Pelajarannya selepas waktu rehat tadi tiada makna. Sepatah kata yang keluar dari mulut cikgu²nya tidak satupun diingati atau diberi perhatian. Matanya tajam memandang ke arah papan hijau di hadapan kelas tetapi fikiran jauh ke laut mencari ketenangan. Jasadnya wujud tapi ruh akalnya tiada. Bukan sibuk memikirkan penyelesaian tetapi sibuk mencari masalah² yang akan timbul jika cerita tadi diketahui umum.
Rupa²nya, bukan Naim sahaja yang berjasad tanpa akal, begitu juga dengan Nisa. Cuma ada kelainannya. Nisa sama sekali tidak bimbang tentang nasibnya jika cerita itu bocor atau ada mata yang terpandang peristiwa tadi tetapi kepalanya sibuk memikirkan tentang Naim. Kedudukannya di dalam kelas menyebabkan matanya tidak berkelip memandang Naim dari belakang. Baginya, alangkah bertuah sesiapa yang dapat menawan hati Naim. Kesopanan & kebaikan yang ditunjukkan oleh Naim sebentar tadi, betul² memikat hati suci si gadis ini. Begitulah nasib si Abid tanpa Ilmu. Pantang ditiup angin, pasti dia rebah.
Tangan mula mengambil peranan, diambilnya pen merah jambu kesukaannya & diambil sehelai kertas memo yang berada di dalam laci mejanya. Sepucuk surat ditulis sebagai tanda terima kasih buat si jejaka budiman. Surat sahaja tidak cukup, dibelinya sekotak air laici yang berharga 80sen dengan duit seringgit. Bakinya dibeli sebatang choki², juga sebagai hadiah.
Seperti kebiasaannya, Naim datang ke kelas seawal mungkin. Selesai sahaja solat Zohor berjemaah & makan di dewan makan, tanpa menyalin pakaian, dia terus ke kelas. Baginya masa itu emas & tidak boleh dibazirkan walaupun sesaat. Masih banyak pelajaran tingkatan 4 & tingkatan 5 yang belum dikuasainya. Tabiatnya ini menjadi ikutan sesetengah pelajar yang lain. Pabila dia melangkah kaki ke dalam kelas, alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat sepucuk kertas yang dilipat 2 & ditindih dengan sekotak air laici & sebatang choki².
Isi suratnya:
Salam..Terima kasih kerana tolong ana..Kalau anta takde tadi, tatau la macamana ana nak buat..Jangan bimbang, ana tidak akan membocorkan hal tadi kepada orang lain..Ukhwah Fillah,Nisa’
Sambil menghirup air laici dalam kotak itu, dia tersenyum. Dengan mengoyak plastik depan choki², dia membetulkan kerusinya, mempersiapkan dirinya untuk menulis surat balas kepada Nisa. Sebaik sahaja pennya ingin menyentuh dada kertas putih berbelang biru itu, dia terfikir alangkah bagusnya kalau dia mempunyai pen berwarna-warni supaya Nisa tidak jemu membacanya. Mata hitamnya terpandang bekas pensil kawan di hadapannya. Tidak pernah dia menyentuh barang orang lain tanpa izin tapi kali ini tidak lagi. Entah kawannya bagi atau tidak, dia terus menggunanya atas alasan yang sangat biasa, “standardlah, kawan..” Maka bermulalah kisah cinta Naim, Si Budak Agama.
Balas dia:
Salam,Terima kasih atas minuman & makanan yang saudari bagi,Ana tidak buat apa² melainkan untuk menolong insan dalam kesusahan,Bukankah Islam menyuruh kita menolong orang dalam kesusahan?Moga Allah meredhaai kita,Dan, salam perkenalan. Ana Naim.Naim
Diselitnya surat ini ke dalam buku latihan Nisa’ dengan harapan yang membulat.
Maka, Naim & Nisa mula berbalasan surat. Walaupun pada awalnya, kedua² merasa kekok dek kerana dua² mempunyai tapak agama yang boleh dikatakan kukuh. Ada juga Nisa bertanya di dalam suratnya, “Kita berbalas surat ni, tak salah ke di sisi Islam?”
Pening juga Naim dibuatnya namun disejukkan hatinya & hati Nisa dengan jawapan, “Takpa, kita dating tak pernah. Bertentangan mata jarang sekali. Kita Ukhwah Fillah. Kita berhubungan inipun semata² kerana Allah. Kita niat untuk berkahwin, bukan untuk buat maksiat.”
Nisa membalas, “bagaimana pula dengan zina hati?”
Lalu Naim membalas, “Mana ada zina hati. Zina hati tu ulama’ yang buat dengan tujuan umat Islam tidak mendekati zina. Rasulullah tak kata pun. Lagipun cinta ini fitrah, masakan Allah zalim mengharamkan apa² fitrah manusia?” Hilang sudah prinsip yang dipegangnya selama ini.
Walaupun Nisa tidak berpuas hati dengan jawapan Naim, namun dek kerana cintanya dia kepada Naim, di’iya’kan sahaja ‘fatwa’ kekasihnya itu.
