Photobucket

Saturday, April 20, 2013

Bacalah Al-Quran Meskipun Tidak Memahami Sepenuhnya~

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 5:08 PM




Assalamualaikum & salam sejahtera...


Terlallama rasanya tidak duduk di hadapan laptop sambil menulis. Kekangan masa & amanah yg perlu diselesaikan menjadi faktor penyebab blog sudah lamtidak diupdate.



Sedihnya rasa hati sebab tidak dapat terlibatkan dlm Penamaan Calon di P166 hari ini 20.4.2013 [Sabtu].


Hurmmm... Lebih banyak masa diluangkan bersama pelajar drpd bergerak kerja utk Islam. Mungkin posisi ylayak utkku dlm Islam adalah mendidik pelajar faham Islam.


Bagi mengubat jiwa, biar diri ini menulis. Moga perkongsian cik Wana hari nie menjadi motivasi buat diri.




Mengapa kita perlu Membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yg dibaca?

Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pedalaman.


Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan & membaca Al-Quran.


Cucunya ingin menjadi seperti Atuk & meniru seberapa boleh akan bacaan yg dibaca oleh Atuknya.


Pada suatu hari cucunya bertanya, 
Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun & jika saya faham sekalipun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya.

Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’


Selesai mendengar pertanyaan cucunya, orang tua itu meletakkan arang batu ke dlm dapur pemanas badan, dgn perlahan dia menoleh kpd cucunya sambil berkata,
‘Bawa guni arang batu ini ke sungai & bawakan saya seguni air.’

Budak lelaki itu buat seperti apa yg disuruh tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa & berkata,
‘Kamu hendaklah berjalan lebih cepat utk yg akan datang.’


Dia meminta cucunya ke sungai bersama dgn guni arang batu utk mencuba sekali lagi.


Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, tapi sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah.


Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin utk membawa air di dlm guni & dia pergi utk mengambil baldi.


Orang tua itu berkata, 
‘Saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Kamu tidak cukup kuat mencubanya.’


Dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.


Pada ketika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dlm guni hingga ke rumah, tetapi utk tidak menunjukkan apa² reaksi kpd Atuknya. Dia berlari seberapa laju yg dia boleh tapi semua air yg dibawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah.


Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai & berlari secepat mungkin dgn seguni air, tetapi apabila sampai kpd Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. 



Meletihkan, katanya. 

Tengok Atuk, tak guna!’ katanya lagi.



Jadi kamu fikir ianya tidak berguna?’ orang tua itu berkata.

‘Tengok guni itu!’’ kata orang tua itu sambil menunjukkan guni.


Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut & buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar drpd guni lama yg kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar & dalam.


Cucuku, itulah yg akan berlaku jika kita membaca Al-Quran. Kita mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila kita membacanya, kita akan berubah dgn sendirinya, dalaman & luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dlm kehidupan kita.



Moga cerita ini membuklembaran baru buat kitagar rajin membaca Al-Quran.



Wallahualam.

Monday, April 8, 2013

Siapa Aku Di Hadapanmu?

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 9:00 PM



Assalamualaikum & salam sejahtera.


Telah lama kurasakan tidak menulis. Benarlah kata sahabat, apabila melangkah ke alam pekerjaan, komitmen terhadap tugas & amanah semakin bertambah.


Allahurabbi.....


Moga aku dapat melaksanakan amanah & tanggungjawab yg terpikul di bahuku dgn sebaiknya. InsyaAllah...


Siapa gerangan "mu" itu?

Syaitan.
Manusia.
Malaikat.
Pencipta.

Nak tahu jom baca entri cik Wana. Moga entri nie buat renungan kita bersama sebelum misi melelapkan mata.


SUBUHNYA…
Di mana aku berada?
Masih enak dlm kelambu rindu,
Sambil berpoya² dgn waktu,
Masa bagaikan menderu,
Langkah tiada arah tuju,
Fikiran terus bercelaru,
Terlupa aku semakin di hujung waktu,
Siapa aku di depan Tuhanku?


ZOHORNYA…

Aku lebih memikirkan kelaparan,
Kehausan & rehatku,
Aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku,
Aku bertolak ansur dgn waktu,
Aku gembira membilang keuntungan,
Aku terlupa berapa besar kerugian,
Jika aku menggadaikan sebuah ketaatan,
Siapa aku di depan Tuhanku?


