Photobucket

Friday, October 1, 2010

Cinta : Naim Budak Sekolah Agama

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 11:58 PM 2 comments

Bismillahirrahmanirrahim... Di sini ana nak kongsi sebuah cerpen yang diambil dari seorang sahabat... Semoga bermanfaat untuk semua... Selamat Beramal...

Part 1:

Naim pelajar tingkatan 5 di sebuah Sekolah Agama Persekutuan. Dia seorang yang tinggi ilmu agama & mempunyai politik yang agak stabil di sekolah & siqahnya (kepercayaan orang terhadapnya) tinggi. Apabila Ustaz tiada di antara Maghrib & Isyak, dia akan ke hadapan. Samada memberi tazkirah atau mengepalai bacaan Mathurat. Pergaulan dengan perempuan dijaga dengan begitu sempurna, jika mesyuarat terpaksa bercampur lelaki & perempuan, sama sekali dia tidak akan mengangkat pandangannya. Semua orang menghormatinya, baik yang junior mahupun senior, baik yang laki² mahupun perempuan. Jika ada senior yang tengah membuli junior, jika Naim ada di tempat kejadian, proses buli itu akan bertukar menjadi majlis maaf-bermaafan. Inilah ‘kuasa’ Naim di sekolahnya.

Dia menjadi contoh teladan bagi setiap pelajar sekolahnya. Setiap mata² yang wujud di sekolah itu selalu memerhatikan pergerakannya dan mengambilnya sebagai contoh kehidupan yang paling sempurna. Dek kerana mengetahui banyak mata memerhatikannya, dia betul² menjaga akhlaknya. Bukan kerana manusia tetapi kerana Allah. Niatnya hanya satu, supaya Islam itu terpancar dari dirinya. Hebatnya dia dalam menjaga akhlaknya, tidak ada seorang pun di dalam sekolahnya melainkan teman sekolahnya yang pernah melihat kulit badannya walaupun dia seringkali bermandi-manda di kolah berhampiran dengan surau.

Sudah pasti, ramai perempuan yang menggilainya walaupun dia tidak mengetahui hal itu. Di hadapannya semua baik, tunduk dengan penuh tawadukknya tapi berlalunya Naim dari tempat itu, mulalah mulut mereka bergerak memuji & mengumpat tentang Naim. Bukan sahaja pelajar biasa yang meminati Naim tapi ada juga pelajar² perempuan yang memegang tampuk kepimpinan sekolah yang meminatinya cuma tidak disuarakan, bimbang ditegur & yang paling mereka takuti, takut cinta mereka ditolak. Tambahan pula Naim banyak kali mengingatkan pelajar² supaya menjauhi zina hati, zina yang tidak dapat dilihat & tidak dapat dirasa tatkala dia memberi tazkirah.

Namun, hatta nabi Sulaiman yang menjadi raja dunia itupun diuji Allah, inikan pula seorang pelajar sekolah agama yang ilmu agamanya masih bertatih, bahasa arabnya masih merangkak². Dia diuji dengan kehadiran seorang pelajar perempuan yang baru pindah ke sekolahnya. Namanya Nisa, Khairun Nisa. Orangnya putih, bertahi lalat di pipi sebelah kanan sedangkan Naim di sebelah kiri.


“Ana Khairun Nisa, sila beri tunjuk ajar.”Nisa memperkenalkan dirinya.


Dalam mahu yang bercampur dengan iman di dalam hatinya, Naim melihat Nisa dengan sipi² matanya sahaja. Ingin dia merenung Nisa dengan lebih tajam tapi iman di dadanya masih kukuh bak tembok besar cina.


“Cantiknya,”hati Naim bermonolog.


Tidak sampai sekelip matapun, imannya menampar hatinya. Dia terus sedar dari diulik oleh syaitan & lantas dia beristighfar, memohon ampun daripada Tuhan dek kerana melakukan zina, zina hati. Ingin sahaja matanya mengeluarkan bintik² mutiara tanda sesalnya dia akan dosanya namun selaput kaca di matanya masih tebal. Mungkin penyesalannya masih belum kuat untuk memecahkan selaput kaca itu.

Saat berganti saat, hari berganti hari, Nisa pun terpilih untuk menjadi salah seorang AJK surau sekolah dek kerana dia asyik ke surau berbanding dengan pelajar² yang lain. Subuhnya di surau, Dhuhanya di surau, Zohornya di surau, Asar, Maghrib & Isyaknya di surau. Seringkali Naim terdengar suara wanita sedang membaca Al-Quran di balik tabir biru yang memisahkan lelaki & perempuan, ingin dia mengintai siapakah gerangan hamba Allah itu tapi iman masih tebal menyelaput hati nafsunya. Ditakdirkan Allah, suatu hari dia ternampak Nisa masuk ke surau perempuan, maka tahulah dia bahawa suara perempuan yang didengar selama ini ialah suara Nisa.

Sedang dia sedang bersendirian berdoa selepas solat sunat Dhuha, dia terdengar satu suara perempuan meminta tolong dari balik tabir. Suara perempuan itu sayup².


“Ish... Nak tolong ke tak... Kalo aku masuk belah perempuan, bukan ke khalwat... Ye la, mana ada orang… aku dan die je... takle, aku mesti bagitau ustaz hal ni, biar ustaz tolong...” Imannya bersuara.