Naim dapat mengesan rasa sangsi kekasih hatinya melalui gaya bahasa & cara penulisan yang agak sedikit berbeza, lalu dia membalas, “Nisa'’, bukankah Allah berfirman bahawa perempuan baik untuk lelaki yang baik & lelaki yang baik untuk perempuan yang baik? Ana yakin anti baik & ana pun yakin yang anti rasa ana baik. Tidak sekali Allah kata isteri yang baik untuk suami yang baik tetapi Allah kata perempuan & lelaki bermakna belum berkahwin pun takpa. Anti meragui Quran?”
Terdiam Nisa’ membaca ‘fatwa’ baru buah hatinya itu. Ingin dia membantah tetapi bimbang dianggap meragui Quran. Mindsetnya yang mengatakan buah hatinya mempunyai ilmu setinggi langit itu menyebabkan dia semakin yakin dengan ‘fatwa²’ itu.
Siqah bukanlah kerja manusia. Pengaruh bukanlah kawalan manusia. Hati manusia tidak boleh dibeli dengan mata wang, kesetiaan tidak boleh diperdagangkan dengan kemewahan. Semuanya hak mutlak Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati manusia. Jika Dia menghendaki seseorang itu mulia, maka mulialah orang itu walaupun pada awalnya dia hanya seorang anak yatim piatu. Jika Dia menghendaki seseorang itu hina, maka hinalah orang itu di atas tahtanya sendiri. Semuanya bukan dengan tiba² tetapi ada syarat² yang telah ditetapkan olehNya yang diberi nama Sunnatullah.
Kepercayaan manusia terhadap seseorang itu akan datang bila dia mendekatkan diri dengan Tuhannya. Kesetiaan seseorang terhadapnya menjadi lebih solid pabila dia menyempurnakan apa yang dilafaznya. Inilah hukum yang ditetapkan Ilahi.
Makin hari, pengaruh Naim semakin jatuh. Kawan² & junior²nya semakin bosan dengannya. Sebab? Tiada. Jelas sekali soal hati, Dia yang punya. Hidup Naim juga menjadi tidak tentu hala. Dulu dia berbaju ketika mandi di kolah, kini tidak lagi. Pertimbangan akal menjadi semakin kurang, mungkin terlampau tebal kabus dosa yang menutupi hatinya. Siqahnya kian jatuh. Terkadang dia dimarahi oleh cikgu² kerana prestasinya yang kian merosot.
Dia merasakan tekanan semakin bertambah. Tiada lagi sakinah yang dianugerahkan kepadanya dulu. Tiada lagi senyuman tatkala kesusahan. Tiada lagi nasihat² penenang yang mampu diberi pabila adik² datang meminta nasihat.
Jika dulu dia mampu mengambil tugasan luar walaupun ketika peperiksaan bulanan dijalankan, kini tidak lagi. Bukan peperiksaan pun dia tidak dapat mengatur masa dengan baik. 24 jam baginya tidak cukup. Masa untuk dia belajar, masa untuk dia berpersatuan & masa untuk Nisa. Pernah dia berdoa meminta diberi 1 jam lebih tapi dia tidak sedar bahawa jika dia diberi 100 jam lebih pun, pasti tidak mencukupi.
Khairul merasa hairan dengan perubahan sikap kawan sebiliknya itu. Kadang² tersenyum seorang diri, kadang² masam & kadang² seperti bercakap seorang diri. Naim seakan²n gila. Betul Naim gila, gila bayang. Panahan syaitan benar² telah menusuk ke dalam hatinya, membuat satu lohong iman di dalam hatinya. Khairul cuba bertanya mengapa dia seakan² berubah tapi dimarahnya Khairul,
“kubur lain², syurga lain², neraka pun lain²!”
“Betul, sebab lain²lah aku nak tanya ko. Manalah tau ko ada masalah, bimbang takut di sana pun ko ada masalah.” Ujar Khairul.
“Ko taukan firman Allah, kuu anfusakum wa ahli kum naara?” Soal Naim.
“Jagalah diri kamu & ahli keluarga mu daripada api neraka... jadi?”Jawab Khairul.
“Jadi?! Aku ahli keluarga kau ke?!” Marah Naim lagi.
Khairul terdiam sedar bahawa ilmunya tidaklah setanding dengan Naim. Perasaan kesal timbul dalam hatinya atas tindakan sahabatnya sebentar tadi. Namun, atas dasar silaturrahmi kerana Allah, dia nekad untuk mengetahui punca Naim berubah. Baginya pokok tidak akan bergoyang jika beruk tiada di dalamnya. Walau bagaimanapun, Khairul tidaklah selicik Naim, dia buntu apabila memikirkan adakah tindakannya selari dengan Islam atau berserenjang dengan Islam. Lalu disampaikan isi hatinya kepada Ustaz Faidi, Mentornya.
“Er Ustaz, saya ada masalah nak bincang dengan ustaz.”Bagitahu Khairul
“Ma?” Soal Ustaz balik.