ASARNYA…
Aku lupa warna masa,
Cepat berubah bagaikan ditolak²,
Aku masih dgn secawan kopiku,
Terlupa panas tidak di hujung kepala,
Aku masih bercerita,
Tentang si Tuah yg setia,
Dan si Jebat yg derhaka,
Siapa aku di depan Tuhanku? 


MAGHRIBNYA…

Aku melihat warna malam,
Tetapi aku masih berlegar,
Di sebalik tabirnya,
Mencari sisa² keseronakan,
Tiada terasa ruang masa yg singkat,
Jalan yg bertongkat²,
Ruginya bertingkat²,
Siapa aku di depan Tuhanku?


ISYAKNYA…
Krn masanya yg panjang,
Aku membiarkan penat,
Menghimpit dadaku,
Aku membiarkan kelesuan,
Mengangguku,
Aku rela terlena,
Sambil menarik² selimut biru,
Bercumbu² dgn waktuku,
Siapa aku di depan Tuhanku?


*****************************************

Kini aku tertanya²,
Sampai bila aku akan melambatkan sujudku,
Apabila azan berkumandang lagi,
Aku tidak akan membiarkan masjid sepi lagi,
Kerana di hujung hidup adanya mati,
Bagaimana jenazah akan dibawa ke sini?
Jika wajahku begitu asing,
Pada mentari & bintang²,


SIAPAKAH AKU DI DEPAN TUHANKU NANTI???


Sejauhmana kita nak Allah nak pandang kalau solat pun susah. Nak solat di awal waktu pun susah. Kita nak Allah jaga hak kita tapi hak Allah kita pandang & buat² tak tahu?


Wallahualam.

Friday, March 29, 2013

Corat Coret Guru Interim [Aku & SMSL]

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 6:28 PM




Assalamualaikum & salam sejahtera.


Apa khabar semua?


Alhamdulillah, cik Wana masih diberi kesempatan oleh Allah utk menikmati nikmat keindahan IMAN & ISLAM.


Rasanya telah lama tidak menulis di blog memandangkan masa yg ada perlu diisi dgn kewajipan seorang hamba, anak, dai'e & guru.


Utk makluman semua sudah 3 minggu cik Wana menjadi GURU INTERIM di Sekolah Menengah Sains Labuan (SMSL) - Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Saya mula melapor diri di SMSL pada 1 Mac 2013 pada Pengetua Sekolah.



Allahurabbi tak sangka boleh datang mengajar di sekolah yg pernah mendidikku menjadi seorang manusia berguna.

Allahurabbi tak sangka boleh bersama² dgn guru²ku dahulu utk mendidik genarasi SMSL sekarang.


Tak pernah menginginkan.
Tak pernah terbayang.
Tak pernah merancang.





Terkejut apabila dapat tahu drpd Jabatan Pelajaran W.P.Labuan pd 27 Februari 2013 yg saya perlu menjadi guru interim di SMSL. 




28 Februari 2013 merupakan hari yg paling sibuk kurasa memandangkan perlu menyelesaikan semua tugas guru ganti di PPKI, SK Pantai sebelum meletakkan jawatan pada 1 Mac 2013.


Mahu tidak mahu, aku terpaksa & berat hati memaklumkan pada semua warga PPKI SK Pantai bahawa aku akan mula bertugas di SMSL pada 1 Mac 2013 walaupun masih mempunyai tempoh menjadi guru ganti masih berbaki 18 hari lagi.


Beginilah keadaanku, apabila sudah serasi dgn keadaan di tempat bekerja terpaksa pula beralih ke tempat lain.


Hari terakhir bersama murid² PPKI membuatkan aku sebak dlm hati. Tak mampu nak menangis krn aku sedang belajar utk kuat. Ya,  


Wana mesti KUAT!!!


Lapor diri 1 Mac 2013

Aku & adik² terpaksa bangun lebih awal drpd hari kebiasaan agar tidak lewat utk sampai ke SMSL. Ayah perlu menghantar adik²ku terlebih dahulu memandangkan SMSL terletak jauh drpd tempat tinggalku.


Sekali lagi air mataku bergenang apabila melihat ayahku yg sedang memandu laju agar aku tidak lewat sampai ke SMSL.


Sejak kecil hingga usia 23 tahun masih lagi menyusahkannya. Moga ini yg terakhir.


Berada saja di SMSL yg tidak asing bagiku walaupun sudah 7 tahun meninggalkannya, aku terus melapor diri kpd pengetua. Kata² amanat drpd pengetua membuat jiwa bergetar. Mampukah aku mendidik mereka?


