertabarruj. Kami akan berkemas² hanya di depan suami sahaja. Jadi, tidak ada gunanya kami berkemas² apabila keluar!

Tabarruj itu terang²an salah. Namun menjaga kekemasan diri, pakaian & barang peribadi itu tidak salah.

Saya faham, akhwat tidak mahu berkemas² apabila keluar rumah krn ditakuti dipandang oleh bukan mahram. 

Namun, perlukah sampai tidak mengambil kira soal kekemasan utk tidak dipandang?
Adakah perlu sampai nampak selekeh di hadapan khalayak ramai? Adakah sampai tidak perlu menseterika tudung, membasuh tudung & menukarnya mengikut kesesuaian warna, tidak mandi, tidak memakai deodorant/bedak & sebagainya?
Janganlah begitu duhai akhwat fillah.

Kita sememangnya menjaga diri kita drpd gangguan & pandangan lelaki, namun tidaklah perlu sebegitu ekstremis. Kita mesti mengambil kira soal pandangan objek dakwah/mad’u pada kita juga. 

Kita perlu menunjukkan qudwah yg baik kpd mereka. Mereka itu sentiasa melihat setiap gerak geri kita & cara kita berpakaian.

Selekeh itu bukan akhwat

Akhwat bukan selekeh. Selekeh itu bukan sikap akhwat. Semoga kita sama² perbaiki diri kita. Bukan dalaman sahaja. Tapi luaran juga.
Ambillah masa utk menseterika baju & tudung ketika punya masa lapang seperti waktu petang atau tengah malam sebelum tidur. 

:)Halaqah atau taklim bukanlah dilakukan setiap malam. 

:)Ziarah & silaturrahim juga tidak perlu dilakukan setiap petang. 

:)Buatlah jadual yg sesuai dgn loading kerja dakwah & study kita. 

:)Jika tidak sempat utk membasuh baju, carilah hari dlm seminggu utk membasuh baju menggunakan mesin basuh yg disediakan

:)Kemaslah katil, meja & rak buku sebelum melangkahkan kaki keluar ke kuliah. Jadikanlah bilik kita sentiasa kemas semasa ketiadaan kita.

Semoga dgn qudwah sedikit yg kita tonjolkan ini, ramai objek dakwah di luar sana tidak ragu² utk menerima dakwah kita.

Islam itu cantik & indah!!!

Janganlah merosakkan kecantikkan Islam hanya krn kita tidak menjaga kekemasan diri.

Kita ini dai’e.

Seorang dai’e jika dalamannya cantik, luaran juga cantik.

p/s: Cantik bukan erti kata rupa.



Wallahualam...

6 123 Bingkisan Sahabat:

setuju..
islam mengajar kebersihan & kekemasan.
tabarruj dan kekemasan dua perkara yang jauh berbeza.
kemaskanlah & bersihkanlah diri kerana setiap penampilan kita juga satu dakwah, yg mencerminkan islam...

cik Nani --> suka part mana tue..moga kita jd muslimah yg sentiasa kemas..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...