“Ustaz, saya bimbang dengan Naim, teman sebilik saya. Perangainya seperti sudah berubah. Dia macam bukan dia.. Er, tak tau nak terang macamana...” Terang Khairul.
“Na’am, ana pun perasan perubahan pada Naim. Dia dah bukan macam dia yang dulu. Banyak perubahannya.” Tambah Ustaz.
“Saya rasa, ada yang disembunyikan olehnya Ustaz & saya rasa, ada baiknya saya menyiasat… Bolehkah ustaz?” Soal Khairul.
“Dalam Islam, mengintai mencari kesalahan orang ini diistilahkan sebagai Al-Tajassus. Hukumnya asalnya haram tapi boleh berubah menjadi harus pabila diperlukan. Dan dalam keadaan ni, hukumnya harus.” Terang ustaz.
Penyiasatan bermula & penyiasatan Khairul bertemu dengan jalan buntu. Tiada sebarang benda buruk yang dilakukan Naim.
Namun, pabila Allah menghendaki yang gelap menjadi terang, dihilangkan bintang & diganti dengan matahari. Sepandai² tupai melompat, akhirnya jatuh juga ke tanah.
Akhirnya surat yang disimpan selama ini dijumpai oleh Khairul ketika dia sedang membersihkan surau. Rupa²nya, surat² yang dihantar oleh Nisa’, selama ini disimpan di balik almari al-quran di hadapan tempat imam solat. Terkesima Khairul dibuatnya apatah lagi ketika membaca perkataan² yang telah berlaku evolusi, daripada ‘ana’, ‘anti’, kini ‘sayang’, ‘ayang’. Daripada ‘ukhwah Fillah’ kini ‘I luv U’.
Khairul tidak salah lagi, surat itu kepunyaan Naim. Tertera nama Naim di atas belah kiri surat, ‘Buat Naim ku sayang’. Dalam tidak sedar, Khairul menangis. Dia betul² sedih membaca surat² itu, bukan kerana Nisa yang dalam pemerhatiannya juga dirampas orang tetapi sedih bagi pihak Naim. Terngiang² di telinganya bacaan ayat 2 dan 3 surah As-Saf yang selalu dibaca oleh Naim ketika menjadi Imam Maghrib. Mengenangkan maksud ayat² tersebut yang secara ringkasnya membari maksud melarang orang beriman daripada memberi nasihat tentang apa yang mereka perbuatkan, Khairul terus menangis.
Dari luar surau, kelihatan Naim yang baru sahaja sampai di surau. Tanpa berfikir tentang benda lain, Naim terus memandang ke arah tempat penyimpanan ‘harta karun’nya itu. Terperanjat dia apabila mendapati Khairul sedang memegang ‘harta² karun’nya itu dan tanpa berfikir panjang, dia berlari ke arah Khairul.
Sekali lagi dia melanggar prinsip yang diajar kepada orang² lain supaya menghormati rumah Allah, jangan berlari² di atasnya. Dia lupa bahawa dia pernah melarang kawan²nya yang bergurau di dalam rumah Allah, katanya bahawa berlari di atas rumah Allah seperti berlari di atas perut ibu sendiri yang sedang sarat mengandung. Entah benar, entah tidak.
Sekali lagi dia melanggar prinsip yang diajar kepada orang² lain supaya menghormati rumah Allah, jangan berlari² di atasnya. Dia lupa bahawa dia pernah melarang kawan²nya yang bergurau di dalam rumah Allah, katanya bahawa berlari di atas rumah Allah seperti berlari di atas perut ibu sendiri yang sedang sarat mengandung. Entah benar, entah tidak.
Ditolaknya Khairul ketepi dan dirampasnya semua surat² yang dipegang oleh Khairul.
“Woi, apa ko buat ni?!!!”Marah Naim.
“Woi? Mana pergi bahasa mu wahai kawan? Mana pergi sopan santun mu wahai kawan? Mana pergi dirimu yang dulu wahai Naim?” Soal Khairul sambil mengesat air mata yang sedang mengalir.
Naim terdiam.
“Rupanya, inilah masalahmu wahai kawan. Tiada kusangka dirimu sedemikian, wahai kawan. Bagiku engkaulah model, engkaulah insan sempurna yang memancarkan sinar Islam ke sekolah ini. Kini kau sirna wahai kawan, kau mutiara yang kian sirna!” Marah Khairul.
“Ah, kau peduli apa!” Naim bersuara walaupun hatinya terkesan dengan kata² Khairul.
“Jujur aku tanya, kau couple Im?”Soal Khairul.
“Aku couple ke, aku tak couple ke, tu soal aku la. Dosa biar aku tanggung sendiri! Jangan risau la, aku takkan heret kau masuk neraka sama dengan aku!” Lantang sungguh Naim berbicara.
Dia lupa di atas lantai rumah siapakah yang dia pijak sekarang.
Khairul berlalu dari tempat itu dengan penuh penyesalan. Ingin dia salahkan takdir kerana menemukan dia dengan seorang kawan yang hipokrit seperti Naim namun dia akur dengan qada’ & qadar Ilahi.
Bersambung....................
0 123 Bingkisan Sahabat:
Post a Comment