Walaupun aku merupakan alumni SMSL tapi banyak lagi selok belok yg perlu aku pelajari apatah lagi bergelar pendidik.


Aku tersenyum sendiri.

Kadangkala aku tersenyum sendiri apabila teringat memori 5 tahun bergelar pelajar SMSL. Suka duka pelajar telah dilalui.





Aku juga tersenyum memandangkan rasanya baru beberapa minggu berbincang bersama sahabat² alumni SMSL utk membantu BADAR SMSL.






"Ya, PERANCANGAN ALLAH itu HEBAT."



Utk pengetahuan semua, sekarang cik Wana tinggal di rumah warden aspuri & membantu tugas warden bertugas. Moga dipermudahkan Allah.




Setelah diberi jadual waktu, insyaAllah aku akan mengajar subjek Matematik Moden & Kimia



Matematik Moden: Tingkatan 4 Pendeta,  4 Intelek & 5 Intelek

Kimia: 4 Cendikiawan




Rasanya setakat ini saja celoteh cik Wana. InsyaAllah lain masa akan menulis lagi ^_^



"Ya Al Hakim… Berilah aku kekuatan & semangat serta ilham agar aku mampu terus membimbing anak² muridku yg sangat dahagiakan ilmu. Berikanlah aku keikhlasan yg jitu agar dapat aku mencurahkan ilmu yg engkau kurniakan kpd anak² didikku supaya lahir generasi masa depan yg terus mendokong perintahMu… Berilah aku kesabaran dlm menangani karenah generasi muda yg sangat mencabar keimanan & kesabaranku… Hulurkanlah aku kebijaksanaan agar aku mampu memacu kalam keinsanan hingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi."

Wallahullam

Saturday, February 23, 2013

Corat Coret Guru Ganti [Aku Penyabar]

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 9:17 PM


Assalamualaikum & salam sejahtera.


Syukur ke hadrat Ilahi krn masih diberi nikmat Iman & Islam dlm menunaikan tuntutan sebagai hamba Allah. Syukur juga ke hadrat Ilahi krn kurniakan kekuatan & kesabaran buat cik Wana terus mendidik murid² di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), SK Pantai (SKP) W.P. Labuan


Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan Wana sepanjang hampir dua bulan mengajar di sana. Sedikit demi sedikit ilmu diperolehi sepanjang menjadi pendidik di sana.


Hari nie terasa rajin pula nak update blog sambungan entri bulan lalu tentang guru ganti. Boleh tengok di sini [Corat Coret Guru Ganti Kelas Aliran Pendidikan Khas]


Macam mana keadaan kelas aliran Pendidikan Khas?

Soalan nie pernah dilontarkan oleh sahabat kpd saya.


Sebenarnya keadaan kelas PPKI bergantung kpd jumlah murid, keadaan masalah murid & jumlah guru.


Kalau di SKP, ada 6 kelas dgn jumlah murid yg berbeza iaitu

Zuhrah (6 orang)
Zuhal (5 orang)
Uranus (5 orang)
Neptune (7 orang + seorang mengikuti Pendidikan Inklusif)
Marikh (7 orang + seorang mengikuti Pendidikan Inklusif)
Musytari (7 orang + seorang mengikuti Pendidikan Inklusif)
40 orang mengikuti Pendidikan Khas di SK Pantai


Pendidikan Inklusif: Seorang murid yg telah disahkan menghadapi masalah yg boleh menjejaskan pembelajaran boleh ditempatkan di kelas biasa utk menerima pendidikan bersama² dgn murid yg tidak mengalami masalah. Pendidikan ini juga dikenali sebagai pengsealiran (mainstreaming).


Sikitkan. Sekiranya orang yg tak faham & ambil tahu tentang PPKI mungkin mereka kata; 
"Alahai, sikitnya murid satu kelas. Senang je nak ajar kalau macam tu"


Memang sikit tapi tenaga nak mendidik sama seperti tenaga nak mendidik 40 orang murid. Cabaran utama.


Cuma yg bestnya bila sikit perhatian kpd seorang murid mudah. Jom tengok gambar sebahagian drpd mereka.





 Budaknya comel tapi susah nak kawal. Dah beberapa kali lari semasa orang tak perasan. Memang laju kalau dia lari. Kalau waktu rehat selalu duduk main di sebelahku. Kalau cikgu lain marah dia mesti bawa beg pi sebelahku. Kakak PPM (Pembantu Pengurusan Murid) kata "Dia nie suka Wana." Kekasih baru.. =)


Mudahkah nak mencapai objektif P&P bagi setiap topik?