Tapi 1 tetap kalah kepada 2. Imannya kalah dengan nafsu & syaitan yang menggodanya.


“Kalo aku tak tolong, maybe…em…aku intai dulu la, kalo serius aku tolong segera kalo tak, aku lapor kat ustaz,”akal mula campur tangan.


Tabir biru itupun diselaknya & dia mendapati jari Nisa terkepit di almari Quran. Walaupun sakit Nisa tetap menahannya, bimbang maruahnya jatuh di hadapan seorang ketua badan Agama sekolahnya. Dan ketika itulah makhluk durjana yang bernama syaitan mula mengambil peranan. Disuntiknya bius² dosa ke dalam hati Naim supaya Naim tidak terasa melakukan dosa.


“Em... Aku kena lapor kat ustat ke? Patut ke aku tolong? Ble ke aku pegang tangan dia? Dosa...” Imannya bersuara.



“Ah, darurat, darurat. Even babi pun boleh makan kalo darurat.” Akal yang dibalut dengan nafsunya membuat pertimbangan.



“Betul juga, ok, aku tolong.” Hatinya membuat keputusan sambil disahkan oleh Syaitan.



“Er, Nisa tahan ek, kejap saya tarik pintu almari ni.” Dia memberi arahan kepada Nisa.



“…ok…” Suara Nisa bagaikan bunyi ikan bersuara, entah dengar, entah tidak.


Pintu almari berjaya dibuka, jari Nisa terlepas dari kepitan almari. Merah bak biji saga jarinya, hampir² saja berdarah tapi kulitnya masih kuat menahan segala isi cecair daripada keluar. Tiba², Naim tanpa berfikir panjang memegang jari Nisa. Niatnya hanya satu, ingin melihat keadaan jari Nisa. Tapi dengan pantas Nisa menariknya & berlari turun daripada surau & menuju ke kelas.


“Ya Allah, apa aku telah buat ni… Aku bukan sengaja melakukannya Ya Allah... Ampunilah aku...”


Dia berdoa, menangis menyesal dosa yang baru sahaja dibuatnya sebentar tadi.

Habis sahaja air matanya kering, hatinya diketuk dengan pelbagai soalan. Bukan soalan agama tetapi soal maruah & siqahnya. Bagaimana jika Nisa menceritakan hal tadi kepada kawan²nya? Bagaimana kalau cerita itu bocor kepada junior²nya? Kalau ustaz dapat tahu, pasti dia akan dilucutkan dari segala jawatan yang disandangnya sekarang. Dia akan dicemuh & dihina. Dia tidak akan dapat peluang ke depan lagi sewaktu ketiadaan ustaz. Dia bimbang bercampur keliru.

Lamunannya tersentak apabila satu suara memberi salam untuk masuk ke surau. Peluh² resah & gelisah mengalir di pipi kanannya, dia masih di dalam bahagian surau wanita. Apa yang harus dijawab jika ditanya. Ya, menipu. Menipu adalah jalan penyelesaian yang terbaik buatnya sekarang. Lagipun dia cam suara itu, itu suara Khairul, teman sebiliknya. Baginya tidaklah berdosa menipu teman sebilik yang akrab dengannya.


“Eh, Im. Ape ko buat dalam surau perempuan tu?” Soal Khairul, kelihatan di mukanya perasaan ingin tahu



“Eh, takde ape² la. Aku just check samada quran cukup tak belah perempuan.” Jawab Naim.



“Owh, baguslah buat kerja baik atas rumah Allah ni. InsyaAllah ko dapat pahala, tak nak share ngan aku?” gurau Khairul.


Gurauan yang pada dasarnya kelihatan seperti satu lawak bodoh tetapi ada perkataan² yang menghantui fikiran Naim iaitu ‘RUMAH ALLAH’.

Ya, di atas rumah Allah inilah Naim melakukan maksiat.

Di atas rumah Allah inilah Naim menipu.

Semuanya di atas rumah ini, rumah kepunyaan Tuan segala tuan.

Tiba² dia menangis tetapi bukanlah menangis seperti anak kecil menangis. Hanya air mata sahaja mengalir di atas pipinya yang sedikit cengkung. Khairul terkejut melihat Naim menangis & bertanya sebab Naim menangis tetapi Naim hanya berdiam. Khairul membuat andaian sendiri, pada pendapatnya mungkin Naim menangis kerana bertaubat. Lantas perasaan cemburu mula menguasai dirinya. Inilah dia tanda orang beriman, pantang melihat orang lebih dekat dengan KecintaanNya, pasti dia cemburu.


“Eh Im, kelas da nak start. Jom!” Ajak Khairul.



“Ok,”balas Naim.


Bersambung...............


"Cintakan Bunga…

Bunga Akan Layu….

Cintakan Manusia…

Manusia Akan Mati...

Cintakan Allah Kekal Abadi..."

"Cinta Itu Cahaya Sanubari… Kurniaan Tuhan Fitrah Insani…

Dan Dimana Bemula Nya Cinta...

Disitu Rindu Bermula."

"Carilah Cinta Allah...

Kelak Kamu Akan Dapat Cinta Manusia

Sebagaimana Cintamu Kepada Allah Taala."

2 123 Bingkisan Sahabat:

tak sabar tgu akan datang..cept post ye kak wana..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...