Kalau kelas Musytari mudah tapi kelas Zuhrah & Zuhal agak susah. Kelas yg lain sederhana. Sekurang²nya seminggu hanya fokus satu subtopik. Penyampaian & pendekatan perlu berbeza.

Nie hasil kerja kelas Zuhal (Feffy, Syafiq, Afendy, Ikhwan & Fauzul) di bawah topik 
MATA UNTUK MELIHAT (MENGENAL WARNA)


Bolehkah berdakwah dgn murid² PPKI?


Teringatkan beberapa soalan yg agak lucu drpd murid² kpd Wana. Dgn nada suara yg comel akan buat hati terhibur. 

1) Cikgu nie nak panggil USTAZAH atau CIKGU?

2) Kenapa cikgu pakai tudung besar macam ustazah²? 


Jawapan Wana mudah saja. Cikgu suka.


Bagi Wana, walaupun mereka murid² yg berkeperluan khas sebagai seorang guru yg beragama Islam perlu menerapkan asas² Islam pada mereka. Gunalah apa² pendekatan. Tak perlu yg dakwah high class, yg penting "Betulkan yg biasa, biasakan yg betul". 



.:: Guru adalah pendakwah yg paling berjaya jika mereka bersedia melakukan pekerjaan itu dgn berdasarkan keimanan kpd Allah & utk menegakkan agamaNya ::.


Pengalaman tak boleh dilupakan


Kalau tanya tentang ini, Wana pasti jawapan seperti dlm facebook hari tu iaitu diludah tepat di muka oleh murid. Allahurabbi, sabar je. Dia masih budak². 


Nasib baiklah dikau insan dijamin Syurga Allah. Moga dirimu juga membawaku ke Syurga Allah.


Pengalaman berharga seorang bakal guru ^__^


Aktiviti terkini?


Sepanjang mengajar di sini, ini program pertama yg dijalankan memandangkan pada hari Jumaat (22 Februari 2013) yg lalu ramai guru yg tidak hadir atas komitmen masing² (3 orang ke Himpunan Guru Muda 1 Malaysia di Kota Kinabalu, Sabah & seorang kena campak).


Sepatutnya dlm takwim sekolah, hari Jumaat diadakan Sambutan Maulidurrasul & Tahun Baru Cina. Tapi tiada pun.


Pada hari kejadian murid tahap 2 (Musytari, Marikh & Neptune) mengikuti teori & praktikal membuat Puding Roti bakar manakala murid tahap 1 (Zuhal, Zuhrah & Uranus) melihat tayangan & mewarna.


Wana, Kak Azean, Kak Liza & Kak Rosnah handle murid² tahap 2 menyediakan puding yg diketuai oleh Kak Liza sebagai Guru Masakan ^_^



Kak Liza sedang menunjukkan praktikal membuat puding roti.



Sangat best. Alhamdulillah dapat ilmu masakan baru "Puding Roti Bakar Berkismis". InsyaAllah Wana share bahan² & cara² membuatnya di bawah. 


Bahan² nak buat puding:
2 biji telur, setin susu cair, sesudu kecil esen vanila, sebungkus roti, 2 sudu besar butter

Cara membuat:
1) Satukan telur, susu cair, esen vanila & butter
2) Gaul dgn sudu saja sehingga semua sebati. 
3) Roti dikoyak² jadi 8 bahagian (yg penting kecil bukan terlalu kecil) 
4) Masukkan ke dlm adunan tadi. Biarkan terendam & meresap seketika. 
5) Masukkan separuh kismis. Gaul sebati. 
6) Kemudian tuang ke dlm loyang/bekas yg telah digris dgn sedikit butter
7) Taburkan baki kismis di atas adunan. 
8) Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.


Selepas Kak Liza menunjukkan cara² membuat puding, murid² dibahagi kpd 2 kumpulan pula utk menyediakan puding dgn pantauan guru².



Jeng² nielah hasil puding bakar salah satu kumpulan.




Selepas semua selesai masak maka bermulalah KENDURI MINI. Alhamdulillah.


Rasanya setakat ini saja celoteh Wana. Wana rasa best mengajar di sini dgn cikgu² yg sentiasa ceria & sabar. Moga terpalit juga sifat² mereka dlm diriku.


Semoga Allah permudahkan hari² yg mendatang.




Doakan diri ini istiQamah dlm perjuangan Islam, menjadi murabbi membentuk anak bangsa. ^^



Wallahualam 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...